MHMM : bab 12 (collabration)
Banner by queenaeryian
[FOLLOW , VOTE & KOMEN💋]
*****
"Mirul , jom starbucks", ajak Dani . Tangan sibuk menaip discreen telefon bimbitnya.
"Tak nak lah . Aku nak buat kerja", kata Amirul sambil menjahit sesuatu.
"Kau buat apa ?", Kai yang baru melangkah keruang tamu menyoal rakannya yang kusyuk menjahit sesuatu.
"Nampak tak aku tengah menjahit ?",
"Tak payah lah jahit. Nanti tangan tu kene cucuk jarum menangis", kata Kai , mendatar.
Amirul tidak membalas , malah , hanya memekak kan telingannya saja.
"Siap!", jerit Amirul.
"Apa yang siap ?", tanya Kai.
Amirul tidak membalas. Tangan Aisy yang sedang tidur diambil sebelum Amirul menarik kuat tangan lelaki itu.
Kedebuk!
"Arghhh! Apa masalah kau ni ?!", marah Aisy sambil menggosok hidungnya yang sakit.
"Batu seremban dah siap! Jom main!", ajak Amirul , riang. Persis seperti budak-budak minta kaki.
Aisy mendengus geram sebelum bangun dari duduknya dan kembali baring diatas sofa.
"Jom laaa Aisy.. ",
"Aku penat lah! Kau pergi lah ajak orang lain!", marah Aisy dengan suara yang sudah naik seoktaf.
Amirul mencebik sebelum membaringkan tubuhnya keatas karpet bulu yang terletak ditengah tengah ruang tamu itu. Memang sejak Syam dan Heyder pergi ke LA , rumah mereka menjadi sunyi. Yang penting , mereta tidak tahu mahu buat apa.
Dani yang melihat hanya menjegilkan matanya.
Tiba tiba telefon yang berjenama oppo milik Dani berdering kuat minta diangkat.
Sotong🐙is calling...
Dani mendengus kasar. Tanpa berkata apa , Dani terus saja menekan butang merah. Kunci kereta diambil bersama dompet miliknya. Kaki terus berjalan kearah pintu utama.
Mereka yang lain hanya melihat bayangan Dani sehingga bayangan tersebut hilang dari pandangan.
PINTU kereta dihempas kuat tanda protes. Dani pula hanya menjeling. Sumpah rasa nak bunuh je betina sundal ni.
"You tunggu apa lagi ?! Jalan lah!", marah Damia dengan suara yang sudah naik satu oktaf.
Tanpa banyak bunyi , Dani terus menurunkan handbreak . Kereta tersebut bergerak laju meninggalkan kawasan perumahan tersebut.
"You , kita pergi Pavillion yeah ? I nak shopping , baju i semua i dah buang. Ada lagi beberapa helai je, sebab dah tak muat kat i dan dah buruk", kata Damia setelah hampir 5 minit mendiamkan diri.
"Tak nak , aku nak pergi office . Kau nak ikut sangat , kan ? Duduk lah kau kat office aku", balas Dani , mendatar.
Damia mendengus geram. Pandangan dihala kan keluar tingkap .
PINTU bilik pejabat Dani dibuka. Dani melangkah masuk kedalam office tersebut diikut Damia .
"Kau duduk sana. Aku nak buat kerja", kata Dani sambil menunjukkan sofa yang berada sedikit jauh dengan meja kerja miliknya.
Damia tanpa berkata apa terus melangkah kearah sofa. Wajah masih masam mencuka. Sudah lah dirinya tidak boleh ikut naik lift VVIP. Penat dia menunggu lift staff tadi.
Bam!
"Tak ada adab ke ?", tanya Dani tanpa memandang kearah gerangan tersebut. Sudah tahu siapa. Kakak sepupunya.
"Adab tertinggal dekat arab tadi", balas Nurin , mendatar. Dani menggeleng. Mata Nurin terarah pada makhluk , eh silap. Pada susuk tubuh manusia yang sedang duduk disofa.
Damia menjeling. Entah lah , dia cukup benci dengan perangai kakak sepupu bakal suaminya itu. Ceh :v
Nurin melangkah kearah Damia sebelum rambut lurus gadis itu ditarik kuat. Damia mengerang kesakitan.
"Apa masalah you ni ?!", marah Damia sambil cuba menolak tangan Nurin.
"Kau lah masalah aku ! Kau ni pakai pakaian zaman bila ni ?! Ke kau pakai baju orang hutan ?! And then kau fikir mata kau tu cantik sangat ke nak jeling jeling aku ? Bodoh punya sotong ! Aku goreng kau nanti padan muka !", bebel Nurin. Dani yang melihat hanya mendiamkan diri. Gaduh lah korang.
Damia hanya mendiamkan diri dengan mata yang tajam memandang Nurin. Namun , tidak cukup menggerunkan si silent killer tersebut.
"Dah dah , nak gaduh pergi tempat lain. Akak tolong panggil kan Afifah", celah Dani yang sejak tadi hanya menjadi penonton.
Nurin berkerut dahi. "Afifah mana ?", tanya Nurin.
"Pekerja baru", jawab Dani. Nurin mengangguk laku melangkah keluar memanggil Afifah walau dia tidak tahu yang mana.
AFIFAH berhenti dari berjalan apa bila terasa ada yang menyentuh bahunya. Perlahan lahan badan dipusingkan. Bibirnya terus mengukir senyuman memandang Nurin.
"Ya puan , boleh saya bantu ?", tanya Afifah , lembut.
"Pekerja baru yeah ? Nama awak siapa ?", tanya Nurin.
"Ya saya pekerja baru. Nama Saya Laura Afifah , panggil Afifah je", jawab Afifah , lembut.
"Ouh awak Afifah ? , Dani panggil", kata Nurin , lembut.
"Erm ada apa ya Sir Dani panggil ?", tanya Afifah.
"Mana lah saya tahu", balas Nurin , mendatar. Tanpa berkata apa , Afifah terus melangkah kearah pejabat Dani.
Tok! Tok! Tok!
"Come in !",
Afifah membuka pintu pejabat milik Dani. Senyuman manis terukir.
"Yes ? Ada apa ?", tanya Afifah , lembut. Damia disofa hanya mendiamkan diri.
"Kau dah urus client yang dekat kedai bunga semalam ?", tanya Dani , dingin. Afifah hanya mengangguk sebagai balasan. Damia memandang kearah dua manusia itu . Hatinya panas melihat tatapan mata Dani kearah Afifah.
Dari tatapan mata saja dirinya sudah tahu bahawa Dani sedang memendam perasaan terhadap Afifah. Perasaan apa pun tidak tahu lah.
"Ehem! I nak pergi kantin. Nanti i naik balik", akhirnya Damia bersuara . Kaki melangkah keluar dari pejabat tersebut.
"Kau dah dapat pesanan dari Syam?", tanya Dani. Dan mendapat anggukkan dari Afifah.
"Esok siap siap. Aku ambil kau. Dah blah", Afifah mengangguk faham.
"Erm. Saya pergi dulu , ya ?", badan ditundukkan sedikit lalu melangkah keluar. Dani hanya memerhati gadis itu pergi.
Dani meletakkan pen yang berada ditangannya keatas meja. Badan disandarkan ke kerusi. Otak ligat memikir masalah masalah musuhnya.
Tiba-tiba Dani teringat akan seseorang. Telefon berjenama oppo yang diletakkan diatas meja bersebelahan komputer riba dicapai. Senarai kenalan dibuka.
'Airil Ishakim'
Nama kenalan tersebut ditekan sebelum telefon dilekap kan kecuping telinga. Beberapa saat menunggu. Panggilan dijawab.
"Hello ?",
"Hello siapa ni ?", tanya Airil yang berada dihujung talian.
Dani tersenyum tipis mendengar pertanyaan Airil.
"Ni aku , Dani. Ingat lagi tak ?", jawab Dani berserta soalan.
"Dani ? Dani mana ?", tanya Airil masih memproses ingatan.
"Dani kawan sekolah menengah dulu lah. Aduh takkan dah lupa?", jawab Dani , malas. Geram pula dirinya melihat eh mendengar rakan baiknya dari tadi bertanya dan lambat memproses ingatan.
Airil cuba menghadam kata kata Dani. Beberapa saat kemudian , matanya membulat dengan mulut yang sedikit ternganga.
"DANI HACKER TU KE ?!", tanya Airil dengan nada yang kuat.
"Ya! Kau dasar pelupa macam pakcik, makan semut ke apa?", marah Dani sedikit bengang.
"Hahaha maaf lah, Bro. Lama tak dengar khabar kau. Macam mana kau sekarang ? Sihat ?", tanya Airil sambil bersandar pada seat kereta. Tak perlu tanya bagaimana Dani boleh dapat nombornya. Namanya pun hacker.
"Aku sihat allhamdulilah. Aku okey je sekarang. Kau ? Sihat ? Single lagi ke", balas Dani bercampur usikkan.
"Aku sihat je. Single tu aku tunggu kau kahwin dulu ah!" Kata Airil membuat lawak.
Dani tergelak kecil. "Kau ada mana tu?" Soalan tadi dibiarkan saja.
"Aku dalam kereta ni. Dah la hu-"
Bam!
Kereta Airil yang terparking elok ditepi jalan itu kedepan sedikit apabila ada kereta yang melanggarnya dari belakang.
"Bro , kenapa tu ? Okey ke ?", tanya Dani . Tiba tiba pintu pejabat Dani dibuka. Damia melangkah masuk kedalam pejabat tersebut dan memgambil tempat disofa. Dani hanya membiarkan.
"Jap ada orang langgar kereta aku", payung yang berada dibawah seat penumpang diambil sebelum Airil melangkah keluar.
Dani hanya mendiamkan diri.
"Maafkan aku. Jalan terlalu licin" kedengaran suara asing didalam talian. Mungkin orang yang melanggar Airil sebentar tadi.
"Takapalah , kau boleh pergi je" ,kedengaran suara Airil pula. Setelah sekian lama mendiamkan diri.
"Apa? Lagi pun, ni salah aku" , tanya lelaki tersebut. Dani masih setia mendengar dengan serius. Dia yakin ada sesuatu yang tidak kena.
"Takde apalah. Kau pergi jelah" , balas Airil , mendatar.
"Kau betul-betul okey ke?" Soal lelaki itu lagi.
Tidak kedengaran suara Airil selepas itu. Baru sahaja Dani ingin bersuara , jeritan Airil menyentakkan Dani.
"Arghh!", panggilan terputus. Dani menjarakkan telefonnya melihat screen sudah gelap. Dengan cepat tangannya laju mendetect location Airil.
Setelah mendapat location. Dani mencapai dompet dan kunci kereta miliknya sebelum berlari keluar.
"Eh you-", Damia tidak sempat menghabiskan kata katanya apabila Dani sudah melangkah keluar .
"Eh ? Sir nak pergi ma-", kata kata Afifah pula terpotong apabila secara tiba tiba saja Dani menarik lengannya yang berbalut baju.
Mereka berdua turun ketingkat bawah menaiki lift. Tangan Dani masih setia memegang lengan baju Afifah. Afifah pula hanya mendiamkan diri. Lenguh pula tangannya apabila dirinya memaksa tarik.
Ting !
Mereka kemudian melangkah kearah tempar parking kereta. Kereta myvi berwarna kuning dituju. Setelah mereka berdua masuk , Dani terus saja memandu keluar dari kawasan tersebut.
꧁H͜͡e͜͡l͜͡l͜͡o͜͡ M͜͡r͜͡s͜͡.͜͡H͜͡a͜͡c͜͡k͜͡e͜͡r͜͡꧂
KERETA YANG dipandu Dani berhenti ditepi jalan. Hujan masih tidak henti henti turun membasahi bumi. Suasan seakan akan malam. Walhal baru jam 2:30 petang.
Dani melangkah turun dari kereta tanpa sebarang lindungan dirinya dari terkan hujan. Melihat tubuh seseorang sedang terbaring itu , dengan cepat Dani berlari kearah susuk tubuh itu.
"Ya allah ! Airil !", jerit Dani apabila melihat Airil terbaring lemah diatas jalan tar dengan berlumuran darah. Hujan sudah membasahi tu jejaka itu.
Dani terus saja memapah tubuh Airil melangkah kearah kereta. Pintu seat belakang dibuka. Setelah menutup kembali pintu kereta , Dani terus melangkah masuk kedalam kereta dan memecut laju kehospital.
꧁🄸 🄻🄾🅅🄴 🅈🄾🅄❤️꧂
MEREKA berlari laju menuju kewad kecemasan. Baru sahaja beberap minit tadi ada orang menelefonnya memberitahu bahawa Airil ditikam. Dengan cepat dirinya menuju kesini. Meeting terakhir ditinggalkan begitu saja.
"Bro !",
Dani yang sedang bermain telefon miliknya mendongak kepala memandang Airul , Airis , Zareef , Razeem dan beberapa orang lagi yang sedang berjalan kearahnya .
Telefon disimpan. Dani bangun dari duduknya . Tangan dihulur kearah Airul .
"Dani",
"Airul", huluran disambut. "Bro macam mana adik aku ?", tanya Airul , risau. Mereka semua mengambil tempat dikerusi yang disedia kan. Mereka juga mahu tahu khabar lelaki itu.
"Dokter tengah uruskan. Tunggu jelah", jawab Dani , mendatar. Mereka semua mengangguk.
Sekarang Airil di dalam bilik permedahan. Sudah berjam-jam Dani menunggu. Dan, baru dia tahu selepas mencari maklumat tentang Airil. Airil di pertugaskan untuk ke singapura atas hal kerja. Tahu mengenai itu, terus dia menelefon keluarga lelaki itu.
"Awak... ", mereka semua mendongak memandang kearah suara halus tersebut. Afifah yang hanya mengenakan baju kurung berwarna biru bersama tudung shawl pink dititik atas bawah.
"Erm. Maaf. Saya tak perasan. Dani. Saya ada beli roti , dari pukul 9:30 awak tak makan" , roti dihulur. Dani menyambut sahaja tanpa sebarang suara. Afifah kemudian memandang kearah Airis yang sedang memandang kearahnya. Begitu juga yang lain. Tangan dihulur.
"Afifah", Airis dengan ragu-ragu memyambut bersama senyuman manis. "Airis".
"Awak dah makan ? Nah makan sikit", kata Afifah , lembut sambil menghulur dua bungkus roti jagung bersama sekotak air susu duchladdy.
Airis tersenyum manis seraya mengambil huluran Afifah. Nak tolak segan pula. Lagipun perutnya memang sedang lapar.
"Macam mana boleh kena tikam ?", soal Zareef yang berada sebelah Airis. Gadis itu sedang makan roti yang diberi Afifah.
"Aku call dia tadi. Kita orang borak lah sekejap. Pastu tiba tiba aku dengar bunyi kereta kena langgar. Bila ditanya dia kata ada orang langgar kereta dia and then dia keluar nak tengok. Lepas tu aku dengar juga lah mereka berdua bercakap. Tup tup Airil Menjerit. Aku pun terus detect lah dia. Sampai je tempat dia , dia memang dah kena tikam", jelas Dani panjang lebar.
Airul meraup wajahnya kasar. Airis pula hanya diam menunduk. Fazruz dan Darian menatap Dani tajam.
" kau siapa pada Airil ?", serentak mereka memandang Razeem yang tiba tiba bersuara dingin.
Aku kawan sekolah menengah sampai masuk U dengan dia", balas Dani , mendatar.
"Afifah..",
"Hm ?", Afifah yang sedang bermain telefon itu menjawab dengan kening yang dijongket.
"Kau call Kai kata aku tak masuk harini", kata Dani , masih lagi mendatar.
Afifah mengangguk lalu mengeluarkan telefonnya. Mereka yang lain hanya mendiamkan diri.
꧁ℂ𝕆𝕃𝕃𝔸𝔹꧂
KLAK!
Pintu wad kecemasan dibuka dari dalam. Segera Airul bangun dari duduknya.
"Macam mana dokter ?", tanya Airul apabila dokter keluar membuka mask . Mereka yang lain hanya mendiamkan diri. Memberi ruang untuk Airul menyoalkannya.
"Encik Airil telah melepasi tahap kritikal ketika pembedahan sedang dijalankan", jelas dokter tersebut.
"Allhamdulilah", ucap mereka semua.
"Tapi, saya tidak tahu pesakit boleh tersedar. Kerana badan pesakit banyak kehilangan darah dan kecederaan yang agak teruk. kami tidak tahu ambil masa berapa lama pesakit mula sedar setakat 24 jam ni" Mereka sedikit tergamam tentang kenyataan itu. Tetapi, berasa lega kerana Airil tidak mengalami sebarang koma.
Dokter tersebut melangkah pergi selepas berpamit.
Airul merempuh masuk kedalam wad tersebut diikuti yang lain. Dani yang baru saja mahu melangkah masuk terhenti apabila Afifah tiba tiba menarik lengan bajunya.
"Ya ?",
" Sir Kai kata jangan lama lama. Dia nak awak buat sesuatu ", kata Afifah sambil melihat kedalam mata Dani. Jantung mereka berdua berdebar kencang. Dengan cepat Dani dan Afifah mengalihkan pandangan masing masing.
" hm , nanti kita balik. Aku nak tengok kawan aku", Dani kembali masuk kedalam wad . Afifah hanya mengikuti dari belakang.
Namun , langkah mereka terhenti. Mereka berdua hanya melihat dari hadapan pintu saja. Telinga dan mata setia mendengar dan melihat mereka yang berada didalam.
Katil yang dihuni oleh Airil didekati Airul. Badan yang penuh wayar dan berbalut serta wajah pucat ditatap sayu.
Airis menghampiri katil tersebut sebelum tangan kecilnya memegang tangan Airil.
"Abang Airil ... ", panggil Airis , lirih. Serta merta air mata yang bertakung ditubir mata perlahan lahan mengalir. Airis mengesat air matanya sebelum tangan kekar Airil dibawa ke bibir.
Tanggisan kecil meletus dari bibir Airis. Tidak lama, sebelum Airis dibawa ke dalam pelukkan Airul untuk menenangkan adiknya.
Airul memandang Airis sayu seketika sebelum pandangannya beralih pada Airil. Air mata jantannya hampir saja menitis. Namun ditahan. Keluhan lemah dilepaskan. Badan adiknya setia dia mengusap.
Razeem dibelakang menggenggam kedua belah penumbuknya. Terus saja dirinya melangkah keluar dari wad tersebut .
Dani hanya melihat dari hadapan pintu. Rasanya bukan sekarang waktunya untuk melawat Airil. Perlahan lahan lengan Afifah ditarik keluar dari wad.
Tbc
[2285 words]
Hai. Okey saya nak bagitahu. Ini bab collab ❤️. Means , kami gabungkan . watak watak lain tu korang boleh check dekat buku author Rose hannyyroseee
Acctually watak watak lain tu datang dari buku yang saya tepek kat atas tu. Kami collab hanya satu bab. Katanya dia tak ada idea . So dia ajak saya collab❤️.
Alang alang tu korang boleh try usha buku dia. Memang best. Lagi best dari cerita saya. Hehe. Kalau korang baca dekat bab 13 , memang akan sama saja , cuma bezanya pov watak.
Apa apa pun. Thank you hannyyroseee sudi collab❤️
-Miss Queen💋-
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top