BAB 8: KEPUTUSAN

" Nia."

Aku terdiam sekejap. Tu bukan nama penuh. Aku memandang jengkel ke arah dia.

" Tu bukan nama penuh," balasku ringkas.

Dia tersenyum.

" Penting ke tahu nama penuh?"

Aku diam lagi sekali. Well, secara logiknya tak penting. Tapi, just in case, kadang-kadang nama penuh tu penting. But, if she doesn'r want to tell me, then I can't just force her, am I?

" Tak."

" Well, okay," balasnya lagi sekali.

" Pasal nombor tu, kau jangan risaulah. Aku dah dapat nombor kau daripada roommate aku. Malam nanti aku message kau."

Tch! Aku cukup pantang dengan orang yang tahu nak korek maklumat. Habis semua privacy aku. Also, apa hal la dia ni. bila aku mintak tu bagilah! Tapi macam biasa, dia bukannya nak dengar apa yang aku cakap. She want to control everything.

Dia terus berpaling dari aku dan terus berjalan menuju ke pintu keluar. Aku hanya memerhati dia dari belakang kerana aku tak nak berjalan sekali dengan dia. Manalah tahu, kot-kot ada manusia yang bebal ternampak aku dengan dia, terus jadi satu masalah. I mean, manusia zaman sekarang ni bukanlah cerdik sangat.

Secara tiba-tiba, dia berhenti berjalan. Kemudian, dia menoleh ke arah aku. Aduh, apa lagi ni? dia mengangkat tangannya dan mengisyaratkan aku supaya aku menghampirinya.

" Apa lagi ni? Pergi la balik," halau aku sambil menghampiri dia.

" Semalam asal kau tak pergi perjumpaan dengan senior tu?"

Ha? Dia ni merepek apa? Mana ada perjumpaan semalam.

" Kau merepek apa? Mana ada perjumpaan semalam."

Dia memandang aku dengan riak wajah tak percaya.

" Kaulah yang merepek. Semalam la perjumpaan tu."

Aku mengerutkan dahi. Aih, bukan minggu depan ke?

" Aih, bukan minggu depan ke? Hari jumaat?"

Dia memandang tak percaya dekat aku. Kemudian, dia mengeluh.

" Kau tak check ke whatsapp? Senior semua banyak kali dah cakap kat group tu."

Aku mengerutkan dahi lagi. Well, memang la aku ada masuk group tu. Tapi, aku mutekan group tu sebab annoying. Dan, aku tak check group tu sebab banyak sangat message.

" Also, kau kata minggu depan? Bila Dr. As bagi tahu benda tu?"

Kenapa aku rasa yang aku tengah bertekak dengan perempuan ni? Nak je aku jentik telinga dia.

" Hari ahad minggu lepas."

Kataku selamba. Ya, dia bagi tahu minggu lepas.

Jap! Minggu lepas?! Aku memandang ke arah Nia dengan wajah terkejut. AHHH!!! AKU DAH SALAH!!!

" Tengok muka kau pun dah tahu kau salah hari. Hahaha LOL. Kau tak check ke group Whatsapp?"

Aku masih lagi terkejut. Macam mana aku boleh terlepas pandang?! Aduh, that was a pure careless!

" Tak. Group yang ramai orang memang aku mute. Dan ya, aku tak check sebab banyak sangat message."

Dia tergelak apabila dia dengar jawapan aku. Apa yang kelakar sangat?

" Aku ingat kau cerdik sangat. Tapi, rupa-rupanya kau pun tak adalah cerdik mana."

Haish, perempuan ni. Sedap je kutuk aku. Perangai macam celaka betul.

" Ha, yelah. Aku nak belah dulu," kataku malas.

Dia masih lagi ketawa kecil. Aduh, perangai. Bila aku fikirkan balik, sebenarnya kalau aku tahu pun aku rasa aku tak akan pergi pun. Sebabnya aku nak siapkan kerja minah nilah. Lantaklah, aku malas nak layan.

Aku keluar dari library tu dan terus menuju ke jalan besar.

" Zakwan! Nanti kejap!"

Aku terdengar orang memanggil nama aku dari belakang. Aku menoleh ke belakang. Ah, dia lagi. bila agaknya dia nak mati?

" Kau nak apa lagi?"

Dia mendapatkan aku dengan tercungap-cungap. Kemudian dia tersengih-sengih macam kerang busuk.

" Kau punya kolej satu jalan jugakkan dengan kolej perempuan? Sekali jalanlah," katanya dengan selamba.

Okay, sekarang aku nak turun tangga. Kalau ikutkan hati aku, aku nak je sepak dia masa turun tangga nanti.

Aku menggaru kepala aku. Ah, ni yang aku malas ni. Aku ni bukanlah selesa sangat berjalan dengan perempuan. In fact, aku tak pernah selesa pun. Dan aku tak akan pernah nak selesa bila berjalan dengan perempuan.

Aku hanya buat tak tahu dan terus berjalan menuruni tangga. Ya, aku malas nak layan. Nasib baik dia tak banyak cakap. Kalau tak, dah lama aku tempeleng kepala dia.

Jadi, ya, kami berjalan bersama-sama ke kolej masing-masing. Aku di depan, dia di belakang. Aku sikit pun tak toleh ke arah dia. Aku tak nak cakap pun dengan dia ni. aku tak ada mood langsung nak bercakap dengan sesiapa.

Dalam kepala otak aku, apa yang aku fikir adalah pasal si dia tu. Apa yang dia buat hari ni? Apa pencapaian dia hari ni? Dia ingat ke tidak dekat aku? Aku sangat merindui dia. Senyuman dia. Suara dia. Gelak tawa dia. Semua pasal dia. Setakat ni, dialah perempuan yang aku paling selesa sekali bila bersama.

Ya, aku sentiasa fikirkan dia. Tak kiralah di mana-mana pun. Kepala otak aku hampir setiap masa memikirkan pasal dia. Bertapa tingginya keinginan aku untuk berjumpa dia lagi. bertapa tingginya keinginan aku untuk bercakap dengan dia.

Ya, aku tahu. Tak kiralah macam mana pun, jauh di sudut hati aku, aku tahu bahawa dia langsung tak fikir pasal aku. Dia langsung tak ada masa untuk bercakap dengan aku. Sebabnya mudah. Aku hanyalah rakan biasa. Not a best friend. Nothing at all.

Dia seorang yang sangat busy. Dia sentiasa ingin mendapat tempat yang paling tinggi. Walaupun dia seorang yang talented, tetapi dia sentiasa berusaha, walaupun untuk sekecil-kecil perkara.

Sebab tulah aku sayangkan dia. Sebab dia tahu tanggungjawab dia. Sebab dia antara manusia yang boleh menerima aku sebagai kawan. Di saat aku manusia yang selalu dicop sebagai manusia yang paling jahat.

Dan disebabkan dia lengkap serba-serbi, ramai lelaki sangat meminati dia. Sesiapa yang berjumpa dengan dia pasti akan jatuh hati. She is that kind of person. That's the quality that I hate most. I hate her for being talented person, and easily attracted all people around her. I love her for being work hard in order to achieve what she want, and being nice to me, despite of I am being the worst person ever.

I love her most. I hate her most. Yet, I know, no matter what I will do, I will never get her. That's what I hate most about my life.

" Woah, asal kau buat muka macam tu," tegur Nia yang tiba-tiba berada di depan aku.

Aku tersentak apabila dia menegur aku. Ah, kacaulah!

" Apa?"

Dia memandang aku dengan wajah yang berkerut.

" Your face. Your face shows that you are into some kind of depression. Some kind of hatred. Some kind of obsession."

Tch! Dia ni tak habis-habis baca fikiran aku. Aku benci betul.

" Apa je yang kau tahu pasal aku? Also, can you stop being pray into my mind? Its the worst shit thing ever."

Kemudian, dia melepaskan nafasnya seperti dia menahan kesabaran.

" Bukanlah aku nak ganggu hidup kau ke apa. But, I tell you what. I have seen that face back in old days. Face of hatred and obsession. Dan kalau kau nak tahu, kau ni manusia yang straightforward. Muka kau sahaja dah tunjuk semua."

Aku mendiamkan diri. Sigh, aku kena ceramah pula.

" kalau kau terus dwelling in that state, up to certain point, you will be destroy."

Ah, sudahlah. Ni bukan masalah dia. Dia nak sibuk sangat apa hal? Kalau aku been destroyed pun, dia bukan ada kena-mengena!

" Thats not your problem."

Dia terdiam sebentar. Kemudian, mukanya tiba-tiba berubah seolah-olah dia seperti kesiankan aku.

Celaka apa?! I don't need your damn pity!

" I think, I get to know you a little bit. Yeah, I have made up my mind!"

Ha?

Daripada muka kesian terus berubah kepada ceria. Dia ni... period ke? Kalau ya, lagi la aku tak nak deal dengan dia. I mean, perempuan bila period, terus-terang aku cakap, mental dia orang ni tak stabil. Kang tak pasa-pasal kena marah. Ha, I hate to deal with a girl.

" Apa yang kau dah made up in your idiotic mind?"

Aku memandang jengkel ke arah dia. Dia pula tak berhenti tersenyum. Menakutkan betul.

" Hahaha, kau ni kasar betul. Tapi, aku rasa aku faham."

Dia ni... tak menjawab betul soalan. Faham? Faham apa?

" Apa yang kau faham?"

Aku memandang dia dengan satu perasaan irritated.

" Hahaha, aku faham kenapa perangai macam tu. Lagi satu, aku dah buat keputusan untuk..."

Dia ni... cakap sekerat. Lepas tu diam. Lepas tu cakap sekerat. Aih, ikutkan hati aku nak je lempang muka dia ni. Bagi pengajaran sikit supaya habiskan ayat tu.

Kami terus berjalan pulang. Aku sebenarnya harap sangat supaya aku cepat sampai sebab aku tak nak dah cakap dengan dia ni. merepek je lebih.

Sampai di depan kolej aku, dia masih lagi tak habiskan ayat dia. Ni yang buat aku bengang.

" Woi! Kau tak habiskan lagi ayat kau tu!"

Dia memandang aku sekali lagi. Dengan wajah yang aku jarang lihat. Wajah yang menggambarkan bahawa kau akan...

Diselamatkan.

" Aku rasa aku dah buat keputusan untuk selamatkan kau. Selamatkan kau daripada terus merana. Daripada terus terseksa."

Dia melafazkan ayat itiu dengan nada suara yang gentle. Aku...

" Ha?"

Dia terus tersenyum. Kemudian, dia terus berlari ke depan meninggalkan aku. What the-?

Dia berpaling ke arah aku setelah dia berada agak jauh sedikit daripada aku.

" Jumpa lagi nanti, hari isnin ni!"

Wha-?! Apa maksud dia tu?!

Dia terus meninggalkan aku dalam keadaan terpinga-pinga. Apa yang dia cakapkan ni? apa yang dia merepek? Selamatkan aku? What the hell?!

Setelah berdiri di situ untuk beberapa minit, aku terus berjalan menuju ke bangunan kolej aku.

I don't like it. I don't understand it. In what sense that I will be saved? In the first place, what do she know about me? What causes her to take such action? I don't understand. I don't understand!

Aku terus menaiki tangga kolej. Kemudian, aku teruss menuju ke bilik aku. I don't like it. Seriously, I don't like it. Aku tak perlu diselamatkan. Aku masih lagi berfikiran waras. Aku masih lagi normal! So, what the hell she talking about?!

Aku membuka pintu dengan mengetahui bahawa Safwan ada di dalam bilik. Apabila pintu terbuka, dia menoleh ke arah aku.

" Yo! Macam mana tadi?"

Aku masih lagi tak jawab. Aku meletakkan segala barang aku dan kemudian, merebahkan punggung aku ke kerusi aku.

" Nothing much. Aku tak boleh jawab pun soalan dia tu."

Safwan mengangguk. Sambil memandang laptop dia.

" Jadi, kau tak jadi team up dengan dialah?"

Aku membuka laptop aku pula.

" Vice versa. Dia nak team up dengan aku. Dia tu pelik," kataku sambil merenung laptop aku yang tengah loading tu.

" Ha, ok la tu."

Aku terus mendiamkan diri. Aku malas nak bercakap dengan dia. Dalam kepala aku ligat berfikir maksud sebenar Nia. Apa yang dia nak sebenarnya?


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top