BAB 1
Aduh, menyakitkan mata betul. Ramai sungguh orang pada hari ni. Semua sibuk berpusu-pusu di dewan fakulti untuk mendaftar kursus masing-masing. Serabut!
Entah apa yang difikirkan oleh pihak pengurusan agaknya, terus membuat hari pendaftaran untuk semua kursus dalam masa yang serentak? Ini sangat tidak masuk akal dan lancar langsung. Semak!
Aku tahu la yang mereka hanya ingin memudahkan urusan mereka, tapi apa yang mereka lakukan nampak seperti tak reti langsung buat kerja. Apa salahnya kalau mereka membuat pendaftaran kursus mengikut jam? Itu pun tak boleh fikir ke?
Seorang manusia mencuit lengan kananku. Aku memandangnya. Dia merupakan seorang lelaki botak yang berkulit gelap sedikit, serta mengenakan sepasang kaca mata. Dia sangat segak, apabila mengenakan baju kemeja berkrim serta bertai hitam. Aku hanya memandangnya dengan penuh tanda tanya.
"Apa?" Jawabku malas.
"Kau punya borang lengkap tak? Takut nanti kau susah pula."
Anak mataku beralih ke fail yang tersisip di celah rusuk kananku.
"Lengkap. Aku tak suka susah. Jadi, aku dah pastikan yang semuanya lengkap. Jadi, bila aku habis mendaftar nanti aku nak balik dan tidur."
Dia tersengih. Orang di sekeliling kami berpusu-pusu menyerbu pintu masuk dewan. Dahiku berpeluh kerana aku sangat malas untuk menempuh masuk dalam keadaan begini. Aku tak pernah suka orang, apatah lagi dalam keadaan bersesak-sesak begini. Macam kambing nak masuk kandang.
"Ha, baiklah. Kalau macam tu, baik kita masuk dewan ni cepat-cepat sebelum lebih ramai orang yang datang," katanya sambil melangkah ke pintu masuk.
Aku melepaskan nafasku perlahan-lahan.
"Memang itulah cadangan aku sebenarnya," kataku dengan intonasi rendah, cukup sampai ke telingaku seorang sahaja.
Selangkah aku ke hadapan, tiba-tiba ramai orang beratur di depan aku. Malah, langkah rakanku ini juga terhenti kerana tak boleh masuk secara terus ke dalam dewan. Tadi tak ramai pun, tiba-tiba je beratur. Aduhai.
Kalau benci sangat dengan aku, tak perlulah tiba-tiba beratur macam kereta api ketika aku baru melangkah setapak. Aku menelan air liur menahan api yang membara.
Tak kisahlah. Siapalah aku untuk merungut? Aku kena terima, aku kena telan. Buang masa nak bising dekat sini.
Tetapi, dalam beberapa minit sahaja penyerahan fail berakhir. Baiklah, tiba masanya untuk aku angkat kaki dan balik ke asrama untuk tidur. Buang masa je tunggu lama dekat sini. Lagipun, esok akan mula kelas pertama. Aku kena rehat dengan cukup.
"Bang, nanti dulu," tahan seorang lelaki ketika aku ingin melangkah keluar dari dewan yang mengurangkan oksigen aku.
Mataku menangkap wajahnya. Dia memakai spek empat segi, disamping mengenakan pakaian kemeja berwarna merah gelap serta bertai hitam.
"Ha?"
"Abang kena dudduk dekat kerusi yang menghadap pentas, ya? Selepas ni kita akan adakan sedikit taklimat. Sebelum tu, abang kena pergi ke papan maklumat untuk melihat tempat perjumpaan petang ni. Perjumpaan petang ni merupakan perjumpaan kursus pula."
Jari-jemariku merayap mengurut dahiku sendiri. Aduh, ada taklimat pula. Haram jadah.
"Baiklah. Terima kasih," kataku malas.
"Ya, sama-sama. Jangan lupa datang petang ni. Kedatangan para pelajar akan diambil."
Aku menelan lagi air liur aku. Dah dua kali orang buat aku menggelegak ni. Aku baru nak ponteng.
Aku segera ke papan maklumat. Kursus aku... ya, sangat jauh. Bagus. Naik bukit tinggi. Redah panas. Aku sangat suka. Silalah susahkan aku lagi. Aku suka.
Aku menggarukan kepala sambil mengambil tempat duduk yang paling belakang. Senang, tak ramai orang buat masa ni. Aku malas nak duduk di sebelah rakan aku kerana aku tak suka bergaul. Aku nak duduk seorang diri, tanpa sebarang gangguan.
Tiba-tiba, datanglah sekumpulan lelaki yang mengambil tempat duduk di sebelah aku. Mereka begitu rancak bersembang dan ketawa berdekah-dekah di sebelah aku. Kemudian, datang pula sekumpulan lelaki lain yang duduk di barisan hadapan aku. Pun sama, memekak.
Aduh, tak tenteram langsung. Sampah betul perangai. Memekak macam burung gagak. Kenapa keamanan itu susah untuk hadir ke dalam diri aku?
Apabila semua pelajar selesai mendaftar, maka ketua professor fakulti kami menaiki pentas. Kelihatan seperti perempuan apabila dia memakai tudung.
"Selamat datang semua," katanya apabila masing-masing mendiamkan diri.
Hm, intonasi, suara seorang perempuan. Sah dia ni perempuan.
Aku menggelengkan kepala. Selama aku mendengar dia berkata-kata, aku sudah pun tahu dia ni bagaimana orangnya.
Maka, dua tahun setengah berada di fakulti ini pun bermula, diperintah oleh seorang professor perempuan yang mempunyai perangai narsistik dan tirani ni.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top