MHMM : Bab 25

•"dia adalah teman lama yang menghilang"•

•••••|MRS. HACKER|•••••

Malam itu..
8:55 PM

Kaki melangkah turun dari tingkat atas. Matanya memandang sekeliling rumahnya sebelum matanya memandang kearah Syam yang sedang duduk diruang tamu.

"Jomlah. Nanti lambat pula", Syam yang sedang ralit memandang telefon bimbitnya itu mendongak memandang Dani dan Afifah yang sudah berada ditengah-tengah ruangan itu.

Syam hanya tersenyum menayangkan wajah tenang sebelum dia bangun dari duduknya dan melangkah kearah pintu utama.

"Nice couple outfit", kata Syam pada Dani dan Afifah. Dani hanya mengenakan Seluar jeans putih dengan kemeja merah jambu. Manakala Afifah hanya mengenakan baju T-lengan panjang berwarna merah jambu yang dimasukkan kedalam skirt putih miliknya. Tudung shawl berwarna putih yang dililit simple.

"Kau ejek aku ke?", soal Dani, mendatar. Mafia pakai kemeja pink? The fish?

"Taklah", balas Syam, sepatah.

"Heyder mana? Kata dia ikut sekali", soal Dani yang sudah masuk kedalam kereta yang dipandu Syam.

"Dia kata dia datang sana dengan Rose.. ", balas Syam sebelum dia menghela nafas panjang. Macam mengeluh je.

"Kau pahal macam tak suka je dengan minah tu?", soal Dani, mendatar.

"Kau lupa ke apa jadi dekat Heyder gara-gara perempuan tu? Dahlah gedik nak mampos. Macam mana adik aku boleh suka dekat dia pun tak tahulah", balas Syam yang masih teringat akan kejadian dimana Heyder terpaksa ditahan ICU kritikal beberapa bulan lepas.

"Alah sial kau ni. Bukan ke tu sebab musuh kau sendiri? Yang kau nak salahkan minah tu kenapa?", soal Dani lagi.

Syam hanya mendiamkan diri. Lantaklah..

Afifah dibelakang hanya memasang telinga. Ha? Rose? Siapa pula tu?

•••

Mereka bertiga tiba disebuah meja yang berada didalam restaurant mewah yang telah ditempah oleh seseorang. Heyder dan Rose sudah berada dimeja itu.

"Yow! Lambatnya sampai", tegur Heyder sebelum dia bersalaman dengan Syam dan Dani dengan gaya lelaki.

"Ada perempuan", selamba Dani membalas sebelum dia mengambil tempat dihadapan Heyder. Syam pula mengambil tempat disebelah Kiri Heyder.

Afifah hanya menjeling kearah Dani. Faham sangat maksud suaminya itu. Dia mengambil tempat disebelah Dani berhadapan dengan Rose. Matanya masih tidak perasan akan siapa yang duduk dihadapannya dek kerana matanya yang melilar memandang sekeliling restaurant itu.

"You tengok apa sis? Cepatlah tengok menu nak order dah ni", Ujar Heyder sambil tangannya memandang kearah buku menu.

"Sini banyak menu yang berisi kentang", kata Syam pada mereka semua atau lebih tuju kepada adiknya itu.

"I tak makan kentang", balas Afifah sebelum dia menolak buku menu ketengah meja.

"Banyak je menu lain. Kau nak makan apa?", jawab Syam pada Afifah sebelum dia menyoal pula Heyder dan Rose.

"Awak nak makan steambot tak?", soal Afifah pada Dani.

"Kau nak makan ke?", soalan dibalas soalan.

"Saya nak makan steambot. Tapi saya takut tak habis..", balas Afifah, perlahan.

"Dahtu kau nak kita share?", soal Dani dengan dahi yang berkerut.

Afifah tidak menjawab hanya menganggukkan kepalanya saja.

"At least awak boleh tolong saya makan", kata Afifah, lembut.

"Order makanan lain tak boleh?", soal Dani sedikit resah.

"Awak tak makan steambot ke?", soal Afifah, mendatar.

Dani hanya diam sebelum dia melirikkan matanya kearah Syam yang sejak tadi termenung. Ermm.. macam mana ek?

"Dia ada alahan makanan laut lah sis.. sebab tu dia mengelak", celah Heyder , tenang. Rose disebelahnya hanya menundukkan kepalanya sejak tadi. Dia sebenarnya malu dengan wanita dihadapannya ini.

"Sorry dear. Aku tak boleh makan makanan laut", balas Dani, lembut. Tangannya naik memeluk bahu isterinya.

"Ouh. Cakaplah awal-awal. Kalau macam tu kita makan benda lain jelah", buku menu kembali dicapai.

"Abang.. aku nak chicken chop. Hehe", ujar Heyder pada Syam. Syam menoleh kearah Heyder sebelum dia memandang kearah berlainan.

"Orderlah. Jangan minta kentang. Kalau kau sakit aku tak nak tanggung. Biar je mampos kat sini", balas Syam, mendatar.

"Kau nak makan apa Rose?",

"Sama macam awaklah..", Heyder hanya menganggukkan kepalanya sebelum dia menoleh kearah Dani dan Afifah yang berada dihadapannya. Lambat betul dua ekor ni pilih makanan.

Heyder kemudian menoleh kearah pintu masuk kedai tersebut apabila melihat kelibat dua orang manusia yang ditunggu-tunggu mereka.

"Suprises!!", masuk sahaja dua orang itu. Serentak bunyi belon diletupkan. Meriah juga.

"Happy birthday to you~", suara orang menyanyikan lagu ulang tahun kedengaran.

"Syam. Tu ha diaorang dah datang. Tak nak pergi dekat diaorang ke?", soal Heyder sambil matanya masih memandang kearah seorang kanak-kanak perempuan dan seorang wanita.

"Nak..", balas Syam, perlahan. Matanya masih merenung kearah dua orang wanita itu.

"Pergilah", celah Dani, mendatar.

"Kau gila ke? Tak ingat perjanjian beberapa tahun lepas?", soal Syam, mendatar.

Afifah hanya mendiamkan diri sambil matanya memandang kearah mereka bersilih ganti.

"Habistu sampai bila kau nak macam ni je?",

Syam hanya mengeluh sedikit sebelum dia bangun dari duduknya melangkah keluar dari restaurant tersebut. Heyder yang melihat abangnya sudah keluar terus bangun dari duduknya dan mengejar langkah Syam.

Dani kemudian bangun dari duduknya. Afifah terus saja menoleh.

"Nak pergi mana?", soal Afifah, lembut.

"Aku nak ke tandas dulu tau. Duduk sini diam-diam", Dani terus saja berjalan meninggalkan dua orang gadis itu.

Afifah hanya diam memandang kearah susuk tubuh Dani yang sudah berjalan jauh itu sebelum dia menoleh kearah gadis yang berada dihadapannya.

"You memang nak menunduk je ke dekat situ?", soal Afifah, mendatar. Telefon dikeluarkan sebelum dia hanya memandang kearah telefon miliknya.

Rose tersentak. Dia perlahan-lahan mendongakkan kepalanya memandang kearah si gadis itu sebelum matanya membulat.

"Pahal? Terkejut?", soal Afifah masih lagi mendatar. Matanya langsung tidak memandang kearah Rose.

"La-",

"Afifah", potong Afifah. Telefon disimpan kembali sebelum matanya memandang kearah Rose.

"K-kau buat apa kat sini?", soal Rose sedikit gagap.

"Kau tak dengar ke? And kau tak nampak ke tadi? Ouh ya. Manalah nak nampakkan dah dari tadi menunduk je macam babi", selamba saja Afifah menuturkan kata-kata tersebut namun suaranya kedengaran dingin.

Rose hanya mendiamkan diri. Gadis itu selalu memberi kata-kata yang agak menyakitkan hati.

"Lama kau menghilang. Pahal pula tiba-tiba muncul ni?",

"Aku dah lama lah duduk Malaysia. Cuma-",

"Kau tak cari kami?", pintas Afifah laju. Suaranya masih sama. Dingin.

"Aku bukan tak nak cari. Tapi aku...",

"Aku...",

"Ak-",

"Kau dah cacat ke sampai tak boleh cakap?",

Rose diam sebelum dia menundukkan kepalanya. Kenapa garang sangat dia ni?

"Borak apa?", soal Dani yang baru saja muncul. Dia mengambil tempat disebelah Afifah sebelum pesanan mereka sampai. Syam dengan Heyder saja yang masih belum kelihatan.

"Saja. Kenal-kenal", balas Afifah , mendatar.

Plak!

"Woi!", Syam menarik Heyder ketepi sedikit apabila lelaki tadi melanggar bahu Heyder.

"Sorry", lelaki yang melanggar bahu Heyder itu terus berjalan meninggalkan mereka berdua. Heyder hanya mendengus kasar sebelum dia dan Syam terus berjalan mendekati meja makan.

"Eh? Kenapa makanan aku ada kentang?", soal Heyder yang sudah mengambil tempat dikerusinya.

"Tak tahu. Kami tak pesan ni pun. But pelayan tu hantar sini", kata Afifah melihat makanan yang berada diatas meja.

"Witer!", panggil Dani.

"Yes sir?",

"Salah order ni. Kami tak order ni",

"Maaf sir. Tapi tak boleh cancel", kata pelayan tersebut serba salah.

"Its okey. You can go", balas Syam, mendatar.

Mereka hanya memandang pemergian pelayan tersebut sebelum masing-masing memandang kearah makanan yang terhidang.

"Sini kentang kau tu", pinggan Heyder ditarik Syam sebelum kentang-kentang yang berada diatas pinggan itu dialihkan keatas pinggannya pula.

"Bukan kau tak suka kentang ke bang?", soal Heyder , hairan.

"Dah tu tak akan nak buang pula? Membazir", balas Syam sambil menyuap isi ayam chicken chop itu kedalam mulut bersama kentang. Tak suka, tapi nak buat bagaimana lagi?

"Tak apalah, bagilah aku sikit",

"Tak payah. Nanti kau sakit", dingin Syam berkata.

Dani dan Afifah hanya diam menjamu selera.

"Boleh habis tak tu?", soal Dani pada Afifah apabila melihat pinggan isterinya masih penuh dengan makanan.

"Boleh..", balas Afifah. Beberapa minit kemudian, mereka berlima selesai menjamu selera.

"Ni masuk kali keberapa kau guna tisu?", soal Dani pada Afifah. Dari tadi dia melihat isterinya menggunakan tisu.

"Kejap..", Dani memegang tangan Afifah sebelum dia menarik sedikit tangan gadis itu. Membulat mata mereka melihat tisu yang dipegang Afifah penuh dengan darah.

"K-kenapa ni?", soal Dani sambil melihat wajah isterinya. Afifah hanya mendiamkan diri sebelum dia dengan tiba-tiba rebah dihadapan Dani. Tudung shawl yang berwarna putih yang dipakainya sudah penuh dengan darah.

"Afifah!", serentak mereka memanggil nama gadis itu.

"Afifah! Wake up!", pipi isterinya ditepuk lembut cuba menyedarkan wanita itu sebelum dengan tiba-tiba ada satu anak panah terbenam dimeja kayu itu bersama satu kertas.

Kertas itu diambil oleh Rose sebelum dia menghulurkan kertas itu pada Heyder. Heyder hanya menyambut sebelum dia membaca tulisan tersebut.

'Suprises!'

"Pale otak dia suprises", gumam Heyder sebelum dia menyimpan kertas tersebut. Matanya memandang kearah Syam yang sedang memandang kearah Dani.

Dani tanpa berkata apa terus saja mencepung tubuh isterinya sebelum dia berlalu keluar. Pandangan dari orang sekeliling tidak dihiraukan. Tapi satu mata yang sedang memandang kearah mereka yang sukar untuk ditafsirkan.

TING!

Uknown number
Best? Hebat tak kejutan aku? Hahaha.
Goodluck saving your wife. If can lah..
Hahahaha.

-RN-

Dani mengetap rahangnya geram sebelum dia memandu keretanya dan memecut laju meninggalkan restaurant tersebut.

"Tahan sikit sayang..",

Tbc
[1469 words]

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top