MHMM : Bab 32

"Kawan? Atau lawan?"

•••••|MHMM|•••••

PAGI-PAGI lagi mereka berdua sudah bangun. Ya mestilah bangun pagi. Bukan macam kau. Dah petang baru nak bangun.

Seperti biasa, mereka berdua menjamu selera diawal pagi tanpa sebarang suara. Hanya bunyi sudu dan garfu saja yang kedengaran diruang makan itu.

"Harini masuk office ke?", soal Afifah, lembut.

Dani menggelengkan kepalanya sambil mencapai tisu yang berada berdekatan sebelum dilap kemulutnya.

"Harini diaorang datang sini", balas Dani, mendatar. Afifah hanya mengangguk saja sebelum dia bangun dari duduknya dan mula mengemas.

Sedang dia mencuci pinggan, Afifah terasa ada satu tangan yang melingkari dipinggangnya menyentakkan dirinya yang sedang membasuh pinggan itu.

"Sayang... hm..",

"Author ni tiada tempat lain ke nak buat scene sweet selain dapur?", gumam Afifah perlahan. Dani yang mendengar itu hanya tertawa kecil.

"Author obses dengan dapur. Tu yang asyik buat scene sweet kat dapur tu", balas Dani perlahan ditepi telinga Afifah.

Jap. Pahal bawa-bawa aku dalam scene ni?

"Hubby nak apa hm?", soal Afifah, lembut. Dia kembali menyambung mencuci pinggan tanpa memperdulikan suaminya itu.

"Nak sayang. Boleh?",

"Selama ni saya bukan bagi kasih sayang ke? Saya bagi apa selamani?", soal Afifah dengan nada yang mendatar.

"Bukan kasih sayanglah.. saya nak--",

"Kata yang lain datang kejap lagi, kan? Pergi bersiap. Nak borak pasal benda kotor malam nanti je", selamba saja Afifah memotong.

"Seriusly sayang?", bulat mata Dani memandang kearah Afifah. Gila siot. Bini aku otak kotor juga ke? Asstaghfirullah.

"Sebelum muka hubby jadi tempat saya lepaskan geram. Baik hubby lepas dan pergi siap sekarang", kata Afifah, geram.

"Sayang ni tak macam isteri orang lainlah. Nak suruh tukar panggilan pun shy shy dog. Tapi sayang selamba je tukar tanpa persetujuan saya", kata Dani, lembut. Pelukkan masih belum dileraikan.

"Malas nak buat persetujuan. Sebab nanti hubby suruh saya panggil 'abang' takmo lah panggil abang", balas Afifah.

"Dahtu nak panggil apa?", soal Dani semula.

"Saya nak panggil Hubby", balas Afifah, lembut.

"Sekarang boleh lepas? Saya nak keluar pergi kedai dekat tepi jalan tu boleh?",

"Pergilah. Pandai bawa kereta kan?", pelukkan dileraikan.

"Tapi saya nak jalan kaki...", ujar Afifah.

"Tak boleh. Bahaya",

"Alaaa",

Ding! Dong!

"Diaorang dah sampai", mereka berdua terus saja melangkah keluar dari dapur menuju ke pintu utama. Pintu dibuka.

"Awak suruhlah diaorang masuk dulu. Saya nak tukar baju kat atas", Afifah terus saja melangkah pergi meninggalkan yang lain.

"Hm. Masuklah", dengan malasnya Dani mempelawa mereka semua. Tak. Masalah sekarang ni diaorang memang dah masuk sebelum dia pelawa lagi. Dasar member!

"Ha. Alang-alang kau kat sini. Pergi teman bini aku beli barang dapur dekat pasaraya", kata Dani pada Heyder yang baru saja duduk diatas sofa itu.

"Kenapa tak Aisy? Kai ke? Amirul ke? Kenapa mesti aku?", soal Heyder. Dahinya berkerut halus.

"Aku ada benda nak suruh diaorang tiga buat. Tolonglah.. alah alah",

"Ergh! Fine!", dia terus saja bangun dari duduknya menghampiri Syam yang duduk disebelah Dani. Tangan dihulur.

"Ha? Apa?", soal Syam yang sejak tadi hanya termenung. Matanya memandang kearah tangan Heyder.

"Kunci kereta dengan kad bank", balas Heyder.

"Kunci kereta tu aku boleh terima lagi. Yang kad bank tu untuk apa?", soal Syam dengan dahi yang berkerut. Namun tetap juga mengeluarkan dompet miliknya.

"Aku nak rembat duit bank kaulah. Apa lagi? Hahahaha", balas Heyder. Syam pula hanya menjeling sebelum dia mengeluarkan kad berwarna hitam dan dihulurkan pada adiknya itu bersama kunci kereta. Elehh bagi juga.

"Kad kau mana?", soal Aisy, hairan.

"Aku dah bagi anjing tepi jalan makan", balas Heyder, mendatar. Sial. Padahal dia bagi Rose.

"Kak Fifah! Cepatlah turun! Kau buat apa lama-lama kat atas tu?", jerit Heyder, lantang.

"Sejak bila kau panggil bini aku 'akak'?", soal Dani, hairan.

Heyder tidak menjawab. Sebaliknya dia mengira dijarinya sendiri.

"Kami beza tiga tahun 7 bulan", balas Heyder, mendatar.

"Birthday kau bila?", soal Syam pula.

"Seriuslah kau tak ingat?", soal Heyder semula. Tangan dimasukkan kedalam kocek seluar. Tak guna punya abang.

"Sebab aku tak ingatlah aku tanya", jawab Syam, mendatar.

"Bulan 9",

"Berapa haribulan?",

"Dua", jawab Heyder, malas.

"Ouh ye ek? Aku fikir kau 17 haribulan, bulan lima", kata Syam, mendatar.

"Ehem. Psst. Psst. Tu aku", celah Dani.

"Birthday orang lain kau ingat. Birthday aku kau tak ingat pula", gumam Heyder. Mereka yang mendengar itu hanya menjeling menyampah.

"Afifah bila birthday dia?", soal Aisy ingin tahu.

"Sama dengan author", balas Dani.

"Yelah, berapa haribulan?", soal Syam kembali.

"Kan aku dah jawab. Sama dengan author",

"Masalah sekarang ni birthday author pun aku tak ingat tau", balas Syam, geram.

"Padan muka kaulah",

"Hubby.. saya pergi dulu tau..", terus saja mereka menoleh kearah suara halus tersebut.

"Lamanya kau bersiap. Sempat kitaorang ungkit seribu satu kisah Sirah tau", balas Heyder sebelum dia berjalan kearah pintu utama.

"Aku tak suruh pun ungkit seribu satu kisah", balas Afifah, mendatar.

"Kau dah kenapa ikut aku?", soal Afifah, hairan.

"Dani suruh",

"Saya pergi dulu ya", tangan kekar suaminya disalam sebelum dia terus meninggalkan kawasan rumah tersebut.

"Ha, pahal panggil kami kesini?", soal Kai apabila figura dua orang manusia itu sudah tidak kelihatan.

"Aku dah tahu siapa punca Zach mati", kata Dani, dingin.

"Siapa?", soal mereka serentak.

"Dia..",

*****

PINTU rumah ditutup. Kaki mereka berdua terus saja melangkah kearah ruang tamu setelah meletakkan barangan yang baru saja dibeli.

"Hubby! Tengok apa saya bawa ni!", dengan terujanya dia melangkah kearah suaminya yang berada diatas sofa sambil membawa...

"JAUHKAN BENDA TU DARI KITAORANG!", jerit Kai, Aisy, Amirul dan Syam serentak. Mereka terus saja bangun memanjat keata sofa.

Dani yang sedang memejamkan mata itu terus saja mencelik. Dia memandang kearah Afifah yang sedang mendukung...

"Wahhh! Mana kau kutip dia ni?", terus saja binatang berbulu orange itu diambilnya.

"Kami jumpa kat tepi jalan", balas Heyder. Tangan dimasukkan kedalam kocek seluar. Mata memandang kearah abangnya yang masih tidak turun dari atas sofa itu. Tahu sangat yang abangnya itu takut kucing...

"Seriusly? Kenapa pergi kutip binatang ni? Aduhhh", celah Syam dengan suara yang terselit ketakutan.

"Suka hati i lah. Rumah suami i. Bukan rumah you", balas Afifah, mendatar.

Syam mengetap rahangnya geram. Sabar.. sabar..

"Jauhkan kucing tu dari Syam , sayang. Dia alah bulu kucing", kata Dani, lembut.

Afifah menganggukkan kepalanya sebelum dia melangkah pergi dari situ sambil mendukung kucing tersebut.

Perlahan-lahan mereka yang lain turun dari atas sofa sebelum masing-masing menghela nafas lega.

"Dani", panggil Syam dengan nada yang serius. Dani mendongak sambil menjongket keningnya.

"Setkan masa untuk kita jumpa diaorang esok", arah Syam.

"Ouh. Okey", balas Dani sebelum dia menbuka labtop miliknya.

"Jap. Jap. Jap. Jumpa siapa ni?", celah Heyder tidak mengerti.

"Pembunuh Zach",

"Siapa?",

"EDT. Atau lebih tepat lagi.. Evil Dark Team",

*****

"Tuan. Mereka dah tahu. Dan mereka ajak berjumpa esok dekat kilang lama berdekatan syarikat mereka", kata Zaqwan, serius.

Ryyan yang sedang melakukan kerja itu terhenti sebelum dia mendongak memandang mearah Zaqwan dihadapannya.

"Baguslah. Aku dah lama tak berdepan dengan Hayrie", balas Ryyan, selamba.

"Tuan pasti?",

"Untuk apa aku tak pasti? Itu memang rancangan aku", balas Ryyan, mendatar.

Zaqwan hanya mendiamkan diri sebelum dia mengangguk faham.

"Kalini peperangan atau pendamaian ya?", soal Ryyan sendiri apabila Zaqwan sudah melangkah keluar dari officenya.

"Kalau peperangan macam seronok..",

"Tapi kalau pendamaian macam lagi elok..",

"The fish? Kalau pendamaian means aku kena minta maaf kat dia? No. No, no. Tak nak aku minta maaf dekat dia ", Ryyan menyandarkan badannya kekerusi rodanya. Mata dipejam rapat. Fuck.

"Tengok jelah macam mana esok", tangan kembali menaip diatas papan kekunci sebelum dia kembali terhenti.

"Kalau kami berdamai Afifah macam mana? Dia akan bagitahu Dani ke? Ah sudah. Pening aku macam ni",

Tbc
[1228 words]

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top