MHMM : Bab 34

"Drama apakah?!"

*****

"Bangunlah yang..  dah subuh ni",

Afifah hanya mengeliat sedikit sebelum dia menarik selimut menutupi tubuh badannya.

"Subuh ni sayang oi. Bangun", kejut Dani lagi. Selimut ditarik.

"Sayang tengah cuti lah hubby! Hubby pergilah solat nanti lambat!", balas Afifah dengan nada yang mengantuk.

Dani tidak membalas, dia terus saja melangkah kearah bilik air. Afifah mencelikkan matanya sebelum dia bangun dan membentangkan sejadah lalu dia kembali tidur diatas katil.

Setelah selesai menunaikan solat fardhu subuh, Dani kembali semula kearah katil. Dia melabuhkan duduknya dibirai katil sambil memandang kearah isterinya yang masih diselubungi selimut itu.

"Bangunlah sayang.. dah pagi ni.. hm", diam. Tiada respon.

"Sayang pernah sangat ya? Tak apalah, tidurlah", baru saja Dani mahu keluar, suara esakkan seseorang kedengaran dihalwa telingannya.

Cepat-cepat Dani kembali semula kekatil sebelum dia menarik sedikit selimut yang membaluti tubuh isterinya itu.

"Hei. Hei. What's wrong?", soal Dani, risau.

Afifah membuka matanya sambil merenung kearah Dani dengan air mata yang masih mengalir.

"Kenapa? Sayang sakit ke?", soal Dani dengan wajah yang jelas kelihatan risau. Afifah hanya menggelengkan kepalanya saja.

"Snggugut", adu Afifah, manja.

"Lah..", tangan Dani terus saja naik membelai kepala Afifah, lembut.

"Tunggu kejap ya. Saya pergi beli ubat",

"Jangan. Saya tak suka makan ubat time saya period. Bahaya", halang Afifah, perlahan.

"Kalau macam tu.. tunggu sekejap ya",

Beberapa minit menunggu, akhirnya Dani kembali semula dengan membawa sebotol air suam yang sedeikit panas yang telah dibaluti dengan tuala.

"Baring..", Afifah hanya akur saja.

Dani tanpa berkata apa terus saja menyelak baju Afifah sedikit keatas sebelum dia menuamkan botol itu ditempat yang sepatutnya.

Dani menyeka air mata yang masih bersisa dipipi isterinya bersama senyuman tipis.

"Hubby dah sarapan belum?", soal Afifah, perlahan. Rasa sakit dipinggangnya beransur hilang.

"Belum. Kenapa? Sayang nak makan ke? Kalau sayang nak makan aku masakkan",

"Tak payah. Biar saya je masak", baru saja Afifah mahu bangun dari baringnya tetapi sudah dihalang oleh Dani.

"Kau baring je rehat", Dani bangun dari duduknya melangkah keluar dari bilik itu.

*****

Suasana menjadi sunyi sepi. Hanya bunyi air kolam saja yang kedengaran disitu.

"Jamput minum..", Ayna meletakkan dulang yang dibawanya tadi keatas meja. Cawan diletakkan dihadapan tiga orang jejaka itu sebelum air sirap ais itu dituangkan kedalam cawan.

Terus saja Ayna melangkah pergi dari situ. Kang duduk situ lama-lama kena marah pula dengan encik suami.

"Jadi kau budak yang pakai boxer spongebob waktu enam tahun dulu?", soal Syam, sinis.

Merah padam wajah Ryyan menahan geram sebelum dia memandang tajam kearah Syam.

"Betullah. At least aku tak TERberak dekat dalam seluar masa lawatan sekolah rendah dulu", balas Ryyan turut sinis. Senyuman mengejek terukir.

Kalini wajah Syam pula berubah merah. Heyder disebelah menggigit bawah bibirnya menahan tawa yang bakal terlepas.

"Eh kenapa muka merah-merah ni? Nak berak ke?", Soal Ryyan mengejek.

"Diam! At least aku tak main mainan barbie waktu kecil dulu!",

"Aku tak pernah makeup masa kecil-kecil dulu", bidas Ryyan.

"Aku tak pakai gaun perempuan waktu umur enam tahun",

"Aku tak pernah kena denda dengan cikgu untuk pakai telekumg waktu perhimpunan",

"Aku tak menjerit masa kena sunat dulu",

"Aku tak lari masa nak cabut gigi dekat sekolah ",

Heyder sudah melepaskan tawanya terbahak-bahak. Ambil kau semua aib zaman dulu dibukanya.

"Aku tak pernah beria dengan crush yang tak pernah tahu kewujudan aku", Bidas Syam.

"Masalahnya crush dulu tu dah jadi bini aku lah der. Hahahaha", balas Ryyan sebelum dia mempertawakan Syam.

"Diamlah boxer spongebob!",

"Kau pun diamlah bag barbie!",

"Weh. Hahaha penatlah. Hahaha", celah Heyder yang sedang ketawa terbahak-bahak sampai terkeluar air mata. Tangannya memegang perutnya yang terasa senak akibat banyak ketawa.

Mereka berdua saling menjeling antara satu sama lain.

"So, kau dah ingat akulah ni?", soal Ryyan, serius.

"Ingat je. Budak boxer spongebob aku mana boleh lupa", balas Syam, selamba.

"Daripada kau bang pernah pakai bra mama punya. Hahaha", celah Heyder. Semakin kuat dia mempertawakan dua orang dihadapannya itu.

"Diamlah!", kepala Heyder diketuk.

"Kau tahu siapa punca adik aku mati?", soal Syam yang sudah kembali serius.

"Tahu", balas Ryyan, mendatar.

"Dan aku pun tahu siapa yang buat kau kemalangan dulu. And one more. Bukan aku yang buat binatang sebelah kau tu kena tikam", sambung Ryyan.

"Sedap mulut kau je cakap dia binatang", Syam menjeling sebelum dengan tiba-tiba dia menghulurkan tangannya.

"Pahal?", soal Ryyan buat-buat tidak tahu.

"Damai", balas Syam, sepatah.

"Tak nak",

"Cepatlah!",

"Minta maaf dulu", arah Ryyan, selamba.

"Hotak kau. Kau yang mula dulu. Kaulah yang kena minta maaf", balas Syam sebelum dia menarik kembali tangannya.

"Kaulah yang patut minta maaf",

"Kau",

"Kau",

"Kau",

"Ka-",

"Abang Yan, mana Izz?", celah Heyder mematikan perbalahan diaorang berdua.

"Izz dekat rumah mommy. Kenapa?",

"Tak adalah, lama tak jumpa. Nak number dia boleh? Hehe", Ryyan terus saja menyebutkan number yang diminta Heyder. Syam pula hanya mendiamkan diri.

'Abang Yan konon..'

*****

Troli ditolak sedikit kuat tanda protes dengan mulutnya bergerak-gerak seperti membebel sesuatu.

"Hubby..",

"Ya sayang?", kicap dibelek.

"Nak chocklat tu..",

"Dah beli banyak dah jajan sayang oii. Tak eloklah beli banyak-banyak. Kita tinggal berdua je. Dan tak elok untuk kesihatan. So belilah benda lain", bebel Dani sebelum dia meletakkan sebotol kicap didalam troli.

"Biar saya je yang tolak. Jom sayang kita cari barang lain", troli yang sudah berisi dengan barangan dapur itu ditolaknya lembut. Afifah yang sudah ketinggalan dibelakang membuat wajah cemburut. Ish!

"Sayang nak tuppewere tak?". Soal Dani sambil membelek tuppwere yang tersedia dirak.

Afifah menjeling geram. Suka sangat perli perempuan. Suami sapatah.

"Tak nak", balas Afifah, geram.

"Belilah satu", kata Dani yang sudah memandang kearah Afifah.

"Tak nak",

"Ambil satu ya",

"Kalau awak nak awak ambil jelah. Saya tak nak", kata Afifah, mendatar.

"Alololo. Gurau je. Janganlah marah", pujuk Dani sambil memasukkan bekas makanan itu kedalam troli. Nak buat apa pun tak tahulah. Buat hempuk kepala dia kut.

"Eh, sabun basuh baju habiskan", Dani memberhentikan langkahnya sambil memandang kearah Afifah yang berada disebelahnya.

"By. Saya rasa nak buat bala lah", kata Afifah tiba-tiba.

"Ha? Bala?", soal Dani dengan dahi yang berkerut.

"Haah. Saya rasa nak buat bala dalam pasaraya ni. Kalau apa-apa jadi awak tanggung ya", ujar Afifah sebelum dia melangkah pergi dari lorong itu menuju ke lorong yang meletakkan sabun.

Dani hanya memandang saja pemergian Afifah sebelum dia mengikuti dari belakang. Bala? Jangan cakap bini aku nak gantikan tempat monyet-monyet yang kat rumah tu pula.

Sedang seronok membelek sabun berjenama Dynamo, dia perasan bahawa ada seseorang yang sedang memerhatinya namun dia biarkan saja. Sabun dynamo lagi penting.

Ingat tak macam mana nak buat slime guna sabun ni? Saya ada tutorial dia. Nak ? Kalau nak dmlah.

Lah author tiberh.

Baru saja dia mahu memusingkan badannya ingin beredar dari situ. Tiba-tiba dia terlanggar badan seseorang kuat hingga menyebabkan dia berundur kebelakang. Tak semena-mena pinggangnya terkena bucu troli yang berada disitu.

Dia mengerang sedikit kesakitan sebelum dia mendongak memandang kearah orang yang sudah melanggarnya.

'Gak punya mata apa ini anak' gumam hati Afifah.

Wanita itu terus saja melangkah pergi dari situ tanpa mengucapkan kata-kata maaf. Dasar biadab!

Afifah pula hanya mendiamkan diri merenung belakang badan wanita itu sebelum dia tersenyum sinis. Bodohnya..

Senyuman sinis yang pudar. Tangannya memegang belakang pinggangnya yang terasa sakit akibat terhentak dibucu troli. Sial betul minah tu.

"Sayang.. kenapa ni?", soal Dani, risau. Matanya memandang kearah tangan isterinya yang berada dipinggang.

"Terkena bucu troli. Sakit..", adunya dengan nada yang manja.

"Macam mana boleh terkena ? Hm? Naiklah atas troli tu. Jom balik", Afifah hanya akur saja. Dia melangkah naik keatas troli itu tanpa memeprdulikan pemandangan orang lain.

Dani pula hanya tersenyum manis kearah isterinya sebelum dia menolak troli itu dengan laju.

"Hahahaha. Janganlah laju sangat! Hubby!", kata Afifah dengan nada yang sedikit kuat. Orang yang lalu lalang disitu hanya melihat sketsa itu.

Pekerja yang berada disitu hanya tersenyum. Nak marah nanti kena buang kerja pula. Datang nak beli barang ke nak main ni?

Mereka tiba dikaunter pembayaran. Dani mengeluarkan barangan dari troli manakala Afifah masih lagi duduk didalam troli itu. Penjaga kaunter kiri kanan yang memandang kearahnya hanya dibalas dengan senyuman manis.

"Isterinya taknak discan sekali ke encik?", soal penjaga kaunter itu, lembut.

"Yang ni saya tak jadi beli. Saya jual semulalah", balas Dani , selamba. Afifah membulatkan matanya manakala penjaga kaunter itu hanya ketawa kecil.

"Hubby! Sampai hati nak jual saya.. hiks..", air mata palsu disekanya tipu. Dasar kaki drama.

"Berapa encik nak jual?". Soal penjaga kaunter itu.

"Rm3000 . Murah dah ni. Hahaha", balas Dani sebelum dia memgeluarkan dompet miliknya. Afifah yang mendengar itu terus saja memasamkan muka.

"Kalau ya pun nak jual saya, jual lah dengan harga yang tinggi sikit. Seratus ribu ke. Dua ratus ribu ke", kata Afifah, tak puas hati.

"Gitu pula", balas Dani sambil menghulurkan sejumlah duit pada penjaga kaunter. Barang dimasukkan kedalam troli. Troli ditolak keluar dari situ.

"Kau memang tak nak turun dari troli ni ke? Nak kena tinggal?", soal Dani apabila segala barangan yang baru saja dibelinya tadi dimasukkan kedalam but kereta.

"Dukung please.. pinggang saya sakit..", tangan didepakan kearah Dani dengan mulut yang sudah memuncung.

Dani tidak menjawab, sebaliknya dia terus saja mendukung tubuh badan isterinya lalu diletakkan ditempat duduk sebelah pemandu.

"Huhby, lepas ni kita--",

"Balik",

"Pergi speedmart dulu", wajah dimasamkan.

"Buat apa?",

"Saya nak beli tuala wanita", balas Afifah, mendatar.

"You give me kiss first and i will--",

Cupp.

"Pergi speedmart cepat", Afifah terus saja membuka telefon bimbitnya seperti tiada apa-apa yang berlaku. Dani pula hanya terkebil-kebil. Dia ni memang tak ada perasaan malu ke?

"Sukalah tu", kata Afifah setelah menutup telefon miliknya. Matanya memandang pula kearah Dani yang berada disebelahnya.

Dani hanya mendiamkan diri. Lebih baik dia fokus pada jalan raya daripada melihat isterinya. Kang tak pasal-pasal tak sini juga dia terkam.

Tbc
[1610 words]

Promote story :

Wife's Boss Mafia by Queendanger_
Marry me ! Abang Pengawas by secretamirul

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top