MHMM : bab 20

[FOLLOW, VOTE & KOMEN]

******

LANGIT yang gelap itu dipandangnya dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Kawasan tasik yang sunyi dibawahnya itu membuatkan hati gadis itu tenang. Tasik yang tersorok. Hanya dia , Luke dan Simon sahaja yang tahu tempat ini. Itu pun masa dia berjumpa Luke dan Simon ditepi jalan.

Kakinya digoyangkan kedepan dan kebelakang. Dia sekarang berada diatas salah satu atap pondok yang berada ditasik itu. Sendiri.

"Oi! Buat apa tu?", soal Luke yang baru sahaja mengambil tempat disebelah kiri Afifah. Manakala Simon mengambil tempat disebelah kanan gadis itu.

"Saja tengok pemandangan kat sini. Lagi beberapa minggukan aku dah nak jadi isteri orang. Mesti dah jarang nak duduk sini", balas Afifah tanpa melihat wajah Luke.

"Kau yakin ke dengan perkhawinan tu?", soal Simon pula.

Afifah mengeluh. "Nak buat macam mana lagi. Takkan nak lari kut. Aku taknak malukan keluarga aku", balas Afifah, perlahan.

"Luke. If suatu hari nanti aku dah kena pergi. Kau akan jagakan tempat ni untuk aku tak?", soal Afifah , perlahan. Hatinya kuat mengatakan bahawa suatu hari nanti yang dia akan pergi.

"No! Kau tak boleh pergi!", celah Simon.

"Kenapa?",

"Apa ni Afifah! Takkan kau nak tinggalkan kami berdua sama macam orang lain tinggalkan kami? Kami berdua dah anggap kau tu macam kakak kitaorang dah tau!", balas Luke.

"Aku cakap je",

"No. Kau tak boleh pergi ! ", serentak Luke dan Simon berkata. Afifah diam.

"One day, semua orang akan merasakan kematian", lembut Afifah membalas.

"Betul. Tapi aku taknak kau pergi dari sini. Walau apa pun yang jadi. Kitaorang akan ada untuk kau !",

"Betul !", sahut Simon.

Afifah hanya diam sebelum dia mengukir senyuman tipis. Firasatnya kuat mengatakan bahawa yang dia akan tinggalkan tempat ini suatu hari nanti.

*****

2 minggu kemudian..

RESTAURANT EDT SWEETY KITCHEN.
1:45PM

Kerusi di tarik. Seorang gadis yang berpakaian t-shirt hitam di dalam dan jacket kulit di luar bersama seluar jeans putih mengambil tempat di salah satu meja di restaurant itu. Memang kegemarannya warna putih.

Rambut yang panjang hitam keperangan itu di ikat pony. Cermin mata hitam di pakai kemas menutup matanya. Pandang di lilar memandang sekeliling sebelum matanya tertancap pada susuk tubuh seorang lelaki yang berada tidak jauh darinya yang juga turut memandang kearahnya. Mata bertentang mata.

"Ergh. Mana si Aura?. Lama banget..", omel gadis itu sendiri.

Arika Natalia. Berusia 25 tahun. Seorang gadis Melayu yang berasal dari Indonesia dan sepupu rapat kepada Laura Afifah. Gadis itu hanya serius dan dingin. Tetapi di sebalik kedinginan itu. Ada sisi lain yang tidak mampu di ungkapkan.

"Rika.. maaf banget gue telah. Jalan macet soalnya", Afifah menarik kerusi di hadapan gadis itu sebelum melabuhkan duduk di situ.

"Alesan banget loh. Dari dulu sampe sekarang alesan ajah. Emang gak ngerti tepati waktu?", marah Arika dengan suara yang dingin.

"Kan gue udah minta maaf. Bacot amat", balas Afifah , malas.

"Ergh. Terserah deh loh mau kata apa. Gue laper. Mau pesan makan",

Mereka berdua menjamu selera dengan diam tanpa sebarang suara. Setelah selesai makan, mereka mula berbual serius.

"Selamat yah atas pernikahan loh minggu depan", kata Arika.

"Makasih",

"Loh datang?", soal Afifah , mendatar.

"Iya. Gue datang. Masa gue gak datang sih? Untuk apa gue datang ke Malaysia kalo gak datang ke hari pernikahan mu , Sepupuku..", balas Arika juga mendatar.

"Iya-iya",

.......

Seminggu kemudian...

"Weyh! Cepatlah!", jerit Wawa yang sudah berada di luar rumah. Harini, mereka akan pergi ke masjid Negara Malaysia , Kuala Lumpur.

Wawa yang comel dengan baju kurung moden berwarna biru cair di pandangkan dengan tudung shawl berwarna pink cair.

Amira melangkah keluar dari rumah dengan pakaian baju kebarung berwarna hijau cair di pandankan dengan tudung shawl berwarna turqouis.

Pintu kereta di buka. Mereka melangkah masuk bersama-sama.

Keadaan di dalam kereta sunyi sepi. Amira hanya memandang ke luar tingkap. Keluhan di lepaskan. Matanya berkaca-kaca.

"Amira.. kau okey ke?", soal Wawa yang sedang memandu.

"Okey. Aku okey", balas Amira dengan nada suara yang bergetar.

Mereka berdua tiba di masjid Negara Malaysia di Kuala Lumpur. Terdapat banyak kereta dan motor yang terparking elok di kawasan masjid tersebut.

Amira dan Wawa keluar dari kereta. Mereka tudak terus masuk kedalam. Malah, mereka berdua hanya berdiri tegak di hadapan kereta. Masing-masing menahan sebak di dada.

"Nad...", panggil Amira dengan suara yang bergetar.

"Ya..", sahut Wawa dengan nada biasa.

"Jom lah masuk", ajak Amira sambil tangannya memegang tisu. Siap sedia. Haha.

Wawa hanya tersenyum tipis seraya berjalan beriringan dengan Amira.

"Maaf puan. Puan tak boleh masuk. Bahagian dalam sudah sangat-sangat penuh.. kami harap , Puan faham", kata penjaga yang berada di hadapan pintu masuk Masjid Negara Malaysia.

Wawa dan Amira terkesima.

"T..tak boleh masuk?", soal Amira dengan suara yang sudah mahu pecah.

"Ya puan. Saya minta maaf sangat-sangat", ujar lelaki tersebut serba salah. Bukan dia tidak mahu memberi mereka masuk. Tetapi memang sudah betul-betul penuh.

Wawa mengangguk faham sebelum memeluk bahu Amira duduk di tangga masjid tersebut. Amira dan Wawa berpelukkan sebelum Amira menyembabkan wajahnya di bahu Wawa. Tanggisan kecil di lepaskan.

Wawa mengusap belakang badan Amira menenangkan sahabatnya itu. Dia juga terasa mahu menangis kerana tidak boleh masuk kedalam Masjid untuk melihat sahabatnya di ijab kabulkan.

Amira melepaskan pelukkan. Tisu yang di pegangnya di sapu kemuka.

"Eh? Kak Mira? Kak Nad?", serentak Amira dengan Wawa mendongak memandang si empunya suara.

Irfan sedang berdiri di hadapan mereka dengan tangan yang sedang mendukung Andrian. Lelaki remaja itu sejak memakai baju melayu berwarna putih.

"Kenapa tak masuk?", soal Irfan dengan dahi yang berkerut.

"Tak boleh masuk.. penuh..", balas Wawa , sayu.

"Ouhhh.. patutlah.. jom lah. Masuk dengan Irfan",

"Hah? Boleh ke?", soal Wawa.

"Boleh. Jom", Amira dan Wawa berpandangan sebelum mereka bangun dari duduk mengikut langkah Irfan.

Mereka masuk mengikuti pintu depan. Penjaga hanya tersenyum kearah Irfan. Tahulah mereka itu adalah adik kepada pengantin.

Mereka masuk kedalam bersama-sama. Irfan mengambil tempat di bahagian lelaki. Dani sudah berada di hadapan Afif. Memandangkan Afifah tiada ayah, abangnya itulah yang akan menjadi wali.

Amira dan Wawa terus berjalan mendekati Afifah. Mereka saling membalas pandangan. Amira mengambil tempat di sebelah Puan Suraya mana kala Wawa mengambil tempat di sebelah Amira.

.......

"Aku terima nikahnya Laura Afifah binti Abdul Rashid. Dengan mas khawinnya.. rm3000 tunai!",

"Sah?",

"Sah!",

"Sah!",

Hanya dengan sekali lafaz, Laura Afifah telah sah menjadi isteri kepada Muhammad Dani. Lelaki yang dia tidak pernah suka. Atau lebih tepat, musuh kumpulannya sendiri.

Tangan di tadah untuk membaca doa. Amira menunduk , Tidak semena-mena, air matanya jatuh sebelum Amira menyeka air matanya perlahan menggunakan tisu. Matanya mengerling kearah Wawa. Gadis itu hanya menamperkan senyuman manis.

Namun , dapat Amira lihat anak mata Wawa yang sudah kemerahan akibat menahan tanggisan.

Dani menghampiri Afifah yang sedang duduk di atas kusyen yang sambil menunduk di sebelah mommynya dah ibunya.

"Salam tangan suami tu..", Afifah mendongak memandang Dani yang sudah berada di hadapannya.

"Assalamualaikum..", ucap Dani di tepi telinga Afifah, perlahan.

"Waalaikumsalam..", balas Afifah, perlahan.

Dani menghulurkan tangannya dan di sambut baik oleh Afifah. Afifah mencium belakang telapak tangan Dani dengan lembut.

Flash lampu kamera tidak henti-henti mengambil gambar mereka di saat hari yang bahagia ini.

Baru sahaja Afifah mahu mendongak. Terasa ada sentuhan lembut di dahinya. Setelah seminit berposisi begitu, Dani melepaskan ciuman.

Tangannya mencapai gelang emas yang berada di dulang. Tangan Afifah di capai sebelum di pakaikan ke pergelangan tangan Afifah.

*******

"Congrats anak pungut!", Afifah terkebil-kebil apabila kedua sahabatnya memeluknya secara tiba-tiba. Pakej menjerit lagi. Nak kena diorang nih.

"Dasar anak kut-",

"Tak baik", potong Wawa bersama senyuman lebar. Kita kacau pengantin baru ni. Hehe.

"Ish!", dengus Afifah. Mereka masih di masjid. Untuk menguruskan sedikit lagi surat-surat nikah semua tu. Lagi pun, majlis sandingan akan di lakukan tengah hari esok. Mereka tidak mahu melakukan semuanya dalam satu hari. Penat.

Dani sedang berbual kosong dengan kawan-kawannya. Yang hadir hanya lah , Kai , Amirul , Aisy dan Nurin. Tetamu yang hadir semuanya adalah rakan-rakan bisnuses, datin dan datuk. Keluarga belah Nurin. Malas lah nak sebut satu persatu.

"Congrats bro", ucap Kai sambil bersalaman dengan Dani.

"By the way. Esok , Syam dengan Heyder datang majlis sandingan kau", kata Aisy sambil mata memandang sekeliling masjid.

"Budak tu dah sihat ke?", soal Dani.

"Tak sihat sepenuhnya. Tapi dah boleh discharge dah", balas Aisy.

"Bila Syam bagitahu?", soal Dani , lagi.

"Tadi dia mesej aku", balas Aisy. Dani hanya mengangguk tanda mengerti.

......

Malamnya...
Hotel Kuala Lumpur.

Dani menutup pintu bilik hotel itu dengan perlahan. Baru saja dirinya menoleh. Matanya tertancap pada Afifah yang sedang berguling diatas katil. Dah pahal minah ni?.

Dani melangkah kearah katil. Matanya memandang kearah Afifah yang turut memandang kearahnya. 'Ewah. Minah ni tak nak ketepi sikit ke? Aku nak tidur macam mana?. 'Soal hati Dani.

"Ketepi sikit , Fif. Macam mana aku nak baring kalau satu katil ni kau guna?", soal Dani sambil bercekak pinggang memandang Afifah.

"No. Awak .. awak tidur lah bilik lain", balas Afifah sambil memeluk bantal panjang memandang kearah Dani

"What?. Aku penat lah Fif kalau nak turun bawah and check in bilik baru. Tepi lah sikit. Serius aku penat",

"Yela-yela", Afifah mengguling sedikit badannya ketepi memberi ruang untuk Dani berbaring. Terasa henjutan dikatil menandakan Dani sudah selamat merebahkan tubuhnya diatas katil yang empuk.

Afifah yang tadi berbaring mengiring kearah dinding itu membalikkan tubuh bagi mengiring kearah sang suami. Wajah suaminya di tenung satu persatu. Dengan tangan diatas dahinya. Hm.

"Kau dah kenapa tenung aku?. Kalau nak malam pertama nanti jelah. Aku penat", tegur Dani. Afifah memukul lembut lengan Dani. Apa cakap macam tu. Sepak nanti apa pun tak dapat.

"Tidur , Fif. Dah malam. Kau tak penat ke?",

"Awak tu yang tak penat ke dari tadi bercakap?", bidas Afifah. Dani menurunkan lengannya menoleh kearah Afifah. Tubuh diiring bagi menghadap si isteri.

"Kau ni nak goda aku ke?",

"Siapa yang nak goda awak? . Tidur lah. Saya ngantuk",

Tangan Dani naik memeluk pinggang Afifah. Satu kecupan di dahi Afifah dihadiahkan.

"Tidur", Afifah memejamkan matanya. Dani yang melihat hanya tersenyum tipis. Doa dibaca sebelum dirinya tertidur sendiri.

Afifah membuka matanya kembali. Mata memandang kearah tangan Dani yang berada di pinggangnya. Sejak tadi, jantungnya berdebar-debar. Satu keluhan dilepas kan. Sekarang dia tersepit. Antara cinta , dan dendam. Tak sekarang ni dia ada dendam ke?.

Afifah menggeleng perlahan. Bodoh betul. Perlahan-lahan mata di pejam sebelum dirinya turut tertidur.

Tbc
[1787 words]

HUWAAAAAAA. MAMA NAK KHAWEN😭..

Tapi masalah sekarang ni ada ke yang nak khawen ngan aku? Kalau ada meh lah masuk minang. Canda minang. HAHA.

Eh lupa pula anak dengan suami belum makan. Bye saya nak bagi diaorang makan dulu :)

-Miss Queen-

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top