MHMM : Bab 35
"The real sweet couple not need kiss scene."
*****
"Lembu lagi comel dari kau",
Afifah mendengus geram sebelum dia membalingkan bantal kearah Dani yang sedang menaip dipapan kekunci komputer riba itu. Geram !
"Janganlah sayang.. tengah buat kerja ni..", kata Dani, lembut. Matanya memandang kearah Afifah sekilas sebelum dia menyambung kembali kerjanya.
"Eee bosanlah. Bila khawin je 'sayang' bila khawin je 'baby' lainlah..", kata Afifah, cemberut. Rambut panjangnya dipintal-pintal sedikit dengan mulut yang memuncung.
"Dahtu nak aku panggil apa?", soal Dani, melayan.
"Panggillah nama yang special sikit. Tak naklah nama yang kerap orang panggil", balas Afifah, mendatar.
"Yelah, special tu macam mana? 'Special, mari sini buatkan air kopi.' Macam tu?", Dani memandang kearah wajah Afifah sekilas.
"Apa bendalah hubby ni. Orang serius !",
"Aku tak cakap pun yang aku tak serius", pintas Dani.
"Ish! Bencilah!", Afifah turun dari katil melangkah kearah pintu bilik.
"Tahu tak, biasanya, orang yang benci-benci ni lama-lama jatuh cinta tau", Kata Dani dengan senyuman senget.
"Ergh! Annoying!",
BAM!
Dani menggelengkan kepalanya perlahan melihat pintu biliknya sudah dihempas agak kesar. Dia kembali memandang kearah screen komputer riba. Nanti-nanti jelah aku pujuk dia.
Telefon yang berjenama iphone itu dikeluarkan sebelum apps whatsapp dibuka. Penuh diberanda whatsappnya dengan chat dari grup dan kawan-kawannya.
Matanya terpandang kearah satu nama yang tertera. Agak meriah chat didalam grup itu sehingga mencecah 18.987k chat. Sial. Dia yang dah lama tak buka grup.
Setelah selesai membalas chat dan menggeledah telefon itu, dia terus saja bangkit dari duduknya dan menuju ketingkat atas semula. Pintu bilik dibuka.
"Hubby...", panggil Afifah sambil mendekati Dani yang masih menghadap labtop dan kertas kerja.
"Apa", sahut Dani tanpa memandang kearah wajah Afifah.
Afifah terus saja memeluk Dani dari belakang sambil tangannya melingkari dileher Dani. Mata memandang kearah wajah Dani sekilas sebelum dia memandang pula kearah screen labtop.
"Amira dengan Wawa ajak keluar, boleh?", soal Afifah sambil jarinya menguis manja dibahu Dani.
"Pergi mana? Duduk rumah jelah..", balas Dani yang sudah berhenti dari menyelak helaian kertas.
"Bosanlah duduk rumah je.. lagi pun saya dah lama tak keluar dengan diaorang.. bolehlah hubby..", pujuk Afifah, manja.
Diam. Dani hanya diam sambil tangan yang sudah melakukan kerja semula. Afifah yang melihat itu sudah memasamkan mukanya.
"Hubby...",
"Hubby jawablah...",
"Awak...",
Masih lagi sama. Diam dan tiada respon. Afifah yang melihat itu mengeluh sedikit sebelum pelukkan dileraikan.
"Tak apalah", kakinya terus saja dibawa kepintu bilik itu sebelum dia melangkah keluar meninggalkan Dani sendirian.
Dani hanya membiarkan tanpa ada rasa mahu menghalang. Dia menyambung kembali kerjanya.
*****
Remote tv dirampasnya kasar sambil dia menjeling tajam kearah wajah seperti tiada dosa rakannya itu. Dari tadi lagi dia perhati , buat macam rumah sendiri pula.
"Alololo, janganlah marah-marah. Nanti cepat tua", gurau Syam sebelum dia ketawa mengekek.
"Fuck off. Kau berambus dari rumah aku sekarang. Semak je", Ryyan menjeling.
"Alaa , awalnya halau aku", Syam pula mencebik.
"Ah tak ada, tak ada. Kau dah duduk menumpang kat sini. Buat muka tak ada dosa pula. Kau dah sihat. Kau boleh pergi sekarang". Ryyan bangun dari duduknya sambil menarik lengan Syam.
Syam pula hanya pasrah ditarik kepintu utama.
"Dah. Pintu pagar tu aku dah buka. Kau boleh blah dah. Shuh! Shuh!", halau Ryyan, selamba.
Syam menjeling sebelum dia mengeluarkan telefon bimbit miliknya.
"Yelah, yelah aku pergi. Terima kasih tolong aku", kata Syam, mendatar. Kedua belah tangannya dimasukkan kedalam kocek seluar.
"Okey. Bye",
BAM!
"The hell? Macam tu je !", marah Syam sebelum dia melangkah keluar dari rumah banglo itu. Panas terik yang dirasakan sedikit pun tidak menganggu dirinya. Macam aku ni lahir dekat kutub utara je tak boleh kena panas.
Dia menyandarkan tubuh badannya kedinding sambil menunggu grab car datang. Yelah, dia datang sini pun orang lain bawa. Kereta Dani bawa. Heyder? Dah lari dah entah kemana. Sial. Semua tinggalkan aku.
Dalam lima minit dia menunggu, akhirnya bergerak sedikit. Lamanya grab ni..
PIN! PIN!
Syan terus saja menoleh sebuah kereta proton berhenti dihadapannya. Dia melihat dulu kearah telefon bimbit miliknya barulah dia melangkah masuk kedalam kereta tersebut.
Rumah Dani dan Afifah ditujuinya sekarang.
*****
"Jemput minum..", dulang diletakkan diatas meja ruang tamu itu.
"Bubye~", Afifah melangkah pergi dari situ.
"Bro. Tak ada kopi ke? Nescafe ke? Milo ke? Kenapa mesti susu?", soal Syam sambil mencapai biskut yang berada diatas pinggan.
"Kau tahu tak? Sejak aku khawin dengan Afifah , aku asyik minum susu je. Tak pelik pun kalau kat rumah ni banyak susu", balas Dani yang juga mengambil biskut.
"Hah?",
"Weh babi. Aku travel banggang. Hahahaha", celah Heyder sambil ketawa terbahak-bahak lalu dia tersedak biskut.
"Uhuk! Uhuk!",
"Padan muka!", ujar mereka serentak.
"Ha gelaklah, gelak!", balas Heyder setelah meminum air yang dihulurkan abangnya itu.
"Eleh, koyaklah tu", kata Dani, mendatar. Heyder menjeling menyampah.
"Ada apa datang sini? Rasanya semuanya dah selesaikan?", soal Dani masih lagi mendatar. Aku dahlah belum pujuk Afifah ni. Diaorang datang pula. Keluhan panjang dilepaskan.
Tanpa sedar yang mereka semua jelas nampak Dani mengeluh panjang sebelum masing-masing berpandangan.
"Eerrm kau marah ke kitaorang datang ni? Atau kau ada masalah lain?", soal Syam, serba salah.
"Taklah", balas Dani, malas.
"Biasalah, perempuan cuti", sambung Dani, mendatar. Mereka menganggukkan kepala tanda mengerti.
"Ada apa datang?", soal Dani sekali lagi.
"Ada benda nak bagitahu ni. Kau tahu tak pasal kes-",
"Kemalangan tu ke? Tak tahu", potong Dani, malas.
"Ha? Tak tahu tapi kau macan tahu je..",
Dani mengerling sekilas kearah Heyder sebelum dia mengalihkan pandangannya kearah pintu dapur.
"Baby! Marilah sini!", jerit Dani sedikit kuat.
"Tiber baby", kedengaran suara Afifah membalas.
"Alololo. Merajuk lagi ke tu? Eh aku nak pergi dekat bini akulah, kauorang santai jelah macam orang miskin tak ada rumah ya?", Dani terus saja bangun dari duduknya melangkah pergi. Mengelak dari menjawab soalan.
Heyder pula menghela nafas lega. Sial betul Dani ni. Aku dah cakap rahsiakan. Pergi bagitahu juga.
Beberapa minit kemudian, Dani kembali semula keruang tamu dengan wajah yang masam mencuka.
"Gaduh dengan bini ke tu~", nganjing Aisy dengan senyuman sengetnya,
"Diam! Diam! Diam!", balas Dani, geram. Mereka pula hanya akur. Diam lebih baik bukan?
"Macam mana dengan kawan kau yang haritu?", soal Dani pada Syam yang sedang bermain telefon berjenama nokia itu.
"Biasa je". Balas Syam, mendatar. Matanya fokus memberi ular makan. Siapa yang tahu telefon lagend tu tahulah game apa dia main.
"Teringin nak bela ular pula", gumam Syam, perlahan.
"Kenapa aku tak tahu pun semua tu? Asal kau tak cerita dekat kitaorang? Kalau aku tak ikut kau pergi jumpa mamat tu sampai bila-bila pun kitaorang tak tahu", kata Dani tidak puas hati.
"Dah tak penting", balas Syam, malas.
"Jadi kitaorang ni tak pentinglah?", celah Kai bernada tidak puas hati.
"Begitulah rasanya", balas Syam , selamba.
"Humph!", serentak tiga orang jejaka itu berpeluk tubuh lalu mengalihkan pandangannya kearah yang berlainan. Merajuk!
"Otak kau, fikir comel ke? Percayalah cakap aku. Abang aku tak akan pujuk pun", Heyder ketawa mengekek. Tiga orang jejaka itu menjulingkan matanya keatas tanda menyampah.
"Habis kau tu bajet macam comel sangat je", bidas Dani sambil menjeling menyampah.
"Dia memang comel", celah Syam.
"Macam siput. Rasa nak pijak je", sambung Syam, selamba.
Terus saja Heyder mengangkat jari tengahnya dan ditunjukkan kearah abangnya. Babi betul.
*****
Pintu bilik tidur ditutupnya perlahan. Matanya memandang pula kearah Afifah yang sedang duduk dibirai katil sambil melipat baju. Pantas kakinya melangkah kearah tubuh itu.
"Sayang...", panggil Dani, manja. Bibir dicebikkan sedikit cuba meraih perhatian.
"Apa?", sahutnya mendatar.
"Layanlah aku ni.. hm", pinggang isterinya dipeluk dari tepi seraya dia menyembamkan wajahnya diceruk leher isterinya.
"Saya tengah lipat baju ni.. awak nak apa", balas Afifah maaih lagi datar.
"Nak sayang boleh? Hm..",
"Nantilah", balas Afifah.
"Sayang kau nak tahu tak beza kau dengan kambing?", soal Dani, lembut.
"Tidak", balas Afifah , melayan.
"Tak ada beza pun, dua dua busuk. Kau tak mandi lagi ke? Hahahaha", Afifah memberhentikan lipatannya.
Matanya hanya memandang Dani yang sedang ketawa terbahak-bahak itu dengan wajah yang datar tanpa reaksi. Dani yang perasan isterinya tidak memberi apa-apa respon itu terdiam sebelum dia menolak sedikit bahu Afifah.
"Gelaklah sikit. Tak ikhlas pun tak apa", kata Dani.
"Fikir sweet ke?", soal Afifah masih berwajah datar.
"Cukup sweet untuk buat kau blushing", balas Dani sambil tersenyum sinis.
Sesaat.
Dua saat.
Tiga saat.
"Kau tak blushing ke?", soal Dani dengan dahi yang berkerut apabila melihat isterinya masih sama. Datar.
"Erm.. tidak", balas Afifah sebelum dia kembali melipat baju.
Dani tercenggang. Err macam tu je dia balas? Desis hatinya.
Baju yang telah siap dilipat diangkat sebelum almari baju dibuka. Dia menyusun dengan penuh berhemah sebelum pintu almari itu kembali ditutupnya. Katil ditujuinya.
Baru saja dia mahu melabuhkan duduk, pinggangnya sekali lagi ditarik oleh Dani membuatkan dia jatuh terduduk diatas riba lelaki itu.
Dia terkaku saat hembusan nafas suaminya itu terasa benar-benar dikulitnya. Bibir digigit perlahan. Tulah kau tadi acah calm sangat.
"Merajuk ke, hm?", soal Dani dengan nada yang penuh menggoda.
"Mana ada saya merajuk", balas Afifah, perlahan.
"Tipu. Kau merajuk dengan aku kan sebab aku tak bagi kau keluar dengan kawan kau tu kan?", soal Dani, lembut.
Afifah hanya mendiamkan diri. Ha? Bila punya kes tu ya? Ada sesiapa ingat tak?
"Bila pula saya merajuk? Tak adalah", balas Afifah sebelum dia menolak tubuh suaminya untuk berbaring sekali gus membuatkan dia terbaring diatas tubuh suaminya.
"Saya tak merajuk pun. Awak ni overthingking betul", Afifah tersenyum tipis, dia bangun dari baringannya lalu mengambil tempat dikatil untuk berbaring.
"Tidurlah jom. Goodnight hubby", Dami tersenyum senget sebelum dia menutup lampu bilik dan lampu dimeja sisi.
"Goodnight sweety...",
Tbc
[1554 words]
Hambar ')
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top