E P I L O G E

"Segalanya telah selesai. Disini penghujung cerita ini."
******

Penghujung yang telah dinanti-nantikan telah tiba. Kebahagiaan yang aku inginkan bersama keluarga kecil kini telah aku capai.

Sudah sebulan berlalu. Kami pulang ke Malaysia tanpa ada yang bermasam muka mahupun pertengkarang lagi. Berdamai lagi bagus daripada terus bermusuh.

Walaupun aku tahu yang kami bakal melalui pelbagai lagi halangan, aku akan tetap cuba untuk selesaikan dengan cara yang baik. Bukan lagi dengan cara lari daripada masalah yang diciptakan oleh diri sendiri.

Bahagia? Aku bahagia dengan kehidupan aku yang sekarang. Aku dah berhenti dari membunuh. Cukuplah sampai disitu saja.

Sedih? Adalah juga perasaan sedih tu bila dapat tahu yang cerita aku dah nak tamat. Haha tapi nak buat macam mana kan? Setiap pertemuan tetap akan ada perpisahan. Cuma waktu saja yang menentukan bila kita akan berpisah.

Okeylah tu cerita dah tamat dan berakhir dengan kebahagiaan. Aku dah tak larat woi kena seksa dengan Kak Athi aka Mama Gula kesayangan korang tu !

Or she real nickname, Author Miss/Quen.

Kecewa? Aku kecewa jugalah bila dapat tahu yang Ivan sebenarnya musuh aku. Tapi aku tak salahkan dia seratus peratus. Dia ada hak nak tuntut bela atas kematian keluarga dia. Cuma mungkin cara dia salah? Kalau cara dia salah maknanya hero dan heroin pun guna cara yang salahlah kan untuk tuntut bela kematian ahli keluarga? Haha!

Aku dah maafkan dia. Aku harap kauorang semua pun maafkan dia juga, eh? Dia tak salah mana pun.

Sampai disini saja aku bercerita. Kita berjumpa nanti. Mungkin? Haha kau tengoklah Mama kesayangan kau tu macam mana. Busy sangat kalah CEO !

Hah, aku nak bagi anak dengan suami aku makan dulu. Cau !

-ditulis,
    ~Laura Afifah~
[10122021>7:19PM]

Buku yang berwarna hitam itu ditutup sebelum diletakkan kedalam laci meja kerja milik Dani. Pantas dia bangun dari duduknya dan melangkah keluar dari bilik mencari kelibat anak dan suaminya.

Bunyi riuh dari arah dapur membuatkan kakinya bergerak mendekati dapur. Baru setapak dia ingin melangkah masuk, wajahnya sudah terkena debu yang berwarna putih menbuatkan dia memejamkan kelompak matanya rapat.

Ya Allah bala apa yang terjadi dalam rumah aku ni?..

"Eh?! S-sayang.. haha, bila sampai? Sayang dah makan?", wajah Dani berubah cuak apabila melihat Afifah sudah berdiri tegak dihadapan pintu dapur itu.

"Dah. Saya dah makan. Kenyangnyaaaa makan tepung harini", geram Afifah membalas. Bibir dipaksa mengukir senyuman menjadikan senyuman yang terpaksa itu kelihatan menyeramkan.

"Kenyang ke? Ha baguslah. Hehe", Dani menggaru kepalanya yang tidak gatal bibir mengukir sengihan kerang busuk.

"Ada benda yang nak dijadikan bahan cerita untuk harini ke?", soal Afifah menjungkit kening.

"H-haa.. tttak ada..", Dani berundur kebelakang apabila meihat Afifah yang sudah menghampiri dirinya.

"Tapi hubby macam ada cerita yang perlu nak dicerikan dekat sayang. Tak apa, sayang sudi nak dengar ni. Cepat. Sayang dah lama tak makan daging manusia masak lemak cili api", Dani menelan air liurnya kesat. Gila.

"Haa-",

"Uwerk uwerk", Dani menghela nafas lega apabila suara tanggisan nyaring dari arah buaian yang berada didapur itu kedengaran.

Enriq dah menjadi penyelamat papa !

Ya Allah terima kasih kerana mengurniakam seorang anak yang sangat membantu.

Afifah hanya menjeling tajam kearah Dani yang sedang manadah tangan seperti berdoa' itu. Sial punya suami.

"Teruskan buat bersepah. Takpe takpe. Teruskan teruskan", dingin Afifah berbicara sebelum tubuh anaknya yang sudah berumur empat minggu itu didukung dengan cermat dan dibawa keluar dari dapur.

Wajah Dani kembali cuak. Dengan pantas dia mencapai penyapu dan mula mengemas dapur.

  Amran Eirul memandu laju keretanya ingin menuju kerumah Dani. Lelaki itu menjemput dirinya makan-makan dirumah. Tak payah jemput pun dia akan datang juga. Member kan?

Sambil dia memandu kereta, fikirannya mula melayang jauh memikirkan tentang jodoh. Nak kahwin, tapi tak nak perempuan.

Habistu kau nak lelaki ke?

Amirul menggelengkan kepalanya. Dia cuma cemburu saja melihat Aisy dan Kai yang sudah selamat bertunang. Argh sial punya member. Nak kahwin tak bagitahu !

Sampai hati dua ekor cicak itu membiarkan dirinya single sendirian? Takpe takpe. Aku ada Kak Athi yang gojes !

Masalahnya aku pun tak nak dia.

Wajah Amirul berubah masam. Akibat terlampau jauh termenung, dia tidak perasan ada seseorang yang sedang melintas. Automatik dia memberhentikan keretanya secara mengejut dan berlalu keluar.

"Eh dik, okey tak tu?", soal Amirul, melihat seorang gadis yang sedang terduduk dihadapan keretanya.

Gadis itu mengangguk seraya medongakkan kepalanya memandang Amirul.

"Amran?",

"Risya",

****

Jam ditangan dibelek. Sudah setengah jam mereka menunggu makhluk cicak untuk datang dan menjamu selera bersama. Kemanakah jantan itu pergi?

BAM!

"Aku dah kembali!! Bersama jodoh!", semua yang berada dimeja makan itu menoleh kearah pintu yang sudah terbuka luas.

Amirul melangkah masuk kedalam rumah banglo itu bersama seorang gadis dibelakang.

"Apa pandang-pandang? Aku tahulah malam ni aku kacak. Tapi aku tak single okey! Kenalkan, bakal isteri aku. Risya Ariana", Risya melambaikan tangannya bersama senyuman kekok.

"Wow, kau dah pandai kutip perempuan tepi jalan eh? Bagus bagus", Heyder menganggukkan kepalanya mengerti. Rose disebelah hanya mengukir senyuman kearah Risya.

"Kau nak mati ke?", soal Amirul, dingin. Dia mengambil tempat kosong yang berada dimeja panjang itu.

"Tak naklah. Aku nak kahwin dengan Rose. Lepastu nak buat anak. Lepastu ada anak. Auuu bahagianya hidup", Heyder memegang kedua belah pipinya bersama mata yang terpejam.

Ktak!

"Auuu sakitlah kak!", jerit Heyder sambil menggosok kepalanya yang diketuk oleh Afifah.

"Bercakap tentang perkara yang tidak senonoh dihadapan rezeki. Kau nak kena terajang dengan aku ke?", soal Afifah, mendatar. Dia menuang air kedalam gelas

"Abang.. kau-",

"Tak nak masuk campur", pintas Syam menbuatkan bibir Heyder mencebik. Da menghentak kakinya tanda protes. Haha protes kepala hotak dialah.

"Jom makan!", baru saja Aisy ingin menjamu selera, bunyi tarikkan kerusi utama menyentakkan Aisy. Pantas dia menoleh sebelum matanya mula bersinar-sinar.

"Mama gula datang!! Yeay yeay", Rose mengukir senyuman buat si 'Mama Gula'. Tak. Bukan senyuman manis.

Tapi--

"Kau pahal? Nak gaduh?", soal Miss, mendatar.

"Ni pun sama juga ni. Depan rezeki pun nak ajak orang gaduh ke?", Afifah memandang tajam kearah Miss.

"Aku ni dah lama tak maki orang. Sekali aku maki, berdas aku bagi. Aku tengah bengang ni. Diam dan makan. Kau cicak, baca doa", Miss memandang kearah Aisy yang masih teruja itu. Pahal dia ni? Nak gaduh cakap.

"Kenapa Aisy pula? Dani lah! Dia hero dalam cerita ni!", bantah Aisy, tak puas hati.

"Ha cepat papa Enriq, baca doa. Kalau tak lancar aku tak teragak-agak untuk matikan kau sekarang juga. Punca kematian, tersedak air liur", Dani mengangguk seraya mula membaca doa.

****

Afifah mengambil tempat disebelah Dani yang sedang duduk diruang tamu sebelum kepalanya diletakkan diatas bahu Dani.

Enriq Daniel bin Muhammad Dani.

Nama anak mereka. Kau tak suka? Pergi buat cerita sendiri.

"Hubby..", panggil Afifah, manja.

"Ya sayang..", bibir mengukir senyuman lebar. Ubun-ubun isterinya dicium lembut.

"Saya gembira. Bahagia", ucapnya, suka. Dia mengangkat kepalanya sebelum bibir Dani diragut kasar.

"Eh sayang. Aduh, putus bibir saya nanti", kata Dani setelah ciuman dilepaskan.

"Biar putus. Biar sayang gigit gigit! Kunyah kunyah sampai hancur! Eeee geramnya!", bibir Dani digigit lagi.

"Sedar tak kauorang dekat ruang tamu?", celah Aisy, mendatar.

"Tak sedar", jawab Afifah, selamba. Wajahnya berona merah. Asyial.

"Bila tarikh perkahwinan kaurang bertiga?", soal Syam, ingin tahu.

"Dua bulan dari sekarang", mereka membalas serentak. Mereka yang lain pula mengangguk faham sebelum masing-masing memandang kearah Miss yang sedang duduk santai diatas sofa sambil bermain telefon.

Tulis special chapter kut?

Eh? Ada special chapter?

Masing-masing mengukir senyuman manis seraya memalingkan wajah mereka pada satu arah. Iaitu..

Korang.

"Berakhir sudah cerita Mr. Hacker Miss Mafia.. terima kasih sebab sudi membaca cerita kitorang yang sangat merapu ini. Bersabar menunggu update. I love you all", ucap Afifah, lembut.

"Sikit-sikit je sayang. Lebih-lebih tu untuk aku", Dani mencebikkan bibirnya sebelum dia memandang kearah korang semula.

"Nantikan special chpater Mr. Hacker Miss Mafia!!", ucap mereka semua serentak.

"Ada special chaper ke?", soal Heyder, pelik.

"Tak ada", celah Miss yang sudah menutup telefonnya kembali.

"Aku malas nak cakap banyak. Lebih-lebih siapa nak layan, kan? Haha. Gurau je",

"Aku, Author Miss, kerap dipanggil Quen, Mama Gula dan Athi. Tak kisahlah korang nak panggil apa pun. Aku cuma nak cakap yang aku happy sangat dapat tamatkan cerita ni. Aku happy sangat dapat kenal dan berjumpa dengan readers yang sporting. Gila-gila. You all the best. Maaf andai ending cerita ni tak memuaskan atau tak seronok. Sesungguhnya aku juga seorang manusia".

"Aku minta maaf kalau-kalau cerita ni ada merepek ke. Merapu ke. Buat korang sakit hati ke. Aku minta maaf, okey? Aku tak pernah rasa yang aku berjauhan dengan readers mahupun silent readers. Jadi dah sampai penghujung ni, lebih baik aku minta maaf terus, kan? Okey itu saja",

"Byee semuaaa jumpa lagi!!",

"I will miss my stupid", kata Heyder perlahan.







~Tamat~

Allhamdulillah, The Hacker Wife akhirnya juga penamat. Terima kasih atas sokongan korang semua yang telah berjaya membuatkan cerita ni sampai ke tahap ni

Cerita ni berakhir dengan, Happy ending.. hehe yang mana minta sad ending tu maaflah ya. Saya pergi dulu. Nantikan special chapter !

Mr. Hacker Miss Mafia, menutup tirai..

Start : 23/1/2021
End : 10/12/2021

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top