MHMM : Bab 29
"Peperangan sebenar sudah bermula?"
*******
KEPALA dianggukkan tanda faham. Dani menghempas badannya disofa ruang tamu rumahnya sebelum matanya dipejam rapat.
"Jangan lupa Dani pergi sana. Kawan aku tunggu. Itu pun kalau kau nak isteri kau sihat dari racun tulah", kata Heyder, mendatar.
"Hm", balas Dani , malas.
Syam yang baru melangkah keluar dari dapur itu terus memandang kearah dua orang manusia itu sebelum dia mengeluh sedikit.
"Kau betul ke nak bawa aku pergi jumpa pakar sains tu? Aduh. Sejak bila kita yang mafia ni busy macam forensik jumpa profeser bagai ni", kata Syam, malas.
"Kau baru keluar hospital beberapa bulan lepas Heyder. Dokter sendiri kata luka kau belum baik sepenuhnya", sambung Syam, serius.
"Alah. Tak mati pun. Yang kau nak risau sangat ni apahal? Aku sihat je ni ha depan mata kau. Tak mati lagi", balas Heyder, mendatar. Apa yang nak dirisaukan sangat abang aku ni? Mati tanam jelah.
Dani hanya menggelengkan kepalanya mendengar perbalahan dua beradik itu sebelum dia bangun dari duduknya.
"Aku nak naik ataslah. Bersiap. Nanti aku pergi cafe tu dengan isteri aku. Kauorang dua pergi elok-elok. Jangan asyik gaduh je dalam kereta", kata Dani. Sempat dia menitip pesan pada dua orang manusia itu.
Pintu bilik ditutup. Afifah yang sedang berbaring diatas katil sambil bermain telefon bimbit itu dihampirinya sebelum dia mengambil tempat dibirai katil.
"Sayang..", panggil Dani, lembut.
"Yes hubby?", sahut Afifah juga lembut. Matanya tidak lepas dari memandang screen telefon bimbit.
"Tengah buat apa? Hm..", badan dibaringkan disebelah Afifah sebelum tangannya naik memeluk pinggang gadis itu. Muka disembamkan dileher isterinya.
"Saya tengah baca wattpad. Kenapa hubby?", balas Afifah sebelum dia menutup telefon bimbit miliknya dan diletakkan diatas meja sisi katil.
"Aku nak cakap something..", serius saja wajah Dani memandang Afifah.
"Cakap apa tu?", soal Afifah, lembut.
"Kalau suatu hari nanti, aku dah tak ada, kau boleh jaga dirikan?", soal Dani, serius.
"Apa hubby merepek ni?", soal Afifah, hairan.
"If suatu hari nanti aku tak ada, aku nak kau jaga diri. Jaga kesihatan kau.. aku tak janji yang aku boleh selama-lamanya ada dengan kau. Ending semua orang tu bukan kebahagiaan. Tetapi ending setiap orang tu adalah kematian", kata Dani, panjang. Cukup membuatkan tubir mata Afifah penuh dengan air mata.
"Sampai hati awak nak tinggalkan saya..", balas Afifah sebelum dia memeluk Dani dengan erat. Air matanya mengalir perlahan sebelum esakkan kecil mula kedengaran.
Why lepas saya dah cintakan awak, dah sayangkan awak, awak mula buat macam ni?..
"Shh.. don't crying sayang... aku cakap je..", pujuk Dani, sambil mengusap belakang badan isterinya itu.
"Dah. Pergilah siap. Aku nak bawa kau keluar", arah Dani. Pinggang gadis itu dilepaskan sebelum dia bangun dari baringannya.
"Okeyy. Awak keluarlah dulu.. saya nak tukar baju..", Afifah juga turut bangun dari baringannya. Air mata dipipi disekanya kasar.
Dani yang mendengarkan itu tersenyum nakal sebelum dia mendekatkan wajahnya ketelinga Afifah.
"Apa salahnya kalau aku tengok? Aku kan suami kau.. hm..", dengan suara yang penuh menggoda dia berbisik ditelinga Afifah.
Afifah yang mendengar itu sudah terkaku. Wajahnya diserbu darah panas. Merah habis mukanya menahan malu.
"Baik awak keluar sebelum saya taknak bersiap!", kata Afifah cuba mengugut.
"Tak apalah, tak payah pergi. Kita dating dalam bilik je", semakin memerah wajah Afifah. Aaa! Ini semua setan! Ni bukan suami aku!
"Hahaha. Dahlah. Pergilah bersiap. Aku tunggu dibawah", pipi gadis itu diciumnya sekilas sebelum dia melangkah keluar dari bilik itu. Tidak mahulah lama-lama. Takut kawan-kawannya Heyder menunggu.
•••••
Pintu kereta dibuka dari luar sebelum seseorang melangkah masuk kedalam kereta itu. Pintu ditutupnya kembali sebelum dia membetulkan sedikit kedudukkannya.
Setelah memastikan Heyder memakai seatbleat, Syam terus menghidupkan enjin kereta dan bergerak keluar dari kotak parking. Kereta Ferarri 466 yang dipandu olehnya itu bergerak laju membelahi jalan raya.
"Apa dia cakap? Tu fail apa?", soal Syam pada Heyder. Matanya masih fokus memandang kearah jalan raya.
"Dia kata dia tak dapat banyak maklumat pun. Tapi dia dapat sedikit maklumat tentang bahan untuk cipta cecair ni", balas Heyder, tenang.
"Ouh yea? Aku nak tengok fail tu. Keluarkan isinya", arah Syam bernada lembut. Satu tangannya mengawal stereng kereta manakala sebelah tangannya diletakkan diatas riba.
Heyder tidak banyak kata terus mengeluarkan isi-isi yang berada didalam fail tersebut sebelum dia menghulurkan kearah Syam.
Syam menoleh kearah kertas-kertas yang ditunjukkan oleh Heyder sambil tangannya masih mengawal stereng kereta.
"Yang ni bahan dan isi dalaman", tunjuk Heyder.
"Yang penting yang mana?", soal Syam. Matanya hanya memandang kearah jalan raya sekilas. Jalan sunyi. Apadehal.
"Yang n-- ABANG! HATI! HATI!", jerit Heyder apabila melihat ada orang yang baru saja keluar dari lori. Sudahlah kereta yang dipandu abangnya itu semakin lama semakin ketepi. Laju pula tu.
Syam terus memandang kearah jalan raya sebelum dia mengelak ketepi manakala orang tersebut melompat naik keatas lori akibat terkejut.
Kereta diberhentikan ditepi jalan sebelum Syam membrek keretanya. Dia memandang kearah Heyder disebelahnya.
"Kau okey tak? Fuh. Nasib kau kasi tahu. Kalau tak dah lama kita arwah", Syam menyandarkan tubuh badannya diseat pemandu sambil matanya terpejam. Terkejut jugalah.
Matanya dibuka kembali sebelum dia menoleh kebelakang melihat pemandu lori tersebut.
"Kau duduk sini diam-diam. Aku nak jumpa orang tu", kata Syam pada Heyder sebelum dia membuka pintu kereta dan melangkah keluar.
Heyder hanya mendiamkan diri sebelum dia kembali memandang kearah kertas-kertas yang dikeluarkannya tadi.
"Sorry.. saya tak sengaja. Encik okey?", soal Syam pada lelaki tua itu.
"Gila ke ha bawa kereta macam tu?!", soal lelaki tua tersebut.
"Saya tak sengaja. Maaf sangat-sangat",
Lelaki tua itu memandang kearah Syam sekilas sebelum dia melangkah naik semula kedalam lori meninggalkan Syam sendiri.
"Err.. encik okey tak? Ada cedera mana-mana?", soal Syam lagi. Takut juga kalau-kalau lelaki tua ini ada tercedara dimana-mana.
Lelaki tua itu tidak menjawab. Malah hanya merenung kedalam anak mata Syam.
"Encik?",
"Siapa nama kau?", soal lelaki tua itu.
"Err.. Syam", balasnya perlahan.
"Syamsul Hayrie?", soal lelaki tua itu lagi.
Syam tidak menjawab. Hanya pandangan tajam yang memandang kearah lelaki tua itu.
"Macam mana boleh tahu nama aku?", soalnya dingin.
"Ka-",
"Abang. Lambat lagi ke?", suara Heyder mencelah kedengaran. Lelaki itu sudah berdiri ditepi pintu sebelah pemandu sambil memandang kearah dua orang lelaki itu. Lamanya borak..
"Heyd-",
"Jom gerak", pintas Syam sambil melangkah kearah kereta miliknya. Heyder hanya diam sebelum dia terus masuk semula kedalam kereta.
Syam menjeling tajam lelaki tua itu sebelum dia masuk kedalam kereta dan terus memecut laju meninggalkan lelaki tua itu.
Lelaki tua itu hanya memandang saja pemergian kereta Ferarri itu sebelum dia tersenyum tipis.
"Akhirnya papa jumpa kamu berdua semula..",
••••••
Melihat dua orang yang sedang bertepuk tampar disebuah meja didalam cafe itu, terus saja Dani mendekati meja itu. Afifah pula hanya mengikut.
"Ehem! Kawan Heyder?", soal Dani ingin kepastian.
Mereka berdua yang tadinya bertepuk tampar itu terhenti lalu menoleh kearah si gerangan.
"Dani kan?", soal Iqram, mendatar.
Dani menganggukkan kepalanya sebelum dia mengambil tempat dihadapan dua orang itu.
"Siapa ni?", soal Afifah pada Dani. Dani hanya mendiamkan diri.
"Errisya Arissa. Panggil Isya je. Ni adik kembar saya Errman Iqram. Panggil je dia Iqram", kata Isya, lembut.
Afifah hanya tersenyum sedikit walaupun dia sudah tahu. Yaa lens yang dipakainya.
"Afifah", Errisya mengangguk.
"So, Heyder dah bagitahu dah kenapa. Sebelum aku teruskan kau kena belikan aku Ferrari sebijik. Pastikan warna merah", dingin Iqram berbicara. Dani hanya mendiamkan diri. Memang patut pun kau jadi member si monyet tu. Perangai dua kali lima je. Sial.
"Jangan lupa rumah macam penthouse Isya juga", celah Errisya. Dani hanya tersenyum terpaksa. Afifah pula berkerut dahi tidak faham. Apa diaorang borakkan ni?
"Aku dah buat ubat tu untuk lawan binatang tu. Memandangkan dia hanya termakan sedikit dan dapat rawatan awal. Jadi kemungkinan besar yang ubat ni berkesan. In Shaa Allah..", jelas Iqram, serius.
Dani hanya mendiamkan diri. Afifah juga mendiamkan diri. Errisya dengan Iqram pula hanya memandang saja.
"Boleh ke aku percayakan kauorang dua ni?", soal Dani, mendatar.
Iqram yang mendengar pertanyaan itu hanya tergelak kecil sebelum dia menyandarkan badannya dikerusi. Tangan diletakkan kebelakang kepala.
"Kalau aku jahat. Dah lama aku bunuh kau. Dah lama aku bunuh Heyder", balas Iqram, mendatar.
"Baik. Aku percayakan kau.. jadi.. mana?",
"Isya, amb-",
Bom! Bom!
Mereka berempat terus saja menoleh keluar tingkap apabila mendengar bunyi letupan yang kuat. Orang ramai mula keluar dari cafe itu mahu melihat letupan tersebut.
"Awak! Letupan tu dari kereta awak!", kata Afifah pada Dani. Mereka berpandangan seketika sebelum mata mereka membulat.
••••••
"Sambung kita dekat mana tadi?", matanya kalini seratus peratus fokus pada jalan raya. Tidak mahulah jadi seperti tadi.
"Heyder?",
Syam berkerut dahi apabila tiada respon dia menoleh kesebelahnya. Heyder sedang ralit melihat keluar tingkat sambil termenung.
Fikirkan apa pun tak tahulah. Fikirkan awek kut. Tapi masalahnya dia dah putus selepas kena ceramah dengan Iqram haritu.
"Heyder! Aku bercakap dengan kau ni!", Heyder tersentak sebelum dia menoleh kearah Syam yang sudah memberhentikan keretanya yang sedang berbaris didrive thru MCD.
"Apa? Kau cakap apa tadi?",
"Kita dekat mana tadi? Sambunglah! Kau tunggu apa!?", tiba-tiba saja Syam menengking Heyder. Terkejut lelaki itu dibuatnya.
"Dekat bahagian bahan-bahan penting..", balas Heyder sambil menunjukkan kertas-kertas yang penting-penting.
Syam hanya diam sebelum dia melihat satu persatu maklumat yang tertulis.
PIN! PIN!
Bunyi kereta hon dibelakang kedengaran. Syam terus memajukan keretanya kedepan sebelum berhenti dibelakang kereta hummer.
"Mana bahagian yang paling bahaya?", soal Syam, dingin.
"Yang ni..", sehelai kertas dihulur.
Heyder menoleh ketingkap miliknya. Ada sebuah lori yang sedang berundur kearah kereta mereka. Heyder terus menurunkan tingkapnya sebelum dia memukul sedikit kuat dibahagian belakang lori itu untuk menandakan bahawa ada kereta dibelakangnya.
"Ada orang woii!", jerit Heyder, kuat. Tingkap kembali dinaikkan.
Lori itu terus berhenti dari berundur. Syam menoleh seketika sebelum dia kembali melihat kertas-kertas yang berada diatas ribanya.
Beberapa saat kemudian dia mendongakkan kepalanya kembali. Baru saja dia mahu meminta kertas lagi, matanya sudah membulat besar.
"JAGA! JAGA!", badan adiknya itu ditarik kedalam pelukkan apabila lori tadi kembali berundur dan merempuh pintu tersebut sehingga kemek. Tingkap pula sudah pecah akibat hentakkan kuat dari besi yang tajam dan agak besar.
Heyder tersentak apabila ditarik abangnya itu. Dapat dia dengari degupan jantung abangnya yang bergerak laju mengepam darah. Ni kalau dia tak sempat tarik Heyder tadi mesti besi tu dah tercucuk kedalam kepala adiknya itu. Tidak dapat dibayangkan..
Lori tersebut mula maju semula kedepan sebelum dia berundur kembali. Macam nak hancurkan kereta mereka pun ada. Pelukkan masih tidak dilepaskan. Malah, semakin erat Syam memeluk Heyder. Silap langkah. Hancur.
"Stay like this", bisik Syam sebelum dia menghonkan keretanya kuat. Pahal lambat sangat orang depan ni?! Yang belakang ni pun takkan tak perasan yang lori ni tengah langgar kitaorang?!
Hon semakin dikuatkan. Namun, orang yang berada didalam kereta hummer itu hanya mengeluarkan tangannya sebelum jari tengah ditunjukkan kearah Syam. Syam pula mengetap rahangnya geram. Menyesal pula tak bawa senjata. Niat nak pergi makmal je.
Telefon bimbit dikeluarkan sebelum dia mula menelefon Dani. Lama dia menunggu akhrinya panggilan terjawab.
"Hello-",
"Jangan call sekarang! Aku tengah kena serang!", suara Dani menjerit kedengaran. Bunyi das tembakkan juga tidak henti-henti kedengaran.
"Syam! Keluar dari sini! Lori tu tiada orang!", jerit Heyder apabila melihat satu lagi lori sedang bergerak laju menuju kearah mereka. Kereta yang tadinya berada dibelakang keretanya perlahan-lahan meninggalkan kawasan tersebut.
Syam terus saja membuka pintu keretanya namun tidak berjaya. Dia menyepak pintu keretanya namun tetap tidak berjaya. Fish! Dah kena hack!
Heyder melepaskan pelukkan sebelum dia memandang kearah pintu yang berada disebelahnya. Kalau tak sebab besi itu menghalang cerminnya.
"Tunduk. Aku nak pecahkan cermin", arah Syam, dingin.
"Macam mana kau-",
PRANG!
"Macam mana kau buat?", soal Heyder dengan mata yang bulat. Kata kalis peluru!
Syam tidak berkata apa. Dia hanya menunjukkan satu butang dibawah kakinya.
"Kau tekan butang tu nanti cermin pecah", kata Syam, mendatar.
"Kira sampai tiga, Kita keluar", kata Heyder.
Syam tanpa berkata apa terus menarik kuat lengan Heyder sebelum kereta mereka berdua dirempuh kuat dari belakang. Hancur.
Syam terus memeluk Heyder apabila ada serpihan kaca yang sudah pecah terpelanting kearah mereka. Habis hancur remuk kereta yang dinaiki mereka tadi.
"Heyder , kau okey tak?", soal Syam menoleh kearah Heyder yang berada didalam pelukkannya.
"Luka aku sakit. Tapi tak apa, bangunlah cepat", balas Heyder sebelum dia bangun dengan perlahan-lahan.
•••••
Mereka saling membalas tembakkan. Dani yang sedang berdiri disebalik dinding yang memisahkan ruang dapur dan ruang makan itu hanya diam.
Afifah yang berada didalam pelukkan Dani hanya mendiamkan diri. Disebalik matanya yang memakai lens, dapat dia agak yang sedang berbalah tembakkan itu adalah Iqram dan Isya dan...
"Aku dah lama tak muncul! Yuhuu!!", suara Luke kedengaran dihadapan.
Ya. EDT turut serta. Dasar Eve kaki hack!
"Kita kena keluar dari sini..",
"Kau boleh jalan tak?", soal Dani pada Afifah.
Afifah hanya menganggukkan kepalanya saja. Kaki yang terasa kebas akibat ditembak itu dilihat.
"Lambat", badan Afifah dicempungnya.
Tbc
[2104 words]
Hai. Ni last update sebelum saya betul-betul hiatus. Hehe. Sorry :)
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top