MHMM : Bab 31
"You are killer. but i'm a hacker great."
♡︎••••••|Mr. HACKER MISS MAFIA|•••••♡︎
PINTU BILIK kayu itu dibuka kasar dari luar menyentakkan mereka yang berada didalam pejabat tersebut. Serentak mereka berenam menoleh kearah pintu pejabat yang dibuka itu.
"Seriusly?", bulat mata mereka semua kecuali Syam dan Afifah melihat Heyder yang baru saja melangkah masuk itu.
Heyder hanya menayangkan wajah tenang sebelum dia mencabut cermin mata bulat yang dipakainya. Bag sandang dibaling keatas sofa bersama cermin mata tadi.
Rambut yang tadinya terurus diserabaikan semula. Ah rimas!
"Bapak nerd sial!", kata Dani sebelum ketawa terbahak-bahak. Serius nerd gila bila tengok semula.
"Ni semua salah kau! Aku dah katakan petang! Aku pagi-pagi ada kelas lah bongok!", marah Heyder pada Dani yang masih ketawakan dirinya itu.
"Hahahaha. Sorrylah bro. Urgent kan", balas Dani, dengan sisa tawanya.
"Bukan sekarang time kelas ke? Macam mana kau boleh keluar ni?", soal Syam sambil melihat jam dipergelangannya tangannya. Baru pukul 9:07 minit pagi.
"Macam ni..",
Flashback..
"You serius ke Heyder nak ponteng ni? Nanti Miss Irah marah macam mana?", soal Errisya sambil mengikuti langkah Heyder dan Iqram.
"Kau pernah nampak aku main-main ke Sya?".
"You mana pernah serius". Balas Errisya, mendatar.
"Dah-dah. Ni kau nak aku tolong apa?", celah Iqram sambil tangan dimasukkan kedalam kocek seluar.
"Luka aku tak baik lagi ni. Kau tolong aku panjat ehh", kata Heyder sebelum dia membuka bag sandangnya dan diserahkan pada Iqram.
Perlahan-lahan dia memanjat dinding yang agak besar dibelakang banggunan itu sebelum dia meminta bagnya kembali.
"Tak. Tak. Sekarang ni kau boleh je keluar ikut pagar depan kan. Kita bukan budak sekolah yang kena tangkap dengan pakcik guard kalau keluar awal pun. Yang susah-susah nak panjat bagai ni kenapa?", soal Iqram, hairan.
"Saja nak menyusahkan kauorang dua. Kalau bukan aku , siapa lagilah nak menyusahkan kauorang kan", balas Heyder yang masih berada diatas dinding itu.
"Sesungguhnya orang yang menyusahkan orang lain itu adalah salah, maka, akan Allah menyusahkannya semula dihari akhiratnya kelak", balas Iqram , lembut.
Heyder hanya menjulingkan matanya keatas sebelum dia melompat keluar. Iqram dengan ayat savagenya memang susah untuk berpisah.
"Thankyou kembar hodoh!", ucap Heyder sebelum dia melangkah pergi dari situ.
End flashback..
"Kau ponteng?!", soal Syam, kuat.
"Begitulah ceritanya. Fuh, menusuk siot ayat dia tu. Rasa takut pula nak menyusahkan kauorang lagi. Hahaha", kata Heyder.
"Ouh untuk soalan kau tadi, kau jangan marah aku. Kau marah Dani. Dia yang paksa aku datang sekarang", jawab Heyder pada soalan Syam sebentar tadi.
Syam yang mendengar itu terus menoleh kearah Dani. Matanya tajam memandang kearah Dani yang sedang membuat adegan 'gula' disofa dibilik itu bersama Afifah.
"Apa?", soal Dani apabila perasan Syam merenung tajam kearahnya. Dengan muka tak bersalahnya.
"Kenapa kau suruh Heyder berkumpul sekarang! Ni masa dia kelaskan!", marah Syam pada Dani.
"Alah. Ponteng sehari je. Apadehal. Kalau dia tak belajar sekalipun dia tetap kaya jugakan. Dapat kerja jugakan", selamba Dani membalas.
Syam hanya menjeling sebelum dia kembali menghadap labtopnya semula.
"Maaf mencelah. Actually kenapa kita senua berkumpul dalam ni?". Soal Afifah tiba-tiba.
Mereka berpandangan seketika. Terlupa pula tujuan asal mereka berkumpul.
"Ehem. So, mari kita bincang anak-anak itik ku", kata Syam, mendatar.
"Sorry, aku bukan itik",
"Aku bukan anak kau. Aku adik kau",
"Aku manusia".
"Siapa anak kau?".
"Kau itik ke?",
"I bukan anak itik you",
Serentak enam orang manusia itu membalas. Sekali lagi Syam menjeling sebelum dia menunjukkan jari tengahnya kearah mereka semua.
"Yelah-yelah. Anak buah kau yang berada dekat Perak yang tengah buru Zach tu terjumpa mayat jantan tu", jelas Heyder.
Afifah jelas terkejut namun reaksi wajahnya cuba dikawal.
'Babi diaorang tak bersihkan tempat tu ke sial! ' desis hati Afifah.
"Dekat mana?", soal Aisy.
"Gudang lama", Sekali lagi Afifah tersentak. Alah bongok betul diaorang ni. Kenapa tak buang mayat jantan tu!
•••••
BAM!
"Wow. Pahal main terjah ni? Adab mana adab?", Afifah menjeling kearah Luke yang berada didalam bilik itu sebelum dia melangkah kearah Ryyan yang sedang membuat kerja.
"Tuan", panggil Afifah.
"Hm", sahut Ryyan, dingin.
"Kenapa mayat Zach tak dibuang? Dibakar ke. Ditanam ke. Bagi binatang makan ke? Kenapa biarkan je dia dekat gudang tu?", soal Afifah, mendatar.
Ryyan mendongak memandang kearah Afifah sebelum dia memandang kearah screen labtopnya semula.
"Saja",
"What?",
"I said, 'saja' . Tak faham ke?", soal Ryyan , dingin.
"Tapi kenapa?", soal Afifah, lembut.
"Sebab aku tahu Eagle tengah cari Zach juga. So aku biarkan jelah situ. And kau pun tahukan anak buah aku tak akan bertindak selagi aku tak bagi arahan. Dasar pembaris", balas Ryyan diselitkan kutukkan pada anak buahnya yang lain.
"Jadi?", soal Afifah lagi.
"Biar diaorang jumpa mayat tu. Biar diaorang perah otak sikit. Mana boleh aku seorang je tertekan sekarang. Diaorang pun kena tertekan juga", jawab Ryyan , selamba.
"Tuan tertekan?",
"Taklah. Tengah happy ni", balas Ryyan , malas. Dia mengerling sekilas kearah Luke, Simon, Aiman dan Zaqwan yang sedang tekun membuat kerja.
Semua tengah tertekan sekarang Fifah.. kau je yang tengah ketinggalan..
Pintu dibuka dari luar. Wawa dan Amira melangkah masuk kedalam bilik meeting itu sebelum masing-masing meletakkan fail diatas meja bersebelahan Ryyan.
"Yo Fifah! Lama tak nampak. Sihat?", tegur Wawa sebelum dia memeluk badan sahabatnya itu.
"Sihat", balas Afifah, mendatar.
"Dahlah. Aku nak kena gerak ni. Nanti apa-apa call je aku. Saya gerak dulu tuan", badan ditundukkan sedikit. Sikit jelah. Takkan nak sujud pula. Pintu bilik ditutup.
"Dah jumpa location Raphael?", soal Ryyan pada Wawa. Wawa hanya menggelengkan kepalanya saja membuatkan Ryyan mengeluh.
"Sampai bila nak sorokkan dari Afifah", soal Amira, dingin.
"Sorokkan dari Afifah? Kau tahu tak dia yang sorokkan rahsia pasal Raphael ni dari kita?", soal Zaqwan kembali.
"What? Serius ah!", Zaqwan mengangguk meng'iya' kan.
"The fish?",
*****
"Dani. Aku nak kau cari siapa yang bunuh Zach tu secepat mungkin", arah Syam pada Dani yang sedang membuat kerja itu.
Dani mendongak memandang kearah Syam sebelum dia menganggukkan kepalanya mengerti.
"Mana Afifah?", soal Syam, mendatar.
"Dia kata nak jumpa kawan kejap. " jawab Dani juga mendatar.
Pintu dibuka kasar dari luar menyentakkan mereka berdua. Serentak dua orang manusia itu menoleh.
"Dah pukul 6. Taknak balik ke?", soal Afifah sambil melangkah kearah Dani.
"Nah kunci kereta", kunci lereta dihulurkan pada Dani. Dani hanya menyambut huluran itu. Jam dititik.
"Haahlah. Dah pukul enam lebih. Aku nak baliklah..", barang dikemas sebelum Dani melangkah keluar dari bilik itu bersama Afifah.
Pistol yang berada dibelakang seluarnya diambil sebelum dia meletakkan keatas dashboard kereta. Afifah pula hanya memerhati.
"Kenapa awak keluarkan pistol?", soal Afifah, perlahan.
"Because there are enemies following us", jawab Dani sebelum dia menekan pedal minyak dengan kuat. Kereta Audi TT itu mula bergerak laju membelahi jalan raya.
"What?!", Afifah menoleh kebelakang. Terlihat dua kereta berjenis hummer yang sedang mengikuti mereka.
"Awak! Macam mana ni!",
"Hey. Rileks lah sayang. Aku ada ni", jawab Dani, tenang.
"Diaorang keluarkan machine gun!", jerit Afifah lagi.
Dani mengetap rahangnya kegeraman apabila musuhnya melepaskan tembakkan. Dan tembakkan itu dituju pada..
"Tunduk!", jeritan Dani membuatkan Afifah menunduk kebawah sebelum satu peluru menembusi tingkap dibelakang.
"Kenapa aku pakai kereta ni harini? Menyesal pula", gumam Dani sambil melajukan keretanya.
"Kau tunduk je. Jangan dongak selagi aku tak bagi arahan", Afifah mengangguk dengan tangan yang mengggil.
Bukan menggigil sebab ketakutan. Tapi..
Tangannya sedaya upaya tidak turun kebawah mencapai pistol milik Dani yang jatuh sebentar tadi. Ya. Dia menggigil kerana tidak tahan mahu membunuh.
BOMM!!
"Done".
Tubuh kecil isterinya perlahan-lahan diletakkan diatas katil bersize Queen itu. Tudung yang tersarung dikepala wanita itu dicabut sebelum dia meletakkan diatas meja sisi.
Dani membuka baju kemeja yang dipakainya sebelum dia mencampakkan keadam bakul yang tersedia. Matanya memandang kearah Afifah yang masih tertidur.
Dia tanpa berkata apa terus saja melangkah kearah bilik air. Sempat dia mencapai tuala yang tersidai.
Setelah selesai mandi dan memakai pakaian, Dani terus saja melangkah kearah meja kerja sebelum labtop miliknya dibuka. Mujur kejadian tadi tiada perkara serius yang berlaku.
Jari jemarinya laju saja menari diatas papan kekunci labtop berjenama huwawei itu. Kerja office tu nanti-nanti jelah aku buat.
Hampir dua jam dia menhgadap labtop, akhirnya tangannya berhenti dari terus menaip. Badan direnggangkan sedikit. Matanya dipejam seketika sebelum nafas lelah dihela.
"Banyaknya kerja..", keluhnya, perlahan.
"Rowan hilang, pendrive tak dapat dicari. Cecair baru, racun dalam badan Afifah. Kerja menumpuk. Now? Nak kena cari siapa yang bunuh Zach pula?", kepala dilentokkan sedikit sehingga kedengaran bunyi.
"Kalau macam ni bila nak selesainya?", soalnya lagi sebelum matanya memandang kearah kertas-kertas yang bersepah diatas meja.
"Jalan terbaik adalah, berpatah semula", celah Afifah yang tiba-tiba saja bangun dari tidurnya. Dani jelas terkejut dengan celahan Afifah itu sebelum dia menoleh kearah isterinya yang masih dalam keadaan mamai. Dia terus saja bangun dan melangkah kearah katil.
Dia tersenyum tipis sebelum menolak lembut badan isterinya untuk baring semula.
"Tidur je, aku boleh selesaikan semua ni sendiri..", kata Dani perlahan ditepi telinga Afifah sambil tangannya mengusap lembut kepala isterinya itu.
Afifah ternyata terbuai sebelum dia memandang lama anak mata Dani. Kalau dia tahu aku ni siapa.. masih dapatkah aku belaian dia?
"Andai suatu hari nanti terbongkarnya satu rahsia.. ", Dani hanya diam menunggu kata-kata isterinya.
" apa kamu akan terus ngebelain aku? ", Dani terdiam. Dia cuba menghadam kata-kata isterinya. Husnudzon je Dani. Dia mamai..
Tiba-tiba Afifah tertawa kecil.
"Aku bercanda",
"Canda? Cili ke?", soal Dani. Canda? Apa tu?
"Itu cabe sayang..",
"Hah? Bukan capek ke?",
"Capek maksudnya penat. Cabe maksudnya cili. Canda maksudnya gurau. Tiga benda ni berbeza lah by..", kata Afifah, lembut. Dia mengelus pipi Dani dengan perlahan.
"Why tak tidur lagi? Hm?", soal Afifah, lembut.
"Aku ada banyak kerja nak buat. Sayang kenapa bangun?", balas Dani sebelum dia menyoal Afifah kembali. Sempat dia mencium bibir isterinya sekilas.
Single mohon blah. Semak je.
"Lama sangatlah saya tidur. Tu yang terjaga", balas Afifah.
"Jom aku tidurkan semula", lampu bilik ditutup sebelum dia melangkah semula keatas katil.
"Goodnight sayang..", lampu sisi ditutup.
Tbc
[1614 words]
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top