MHMM : Bab 27

"You love me. but I don't love you. maybe sweet couple is not the right title for us. but a dangerous partner is appropriate."

• • • • •

PINTU rumah agam itu ditutupnya kuat sebelum Dani melangkah kearah ruang tamu rumah agam itu. Besar dan mewah. Barang perhiasan dan juga gambar-gambar turut tersusun kemas.

[Sumber pinterest]

Afifah yang baru pertama kali masuk itu tergamam. Matanya melilar memandang sekeliling. Dani yang sudah mengambil tempat duduk itu hanya tersenyum saja melihat reaksi isterinya.

"Nak rumah macam ni juga ke?". Soal Dani, lembut.

Afifah menggelengkan kepalanya. Gila apa nak duduk rumah besar macam ni tapi dua orang je?

"Syam tinggal sendiri ke?", soal Afifah mengambil tempat disebelah Dani.

Dani menggelengkan kepalanya sambil mata tidak lepas dari memandang screen telefon bimbit.

"Ni rumah kitaorang semua berkumpul. Dia ada rumah lain if dia nak duduk sendiri. Tapi jaranglah dia duduk sendiri. Biasanya dia akan angkut Heyder sekali", balas Dani, tenang. Bak kata Miss, adik kesayangan!

"Kalau nak berkumpul lama. Memang kitaorang semua akan tidur sini. Banyak bilik", sambung Dani lagi.

"Ouhhh..", Afifah menganggukkan kepalanya mengerti. Macam tu..

"Dah tu malam ni kita tidur sini ke?", soal Afifah. Dani memandang wajah Afifah sekilas sebelum dia menyambung bermain telefonnya semula.

"In Shaa Allah, kalau rumah ni still wujud", balas Dani, selamba dan tenang.

"Haha. Ada-ada je awak ni", Dani hanya tersenyum tipis. Kau fikir aku gurau ke? Kau tengok apa jadi kejap lagi.

"Lama dah ke sampai Dani?", mereka berdua terus menoleh kearah si gerangan. Amran Eirul. Atau dikenali sebagai Amirul sedang melangkah kearah mereka berdua.

"Tak lama pun. Baru je. Mana yang lain?",

"Kai dengan Aisy ada dalam makmal. Syam dalam bilik kerja and Heyder katanya tengah siapkan kerja", jawab Amirul , mendatar.

"Kuo Tate nuk bencong pesal Rucon tu", kata Amirul, tenang. Afifah berkerut dahi. Apa yang dia cakap ni?

"Hahaha. Kelakar pula bila kau cakap macam tu. Nak sekarang ke?", Dani tergelak kecil.

"Jomlah. Syam dah tunggu", Amirul bangun dari duduknya.

"Afifah. Kalau kau bosan kau jalan-jalan jelah. Rumah ni luas. Kalau sesat kau call je aku. Aku ada hal", Dani turut bangun dari duduknya.

"Boleh ke? Saya seganlah...", balas Afifah, perlahan.

"Rumah ni rumah aku juga. Cuma nama dengan bayaran je Syam tanggung. Hahaha", kata Dani, lembut.

"Amboi! Aku yang bayar rumah ni. Kau sedap-sedap je kata rumah kau. Kau tu tumpang je kat sini", celah Syam yang baru melangkah turun.

Dani hanya ketawa saja sebelum dia memeluk bahu lelaki itu dan melangkah naik keatas. Afifah ditinggalnya sendiri.

Afifah hanya mendiamkan diri sebelum dia mengeluarkan telefon bimbit miliknya.

  Pintu bilik makmal ditutup sebelum mereka berdua mengambil tempat duduk disofa dalam bilik makmal itu. Mata Dani memandang kearah Kai dan Aisy yang sedang menyusun peralatan diatas meja sebelum matanya memandang pula Heyder yang sedang bercakap didalam talian.

"Kauorang dah mula ke?", soal Dani.

"Belum", balas Syam, sepatah.

"Kau tak boleh cari sendiri ke?", soal Heyder yang sudah menamatkan panggil. Dia memandang serius kearah Dani.

Dani diam seketika. "Aku boleh cari siapa yang cipta benda tu. Tapi aku tak boleh cari isi cecair itu. Apa bahan dia. Apa kandungan dia", balas Dani, serius.

"Kau dah tahu siapa yang racun isteri kau tu?", soal Aisy.

"Tahu. Aku dah cari siapa yang hantar mesej tu kat aku dan siapa yang letak racun tu kat makanan isteri aku",

"Siapa?", soal mereka serentak.

"RN. Rowan Nrell. Dia yang letak racun tu. Dia yang hantar mesej tu dan dia jugalah yang memanah dekat meja kita tu", jawab Dani, mendatar.

"Nanti-nanti jelah aku cari dia. Sekarang ni aku nak cari penawar untuk racun dalam badan dia ni. Lama-lama kang nanti darah dia rosak", kata Dani, serius.

"Sayang juga ya kau dekat dia. Hahaha", kata Kai. Dani hanya diam saja.

Syam mengeluh perlahan sebelum dia menyuruh mereka semua keluar. Kini tinggallah Syam dan Dani berdua.

"Kau jangan risau. Kita akan sama-sama cari penawar ni. Cuma..", Dani hanya diam menunggu kata-kata Syam.

"Aku pun tak yakin racun ni ada penawar. Kau tahukan aku cari penawar untuk racun gila ni dah berapa tahun?",

"Kita serang je syarikat Meurtant tu nak tak?", soal Dani tiba-tiba.

"Kalau serang awal-awal pun nanti tiada guna",

"Haih. Dahlah pendrive tak jumpa lagi. Musuh baru lagi. Hal syarikat lagi. Sekarang cecair baru tu dah ada dalam badan isteri aku", kata Dani, perlahan.

"Tertanya-tanya juga. Kita ni mafia ke forensik dho? Hahaha", sambung Dani.

"Nanti balik aku carilah siapa pemilik syarikat Meurtant tu. Jom keluar", mereka berdua melangkah keluar dari makmal menuju kesebuah bilik memandangkan bilik itu kedengaran bising.

Dani membuka pintu bilik tersebut sebelum dia memandang kearah tiga orang manusia yang sudah kelam-kabut mengemas barang.

"Kenapa kemas barang?", soal Dani, hairan.

"Pergi ambil barang penting kauorang sekarang! Cepat!", arah Amirul sebelum dia berlari turun ketingkat bawah.

"Syam. Aku harap kau bertabah", bahu Syam ditepuk lembut sebelum dia Kai juga turut melangkah turun.

"Kenapa?", soal Syam, hairan.

"Keluar je dulu dari rumah ni!", jerit Aisy sebelum dia juga turut berlari turun.

"Jomlah keluar. Kita settle luar je kejap lagi", lengan Syam dan Dani ditarik turun ketingkat bawah.

"Afifah! Bawa barang penting you dengan labtop Dani tu. Cepat!", Afifah hanya akur sebelum dia juga mengikuti langkah jejaka-jejaka itu.

Mereka akhirnya berhenti ditaman yang agak jauh dari rumah agam Syam. Tiba-tiba...

Bomm!!

Afifah dan Dani terjatuh di atas rumput bersama. Yang lain juga turut terjatuh akibat letupan yang kuat itu. Mata mereka hanya memandang kearah rumah agam milik Syam yang sedang terbakar akibat letupan. Mereka kemudian menoleh kearah Heyder yang sedang memandang kearah Syam.

Heyder menggaru belakang kepalanya yang tiba-tiba saja gatal. "Okey. My foult", kata Heyder sambil bibirnya tersengih sedikit. Dia dengan cepat bangun dari duduknya dan berlari dari situ.

"Aku ni dah lama tak membunuh tau. Tapi harini aku nak sambung membunuh semula", Kata Syam bernada dingin. Dia juga turut bangun dan mengejar adiknya.

"Kejap lagi aku buat dia masuk ICU balik. Baru berapa minggu keluar ICU dah masuk balik. Nice", kata Dani sambil membantu Afifah bangun. Dia menepuk sedikit baju Afifah yang terkena habuk sebelum dia membetulkan tudung yang sudah agak senget itu.

"Kau okey?", soal Dani, lembut.

"Saya okey. Awak okey?", Dani hanya mengganggukkan kepalanya. Tangan Dani terus naik memeluk bahu Afifah sambil matanya memandang kearah rumah agam yang sudah terbakar dijilat api.

"Ni yang aku maksud 'rumah ni masih wujud' ", kata Dani, lembut.

"Argh! Mana lah aku tahu dalam tu ada bom ! Kalau aku tahu aku tak bakar benda tu ! Sumpah !", suara Heyder menjerit kedengaran. Serentak Afifah dan Dani menoleh.

"Kau tahu ke , tak tahu ke ! Kau tetap akan buat ! Sekarang rumah aku dah meletup! Barang aku ada kat dalam and one more ! Kunci kereta aku pun kat dalam !", suara Syam menjerit pula kedengaran.

"Dah tu nak aku buat apa ?! Lepaslah rambut aku! Sakit lah!",

Dani hanya menggelengkan kepalanya. Dia menarik Afifah duduk di bangku taman itu. Takut pula isterinya penat.

"Haritu beria kata nak bertaubat , pastu sial je yang kau buat!. Kau balik lah rumah mama sana !", Syam menolak badan Heyder ketepi jalan sambil mulutnya masih membebel.

"Mama pun halau aku sebab aku buat rumah banjir. Haha",

"Rumah banjir?",

"Haah. Dah aku tak sengaja tertembak akuarium rumah tu. Aku kesian dekat ikan-ikan yang tak dapat bernafas , so aku pun kasi lah air. Hahaha",

"Makin bodoh kau ni lepas keluar dari hospital. Teringin nak tahu. Kau sumbat dia dekat hospital mana Syam? Hospital gila ke?", celah Aisy.

"Entah. Yelah kut", balas Syam, dingin. Marah lah tuw~

"Jomlah jalan! Nak tunggu sini sampai bila?!", mereka semua terus saja bangun dan mengikuti langkah Syam yang sudah berjalan meninggalkan kawasan itu. Nasib tiada jiran. Haha.

"Haha. Marah sangat tu", kata Dani sambil tangannya masih memeluk bahu Afifah. Mereka berdua berjalan beriringan melangkah pergi dari situ.

******

"Sayang. Kau duduk je dalam bilik ni tau. Aku nak keluar kejap", kata Dani pada Afifah.

"Awak nak pergi mana? Saya nak ikut", Afifah bangun dari duduknya melangkah kearah Dani.

"Kau nak keluar dengan pakaian kotor macam ni? Aku nak keluar beli baju kaulah dear. Malam ni kita tidur hotel ni je", balas Dani sebelum dia memeluk pinggang Afifah.

"Awak nak pergi naik apa?", soal Afifah.

"Anak buah Syam dah hantar kereta dekat bawah. Kau tunggu dalam bilik ni ya?", rambut lurus Afifah dihidunya sedikit.

"Alah.. saya tak nak duduk sendiri", balas Afifah sebelum dia memusingkan tubuhnya menghadap Dani.

"Dahtu? Takkan aku nak suruh anak buah Syam belikan kau punya underwere dengan bra kau? No way! You only mine! Aku je yang boleh tengok kau punya pakaian dalam", membahang malu wajah Afifah apabila Dani berkata begitu. Pale otak dia.

"A-awak..",

Cup!

"Shhh. Aku pergi kejap je", badan Afifah dicempungnya perlahan sebelum dia mendekati katil yang berada ditengah-tengah bilik itu.

Badan Afifah diletakkan diatas katil sebelum Dani juga turut naik keatas katil lalu berbaring disebelah Afifah.

"Kau rehat je dulu..", rambut Afifah diusap lembut. Sebelum Dani melabuhkan ciuman lembut didahi isterinya. Lama.

Afifah pula hanya mendiamkan diri sebelum perlahan-lahan dia menutup matanya. Penat dan mengantuk.

Dani menghela nafas perlahan sebelum dia bangun dari baringnya. Selimut ditarik membaluti tubuh isterinya sebelum dia melangkah keluar dari bilik hotel itu. Pintu dikunci.

Tbc
[1538 words]

"Kuo Tate nuk bencong pesal Rucon tu" = "Kau kata nak bincang pasal racun tu"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top