MHMM : Bab 33

"Perlawanan atau pendamaian ya?"

-Ryyan Mikael-

*****

"Awak pasti ke nak ikut diaorang jumpa EDT tu?", soal Afifah sedikit gelisah. Jacket kuli berwarna coklat dicapai sebelum dia menyarungkan jacket itu ketubuh suaminya.

"Yes. Memandangkan aku ni kawan yang setia. So aku akan teman dia", balas Dani, lembut. Tangannya membelai lembut rambut panjang isterinya itu.

"Alaa.. saya sorang-sorang lah ni?", soal Afifah, perlahan.

"Alololo... sekejap je, okey? Sayang warm up je dulu", balas Dani sebelum dia mencium kedua belah pipi isterinya.

"Warm up?",

"Yes. Tak tahu ke warm up tu apa?", soal Dani kembali. Tangannya naik pula memeluk pinggang si isteri.

"Tahu. Tapi sayangnya.. saya tengah period", balas Afifah sebelum dia tersenyum lebar. Dani mencebik.

"Dah lah. Hubby pergilah, kesian kawan-kawan hubby tunggu", kata Afifah sebelum dia melepaskan tangan Dani dari pada pinggangnya.

"Alright! Bye sayang! Jaga diri okey?", Dani terus saja mencapai pistol miliknya sebelum dia mencium dahi isterinya sekilas.

"Bubyee Hubby~", tangan dilambai kearah suaminya sebelum dia dengan laju membuat kerja. Kerja apa? Ha tengoklah apa dia buat.

****

"Kau yakin ke dengan apa yang kau buat ni?", soal Aiman pada Ryyan yang sedang menghadap tab didalam kereta itu.

"Yakin je. Pahal?",

"Tak adalah. Macam mana kalau--",

"Kau jangan risaulah, aku kenal si Syam tu dah lama. Bukan sehari dua. Tapi mungkin dia tak ingat aku kut", potong Ryyan sebelum dia tersenyum senget.

"Kenapa?", soal Zaqwan pula.

"Dah kalau Afifah atau lebih tepat lagi kawan baik waktu dia kuliah pun dia tak ingat. Apetah lagi aku yang dah jadi musuh ketat dia sejak tadika lagi", balas Ryyan, mendatar.

"Sejak tadika?",

"Kau tengok jelah nanti",

"Syam, kau okey tak?", soal Heyder apabila melihat abangnya itu termenung.

Diam. Tiada respon.

"Woi", bahu abangnya disentuh.

"Ha. Ya, ya. Kenapa?", soal Syam terkejut.

"Kau okey tak? Pahal termenung je ni?", soal Heyder sekali lagi.

"Okey. Aku okey", balas Syam, mendatar.

"Kenapa termenung?", soal Dani yang sedang memandu.

"Aku cuma terfikir pasal EDT tu lah", balas Syam.

"Kenapa dengan diaorang?", soal Dani kembali.

"Aku rasa macam... nama tu familiar tau", Syam memandang kearah luar tingkap. Rasa seperti kenal tak kenal saja.

"Siapa?", soal Heyder dan Dani serentak.

"Entahlah. Aku tak ingat", balas Syam, perlahan. Dani hanya mendiamkan diri saja fokus pada pemanduan. Manakala Heyder mengeluh sedikit. He's back.

*****

Pintu kilang kotak itu dibuka kasar sebelum mereka semua melangkah masuk kedalam kilang itu. Mata melilar memandang sekeliling mencari kelibat manusia. Namun, sunyi.

"Mana diaorang ni?", soal Dani, dingin. Yang datang hanya Dani, Syam dan Heyder saja. Manakala tiga orang lagi makhluk itu menjaga kawasan rumah Dani.

Diaorang ni membazir duit dan waktu je. Bukannya minah tu tak pandai jaga diri.

#beria

"Lama sial. Tak pandai tepati waktu ke?", bebel Dani lagi.

"Kau pahal bising-bising ni? Kita sampai sini tak sampai lima minit pun", balas Syam, mendatar.

"Lambatnya lahai..", rungut Dani, perlahan.

"Rindu bini cakap. Hahaha", kata Syam dengan senyuman lebar.

"Ish", tangannya naik memeluk tubuh. Pandangan dihala kan kearah yang berlainan. Alah rindu tu cakap jelah. Hahaha.

Pintu kereta ditutup perlahan. Cermin mata hitam dipakai sambil matanya melilar memandang sekeliling.

"Sir.. you weapon.." salah satu anak buahnya menghulurkan Colt 1911 berwarna hitam. Namun ditolak perlahan oleh Ryyan dia menggelengkan kepalanya sebelum mengeluarkan pisitol pemberian salah seorang anak buahnya.

G2 COMBAT Kal. 9 mm

Pistol yang berasal dari Indonesia. Kauorang mesti tahukan pemberian siapa?

Ryyan teus saja melangkah masuk kedalam kilang itu sebelum matanya tertancap pada tiga susuk tubuh yang sedang berdiri tegak seperti tiang ditengah-tengah kilang itu.

"Aku pun tak tahu mana tiang mana orang", gumam Ryyan sebelum dia melangkah masuk kedalam kilang itu.

"Hello ! Bitch", tegur Ryyan, selamba.

Syam memandang tajam kearah Ryyan sebelum dia menolak Heyder yang berada ditepinya itu kebelakang badannya. Heyder mencebik. Acah betul abang aku ni.

"Hai Eagle. Miss me? Huh?", soal Ryyan, mendatar. Kedua belah tangannya dimasukkan kedalam kocek seluar.

"Siapa yang nak rindu kau?", Syam menjeling.

"Baik kau bagitahu aku. Apa motif kau bunuh Zach?", soal Syam, dingin.

"Lah. Wa mafia. Lu mafia. Sama-sama mafia ma. Takkan lu tak tahu kut?", Ryyan hanya beriak selamba memandang kearah Syam.

"Bukan ke Zach tu musuh kau juga? Kau patutnya bersyukur yang aku dah hilangkan beban kau. Hahaha", sambung Ryyan, mendatar.

"Kau nak apa dari aku?", soal Syam masih bernada dingin. Dani dan Heyder pula hanya mendiamkan diri.

Ryyan ketawa kecil sebelum tiba-tiba wajahnya berubah dingin.

"Jauhkan diri kau dari isteri aku", arahnya, dingin dan serius.

"Isteri? Siapa isteri kau?", soal Syam dengan dahi yang berkerut.

"Aku tahu kau kenal isteri aku", dingin.

"Siapa?",

"Kau kenallah!". Balas Ryyan, malas.

"Yelah aku kenal! Masalahnya siapa bego?", soal Syam, geram.

"Kau jangan buat-buat tak tahulah, Hay", balas Ryyan, dingin.

"Ayna. Ayna Syuhada",

Syam berkerut dahi sebelum dia dengan tiba-tiba memegang kepalanya yang terasa sakit.

"Bro, kau okey tak?", soal Dani, dia memegang bahu kawannya itu.

Syam mengangguk sebelum dia kembali memandang kearah Ryyan. Wajah itu.. sangat familliar termasuklah namanya..

"Kau siapa sebenarnya?", soal Syam kembali dingin.

"Aku? Haha. Seriuslah kau tak ingat aku Hay?", soalan dibalas soalan.

"Sebab aku tak tahulah aku tanya!", marah Syam.

"Kau mesti ingat, Mikael kan?", soalan yang diajukan oleh Ryyan itu ternyata berjaya menyentakkan Syam.

Syam memandang kearah Ryyan sebelum dia mengerdipkan matanya beberapa kali.

Fikir comel ke?

"Kau..", kepala dipegang.

"Apa?", soal Ryyan, malas.

"Kau.. argh..", Syam terduduk diatas lantai simen itu. Dani dan Heyder jelas terkejut sebelum Heyder terus saja duduk bercangkung diaebelah abangnya itu.

"Syam, kau okey tak? Kita balik nak?", soal Heyder, risau. Sebelah tangannya memegang bahu abangnya manakala sebelah tangannya pula sudah menggengam erat pistol revolver yang dibawanya tadi. Babi punya Ryyan.

Syam kembali mendongak memandang Ryyan dengan pandangan yang sudah kabur.

"Kau-- Ka..", terus saja Syam rebah dipangkuan Heyder. Pengsan.

"Abang! Woi Syam! Bangunlah!", kejut Heyder sambil menepuk pipi Syam, perlahan.

"Uishh. Seriuslah? Takkan ingat aku terus pengsan kut? Aku bukannya hantu", kata Ryyan sebelum dia menghampiri Syam yang sudah tidak sedarkan diri. Baru saja dia mahu mendekat, Dani sudah terlebih dahulu mengacukan pistol kedahinya.

"Don't you dare to touch him", kata Dani, dingin.

Ryyan mengangkat tangannya tanda mengerah. Terus saja Dani menghampiri Syam sebelum dia memandang kearah Heyder.

"Kau ken-",

"Abang Yan kenapa tercegat je kat situ? Jomlah bantu kitaorang", tegur Heyder pada Ryyan yang masih berdiri ditempatnya tadi dengan kedua belah tangan dimasukkan kedalam kocek seluar.

"Siapa abang kau?", gumam Ryyan sebelum dia menghampiri mereka bertiga. Tiber je budak ni panggil aku abang.

"Kau kenal dia?", soal Dani pada Heyder setelah mereka masuk kedalam kereta yang dipandu oleh Dani ketika mahu kesini sebentar tadi.

"Kenal je. Kenapa?", soal Heyder dengan muka polosnya.

"Ha? Aku tak fahamlah. Macam mana kau boleh kenal dia? Kenapa Syam pengsan? Kenapa kita kena percayakan dia? Bukan ke dia musuh Eagle?", tanya Dani bertubi-tubi. Ah sudah. Dia pening sekarang.

"Apa kau merepek ni? Ni abang Yan lah. Kawan Syam waktu sekolah tadika, sampailah sekolah menengah", balas Heyder, tenang.

"Ha? Kejap. Kejap. Abang kau bukan ke haritu-",

"Tu dia menyamar je. Hoho", balas Heyder masih lagi tenang.

"Jadi dia bukan musuh kita?", soal Dani lagi. Serius dia pening sekarang ni.

"Yeah. Aku musuh kauorang. Pahal?", celah Ryyan yang sedang memandu.

"Ha?".

"Abang Yan ni janganlah main-main",

"Siapa abang kau? Panggil aku 'Ryyan' boleh tak? Jangan panggil aku 'Yan' . Tak selesa", balas Ryyan.

"Weh. Ni drama apa? Aduh aku tak fahamlah", Dani menekup wajahnya stress.

*****

Pintu bilik tamu dibuka sebelum mereka meletakkan Syam diatas katil itu. Heyder mengambil tempat dibirai katil sambil memandang kearah Syam manakala Dani hanya memandang sekeliling.

"Heyder", Heyder menoleh.

"Explain", arah Dani, tegas.

"Okey. Okey. Macam ni. Syam dengan Ryyan ni kawan dari kecil lagi. Since diaorang tadika lah. Waktu tu Syam lima tahun en Ryyan 6 tahun. Diaorang beza setahun je. And diaorang ni memang dari dulu lagi suka gaduh",

"So diaorang ni memang kira macam berkawan lah walaupun macam kucing dengan anjing. Bila dah habis sambung belajar tu, diaorang bergaduh and terus tak bersua muka dah. Yang tu aku tak tahu kenapa", sambung Heyder.

"Sebab Ayna", celah Ryyan yang sedang bermain telefon.

"Ha ya. Ya. Sebab diaorang rebut Ayna. Masalahnya Ryyan dah salah faham. Mana ada abang aku suka Ayna", Heyder ketawa sedikit.

"Kes cemburulah ni sampai jadi grup berasingan?", Soal Dani. Heyder pula menganggukkan saja kepalanya.

"Kenapa aku tak pernah tahu?", soal Dani, pelik.

"Because he's amnesia", balas Ryyan, mendatar. Telefon disimpan sebelum dia bangun dari duduknya melangkah keluar dari bilik itu.

"Habis waktu dia masuk kolej waktu umur 26 Tahun tu?", soal Dani lagi. Walaupun sudah bertahun berkawan, dia tidak banyak tahu tentang dua orang ketul manusia itu. Yelah, Syam bukannya jenis suka bercerita masalah dia dekat orang lain selain Heyder.

Bangang betul.

"Yang tu dia menyamar sebab nak intip Wardah". Balas Heyder, malas.

"Fuck. Complicated betul kes kauorang ni", Dani berkerut dahi.

Mata dicelikkan sedikit sebelum dia membukanya perlahan-lahan.

"Abang kau dah bangun?", Syam menoleh ketepi apabila mendengar suara seseorang menyapa halwa telinganya. Tangannya terus saja memegang lengan Heyder.

"Aku kat mana ni?", soalnya, perlahan.

"Rumah abang Yan", balas Heyder.

"Ha? Siapa abang Yan? Kau mana ada abang lain selain aku?", soal Syam dengan dahi yang berkerut. Ah stressnya.

"Dani kata dia balik dulu. Jadi tinggal kita berdua je kat sini", kata Heyder menukar topik. Malaslah nak jelaskan.

"Apahal dia tinggal kita dekat sini? Aduh. Bodoh betul member macam ni", rungut Syam.

Tbc
[1579 words]

Hai. Maaf sebab scene Dani dan Afifah sedikit saja. Saya nak rungkaikan perkara sebenar di awal-awal bab dulu pasal Ryyan dan Syam yang tergantung tu. Hahaha.

So, ada yang tak faham? Boleh tanya.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top