MHMM : Bab 37

"Comebaknya kayak kambing"

*****

Susunan strategi selesai diatur. Rowan menganggukkan kepalanya saja tanda mengerti. Segala bekalan senjata juga telah disediakan. Hanya tunggu masa untuk menyerang saja.

"Aku nak, misi kalini berjaya. Kalau tak berjaya, aku bakar kauorang semua hidup-hidup, faham!", tegas suara si jejaka itu.

"Faham Tuan!!", balas mereka semua serentak.

"Bersurai. Malam ni kita gerak", anak buahnya menunduk hormat sebelum melangkah keluar dari ruangan itu. Yang tinggal hanyalah Rowan dan si 'jejaka' itu saja.

"Kau Row, aku tak mahu kau buat kerja lembab! Apa yang ada depan mata, bunuh saja. Jangan lengahkan masa", kata si jejaka itu, dingin.

"Aku tahulah", balas Rowan juga dingin. Mereka sudah bersedia untuk berperang.

*****

"Tak ada orang lain dah ke yang boleh pimpin kumpulan ni? Kenapa mesti kau?",

"Apahal? Salah?". Soal Wawa, mendatar.

"Aku bukan apa. Aku cuma tak yakin kau boleh kawal kumpulan ni je. Kau tu Hacker. Turun padang ni bukan benda yang biasa untuk kau". Jawab Luke, mendatar.

"Lagipun kau ni tak pernah seriuslah..", sambunya bernada pelahan.

"Nak kayu golf ke nak kayu hoki? Pilih", kata Wawa sambil bercekak pinggang. Ingat aku tak dengarlah tu!

"Dua-dua taknak, hehe..", Luke menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal. Bibir tersengih sedikit. Dengar pula..

"Kenapa kau jadi ketua kitaorang ni? Afifah mana? Kenapa bukan Amira?", soal Simon, malas. Hancurlah masa depan kalau misi ni dikawal oleh Wawa.

"Afifah mana boleh keluar malam dah nyah. Dia tiap malam layan suami dia je atas katil tu. Kau expect yang dia boleh keluar? Amira kata dia tak dapat sertai sebab dia ada hal lain. So aku lah yang gantikan tempat diaorang dua", balas Wawa penuh dengan selamba,

"Dasar otak kotor", balas mereka, serentak. Kalini Adrianna turut serta.

"Dah, dah. So apa misi kalini?", celah Adrianna. Kedua belah tangannya dimasukkan kedalam kocek jacket yang dipakainya.

"Kita pergi serbu tempat ni", beberapa keping gambar dilemparkan diatas meja. Mereka yang lain memandang kearah gambar-gambar tersebut dengan mimik muka yang pelik.

"Kenapa nak serang tempat ni?", soal Simon, hairan.

"Untuk tarik perhatian mereka", balas Wawa bernada serius.

"Buat apa nak tarik perhatian diaorang?", soal Simon lagi.

Wawa memberhentikan kerjanya. Dia menoleh kearah Simon bersama wajah yang serius.

"Untuk gagalkan rancangan diaorang dari serbu masuk rumah Afifah",
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"Kau tak nak jumpa anak kau ke?", soalan yang terpacul keluar dari mulut lelaki itu memberhentikan perbuatannya. Dia menoleh sekilas.

"Nak tengok macam mana dah kalau dua puluh empat jam bersamaan tujuh hari orang tua tu awasi Wardah. Sial betul. Nak jumpa anak sendiri pun macam nak jumpa perdana menteri je", balas Syam, mendatar. Wajahnya dititk melalui pantulan cermin. Kacaknya aku hm.

"Aku jumpa Warhani semalam", automatik Syam memandang kearah wajah Heyder yang sedang duduk diatas katil miliknya itu.

Syam menggigit bawah bibirnya sebelum dia mengalihkan semula pandangannya kearah cermin.

"Dia sihat ke?", soalnya bernada perlahan.

"Sihat je aku tengok. Lompat sana sini. Hyper sial. Hahahaha", balas Heyder, tenang.

"Makin lama makin gemuk anak buah aku tu", sambungnya lagi.

Syam menoleh semula kearah Heyder sebelum matanya merenung kedalam anak mata lelaki itu.

"Berapa lama dah kau tak ambil ubat?", soal Syam, mendatar. Heyder membulatkan matanya. Sial! Macam mana dia boleh tahu!

"Macam mana kau tahu?", soalnya kembali.

"Memang aku kenal kau dua minit lepas pun", sindir Syam. Heyder hanya mendiamkan diri.

"Muka kau pucat", sambung Syam. Heyder diam sebentar sebelum menjawab.

"Tak adalah lama mana. Dua bulan macam tu", balasnya, mendatar.

"Dua bulan ke dua tahun?", soal Syam kembali. Kening dijongket.

"Sial. Kau stalk aku ke gila!", jerit Heyder, kuat. Dia memandang kearah abangnya sebelum mata mereka berdua bertembung. Dia kembali mengalihkan pandangan.

"Sikit", balas Syam.

"Jangan bercakap dengan aku", kata Heyder dengan suara yang dibuat-buat merajuk.

"Nanti malam heret aku juga suruh teman tidur", balas Syam dengan senyuman tipis.

"Terasa macam gay pula tiap malam peluk kau. Hahahaha", sambungnya sebelum ketawa sedikit.

"Abang!!", jerit Heyder tak puas hati.

Tok! Tok! Tok!

"Laknat. Laknat sekalian. Tolong senyap sikit. Aku nak buat kerja. Kalau nak memekak dekat rumah aku, sila berambus", suara Dani kedengaran mendatar diluar bilik.

"Kau panggil aku laknat? Aku potong gaji kau!", balas Syam dengan nada yang tidak berpuas hati.

"Potonglah. Nanti maklumat orang pun aku potong juga", balas Dani sebelum dia melangkah pergi dari situ. Aku tengah buat kerja boleh pula dua makhluk tu memekak.

Anak tangga dituruni satu persatu. Matanya melilar memandang sekeliling sebelum dia mendekati TV yang menyiarkan siaran Berita.

"Berita petang ini. Sebuah kilang yang yang terletak di Bandar Raya Sungai Buloh, hangus terbakar pada pukul satu tengah hari tadi. Pihak polis mendapati pelbagai jenis dadah dan racun yang berbahaya turut meletup dikilang tersebut", Dani hanya mendengar saja. Matanya dipejam rapat.

"Pihak atasan mendapati ini bukanlah satu kemalangan melainkan telah dirancang. Kes masih dalam siasatan",

"Siasatlah macam mana pun, tak akan dapat punya", Dani yang tadi memejamkan mata terus sahaja menoleh kebelakang. Afifah yang baru sahaja pulang itu dilihat.

"Maksudnya?", soal Dani, mendatar.

"Yelah, kalau seseorang tu mampu buat sesuatu jenayah dalam waktu siang dan terbuka, boleh jadi yang dia tengah tarik perhatian orang. Like psychoapth lakukan kerja dia. Faham?", jelas Afifah. Beg plastik yang dipegangnya diletakkan diatas meja kopi. Dengan selambanya dia melabuhkan kepalanya diatas riba Dani.

"Kau ni macam tahu je psychopath tu macam mana", balas Dani. Tangannya mengusap kepala Afifah yang masih berbalut tudung itu.

"Apa mafia je ke yabg tahu bab-bab psycho ni? Ouh c'mon lah, hubby pergi tanya budak-budak zaman sekarang. Diaorang pun tahu psychopath tu apa", balas Afifah. Mata dipejam. Selesa dibelai suaminya itu.

"Kau beli apa?", soal Dani menukar topik perbualan mereka.

"Kitkat, cadbury, aiskrim, bueno, kinder joy-",

"Hold on, hold on, kau jangan cakap yang kau keluar pergi kedai yang jauh seberang sana tu semata-mata nak beli jajan je. Tak kelakar Pipah", pintas Dani. Dia memgerling kearah tingkap rumahnya itu bagi melihat cuaca diluar. Panas terik woi!

"Abviously, yes", Dani yang mendengar itu meraup wajahnya kasar.

"Kenapa tak bagi tahu je aku nak keluar beli jajan? Baik suruh anak buah je beli. Tak adalah kau terseksa panas-panas kat luar tu. Sayang..", kata Dani sedikit geram.

"Api neraka lagi panas. So sayang nak practise dulu. Hahaha. Gurau-gurau. Sayang tak nak selalu harapkan anak buah. Bosan", jawabnya, selamba. Dani hanya mendiamkan diri.

"Yo! Habis dah drama acah sweet korang tu? Kalau belum habis boleh sambung. Aku ngan Syam okey je tengok drama free", celah satu suara. Pantas mereka berdua menoleh.

"Kalau i cakap belum habis macam mana? Kalau ikutkan sampai tahun depan pun belum tentu habis drama kitorang ni", balas Afifah, tenang. Dia sudah bangun dari baringannya.

Syam dan Heyder hanya menjeling saja sebagai balasan. Mereka berdua mengambil tempat diatas sofa bertentangan dengan pasangan itu.

"Dulu siapalah yang tak nak khawin tu", sindir Heyder. Dia dengan selambanya membuka beg plastik yang dibawa Afifah sebentar tadi.

"Ah kau!", bantal dibaling tepat kearah Heyder.

Malam menjelang tiba. Afifah melangkah turun dari tingkat dua bersama baju tidur yang bercorak green bear. Tudung sarung berwarna hitam juga dipakai dek kerana dua orang makhluk yang sepertinya sudah tidak pandai pulang kerumah masih menetap dirumahnya.

Dapur dituju sebelum dia membuka pintu peti ais dan mengambil sekotak air susu dutchladdy. Air dituang kedalam gelas yang diambilnya tadi sebelum dia meneguk dengan perlahan air tersebut. Mata dalam diam melirik kearah sekeliling. Ada yang tidak kena..

Dia kembali memasukkan kotak susu kedalam peti ais sebelum dia membawa gelas yang digunakan tadi kesingki. Baru sahaja dia mahu meletakkan gelas tersebut, tiba-tiba ada sesuatu yang menutup mulutnya.

"Mmph!", dengan sengaja dia melepaskan cawan yang dipegangnya itu supaya ada yang perasan.

PRANG!

Dani yang sedang bermain telefon bimbit itu tersentak. Dia melangkah turun dari katil. Telefon bimbit dimasukkan kedalam kocek seluar pendek yang dipakainya.

Tangga dituju.

"Sayang?",

Sunyi saja rumahnya itu. Lampu yang tadinya terang benderang tiba-tiba sahaja termati membuatkan dia terpaksa menyalakan flashlight ditelefonnya.

"Sayang kenapa tu?", sekali lagi suara garaunya memanggil. Dia melangkah kearah dapur sebelum matanya tertancap pada kaca yang berselerak diatas lantai bersama beberapa titisan darah.

"Ouh shit!", carutnya perlahan sebelum dia berlari anak kearah pintu dapur tersebut.

"Afifah!!", jeritnya memanggil.

Dia kembali masuk kedalam dapur apabila tiada tanda-tanda yang isterinya berada diluar.

"Mmph!", terus saja kepala Dani menoleh kearah suara tersebut. Bilik stor dihampirinya sebelum dia menendang kuat pintu tersebut.

"Kau!", salah seorang dari dua orang lelaki itu menghampiri Dani bersama tangan yang memegang sebilah pisau lipat. Dani yang melihat itu hanya menunjukkan wajah dingin.

Tanpa berkata apa, Dani terus saja menyepak kaki lelaki yang menghampirinya itu dengan kuat menyebabkan lelaki itu jatuh melutut. Bibir diketap sebelum dia bangun kembali dan menyerang dengan melibaskan pisau yang berada ditangannya kearah Dani.

Dani mengelak dengan cekap. Sesekali dia menoleh sekilas kearah Afifah yang terbaring lemah diatas lantai kayu itu bersama seorang lelaki yang masih berdiri sambil memandang kearah mereka berdua yang sedang berlawan.

SRING!

"Argh!", Dani jatuh terduduk sambil tangannya memegang dadanya yang sudah basah dengan darah akibat dihiris pisau tajam itu. Dia mendongak memandang jejaka tersebut sebelum mata mereka bertembung.

"Kau!",

Tbc
[1518 words]

Day by day, idea takde😭🌹

Hai guys, i'm backk. Huhu terima kasih pada yang mendoakan kesihatan saya dan sudi menunggu next chapter yang tak berapa best ni. Rasa cam otak hilang pula nak ngarang. Hm

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top