MHMM : bab 19
[FOLLOW, VOTE & KOMEN]
******
Seminggu kemudian...
"Ala...Fifah.. jom lah.. aku baru je sihat ni. Jom lah", pujuk Wawa sambil menggoncang lengan Afifah. Amira hanya diam memerhati.
"No. Aku malas. Kalau nak pergi. Pergi jelah", balas Afifah , mendatar.
"Jom lah... ala. Tak apa lah. Kau kan tak sayang aku", kata Wawa dengan suara yang di buat-buat sayu.
"Okey",
"Afifah !! Stop kerja ! Jom lah !", jerit Wawa.
"Haih. Kau pergi lah dengan Amira",
"Aku tak akan pergi kalau kau tak pergi", balas Amira.
"Ish ! Yelah ! Yelah !",
*****
"Jom jelah !", Amira menarik kasar tangan Afifah. Afifah hanya mampu mengeluh. Penat lah dari dirumah lagi dirinya di tarik oleh dua makhluk itu.
Pekerja yang menjaga pintu masuk rumah hantu itu hanya tersenyum kearah tiga orang gadis itu. Wawa dengan selamba menyelak kain hitam yang memisahkan antara bahagian luar dan bahagian rumah hantu itu. Amira dan Afifah hanya mengikuti saja langkah Wawa.
"Haha. Aku tak tahu arah tuju. Amira. Jalan depan", Wawa berpatah balik melangkah kearah Afifah. Manakala Amira melangkah maju kedepan.
"Aku pun tak tahu. Tapi nak buat macam mana. Kena lah cari jalan keluar , kan?", soal Amira sambil matanya tidak lepas dari memandang sekeliling.
"Eh. Wawa kenapa kau bawa makanan dalam ni?", soal Afifah memandang Wawa yang sedang makan se'cup' cendawan mazorella chesse.
"Saja. Kau pun bawa sosej chesse en? Jangan ingat aku tak nampak ya Fif ", balas Wawa sambil menyuakan sudu kedalam mulutnya. Sedap!.
"Weh korang. Disini ada dua pintu. Pintu mana yea?", soal Amira masih lagi memandang kehadapan.
"Haaa. Sikit", minta Afifah. Wawa menghulurkan makanannya dan menadah tangan meminta makanan Afifah. Afifah juga menghulur. Makanan bertukar tangan.
"Sedap lah cendawan ni",
"Kan. Aku beli kat FamilyMart tadi. Kau punya sosej chesse pun sedap. Beli mana?", balas Wawa lalu menyoal Afifah pula.
"Di depan tadi",
"Weh korang. Ni jalan mati lah. Nak patah balik ke?", soal Amira sambil memandang kearah dinding hitam yang menutup jalan mereka.
Amira berkerut dahi apabila soalan yang diajukan tadi langsung tidak di balas. Badan ditolehkan kenelakang melihat apa yang kedua orang rakkannya buat. Amira tercenggang. What?! Aku dari tadi cari jalan keluar diorang boleh makan !.
"Woi ! Korang ni jom lah cari jalan keluar !",
Afifah dan Wawa hanya buat tidak endah saja. Malah , masih mem'preview' makanan masing-masing. Tiba-tiba Amira terlihat sesuatu dibelakang Afifah dan Wawa. Jantungnya berdebar-debar.
Zweng! Zweng!
Afifah dan Wawa menoleh ketepi. Membulat mata mereka melihat dua badut membawa alat gergaji. Sangat menyeramkan wajah badut itu atau boleh dikatakan 'badut psikopat'.
"Hehehehehehe", dua orang badut itu mula membuka langkah mengejar mereka bertiga. Wawa dan Afifah memandang antara satu sama lain sebelum mereka menghamburkan tawa kuat.
Amira hanya diam ditempat tadi. Sekarang ni badut tu psikopat atau diorang ni psikopat?. Dua badut itu tetap membuka langkah mendekat mereka. Wawa masih lagi ketawa kuat. Afifah pula hanya tersenyum saja.
"Satu..."
"Dua...", sambung Afifah
"Blah ! Blah ! Blah !", Wawa menjerit kuat sambil berlari pergi dari situ. Entah bagaimana. Wawa telah berjaya membuka salah satu pintu yang tersembunyi diikuti Afifah. Amira pula masih blur dan terkebil-kebil dengan apa yang berlaku.
"Ouh shit. Haha", Amira berlari kearah lain apabila melihat sesuatu yang berwarna putih sedang melompat-lompat menuju kearahnya.
"HAHAHAHAHA", Amira ketawa dalam ketakutan apabila ada beberapa zombie yang keluar dari satu lorong mengejarnya.
"Bala betul masuk rumah hantu ni. Aku menyesal. Sumpah aku menyesal". Bisik Amira perlahan.
Sementara itu...
"Fif. Badut tu tak kejar dah kan?", soal Wawa dengan nafas yang tercungap-cungap. Penat sudah dia berlari.
"Tak dah kut. Fuh. Penat siak", balas Afifah sambil mengelap peluh yang turun didahinya.
"Weh. Mana Amira?", soal Wawa .
"Eh? Bukan tadi dia depan kita ke?", soal Afifah pula.
"Tertinggal lah tu. Haha. Apa lah nasib dia", Wawa meneruskan jalannya diikuti Afifah. Tiba-tiba Wawa memberhentikan langkahnya. Afifah yang berada dibelakang Wawa turut berhenti.
"Kenapa berhenti?",
"T..tu..", Afifah menoleh kearah yang ditunjuk Wawa. Ada jambatan kayu yang bertali dihadapan mereka. Dan monyet yang agak seram berpusing-pusing disitu.
"Nak lalu?", soal Wawa memandang kearah Afifah.
"Nak buat macam mana. Mana ada laluan lain dah", balas Afifah melangkah mendekat kearah jambatan itu. Bissmillah dibaca sebelum Afifah perlahan-lahan melangkah naik. Jambatan itu mula bergoyang apabila Afifah mula bergerak.
Kerana jambatan itu adalah jambatan tergantung. Wawa hanya melihat sebelum perlahan-lahan dia bergerak naik keatas jambatan. Baru saja kakinya naik satu langkah. Terasa ada yang memegang lengannya. Wawa yang terkejut itu terus menjerit dan berlari laju.
"Weh ! Weh ! Tunggu aku !",
******
Amira , Wawa dan Afifah hanya diam dimeja makan di restaurant EDT Sweety Kitchen. Ketiganya diam bagai patung tidak boleh bergerak.
"Haha. Macam teruk sangat je kau orang kena heart attack", kata Ryyan memandang kearah anak buahnya. Terkejut dia bila tiba-tiba saja dapat panggilan dari Wawa meminta dirinya mengambil mereka dengan keadaan yang menangis.
Tetapi mereka bertiga masih lagi diam tidak bersuara. Terkejut sangat tu. Ryyan menggelengkan kepalanya. Ingat kan apa lah tadi call sambil menangis-nangis.
Flashback..
"Weh Wawa ! Stop aku penat !",
Wawa memberhentikan lariannya. Memandang kearah Afifah yang sudah mula semput. Mereka diam di tengah-tengah ruangan yang seperti bilik baby itu.
"Fif. Kau okey ke?", soal Wawa risau.
"Haha. A..aku okey. Wawa aku nak keluar dari sini ! Aku nak cari Amira !",
"Ya. Aku pun. Okey. Kita doa banyak-banyak. And tak perlu takut. Ni semua manusia je. Kita masuk rumah hantu. Permainan. Kita cari Amira , jom",
Mereka melangkah pergi dari situ. Tiba-tiba mereka ternampak satu pintu yang berwarna coklat yang terletak dihujung lorong gelap. Wawa mengeluh. Mereka berdua tetap melangkah masuk kedalam lorong gelap itu.
Tiba-tiba lengan Afifah dipegang secara mengejut and-
Pang!
"Argh ! Sakit lah !",
Wawa dan Afifah berpandangan sebelum mereka berlari laju kearah pintu dan membuka secara kasar. Setelah itu , mereka telah tiba disatu ruangan yang terang.
"Kita dah sampai?", soal Wawa terduduk diatas lantai.
"Weh. Tadi aku tampar siapa? Weh kesian dia !",
"Mana aku tahu", Wawa bangun dari duduknya. Tiba-tiba salah satu pintu dari ruangan itu terbuka. Amira berlari keluar dan menghempas pintu itu kasar.
"Amira !",
"Korang !",
"Weh tadi aku kena kejar zombie", Amira mengesar air matanya. Penat woi nak lari. Dengan jumpa kak ponti nya. Payah hidup.
"Jom terus kan. Rasa nya .. ada sikit lagi jalan and kita boleh keluar", Afifah melangkah mendekati pintu seterusnya diikuti Amira dan Wawa.
Baru saja pintu dibuka. Kelibat dua kak ponti menerjah pandangan mereka.
"Makkkkkkkkkkk!!!", mereka berlari laju meninggalkan patung kak ponti itu. Lari laju selajunya.
"Weh tu pintu ! Terus blah weh ! Terus blah !", jerit Wawa. Sesampainya mereka dipintu. Tiba-tiba.
"Warghhhhhh!!!", ada tiga orang yang memakai topeng hantu yang sangat menyeramkan mengejutkan mereka. Sikit lagi mereka nak terkena 'mini attack' tetapi dengan cepat mereka berlari keluar dari situ sambil menjerit.
Mereka menunggu di tempat parking kereta sambil menangis. Mereka takut mahu memandu kereta balik kerumah kerana laluan mereka untuk ke funfair itu melalui sedikit hutan dan gelap. Memang ramai orang yang melintas. Tapi nak buat macam mana dah kalau takut.
"Kau lah bawa", kata Amira kepada Afifah sambil menangis. Afifah menggeleng laju tanda tidak mahu.
Wawa mengeluarkan telefon bimbitnya menghubungi Ryyan.
Sesaat..
Dua saat...
"Hello..",
"Tuan !",
End flashaback.
"Sudah lah. Kan dah tiada apa ni. Jom lah aku hantar kau orang balik ", Ryyan mencapai kunci kereta miliknya dan melangkah keluar dari restaurant miliknya.
"Menyesal aku ikut korang masuk", Afifah bangun dari duduk melangkah keluar dari restaurant itu.
"Entah ! Menyesal aku ikut kau !", ujar Wawa juga bangun diikuti Amira dan mereka sama-sama melangkah keluar dari restaurant itu.
"Tuan. Tak mengapa. Tuan hantar lah mereka. Saya dah mesej Dani untuk ambil saya", kata Afifah , lembut.
"Serius?",
"Iya",
"Ingat. Kau dan dia khawin kerana terpaksa. Jangan terlebih. Nanti jatuh cinta", Ryyan melangkah pergi dari situ diikuti Wawa dan Amira.
Afifah hanya diam mendengar kata-kata bossnya. Dia tahu itu. Tapi Dani chat nya ajak keluar makan malam. Dia mahu menolak saja. Tetapi , apa pula cakap bakal mak mertuanya nanti?.
Pinn! Pinn!
Afifah menoleh kearah sebijik kereta Myvi berwarna kuning sedang bergerak masuk kesimpang yang menempatkan dirinya. Afifah membuka langkah kedepan , pintu sebelah pemandu dibuka. Lalu , Afifah menerobos masuk kedalam kereta.
Dani menurunkan hand break keretanya apabila Afifah sudah selamat menutup pintu dan memakai seat bleat. Suasana sepi didalam kereta.
"Fifah. Kenapa muka kau merah? Baru lepas nangis ke?", soal Dani .
Afifah hanya diam tidak bersuara. Kedua belah tangannya menggengam satu sama lain. Berdebar. Itu yang dia rasa kan sekarang.
"Siapa buat kau menangis?", soal Dani lagi.
"Ha? Siapa ?",
"Yelah. Kau menangis tadi kan. Siapa buat?", soal Dani , mendatar.
"Tak ada lah. Saya mana ada menangis",
"You lie",
"Betul lah",
"Siapa buat kau?",
"Tak ada siapa",
"Cakap sebelum aku bawa kau ke hotel", ugut Dani. Afifah berkerut dahi lalu memandang kearah Dani.
"Cakap", arah Dani lagi.
"Saya nak cakap apa kalau saya tak menangis?",
"Tak baik menipu",
"Haih. Saya menangis sebab masuk rumah hantu lah", kata Afifah , perlahan.
"What? Seriusly?",
"Iya", balas Afifah , mendatar.
"Jom masuk rumah hantu. Aku nak tengok kenapa kau menangis", ajak Dani.
"No!!",
"Okey, okey. Tak. Kau masuk hati aku je sebab aku dah masuk hati kau. Kan?", kata Dani , selamba.
"Haha. Kenapa saya kena masuk hati awak pula?",
"Sebab kau bakal isteri aku", balas Dani , mendatar.
Afifah hanya diam tidak bersuara. 'Otak kau lah. Sampai bila-bila pun aku tak akan masuk kedalam hati kau. Eee geli sial', batin Afifah bersuara.
Kereta myvi itu berhenti betul-betul dikotak parking yang disedia kan. Dani membuka seat bleat lalu memati kan enjin. Mereka berdua sama-sama melangkah keluar dari kereta.
"Aaergh", Dani memegang perutnya secara tiba-tiba. Afifah memandang Dani pelik.
"Kenapa ?", soal Afifah.
"Aku sakit perut lah. Kau masuk lah restaurant tu dulu", kata Dani.
"Em. Tak apa lah. Saya tunggu sini je", balas Afifah. Dani tidak menunggu lama terus pergi dari situ. Sudah tidak tahan.
Afifah membelek telefon bimbitnya. Banyak noti masuk memandangkan tiga minggu kedepan dia akan berkhawin. Majlis pertama akan di buat di Malaysia manakala majlis kedua akan di buat di belah perempuan di Indonesia.
Ting!
Arika Natalia🌞
[online]
Fif. Besok gue sampe di Malaysia.
Loh ambil gue kan?
Jangan lambat banget. Gue malas nunggu.
[10:34PM]
Iya. Iya. Gue tahu.
Susah banget jadi lo. Serius amat.
Jam berapa besok?
[10:35PM]
11 pagi. Titik ya. Gue turun dari
Pesawat dan gue tahu loh udah ada
Di sana. Gue gak mau menunggu.
Titik.
[10:36PM]
Bacot amat.
[10:36PM]
[bluetick]
Afifah menutup telefonnya kembali. Mata memandang sekelilig. Ada beberapa orang lelaki yang berada di atas motor sedang berbisik-bisik sambil memandang kearahnya. Afifah hanya membiarkan tanpa ada rasa mahu menegur.
Tiba-tiba beberapa orang lelaki tersebut menghampiri Afifah yang masih berdiri sambil bersandar di kereta Dani.
"Hai Cik Manis.. seorang ke tu?...", Afifah hanya mendiamkan diri.
"Alaa.. sombongnya cik Manis kita ni", tangan salah satu lelaki itu naik ingin mengelus pipi Afifah. Namun di tepis kasar.
"Pergi lah.. jangan kacau aku", dingin Afifah menghalau.
"Alaa cutenya dia marah", lengan Afifah di pegang. Belum sempat dia menarik lengan Afifah kedalam pelukkannya. Ada satu tumbukkan kuat mengena pipi lelaki itu.
Pegangan terlepas. Afifah menoleh kearah manusia yang menumbuk lelaki tersebut.
"How dare you touch my future wife?", soal Dani bernada dingin.
Lelaki-lelaki tersebut mengetap rahang sebelum melangkah pergi dari situ. Dani menjeling tajam sebelum matanya menoleh kearah Afifah.
"Kau okey?", soal Dani. Afifah hanya menganggukkan kepalanya. Mereka berdua kemudian melangkah masuk kedalam restaurant tersebut.
Tbc
[1867 words]
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top