MHMM : bab 18

[FOLLOW , VOTE & KOMEN]

******

Dani dengan ibunya selamat sampai di lapangan terbang West Sumatra Indonesia. Mereka menaiki taxi yang berada di sekitar lapangan tersebut menuju ke kawasan perkampungan Banten.

"Mommy tak sabar nak jumpa bakal besan mommy", ujar Puan Suraya , teruja. Dani hanya tersenyum tipis.

Mereka telah tiba di kawasan perumahan. Dani berjalan beriringan dengan Puan Suraya menuju ke salah satu rumah yang pernah dia datang.

"Ni ke rumahnya? MasyaAllah.. cantiknya..", Puan Suraya kagum dengan hasil seni bina perumahan di perkampungan tersebut. Dengan suara kanak-kanak yang bermain girang dan jiran-jiran yang duduk berbual sesama sendiri. Jauh berbeza dengan bandar Kuala Lumpur.

"Assalamualaikum...",

*******

"Baik. Mereka pun dah suka sama suka , kan?.. hal perkhawinan.. biarlah mereka bincang nanti", kata Puan Khaida sambil bersalaman dengan Puan Suraya. Mereka begitu mesra.

"Kalau tiada apa-apa.. kami pergi dulu lah, ya? Nanti kami datang lagi untuk mengurus hal pertunangan pula", Kata Puan Suraya.

"Mommy.. along tak nak tunang", celah Dani.

"Hah? Kenapa pula?", soal Puan Suraya.

"Along dengan Fifah khawin jelah terus..", balas Dani.

"Mana boleh. Kita kena tunggu keputusan Afifah dulu", kata Puan Suraya.

"Tak apa. Afifah pun dah setuju nak khawin terus. Tak payah tunang bagai. Tak perlu kut nak ikut adat sangat", balas Dani.

"You okey ke?", soal Puan Suraya pada Puan Khaida pula.

"Saya ikut sahaja mereka ", balas Puan Khaida , lembut.

"Baiklah.. nanti apa-apa saya call ya? Assalamualaikum..",

"Eh kejap. Datang sini naik apa?", soal Puan Khaida sambil menghantar mereka berdua kehadapan pintu.

"Taxi",

"Kalau macam tu... biar Kevin jelah hantar",

*******

"Kau nak bawa aku ke mana?", soal Afifah, mendatar. Kedua belah tangannya dimasukkan kedalam poket seluar. Aku pun tak tahu kenapa Zach tak ikat aku. Haha.

"Diam",

"Ada ke tempat bernama 'diam'?", soal Afifah lagi.

"Diam lah sial. Memekak lah kau ni. Aku bunuh kau kang", marah Zach sambil menoleh kearah Afifah.

"Eh? Kau tak nak bunuh aku ke? Aku kan musuh kau", balas Afifah .

"Aku tak pukul perempuan",

"Uish. Ada juga penjahat macam kau ni?", Zach mengeluh.

Mereka tiba di gudang kosong. Afifah hanya memerhati. Di dalam fikirannya sudah ada idea untuk melepaskan diri.

Baru sahaja kakinya ingin menginjak kedepan. Terasa ada sesuatu menyentuh kepalanya. Pistol!

"Kau gerak. Kau mati",

*******

"Terangkan",

"Kaulah",

"Aku bukan leader",

"Aku pun bukan leader",

"Tapi kau orang kanan ketua",

"Kau bawahan ketua. So kaulah yang kena terangkan",

"Taknak!", balas Wawa dengan nada yang sedikit menjerit.

Yang lain hanya memerhati sahaja Wawa dan Zaquan bergaduh. Ryyan hanya diam dengan tangan kiri yang menongkat kepalanya bersama wajah datar. Tiada rasa mahu mencelah.

"Kau", kata Zaquan.

"Taknak!", jerit Wawa.

"Ka-",

"Sebelum dua-duanya aku sumbat dalam lubang jamban. Baik kauorang diam dan biarkan aku yang jelaskan", akhirnya Aiman bersuara menghentikan pergaduhan antara dua orang manusia itu.

Mereka berdua akur sebelum mengambil tempat masing-masing.

"Baiklah, biar aku jelaskan. Pendrive yang berada ditangan kita sekarang adalah pendrive kedua. Bila aku siasat semula. Pendrive berwarna merah adalah pendrive pertama yang berada ditangan musuh sekarang", kata Aiman, serius.

Ryyan menganggukkan kepalanya sebelum bersandari dikerusi.

"Teruskan",

"Siasat punya siasat, nak tahu apa aku jumpa?",

"Apa?",

"Not fould. Diaorang dah padam sistem untuk kita cari jejak pendrive tu semula". Sambung Aiman, mendatar.

"Ouh..", hanya itu yang di balas oleh mereka semua. Mereka diam seketika sebelum suara Amira memecah kesunyian.

"Tuan...", Amira bangun dari duduknya dengan muka yang pucat dan berpeluh. Cemas saja suara gadis itu.

"Ya, kenapa?", balas Ryyan sambil mata sudah memandang kearah wajah Amira yang pucat.

"Sakit ke?", soal Ryyan dan mendapat gelengan dari Amira.

"Afifah..",

"Kenapa dengan dia?", soal Ryyan.

".. d..dia", nafasnya terasa sesak. Amira terduduk di atas lantai. Ryyan berkerut dahi. Aniexty?

"Kenapa? Cakap lah",

"Dia tak balik lagi.. Wawa dah detect tapi tak dapat", Mayhira bangun dari duduk menghampiri Amira.

"Hey. Calm down.. tarik nafas..hembus.. tarik nafas.. hembus... Wawa ambilkan air",

Wawa bangun dari duduk mencapai air botol mineral lalu di hulur.

"Sudah telefon dia?", soal Ryyan memandang Wawa.

"Sudah. Tapi tak dapat..", balas Wawa yang turut risau.

"Tuan!!!!", pintu di buka kasar dari luar. Luke berlari masuk kedalam bilik tersebut.

"Tuan ! Afifah ada dekat gudang lama dekat Perak !. Dia dalam tahanan Zach !", kata Luke dengan kuat.

Terhenti seketika.

"Sat saya tak cukup oksigen", nafas di tarik dalam sebelum di hembus beberapa kali. Luke membuat begitu beberapa kali. Setelah lega. Luke menyambung.

"Dia bawah tahanan Zach. Jom lah pergi selamatkan dia", kata Luke , mendatar.

"Mana kau tahu?", soal May dengan dahi yang berkerut.

Luke memandang May dengan wajah mendatar. Telefon bimbit di keluarkan sebelum di tunjukkan kearah mereka yang berada di dalam bilik tersebut.

Ryyan yang turut melihat itu mendengus kasar sebelum bangun dari duduk. Rambutnya di raup kebelakang.

"Pergi ambil senjata. Bersiap sekarang.. pukul 2 pagi kejap lagi kita gerak", kata Ryyan, dingin. Mereka semua mengangguk sebelum berlalu pergi dari situ.

......

Afifah hanya diam di atas kerusi dengan mata yang tajam memandang setiap manusia yang berada di kelilingnya. Bibirnya tipis itu telah pecah sedikit akibat di tampar oleh anak buah Zach.

'Fuck. Habis bibir aku yang cantik ni..',

"Kau nak apa hah?!!", jeritnya , kasar.

Zach berjalan kearah Afifah. Tangannya baik mencengkam rahang Afifah. Senyum sinis terukir .

"Aku nak pendrive tu..", kata Zach , dingin.

"Pendrive mana pulak ni?!. Aku tak tahu lah!", balas Afifah dengan suara yang kuat.

"Kau jangan nak tipu aku!. Aku tahu pendrive pertama tu ada dekat kau!", tengking Zach sambil mencengkam rahang gadis itu dengan lebih kuat.

Afifah hanya berdiam diri menahan rasa sakit. Sial lah. Dah lah buat bibir aku pecah. Pastu nak rosakkan muka pulak. Kimak betul.

"A..aku tak tahu!",

Pang!

Terteleng sedikit kepalanya apabila di tampar begitu kuat oleh Zach. Mata di pejam. Dia tidak akan menangis hanya kerana di tampar sebab dia pernah kena lebih dari ini. Contohnya , di tembak.

Zach melepaskan cengkaman sebelum bangun dari tunduknya. Lidahnya menolak isi pipi. Dia tidak pernah pukul perempuan tapi ini adalah kali pertama.

"Aku tanya sekali lagi. Mana pendrive tu?!",

"Aku tak akan bagi kau natang tu!",

"Kau-",

Bang! Bang!

Zach dan Afifah serentak menoleh kearah bunyi tembakkan. Beberapa orang lelaki berpakaian serba hitam sedang berjalan kearah mereka dan di ketuai oleh....

"Maaf lambat Queen ! Kami baru dapat arahan dari Tuan untuk datang kesini!", kata gadis yang mengetuai EDT(8). Nama yang di beri adalah, Rara.

Afifah hanya mendiamkan diri. Ouh..

Zach tersenyum sinis sebelum mengeluarkan pistol bretta mm9 color black miliknya dan acukan kearah kepala Afifah.

"Bijak. Tapi belum cukup bijak untuk lawan aku", kata Zach, sinis. Serentak itu juga , berpuluh anak buahnya turun mengelilingi mereka.

Rara menelan air liur kesat. Dia sudah tersilap langkah!.  Maklumlah , ini baru kali pertama dia mengetuai pasukan di Perak.

Afifah yang melihat itu mengeluh. Bala..bala..

"Macam ni lah , Queen. Bagi sahaja pendrive tu.. dan aku akan lepaskan kau", kata Zach , menndatar.

"Tak nak",

"Bagi!!",

"Tak nak!!",

Bang!

"Kau nak bagi ke tak nak?", soal Zach , dingin. Tembakkan yang dilepaskan tadi mengena sipi-sipi kepala Afifah. Jelas kuat kedengaran di halwa telinga gadis itu.

Nafas Afifah turun naik menahan marah. Matanya melirik kearah Rara. Isyarat mata di beri. 'Lengahkan masa diaorang. Ryyan dan yang lain dalam perjalanan',

Rara menggaru kepalanya tidak mengerti. Sekali lagi Afifah mengeluh. Namun , salah seorang lelaki ahli EDT(8) menganggukkan kepalanya tanda mengerti.

"Rizwan...", bisik Afifah , perlahan. Dia kenal lelaki itu. Sangatlah kenal.

Lelaki yang bernama Rizwan itu membisikkan sesuatu di telinga Rara. Rara mengangguk faham sebelum mereka membuka kekuda sedia berlawan.

"Drop you weapon if you a boys", kata Rara, dingin.

Mereka semua membuang senjata masing-masing sebelum mereka semua mula berlawan dengan tangan kosong. Zach memerhati anak buahnya yang sedang berlawan. Afifah yang melihat Zach leka menonton itu terus menyepak kaki Zach sehingga membuatkan lelaki itu jatuh tersungkur.

Afifah bangun dari duduk dengan ikatan yang sudah di leraikannya sebelum kakinya menyepak pistol yang berada di tangan Zach menjauh dari lelaki itu. Tidak cukup itu , perut lelaki itu di sepak juga.

Zach menggolekkan sedikit badannya sehingga menjauh dari Afifah. Laju saja dia membangunkan badannya sebelum berlari kearah Afifah.

Afifah yang dapat menganggak yang lelaki itu mahu menumbuknya mengelak sedikit sebelum lututnya mengena tepat di perut Zach.

Badan di pusingkan 360° dan sepakkannya mengena tepat di rahang kanan Zach. Untuk kali keberapa , lelaki itu jatuh di atas lantai. Afifah mengambil pistol yang berada tidak jauh darinya dan di tembak tepat mengena dada Zach.

Kesemua anak buah Zach telah jatuh kepenatan akibat berlawan dengan ahli EDT(8) itu. Afifah menendang sedikit badan Zach sebelum berpusing membelakangi Zach dan ingin berjalan mendekati pintu keluar hudang tersebut.

Tanpa sedar , Zach bangkit dari baringannya mencapai pistol yang berdekatan. Pemicu di tarik. Sasaran di kenal pasti.

Bang!

"Queen!!",

Afifah membulatkan matanya. Dalam sekelip mata, terasa dirinya di peluk dari belakang. Badan di pusingkan memandang kebelakang. Afifah tergamam melihat Wawa yang sedang berada di belakangnya melepaskan pelukkan.

Wajahnya berkerut menahan sakit akibat tembakkan di lepaskan.

Bang!

Giliran Amira pula melepaskan tembakkan terhadap Zach dan tepat mengena kepala lelaki itu. Kesemua anak buah Zach tergamam sebelum masing-masing mengangkat tangan tanda menyerah kalah.

"Bawa dia ke kereta ! Cepat !", badan Wawa di papah oleh Amira dan Afifah.

******

BADAN di hempas di atas katil. Penat. Matanya di pejam rapat. Beberapa minit kemudian , mata di buka kembali. Telefon bimbitnya di capai.

"Dia dah tidur ke?", soal Dani , sendiri.

Dani menekan screen telefon bimbinya mencari nombor orang yang mahu di telefonnya. Setelah jumpa , Dani terus sahaja membuat panggilan.

Tut.. tut..

.....

AFIFAH yang baru sahaja selesai mandi setelah sampai di hotel itu berkerut dahi apabila telefon bimbitnya berbunyi nyaring. Keluhan di lepaskan. Penatnya masih belum hilang. Siapa yang telefonnya malam-malam buta ni?.

Dia baru sahaja balik dari menghantar Wawa ke hospital. Tiba-tiba ada yang mengganggunya pula.

"Hello?",

"Hello. Afifah , kau dah tidur ke?", suara Dani kedengaran di hujung talian.

"Saya dah nak tidur ni. Kenapa?",

"Aku ada benda nak bagitahu. Dan aku harap kau boleh terima semua ni", Dani memulakan topik utamanya dengan suara yang serius.

"Hm?. Penting ke? Saya penat ni",

"Penting",

"Hah. Cakap lah", Afifah membaringkan tubuhnya di atas katil empuk.

"Bulan depan , kita khawin",

Bam!

Mata yang tadi layu itu terbuka luas. Badan yang tadinya baring sudah terduduk dengan tegak!.

"A..apa sir merepek ni?",

"Aku serius. Mommy aku dengan mak kau dah bersetuju dan aku dah tetapkan semuanya", balas Dani , mendatar.

"Apa ni? Kenapa saya tak tahu apa-apa?!",

"Aku minta maaf sebab buat semua ni secara mengejut.. aku buat semua ni untuk kebaikkan kita berdua",

"Kebaikkan apa pula?!. Saya tak nak khawin dengan Sir!", marah Afifah. Aduh. Aku dah lah penat. Nak kena hadap orang gila ni lagi. Haih..

"Aku minta maaf sangat-sangat. Tapi ni memang untuk kebaikkan kita. Untuk keselamatan kau. Kau tahu tak aku dah masukkan kau dalam bahaya?.. kau kena faham",

"Lagi pun , kau yang cakap dengan mak kau yang kau akan khawin dengan aku , kan?. Kau nak bagi fakehope dekat mak kau ke?", sambung Dani.

"T..tapi..",

"No full stop. Keputusan kita muktamad. Bulan depan kita khawin. Bye Assalamualaikum", panggilan di matikan.

Afifah mencampakkan telefonnya keatas katil. Arghhhh. Masalah! Masalah! Baru sahaja dia nak berasa tenang setelah musuhnya mati. Tapi masalah seterusnya pula datang.

Tbc
[2066 words]

Rara_Hazel tu adalah salah satu readers yang menjadi watak tak penting di dalam bab ini. Sekian. And bye! Jumpa di lain bab !

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top