BAB 2
Mentari yang terik memancar wajahku. Silauan dan kepanasan pancaran tersebut menyebabkan aku terjaga. Mataku terkebil-kebil, sambil belakang telapak tangan kiriku mengelap pelu yang dirembeskan di dahiku ini.
Aku mencapai telefon bimbit. Jam menunjukkan jam 1.30 minit petang. Dalam masa setengah jam lagi akan bermulanya taklimat kursus.
"Wei, Safwan. Bangun. Kejap lagi ada taklimat," kataku sambil memandangnya.
Dia mencelikkan mata. Satu nafas yang kuat dilepaskan olehnya. Dia mengambil telefon bimbitnya. Dengan sekilas, dia bangun dan keluar dari bilik. Aku juga turut melakukan hal yang sama.
Usai solat berjemaah, kami berdua tanpa berlengah terus menuju ke fakulti kami. Kelihatan ramai pelajar yang baru masuk turut mengekori kami dari belakang, sambil mengenakan kemeja dan bertai. Aku? Aku lain. Aku malas nak pakai. Jadi, aku mengenakan baju biasa dan berseluar jean biru.
"Eh, kau kenapa tak pakai baju kemeja? Selamba je pakai baju biasa," tegur Safwan yang berjalan di sebelah aku.
Aku menjeling ke arahnya. Kornea mataku dapat melihat dengan jelas peluh yang mengalir di pipinya.
"Merepeklah petang-petang pakai baju kemeja. Panas. Cuba jadi cerdik sedikit."
Dia membalas renunganku dengan bibir mengerot ke kanan.
"Kita baru kenal. Tapi, kau ni suka hati je nak cakap apa yang kau suka."
Aku mengangguk dan tersengih.
"Selamat berkenalan, Safwan."
Dia menggelengkan kepala.
Apabila berada kaki bukit, kami berdua menelan air liur. Matahari ini ibarat mempanggang kami. Cukup masa, masak dak empuk untuk dimakan. Di samping itu, terdapat ramai lelaki dan perempuan yang menaiki tangga ni sambil merungut. Entah kenapa tangga ni begitu sesak ibarat jalan raya?
Aku melangkah sahaja ke hadapan. Safwan pula mengekori aku dari belakang. Siapalah arkitek untuk fakulti ni? Menyusahkan orang. Reti ke tidak buat bangunan? Cubalah gantikan tangga berbatu ni dengan tangga automatik. Kan senang.
Telinga aku pula hanya menerima masuk segala jenis oktaf bunyi yang dimainkan di kawasan ini. Burung berkicauan, manusia, dan kereta. Namun, aku dapat menangkap bisikkan orang yang berada di atas aku.
"Itu bukan ke pemenang pertandingan Al-Khawarizmi tahun lepas? Dia dekat sini?"
Pemenang pertandingan Al-Khawarizmi? Pertandingan apa pula ni?
"Itulah dia. Tempat ketiga peringkat negara," sampuk kawannya yang berada di sebelahnya.
Peringkat ketiga dalam negara? Boleh tahan. Tapi, pertandingan apa? Dan lagi, apa hal budak depan ni turut berdiri di sebelah kanan? Dia tak tahu ke peraturan menaiki tangga? Setiap orang kena beratur bila menaiki tangga, kalau tak akan bertembung dengan orang yang akan turun dari puncak bukit.
"Habis la pertandingan pengaturcaraan tahun ni. Mesti budak ni menang lagi."
....
Ah, pertandingan pengaturcaraan rupanya. Aku merenung dengan lebih tinggi, siapa yang dimaksudkan?
Apabila aku sampai di puncak, orang ramai berpusu-pusu pergi ke dewan yang ditetapkan. Aku memandang ke belakang. Safwan kelihatan termengah-mengah.
"Kau ni, ok ke tidak?" Tanyaku sambil menyeluk sakuku sendiri.
"Penat la Zakwan. Kau kenapa masih boleh bernafas macam biasa lagi?"
"Bersenamlah, apa lagi?" Balasku selamba.
Aku kembali memandang ke hadapan. Dan....
"Kau pun masuk sini juga?" Sapa seorang lelaki.
Dia ni....
"Kalau aku masuk sini pun kenapa?" Balasku sambil menahan sedikit intonasi aku.
"Haha, tak adalah. Tak sangka orang macam kau pun boleh masuk sini. Kau kursus apa?"
Cara cakap macam aku tak layak. Kalaulah aku mengikut hawa nafsu aku, dah lama aku sepak kepala dia ni macam bola.
"Artificial Intelligence."
Dia membeliakkan mata. Kemudian, wajahnya berubah kepada wajah yang kurang senang.
"Kau pun masuk kursus yang sama? Apalah pihak universiti fikirkan?"
Aku menelan air liur aku sedikit.
"Hari ni hari kedua aku berada di universiti ni. Boleh tak kau jangan ganggu aku?" Mataku mengecil apabila aku menghamburkan perkataan sebegitu kepadanya.
Dia hanya mengangkat bahu sambil berjalan pergi.
"Dia tu siapa?" Tanya Safwan yang memerhatikan kami berdua semenjak dari tadi.
"Sampah. Manusia yang ada masalah dengan aku. Baru hari kedua dekat sini, aku dah rasa nak balik. Tempat ni penuh dengan sampah-sarap."
Dia mengeluh.
Aku melangkahkan kakiku ke dewan yang ditetapkan. Terasa beratnya hati apabila aku melihat wajahnya sebentar tadi. Aku baru sahaja ingin hidup dengan aman.
"Kau tak perlulah fikirkan hal dia. Dari kau pandang dia tadi lagi aku lihat dahi kau berkerut-kerut."
"Mana ada. Aku tahu pasal diri aku je. Aku tak peduli pasal sesiapa pun," balasku sambil menarik tombol pintu dewan yang aku kunjungi.
Nampaknya, dewan ini mempunyai struktur seperti pawagam. Di hadapan sekali merupakan pentas untuk mengajar. Aku dapat melihat bahawa kursus ini mempunyai pelajar dalam lingkungan 60 hingga 70 orang pelajar sahaja.
Aku mengambil tempat yang paling belakang dan barisan tengah. Nak buat macam mana, barisan kiri dan kanan telah pun dimonopoli oleh orang lain. Safwan mengambil tempat duduk di sebelah aku, sementara lelaki yang menjijikkan ini berada dua baris di hadapan aku.
Masing-masing hanya berborak sesama mereka. Aku mendiamkan diri kerana tiada apa yang dibualkan. Anak mataku asyik merenung lelaki itu, di mana dia sedang berbual dengan kekasihnya. Ya, aku kenal.
Entah macam mana perempuan yang baik hati seperti si dia ni boleh melekat dengan lelaki ego dan berlagak seperti mamat ni? Kotor. Menggelikan.
Seorang perempuan lain, memakai tudung berwarna merah jambu serta mengenakan baju sejuk berwarna kelabu duduk di hadapanku, serta di belakang si tak guna ini.
"Hai Rizal, lama tak jumpa?" Sapa perempuan ni kepada lelaki tersebut.
Rizal dengan perlahan-lahan memandang perempuan ni. Dia menjegilkan matanya. Dah kenapa pula lelaki ni?
"Diamlah kau," arah Rizal, dengan intonasi yang sangat rendah.
Perempuan ini terdiam. Kata-kata Rizal menyebabkan hati aku sedikit panas. Memang betul, aku tak suka orang bersembang depan aku, menyemak. Tapi, ini dah dikira kurang ajar ni.
Telinga aku dapat menangkap pintu dewan dibuka. Aku jeling seketika ke pintu dewan. Aku hanya menjeling tanpa dapat mengecam wajahnya.
"Zakwan? Kau pun masuk kursus ni?" Sapa seorang perempuan yang aku kenal suaranya.
Aku menjeling ke arah perempuan itu. Namun, aku tidak berkata apa-apa.
"Jangan menyebarkan sifat negatif kau di sini, ya?" Tambahnya lagi dengan satu senyuman penghinaan.
Aku menarik dalam-dalam nafasku sendiri dan dengan perlahan-lahan aku hembuskan kembali.
"Diam Auni. Pergilah ke tempat lain. Jangan kacau aku," kataku selamba.
Dia terus berlalu meninggalkan aku di sini.
"Siapa pula tu, Wan?" Tanya Safwan, sambil memasukkan telefon bimbitnya ke dalam poket.
"Sampah," jawabku ringkas.
Dia mengerutkan dahinya.
"Aih, semua orang sampah. Siapa je yang tak sampah bagi kau sekarang ni?"
"Diri aku sorang je yang tak sampah. Yang faham manusia ni macam mana. Yang tahu apa orang lain tak tahu. Jadi ya, selain daripada aku, orang lain semuanya sampah," aku membalas dengan selamba, sambil menyandarkan badanku ke kerusi.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top