MHMM : Bab 36

"The real best friend never leave you to be alone."

*****

Rooftop yang didudukki oleh mereka berempat kedengaran agak bising dengan suara mereka. Waktu cuti, apa lagi? Lepaklah.

"Weh sorry lambat! Kauorang pun tahukan aku tak boleh keluar sangat", serentak mereka menoleh kearah Afifah yang baru saja tiba disitu.

"It's okey, kami faham", balas Wawa, mendatar. Pinggan dihulurkan.

"Aku tak bawa banyak sangat makanan. Sebab aku tak nak kauorang gemuk. So nah , sandwish buah", bekas yang berisi sandwish buah diletakkan diatas meja yang tersedia.

"Orang piknic dekat pantai. Kita piknic dekat atas bumbung", Luke mencebik. Namun dicapai juga makanan yang terhidang.

"Banyak songehlah kau ni! Makan jelah", Simon mengetuk kepala Luke sambil matanya menjegil keatas. Menyampah!

"Suka hati akulah!", Jelingan dibalas.

"Dah, makan makan", celah Afifah. Sepotong buah tembikai diambil.

"Kau cakap tak nak kami gemuk. Tapi kau tu boleh pula!", kata Luke pada Afifah. Dia tersenyum senget.

"Mana ada aku gemuk! Aku punya berat masih sama okey!", balas Afifah, tak puas hati.

"Ya ke ni..", bibirnya terukir senyuman mengejek.

"Ish! Malaslah macam ni!",

"Hahahaha", tawanya. Sukalah tu dapat mengusik orang.

Mereka yang lain hanya mendiamkan diri saja bersama senyuman gembira. Lama sudah mereka tidak melepak macam ni. Yelah, Afifah kan isteri orang, dengan misi dan hal pejabat lagi.

"Nak tahu tak, aku dah lama nak cakap macam ni tau", Air diteguk sedikit. Semua mata mula memandang kearah Simon.

"Walau apa pun jadi, aku harap persahabatan ni kekal. Aku tak nak kita semua berpecah", jelasnya, serius.

"Betullah tu!", sokong Luke.

"Hekelehh, kau tu sahabat aku ke? Sahabat aku Amira dengan Afifah je", Celah Wawa, mendatar.

"Dasar kawan tak guna!", balas Luke dan Simon serentak.

"Berialah kauorang dua. Hahahaha", celah Amira pula.

"Tapikan, kalau kauorang tak ada, aku tak tahu macam mana hidup aku sekarang", kata Luke, perlahan.

"Alololoo, nak broken ke? Nanti jelah, kami tak ada masa nak layan broken kau tu", Simon memeluk bahu kawannya itu sebelum ditolaknya sedikit.

Luke membuat wajah cemberut.

"Suka hati akulah!",

"Elehhh kau tu dua puluh empat jam bersamaan tujuh hari dalam seminggu nak broken. Tak ada benda lain dah ke?", soal Simon, mengejek.

"Dahlah! Malaslah layan kau!", balas Luke, tak puas hati. Mereka yang lain hanya tertawa kecil saja melihat mereka berdua.

Kerusi ditarik sebelum disusun menjadi bulatan ditengah-tengah rooftoop itu. Suasana menjadi sepi.

"Teringin nak tahu. Best ke jadi isteri orang ni?", soal Wawa dengan perasaan ingin tahu.

"Apahal tanya macam tu?", soal Amira semula.

"Saja",

"Kalau rumah tangga tu elok je damai, bahagia. Bestlah, yang tak bestnya kita dah tak bebaslah", jawab Afifah, mendatar.

"Teringin rasa nak dicintai", kata Wawa, tiba-tiba.

"Ada ke yang nak dengan kau?", soal Simon, sinis.

"Ramai. Tapi semua aku reject. Hahaha". Balas Wawa, selamba.

"Kau nak tahu tak apa yang lagi sakit dari pada putus cinta?", soal Luke, mendatar. Mata memandang kearah langit.

"Apa?",

"Ada keluarga, tapi dibuang", Luke tersenyum hambar.

"Kau nak tahu apa lagi sakit dari tu?", soal Wawa pula. Mereka semua terus saja memandang kearah wajah gadis itu.

"Malam takbiran, orang gembira, seronok. Eh mak ayah aku malah tidur dan tak bangun-bangun sampai sekarang. Haha", Wawa ketawa kecil dengan senyuman lebar.

Amira dan Afifah terus saja memeluk badan gadis itu sambil mengusap belakang badan kawannya. Luaran mungkin mereka melihat gadis itu ketawa dan tersenyum lebar. Tetapi tidak pada dalaman gadis itu.

****

Anak tangga dituruni satu persatu. Matanya melilar memandang sekeliling rumah yang agak sunyi itu sebelum matanya tertancap pada susuk tubuh yang sedang duduk diruang tamu menonton tv.

"Hubby",

Dani yang sedang kusyuk melayan ceramah ustaz dipagi hari menoleh kearah Afifah yang sudah berada dibawah tangga. Dia menjongket kening.

"Aye bosanlah, jomlah teman saya keluar..", kata Afifah sambil melangkah kearah sang suami. Dia melabuhkan duduknya bersebelahan suaminya itu.

"Kau ada rasa sakit tak?", soal Dani dengan wajah seriusnya.

"Tak ada, why?",

"Saja tanya. Manalah tahu kau ada penyakit bosan", balas Dani, selamba.

"Lah, tiber betul hubby ni. Jomlah temankan saya keluar jalan. Saya bosan ni. Nanti saya mati sebab kebosanan macam mana?", kepalanya sengaja dilentokkan dibahu sang suami.

"Kau ni belajar sampai mana? Biar badan je pendek. Otak pun jangan pendek sangat. Okey?", dengan selambanya dia membalas.

Afifah terus saja memasamkan muka.

"Dahlah malaslah nak cakap dengan awak ni. Tak habis-habis cakap saya pendek!", lantas dia bangun dari duduknya. Belum sempat dia melangkah pergi, Dani terlebih dahulu menarik lengannya membuatkan dia hilang keseimbangan dan terjatuh diatas riba Dani.

Matanya terkebil-kebil apabila terasa ada tangan yang memeluknya dari belakang. Deruan nafas juga kedengaran hampir diwajahnya. Kaku.

"Nak merajuk ke tu? Merajuklah. Tak kisah pun", wajah yang tadi menahan senyum itu berubah cemberut. Tak guna punya suami!

"Hubby jomlah keluar. Pai ati dera isteri hubby yang cantik menawan ni", pujuknya dengan nada yang meleret manja.

"Ergh fine! Pergi siap. Kita keluar dating. Tapi malam nanti aku nak hadiah". Akhirnya Dani mengalah. Namun senyuman nakal terukir dibibirnya.

"Nak hadiah apa? Penampar atau penyepak? Special untuk hubby", Afifah juga tersenyum nakal. Kalini giliran Dani pula memasamkan wajahnya. Hmph!

****

"Afifah! Tunggu aku!", Dani mengejar langkah Afifah yang sudah jauh kedepan.

"Lambatnya hubby ni", Afifah memberhentikan langkahnya sambil menoleh kebelakang. Wajahnya berubah masam mencuka apabila beberapa orang gadis yang memakai pakai menjolok mata tidak habis-habis memandang wajah suaminya. Siap tersenyum-senyum lagi.

Tahulah suami aku tu kacak!

"Ya, ya. Sabarlah sayang. Awak laju sangat, nak ke mana? Tak lari punlah kedai tu", sampai sahaja disebelah isterinya. Dani terus saja memeluk bahu gadis itu. Mereka berjalan beriringan.

"Hubby. Balik nanti saya nak simbah asid dekat muka hubby", kata Afifah, tiba-tiba. Dani berkerut dahi.

"Kenapa sayang?", soalnya, hairan.

"Tengoklah tu! Ish tak sukalah perempuan tu tengok hubby gedik-gedik macam tu. Nak minta penampar ke!", geram Afifah berkata.

"Nasib kaulah dapat suami kacak",

"Nasib malang", bidas Afifah. Dani terus saja membuat wajah menyampah. Malang konon. Tiap malam cari aku juga sebelum tidur. Kadang-kadang sampai dia harus mendukung isterinya itu akibat terlena menemaninya dibilik kerja.

"Hubby, nak tu!", Afifah menunjukkan kedai yang terletak dihujung mall itu. Boleh tahan ramai juga.

"Ambil ni. Saya nak pergi tandas kejap", dompet dihulurkan kearah Afifah. Afifah pula hanya menyambut saja dan memandang kearah susuk tubuh suaminya yang sudah membelok kekiri.

Dia melangkah kearah kedai tersebut sebelum menghampiri sebuah meja panjang yang terletak dihujung sekali. Pelabagai jenis makanan terhidang disitu.

Ralit dia memilih, tiba-tiba datang dua orang lelaki yang agak tegap menghampirinya.

"Hai", tegur salah seorang lelaki itu. Afifah hanya menjeling sekilas sebelum dia bergerak menjauhi lelaki itu.

"Seorang ke?", soalnya lagi.

Afifah mendengus kasar dalam diam. Nak pilih makanan pun susah! Tanpa menghiraukan dua orang lelaki itu, dia beralih kearah meja yang berlainan. Dua orang lelaki tadi hanya mengekor.

"Awak seorang je ke? Jomlah duduk dengan kami berdua", lelaki itu masih tidak berputus asa untuk mengajaknya berbual.

"Kalau seorang jomlah duduk dengan saya",

"Sayang?", pantas mereka bertiga menoleh kearah suara garau tersebut.

"Hubby..", panggil Afifah bernada manja. Dia menghampiri suaminya itu sebelum ditarik keluar dari kedai itu. Pinggan sudah diletaknya ditempat asal.

"Kenapa? Kata nak makan situ", Dani yang ditarik Afifah itu hanya mampu pasrah. Dia hanya memgikuti saja langkah wanita dihadapannya ini.

"Kita makan dekat tempat lain jelah",










PIsau diletakkan diatas meja bersebelahan dengan pelbagai senjata. Gambar yang digantung dipapan itu direnungnya sebelum dia ketawa kuat.

"Kalau tak mati pun, bercerai pun jadilah!", katanya sinis.

"Main game tak pernah ajak aku. Jadi aku rasa lebih baik aku buat game baru, kan?", senyuman lebar terukir sebelum dia kembali ketawa.

"Kau patut sedar yang aku sebenarnya boleh je control badan isteri kau. Tapi macam tak best pula, kan? Lagipun aku tak kejam mana pun nak biarkan racun tu dalam badan isteri kau tu", dia menjulingkan matanya keatas. Anak buahnya yang berada diluar hanya diam saja mendengar ketua mereka berbicara sendiri.

"Lex!! Aku nak kau cari si india tak guna tu dan bawa jumpa aku!", jeritnya lantang. Alex yang berada diluar terus saja melangkah pergi apabila mendengar suara ketawa yang agak menyeramkan didalam bilik bossnya itu.

Gila. Psycho.

Tbc
[1321 words]

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top