MHMM : Bab 28

"Love you is only mine."

|LOVE YOU MR. HACKER|

MATA dicelikkan sedikit sebelum terbuka perlahan-lahan. Dia termenung seketika cuba teringat apa yang terjadi semalam dan cuba untuk scan bilik yang di dudukkinya sekarang.

Asing. Satu kata yang boleh di katakan. Kepalanya terus saja menoleh kekiri apabila mendengar dengkuran halus disebelahnya. Dia menghembus nafas lega apabila lelaki yang tidur disebelahnya itu adalah suaminya sendiri.

Jam di dinding dikerlingnya sekilas. Baru pukul 3:13 minit pagi. Selesai saja solat isya' tadi dia terus tidur. Baju yang dipakainya untuk tidur itu dilihat. Besar nak mampos.

Dia bangun dari baringnya sebelum mengikat rambutnya yang semakin hari semakin panjang itu. Baru saja dia mahu bangun dari duduk, ada satu tangan yang menarik lengannya sehingga dia terbaring semula.

Afifah tersentak seketika sebelum ada tangan yang melingkari dipinggangnya pula. Akur.

"Nak pergi mana?", soal Dani dengan suara yang serak-serak basah.

Afifah hanya mendiamkan diri. Dia sejuk sebenarnya. Ialah, hotel 6 bintang punya aircornd ni macam dekat Korea je. Sejuk. Dengan baju tidur lengan pendeknya membuatkan badannya terasa sejuk.

"Awalnya bangun.. hm..", pinggang isterinya ditarik merapati badannya.

Afifah masih lagi diam. Pelukkan hangat dari suaminya itu membuatkan sedikit sebanyak dia menjadi selesa.

"Awak tak tidur ke?", soal Afifah, perlahan.

"Tidur. Tapi terjaga", jawab Dani dengan mata yang masih terpejam.

"Saya sejuk...", adu Afifah, perlahan.

"Nak saya hangatkan ke?", soal Dani, lembut. Terbit satu senyuman nakal dibibirnya.

"Nak. Awak peluk saya ketat-ketat. Nanti tak sejuk dah", balas Afifah dengan mada yang bergurau.

"Betul ni?", Dani membuka matanya sebelum dia menarik Afifah menghadap dirinya. Afifah pula hanya diam.

"Tidur. Nanti nak solat subuh", selimut ditarik menutupi tubuh mereka berdua.

Afifah kembali memejamkan matanya. Dani yang melihat Afifah sudah tidur itu terus menarik getah rambut yang diikat dirambut Afifah sebelum dia juga turut terlelap. Tidak elok jika tidur sambil mengikat rambut. Boleh mengakibatkan kanser otak.

Dia membuka matanya kembali apabila dengkuran halus dari Dani  kedengaran. Afifah hanya diam merenung wajah Dani sebelum dia mengalihkan pandangannya ke tangan Dani yang berada dipinggangnya.

Dia mengeluh sedikit. Perasaannya bercampur baur. Dia sangat selesa ketika bersama Dani tetapi dia masih juga teringat yang Dani adalah musuh EDT. Mungkin? Entahlah. Dia tidak faham dengan bossnya itu.

'Tak salahkan kalau aku betul-betul jatuh cinta dengan dia?'

..........

"Kau nak ikut aku pergi office tak?",

Afifah yang sedang mengemas pakaian mereka berdua itu mendongakkan kepalanya memandang kearah Dani yang sedang membetulkan tali leher dihadapan cermin.

"Boleh ke?", soal Afifah kembali. Dia menghampiri Dani sebelum tangan suaminya itu dipegang. Tali leher dibetulkannya.

"Boleh je. Tapi takut kau bosan je nanti", balas Dani, mendatar.

"Tak naklah. Saya nak duduk rumah goyang kaki je. Haha", jawab Afifah pada soalan asal. Tangannya menepuk-nepuk sedikit baju Dani.

"Suka hati kaulah",

"Jom keluar. Ada apa-apa lagi yang tertinggal tak?", soal Dani.

"Tiada. Jom",

Tangan suaminya itu dicapai sebelum dia menyalam tangan besar lelaki itu. Mereka akan bergerak secara asing. Afifah akan pulang kerumah mereka yang akan dihantar oleh salah seorang anak buah Dani. Manakala Dani akan bergerak ke office menaiki keretanya sendiri.

Setelah memakai seatbleat, kereta yang dipandu oleh anak buah Dani itu terus saja bergerak meninggalkan hotel tersebut. Manakala Dani sudah bergerak pergi ke office.

Sepanjang dirinya memandu kereta menuju ke banggunan tempatnya bekerja, Dani tidak habis fikir tentang sesuatu yang sangat dia risaukan.

"Aku harap dia dapat cari tahu isi bahan cecair itu..", gumam Dani sendiri.

Setelah memarkingkan keretanya dikotak parking yang disediakan, Dani mula melangkah masuk kedalam banggunan tersebut. Sapaan dari pekerja bawahan hanya dibalas dengan anggukkan.

"Eh. Kauorang perasan tak yang Afifah dah lama tak datang?", Dani yang baru tiba ditingkat 20 itu tersentak mendengar 'bawang' yang sedang dikupas oleh pekerjanya. Dia bersandar dimeja kaunter sambil mata dan telinganya dipasang.

"Perasan juga. Kemana dia pergi yeah?", balas Ain.

"Dia dah berhenti kut", balas Ally pula.

"Dia kan budak baru kat sini. Syarat dekat sinikan kena tiga tahun bekerja baru boleh berhenti. Dia tak sampai setahun lagi", kata Ariz pula.

"Dia austation mungkin", kata Nadrah, mendatar.

"Kenapa? Kau rindu dia yeaa..", usik Ain pada Zairil yang menanyakan hal Afifah sebentar tadi.

"Haha. Sikitlah. Aku ter'on' crush dekat dia", balas Zairil sebelum dia ketawa kecil.

BAM!

Serentak lima orang manusia itu menoleh pada arah yang berbunyi itu sebelum mata mereka membulat. Mereka terus bangun dari duduknya dan menunduk hormat.

"Sejak bila Sir Dani ada kat situ?", Bisik Zairil pada Ariz. Ariz hanya menjongket bahu tidak tahu.

"Membawang pagi-pagi. Tak ada kerja ke ha!", marah Dani.

Mereka terus saja berjalan kearah meja kerja masing-masing sebelum melakukan kerja mereka. Takut.

Dani menjeling kearah mereka semua sebelum dia melangkah masuk kedalam biliknya. Jelingan tajam itu dituju pada Zairil. Zairil yang perasan akan jelingan itu menelan air liur kesat. Aku ada buat salah ke?

"Hahahaha! Habislah kauorang! Dani dah Marah. Tulah. Membawang lagi pasal Afifah", suara Kai kedengaran dimeja kaunter. Mereka menoleh kearah Kai yang sedang ketawa terbahak-bahak itu.

Kai pula sudah tersenyum sumbing melihat reaksi Dani sebentar tadi. Ada orang tu cemburu.. huhu!

"By the way, semoga panjang umur ya Zairil. Hahahaha", celah Aisy pula sebelum dia melangkah masuk kedalam biliknya. Pintu dihempas kuat. Kai juga begitu.

Mereka semua terus saja mendiamkan diri.

"Like there's something happen to Afifah and boss..", gumam Zairil.

••••••

Ryyan mencapai telefon bimbit miliknya yang berada diatas meja kerja bersebelahan dengan komputer riba. Dia dan yang lain juga sedang cari siapa pemilik syarikat Meurtant dan penawar untuk Afifah. Sejak bila tah jadi forensik. Huhu.

Number seseorang dicari sebelum dia mendail number tersebut.

"Bonjour? (hello?)",

"Ehem!. Are you Ericia?", soal Ryyan, dingin.

"Yes. I am. Who are you?",

"I'm Ryyan. Are you still remember me?", soal Ryyan kembali.

"Sure. Ryyan Mikael right?",

"Yes",

"Comment allez-vous? (How are you?)", soal Ericia.

"Je vais bien, merci (I'm fine, thankyou)", balas Ryyan, dingin.

"I need your help. Can we meet?",

     Pintu dibuka dari luar menyentakkan Ryyan yang sedang menaip dipapan kekunci. Dia mendongak memandang kearah gerangan yang sudah melangkah masuk ke pejabatnya dengan cara yang sangattttt beradab.

"Nak apa?", soal Ryyan, mendatar.

"Tuan. Kami dah tahu siapa pemilik syarikat Meurtant dan yang mencipta benda bodoh ni",

^^^^^

TING!

Dani yang sedang membuat kerja itu terhenti apabila bunyi telefon miliknya kedengaran menandakan ada message masuk. Dia membuka telefon bimbit miliknya sebelum message dari seseorang itu ditekan.

Heyder abuto

[PDF]
Nah cilaka list bahan yang kau nak tu.
Btw, member aku minta bayaran. Haha
10:47 AM

You

Okey thanks. Nak bayar berapa?
10:48AM

Dia kata dia taknak duit. Dia nak rumah
Sebijik.
[stiker arnab dengan muka minta kaki]
10:50 AM

You

Tak kelakarlah bongok😭
10:50 AM

Hai. Ni Isya. Isya tak nak duit. Tapi
Isya nak rumah macam penthouse satu
Terima kasih wakk❤️❤️
10:51 AM

Ni Iqram. Aku tak nak banyak. Cukup
Dapat sebijik Ferrari pun dah okey.
10:51 AM

You

Ha?
10:52 AM

Oi! Ni Heyder ni. Tu kawan2 aku. Dahlah
Aku ada kelas. Bubye bitch!😘
10:53 AM

[last seen today 10:54 AM]

Dani berkerut dahi. The fish?

Tangannya laju menyemak pdf yang baru saja dihantar oleh Heyder sebentar tadi sebelum dia membaca dengan penuh teliti. Memang racun aka cecair itu berasal dari syarikat Meurtant.

Dani mula membaca satu persatu biodata sebelum dia membulatkan mata tidak percaya.

"D-dia?..",

________

"Heyder. You nak buat apa dengan maklumat racun tu?", soal Errisya sambil mengunyah roti jagung.

"Entah kau ni. Kalau dapat ferrari sebijik okey lah juga", kata Iqram, mendatar.

"Tak habis-habis lagi dengan ferrari kau tu. Kereta dah berlambak pun nak kereta lagi. The hell lah kau ni", Heyder menjeling Iqram.

"Isya. Perempuan suka apa?", soal Heyder pada Errisya.

"Kenapa?", soalnya kembali.

"Nak bagi hadiah kat girlfriend lah tu..", usik Iqram pula.

"Haah. Nak bagi kat girlfriend ", selamba Heyder membalas. Dia meletakkan kepalanya diatas meja kantin.

"You bagi jelah dia tudung ke. Baju ke. Bunga ke. Chocklat ke", balas Errisya.

"Tak ada hadiah lagi gempak ke? Bosanlah benda sama macam tu", balas Heyder, mendatar.

"Bagi dia Al-Qura'an. Confirm dia suka", celah Iqram.

Bang!

Beberapa orang pelajar yang sedang makan itu berpandangan sesama sendiri.

"Tak pun, kau belikan dia cincin khawin dengan dia. Tahu tak couple ni berdosa?",

Bang!

Sekali lagi beberapa orang pelajar itu berpandangan.

"Kau nak ayat yang sweet untuk girlfriend kau tak?", soal Iqram, mendatar. Heyder hanya menjongket kening.

"وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنٰىٓ اِنَّهٗ كَانَ فَاحِشَةً ۗوَسَاۤءَ سَبِيْلًا 
32. Dan janganlah kamu mendekati zina; (zina) itu sungguh suatu perbuatan keji, dan suatu jalan yang buruk. Surah Al-Isra ayat 32",

Bang!

"Yang tu bukan auto blushing tu! Tu auto putus! HAHAHAHA", gelak Errisya kuat sehingga menepuk-nepuk meja kantin itu.

Heyder sudah tersenyum sumbing. Terkelu lidah mahu membalas. Tangan menggaru belakang kepalanya yang terasa seperti panas. Beberapa orang pelajar yang mendengar itu turut menelan air liur masing-masing. Terkedu.

Suasana dikantin yang tadinya bising itu berubah senyap. Makcik kantin yang sedang oncall juga turut meng'end' kan call.

Iqram hanya menayangkan wajah tidak bersalah. Mampus kaulah nak koyak ke nak putus ke. Hahaha.

"Ni member aku ke ni?", gumam Heyder sendiri. Mana tak koyak? Tiga das dia bagi tu!

"Ouh lagi satu. Kalau dah putus tu janganlah up status dengan caption 'lelaki yang membuatkan wanita menangis akan dicatat dosanya disetiap langkah lelaki itu' tu untuk orang yang sudah bernikah ya kawan-kawan..",

Bang!

Kalini pelajar perempuan pula berpandangan. Sentap. Iqram pula tersenyum senget. Rimas dia tengok status classmate dia yang bercouple pastu putus cakap macam tu.

Suasana kembali sepi. Errisya turut senyap menikmati makanannya. Koyaklah tu. Hahaha.

******

BAM!

"Syam!", Dani terus saja berlari anak kearah meja kerja Syam sebelum dia melabuhkan duduk dihadapan lelaki itu. Labtop dibuka sebelum jarinya menaip laju diatas papan kekunci.

Syam hanya mendiamkan diri saja menunggu Dani menjelaskan.

"Aku dah tahu dah siapa yang cipta binatang ni!", ujar Dani, teruja.

"Ouh yeah? Siapa?", soal Syam, mendatar.

PAP!

"Seriuslah sikit!",

"Tengah seriuslah ni", balas Syam sambil mendengus kasar. Bahunya yang terasa sakit akibat pukulan Dani diusap.

"Nama racun yang ada dalam badan isteri aku tu adalah Babbel Death 0.03 yang dikeluarkan oleh syarikat Meurtant aka makmal saintis. Dikeluarkan pada awal bulan tahun ni", jelas Dani.

"Siapa owner binatang tu?", soal Syam.

"Dan kau dapat tak racun yang 14 tahun lalu tu?", soal Syam, serius.

"Sorry Syam.. yang tu aku masih belum dapat..", ujar Dani, perlahan. Syam hanya mengeluh sedikit.

"So, siapa owner dia?", soal Syam semula.

"Yang tu pasti kau kenal!", labtop dipusingkan menghadap Syam.

Syam yang sudah membaca biodata owner itu sudah terkedu.

"RAPHAEL?!",

Tbc
[1765 words]

Finally! Konflik dan plot sebenar dah masuk!
Btw, watak yang baru masuk tu bukan watak tetap. Mereka hanya menjadi orang yang akan sembuhkan Afifah. Alah. Kejap je diaorang muncul. Tak lama pun. Sekian.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top