MHMM : Bab 23
[FOLLOW , VOTE & KOMEN{
•Menyusahkan betul kalau nak kena berpura-pura gembira di hadapan orang yang kita benci•
-Laura Afifah-
꧁MHMM꧂
PAKAIAN dimasukkan kedalam bag. Afifah sudah di benarkan untuk pulang kerumah memandangkan tiada kecederaan yang serius.
"Sini bag kau tu aku bawa", Dani yang baru melangkah masuk kedalam wad VVIP itu bersuara.
"Tak mengapa. Saya boleh angkat", balas Afifah , lembut. Dani tanpa berkata apa terus sahaja mengambil bag tersebut.
"Jom. Aku dah settlekan bayaran", mereka berdua melangkah keluar bersama-sama.
Sepanjang perjalanan mereka untuk menuju ke tingkat bawah , mereka berdua hanya diam tidak bersuara. Dani hanya beriak tenang apabila ada nurse perempuan mahupun pelawat perempuan yang tersenyum kearah dia.
'Pahal pandang suami orang macam tu? Gedik betul', jata Afifah di dalam hati. Dia hanya memandang sahaja kedepan sehingga mereka tiba di lift.
Punat lift di tekan. Sambil menunggu lift tiba, Afifah bernyanyi kecil. Dani di sebelah hanya mengerling sekilas sebelum menggelengkan kepala perlahan.
Ting!
Pintu lift terbuka. Mereka melangkah masuk bersama.
"Afifah..", panggil Dani yang sudah memandang kearah Afifah.
"Ya saya", sahut Afifah yang juga turut memandang kearah Dani.
"Kau lapar tak? Aku lapar lah",
"Saya tak lapar. Tapi kalau awak lapar, jomlah saya teman makan", balas Afifah sambil tersenyum tipis.
"Okeyh", tangan Afifah di genggam Dani. Afifah memandang kearah tangannya sebelum dia memandang kehadapan semula. Jantung? Fuh macam nak terkeluar dah ni haa.
•••••|Mr.Hacker Miss Mafia|•••••
Bunyi bising kedengaran di telinga mereka berdua. Afifah memandang sekeliling restaurant tersebut. Dengan erat Dani memegang tangan Afifah.
Nightday Restaurant. Kedai yang buka 24Jam yang terletak berdekatan dengan hospital besar Kuala Lumpur.
Mereka berdua mengambil tempat di tepi cermin kaca. Pelayan datang mengambil pesanan.
Setelah selesai memesan makanan dan minuman, Dani membuka telefon miliknya. Instagram di scroll.
Afifah di hadapan Dani hanya diam memandang kearah wajah Dani yang tekun melihat telefon. Sesekali matanya memandang kearah cincin yang tersarung di jari lelaki itu.
"Kau kenapa tengok aku macam tu?", soal Dani. Dari tadi dia perasan yang gadis itu sejak tadi memandang kearahnya.
"Tiada apa", balas Afifah bernada perlahan,
Dani menutup telefon bimbitnya sebelum di letakkan di atas meja. Tangan Afifah yang berada di atas meja di capai sebelum di elus lembut menggunakan ibu jari.
"Aku harap , kau dapat lupa kan kejadian malam kelmarin", kata Dani bernada lembut.
Afifah hanya mendiamkan diri.
"Aku minta maaf sebab dah bawa kau masuk ke dunia yang berbahaya ni. Aku minta maaf sebab tak sampai tiga hari pun aku jadi suami kau, kau dah tercedera", Afifah hanya tersenyum sebelum dia menggelengkan kepalanya sedikit.
"Tak apa. Yang lalu biarlah berlalu", balas Afifah lembut.
Pelayan datang sambil membawa pesanan mereka. Dia tersenyum manis kearah dua orang pasangan itu.
"Selamat menjamu selera", Afifah dan Dani menganggukkan kepalanya serentak.
Mereka berdua membaca doa makan sebelum menyuap makanan yang telah di pesan. Bukan berdua. Tetapi Dani sahaja yang memesan makanan . Afifah hanya minum.
Afifah memandang kearah Dani yang sedang makan lamb chop tersebut dengan penuh selera.
"Nak ke?", soal Dani sambil mengangkat wajahnya memandang kearah Afifah.
Afifah hanya tersenyum sedikit sebelum menggelengkan kepalanya.
"Makan lah sikit",
"Tak nak lah. Saya tak suka makan makanan macam tu", balas Afifah.
"Sedap apa. Rasa lah", Dani menyuakan sudu kewajah Afifah.
"Tak nak",
"Makan",
"Tak nak",
"Okey. Dia nak kena suap ni. Buka mulut tu baby daddy nak suapp", Afifah hanya menjeling sedikit. Dani tertawa kecil sebelum dia menyuapkan diri sendiri.
"Haha. Makan lah", sekali lagi sudu di suakan kehadapan Afifah.
Afifah hanya membuka mulutnya sedikit. Bassmalah sempat di baca sebelum makanan tersebut selamat masuk kedalam mulut.
"Sedapkan?",
"Emm , boleh lah. Nak lagi. Hehe",
"Aik? Bukan dah kenyang ke? Orderlah", balas Dani sambil memandang kearah pelayan.
"Tadi saya kenyang. Sekarang lapar balik. Hehe", kata Afifah sambil bermain dengan sesama jarinya.
"Orderlah", balas Dani bernaa lembut.
"Tapi nanti saya tak habis..", kata Afifah perlahan.
Memang dia begitu. Susah sangat nak habiskan makanan. Kalau makan pun sikit je. Kalau banyak sangat tak tebtu lagi habis ke tak.
"Macam tu pula?. Patutlah kurus je. Pendek pula tu", balas Dani selamba.
"Ish! Asyik-asyik cakap pasal ketinggian! Bosanlah", Afifah berpeluk tubuh sambil pandangannya di alihkan keluar tingkap.
"Alolololo. Merajuk ke isteri saya ni?", soal Dani mengusik.
Afifah hanya mendiamkan diri.
"Yelah-yelah. Lepas ni aku tak cakap pasal ketinggian lagi. Makan ni habiskan", kata Dani sambil menolak pinggan yang berisi lamb chop itu kedepan Afifah.
Afifah menoleh kearah Dani sebelum dia memandang kearah makanan tersebut.
"Awak makanlah. Tadi awak kata lapar", kata Afifah sambil menolak kembali makanan tersebut kehadapan Dani.
Dani menggeleng. "Makan saja. Aku nak isteri aku ni berisi sikit. Kecik sangat. Susah aku nak peluk", selamba Dani membalas.
"Ish!", Afifah menarik kembali pinggan tersebut dia menjamah makanan itu.
•••••|Miss Mafia|••••
Pintu rumah di buka. Dani dan Afifah melangkah masuk kedalam rumah banglo dua tingkat tersebut.
Afifah memandang sekeliling. Cantik...
"Ni ba-",
"Ya baru. Aku baru beli untuk kita. Tak adalah menumpang dekat rumah kawan-kawan aku atau rumah mak aku", potong Dani sambil tangan membuka suiz lampu dan aircond.
Memang selamani dia hanya tinggal di rumah mak nya atau kadang-kadang dia akan tinggal di rumah Syam atau kawannya yang lain. Kenapa tak beli rumah sendiri je?
Ni bukan cerita mafia yang lain yang dia ada rumah sendiri. Baginya, itu membazir. Rumah besar-besar tapi tinggal sendiri buat apa?. Dah khawin baru beli rumah baru sebab nak kan privasi.
"Barang kau , aku dah letak dekat dalam bilik. Pergilah naik. Kau penat, kan?", kata Dani sambil menghempas badannya keatas sofa.
"Kita sebilik ke?", soal Afifah.
"Ya. Kita serumah, sebilik, sekatil dan sejamban", balas Dani malas.
"Ouh. Kalau saya-",
"Tak boleh", potong Dani. Nak tidur asing?
"Kena-",
"Berdosa tau berjauhan dengan suami", potong Dani lagi.
"Hmmm.. bilik kita di mana?", soal Afifah.
"Kau naik tangga ni , pastu belok kiri and kedua hujung tu bilik kita. Rumah ni tiada lift sebab dua tingkat je. Lainlah 18 tingkat macam rumah author tu. Baru aku buat lift", balas Dani dengan lebih-lebih dan terlebih terperinci.
"Ouh, okey", Afifah berjalan mendekati tangga. Tak tanya pun ada lift ke tak. Ingat aku ni pemalas sangat ke?
Pintu bilik di buka. Afifah melangkah masuk kedalam bilik tersebut. Tergamam seketika apabila melihat bilik tersebut. Cantik dan luas. Bag pakaianya sudah berada di dalam bilik pakaian.
Afifah menghampiri sliding door yang berada di dalam bilik tersebut. Langsir di selak membenarkan cahaya masuk kedalam bilik. Afifah tersenyum lebar sebelum dia menghampiri katil bersaiz king itu.
Badan di hempaskan di atas katil. Perlahan-lahan matanya tertutup.
----(Mr.Hacker)----
"Masuklah",
Syam, Heyder , Kai, Amirul dan Aisy melangkah masuk kedalam rumah Dani. Mata mereka memandang sekeliling rumah tersebut. Jakun jap member beli rumah baru.
"Nak apa datang sini?", soal Dani mendatar.
"Bincang pasal kejadian malam tu", balas Syam serius.
Dani memandang kearah bolkoni tingkat dua sebelum dia memandang kearah kawan-kawannya.
"Jangan kat sini. Ikut aku", Dani bangun dari duduk berjalan kearah sebuah pintu yang terletak di tepi tangga. Mereka semua hanya mengikuti sahaja langkah Dani.
Setelah memastikan semua berada di dalam bilik tersebut. Dani menutup pintu tersebut rapat. Suiz lampu dan aircond di buka.
Sebuah meja meeting berada di dalam bilik tersebut. Dinding kaca yang membolehkan mereka melihat ke halaman di luar rumah tersebut.
"Bincang di sini",
"Kau dah cari ke siapa yang serang kita masa malam kejadian tu?", soal Syam serius.
Dani menggeleng kepalanya perlahan.
"Aku tak dapat apa-apa maklumat", balas Dani juga serius.
"Kau dah hack CCTV di situ dan kawasan situ untuk tangkap kemana orang tu pergi?", soal Amirul pula.
Dani mengangguk sebelum dia mengeluh lemah.
"CCTV di tempat tu dan kawasan tu telah di rosakkan tiga hari sebelum majlis di adakan. That's means , tiada rakaman yang berjaya di rakam", balas Dani mendatar.
"Maksudnya, tiada petunjuk?", soal Syam lagi.
Sekali lagi Dani mengangguk.
"Bijak betul musuh kita kalini", kata Aisy pula.
"Tapi kan, kauorang tak pelik ke?", Kai yang sejak tadi mendiamkan diri bersuara membuatkan semua mata tertumpu kearah jejaka tersebut.
"Apa yang pelik?",
"Siapa orang yang datang selamatkan kita tu, siapa Darkness dan Eve", kata Aisy serius.
Mereka terdiam. Mereka baru perasan tentang itu.
"Kau dah cari tentang lelaki bernama Luke dan Simon tu?", soal Syam.
"Sudah. Tapi tak dapat. Dekat dunia ni bukan diaorang je ada nama macam tu. Aku perlukan lagi sikit biodata dia. Kalau tiada pun at least gambar. Tapi dah semalam aku tak nampak muka diaorang untuk memudahkan kerja aku nak cari data dia", balas Dani.
"Dapat rasakan tak, yang time musuh datang, bukan kita je mafia yang dekat situ?", soal Amirul sambil memandang kearah mereka semua.
"Boleh jadi yang ada mafia lain", balas Syam.
Kcahh!
*****
Mata di celikkan. Afifah menggosok sedikit matanya. Dia memandang sekeliling bilik tersebut. Lama dia memproses ingatan.
"Ouh aku lupa yang aku ada dekat rumah Dani", Afifah mengeliat sedikit sebelum dia bangun dari duduk. Tudung shawl di capai sebelum di lilitkan sedikit.
Firasatnya yang suruh dia memakai tudung. Jadi dia pakailah.
Kakinya melangkah turun satu persatu anak tangga sehingga pendengarannya terdengara suara orang berbual. Dia menghampiri bilik yang terletak di sebelah tangga itu. Telinganya detia mendengar bicaraan orang di dalam.
"Apa yang pelik?", suara Dani kedengaran.
"Siapa orang yang datang selamatkan kita tu, siapa Darkness dan Eve", kata Aisy serius.
Afifah tersentak. Eve dan Darkness..
"Kau dah cari tentang lelaki bernama Luke dan Simon tu?", soal Syam.
"Sudah. Tapi tak dapat. Dekat dunia ni bukan diaorang je ada nama macam tu. Aku perlukan lagi sikit biodata dia. Kalau tiada pun at least gambar. Tapi dah semalam aku tak nampak muka diaorang untuk memudahkan kerja aku nak cari data dia", balas Dani.
Sekali lagi Afifah tersentak. Mereka sedang mencari maklumat Luke dan Simon! Darkness dan Eve juga! Itu bermakna mereka perasan.
"Dapat rasakan tak, yang time musuh datang, bukan kita je mafia yang dekat situ?", soal Amirul sambil memandang kearah mereka semua.
"Boleh jadi yang ada mafia lain", balas Syam.
Afifah berundur sedikit ketepi sebelum tangannya tiba-tiba tertolak pasu bunga.
Kcahh!
Mereka yang berada di dalam bilik tersentak. Mereka bepandangan sesama sendiri sebelum Dani bangun dari duduk dan melangkah membuka pintu.
Matanya memandang kearah Afifah yang sedang mengutip serpihan pasu bunga. Dani berkerut dahi.
"Afifah, kau buat apa ? Macam mana pasu bunga tu boleh pecah?", soal Dani sambil melangkah kearah Afifah. Tangannya membantu mengutip serpihan pasu yang ada.
"Saya cari awak lah. Saya tak perasan pula ada pasu bunga kat situ jadi saya terlanggar", tipu Afifah.
"Awak biarlah daya yang kutip", tangab Dani di pegang.
"Bangun", arah Dani. Dia menarik lengan Afifah hingga keruang tamu sebelum dia menolak badan Afifah dengan lembut untuk duduk kesofa.
"Duduk sini diam-diam", kepala yang berbalut tudung itu di usap lembut sebelum Dani pergi kedapur mengambil penyapu dan penyodok.
"Awak.. biarlah saya yang buat", Afifah bangun dari duduk mahu menghampiri Dani.
"Baik kau duduk situ diam-diam sebelum aku cium mulut kau depan kawan-kawan aku", ugut Dani sambil menyapu serpihan pasu tersebut.
Afifah terdiam dengan wajah yang membahang malu. Dia kemudian duduk kembali diatas sofa membelakangi Dani.
Setelah selesai membuang serpihan tersebut. Dani melangkah kembali ke pintu bilik tersebut. Seketika dia berhenti sambil memegang tombol pintu.
"Afifah, kalau bosan duduk situ sorang-sorang. Meh lah masuk sini", kata Afifah sambil matanya memandang kearah Afifah.
Afifah menoleh kearah Dani.
"Boleh ke?",
"Sure , dear. Come. Tak adalah bosan sangat duduk situ sendiri", balas Dani lembut.
Afifah bangun dari duduknya mendekati Dani.
"Yow! Seronok buat drama dekat depan tu?", soal Aisy apabila melihat Afifah dan Dani yang baru sahaja melangkah masuk.
"Seronok lah juga", balas Dani sambil mengambil tempatnya tadi. Syam bangun dari duduk memberi ruang untuk Afifah duduk di sebelah Dani.
"Hmph! Hormatlah kami yang single ni!", kata Amirul pula.
"Kita single tak apa, tu haaa. Kesian dekat si duda tu. Hahaha", celah Kai sambil menunjuk kearah Syam.
Syam hanya menjeling tajam kearah Kai.
_____||_____
Dani dan yang lain melangkah keruang tamu. Mereka mengambil tempat disofa ruang tamu.
"Kauorang tak mahu balik ke?", soal Dani sambil menonton TV.
"Kenapa halau kitaorang ni? Dah tak sabar sangat nak malam pertama ke?", Balas Syam sambil tersenyum nakal kearah Dani.
"Tokmu", Dani menjeling.
"Jangan kasar sangat. Nanti menangis isteri kau tu. Hahaha", balas Aisy sebelum ketawa terbahak-bahak.
"Kepala hotak kaulah",
"Weyh Dani. Kau dengan Afifah dah--",
"Eh sial! Asal otak kotor sangat kauorang ni?!", soal Dani sambil melangkah kearah pintu utama. Pintu di buka.
"Saja je nak bergurau. Haha", balas Aisy.
"Gurau tak gurau. Pintu rumah aku dah buka. Sekarang, sila berambus", kata Dani sambil tangannya menunjukkan kearah pintu.
"Yelah-yelah", mereka semua bangun dari duduk sebelum melangkah keluar rumah.
"Bub-"
Bam!
Tidak sempat Kai berkata Dani sudah menghempas pintu.
♡︎♡︎♡︎♡︎♡︎
Pintu bilik dibuka. Matanya terpandang kearah Afifah yang sedang duduk di birai katil sambil mengusap lengannya.
"Kenapa?", soal Dani apabila melihat Afifah sudah mengambil jacket tipis.
"Saya sejuk..", balas Afifah sambil memakai jacketnya.
Dani menggeleng perlahan sebelum dia menghampiri Afifah. Jacket di badan Afifah di buka.
"A-awak nak buat apa ni?", soal Afifah melihat Dani yang sedang membuka jacketnya.
"Tak elok tidur sambil pakai jacket. Sini", lemgan Afifah di tariknya lembut. Jacket di letakkan di birai katil.
"Baring", arah Dani. Afifah hanya menurut.
Dani mengambil tempat di sebelah Afifah sebelum dia mengiring kearah Afifah. Tangannya naik memeluk gadis itu. Bibirnya naik mencium kening gadis itu sambil tangan memeluk erat badan isterinya.
Selimut ditarik bagi menutup tubuh mereka berdua.
"Sleeping, dear", kata Dani apabila perasan yang Afifah masih memandang kearahnya.
Afifah mendekati sedikit kedada Dani sebelum perlahan-lahan dia memejamkan mata.
Tbc
[2216 words]
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top