BAB 7: NAMA AKU...


Selesai menikmati minuman bergas itu, aku terus mencampak tin tersebut ke dalam tong sampah yang berdekatan.

Petang itu tiada langsung pelajar yang keluar masuk library ni. Mungkin kerana hujan lebat, maka tiada orang datang. Mungkin kerana liibrary ni jauh. Ah, itu semua tak penting.

Aku masuk semula ke liibrary ni. aku sebenarnya dah malas dah ni. Jam menunjukkan waktu empat petang. Pukul 5.30 petang library tutup. Ha, gotta settle this shit fast.

Aku menuju ke tempat perempuan tu duduk. Daripada semalam aku tak tahu nama dia. Kalau aku desak pun, dia bukannya nak bagi tahu. Pada waktu itu, dia sedang fokus dengan telefon bimbitnya.

Apabila dia perasan bahawa aku menuju ke arah dia, dia cepat-cepat menyimpan telefon bimbitnya. Ha, lantaklah. Malas nak fikir. Malas nak ambil tahu.

" Jom sambung balik," beritahuku dengan nada rendah.

Dia mengangguk. Aku kembali melihat code yang aku dah taip.

#include<iostream>

// this is comment.

/* this is also comment

*/

using namespace std;

int main()

{

cout<< " Hello World";

Return 0;

}

" Ok, let make this fast. I am getting lazy."

Dia diam. Dia mendengar.

" Using namespace std;. Ok. Part yang ni memang susah gila nak terang. Jadi, disebabkan kau acah-acah budak lembab, biar aku jelaskan dengan cara budak lembab."

Dia memandang jengkel ke arah aku.

"You don't have to say budak lembab parts, you know."

Ah, lantak. Dia nak main-main, so be it. Aku buat tak tahu sahaja bila dia menegur aku. Aku tahu, lepas jelaskan benda alah ni, aku nak balik.

"Using namespace std; bermaksud kita menyuruh compiler kita menggunakan namespace standard. Mesti tak fahamkan? Biar aku jelaskan secara analogi. Kau anggap je namespace ni seperti buku rujukan. Std pula kalau perkataan panjangnya adalah standard. Std means standard. Standard means std. So, kalau aku gabungkan ketiga-tiga perkataan ni apa yang akan jadi?"

" Secara analoginya, using namespace std is like this. Yo, compiler. Boleh tak kau gunakan buku rujukan yang standard bila kau compile code yang aku tulis ni? Compiler ni pulak akan jawab, ok, boleh. Aku akan check code-code kau dengan menggunakan perkataan-perkataan standard yang terdapat dalam buku rujukkan standard ni."

" Simbol ';' ni atau namanya adalah semicolon pula berfungsi seperti titik noktah. Itu sahaja. Kau faham tak?"

Dia ternganga. Tak faham la tu.

" Disebabkan aku tahu coding, jadi aku faham apa yang kau cakap. Tapi, kalau aku budak yang tak tahu programming ni aku rasa aku tak jamin yang aku akan faham dengan apa yang kau terang," komplennya secara berterus-terang.

Aduh, aku dah agak dah. Aku memang tak reti menerangkan sesuatu. Ni kira baiklah aku terangkan secara satu-persatu. Aku ingat lagi waktu first semester time diploma dulu. Pensyarah aku tak ada pun jelaskan satu-persatu. Kami semua mengamalkan konsep pandai-pandailah kau nak hidup.

Lantaklah. Aku buat tak tahu dan terus sambung.

" Lets explain int main(). Int main() ni sebenarnya orang panggil main function, atau dalam bahasa Malaysianya fungsi utama."

" Untuk pengetahuan kau, mana-mana coding wajib ada benda ni, disebabkan ianya fungsi utama. Kalau tak ada, memang tak boleh run la program kau ni. Semua coding yang kau nak terima input or nak keluarkan output mesti kena tulis dalam fungsi utama ni. Itu saja." Kataku dengan nada malas.

Dia mengerutkan muka. Ah, ni tak lain tak bukan nak suruh aku explain full statement la tu. Malaslah! Pain in ass! Sebabnya mudah. Ayat int main() ni sahaja dah bagi makna yang bagi aku agak significant.

" Can't you explain full sentence?"

Ha... dah agak. Nope. Nope.

" Aku rasa explanation aku dah cukup bagus. Sebab bahasa Inggerisnya dipanggil sebagai main function. Kalau dalam bahasa Melayu, sah-sah la dipanggil sebagai fungsi utama. Di dalam fungsi utama ni la orang tulis semua code."

Dari riak wajahnya, sudah pasti dia tidak puas hati dengan penerangan aku. Tetapi, itu saja fungsinya. Kadang-kadang, ada benda kita tidak perlu tahu secara mendalam untuk sesuatu benda. Sama juga macam kau naik kapal terbang. Perlu ke kau tahu semua benda dalam kapal terbang tu? Macam enjin dia macam mana, kipasnya saiz berapa, minyak jenis apa semua?

Mestilah tidakkan? Yang kau tahu, beli tiket, pastu naik je kapal terbang tu. Macam tulah juga dalam dunia programming ni. tak semua kau perlu tahu. Cukup kau tahu sebahagian fungsi dan cara penggunaannya sahaja. Tak perlu lebih-lebih.

"Ehem. Sekarang, mari kita bercakap mengenai simbol '{}' ataupun orang panggil sebagai curly bracket. Analoginya begini, int main() ni diibarattkan kepala manakala simbol curly bracket ni diibaratkan sebagai anggota badan. Tu je."

" Kalau dalam badan, kita ada jantung, paru-paru, saluran darah dan lain-lain. Begitu juga isi dalam curly bracket. Dalam curly bracket ni la kita buat coding yang sebenar-benarnya. Dalam curly bracket ni lah juga kita buat macam-macam seperti menerima input, mengeluarkan output, membuat kiraan matematik, membuat operasi dan lain-lain. Thats all."

Dia masih mendiamkan diri. Biarlah. Kau nak dengar, dengar. Kalau tak, sudah.

" Now, move to the next line. Cout<< " Hello World";. Command cout<< ni bermaksud kita memberitahu compiler kita untuk mengeluarkan atau memaparkan statement yang ditulis betul-betul selepas perkataan cout<<."

" cout<< " Hello World"; bermaksud kita memberitahu compiler kita begini. Yo, compiler, tolong displaykan ayat Hello World dalam terminal ataupun orang selalu panggil terminal ni sebagai command prompt. Kalau kau tanya program command prompt ni apa, maka yang aku boleh jawab adalah program ni merupakan satu aplikasi yang membenarkan kita untuk berkomunikasi dengan operating system kita. Operating system ni pula adalah seperti Windows, Mac OS, dan juga Linux."

" Please bear in minds that each sentence that you want to display in command prompt must be written in double quotation or symbol " ". If it is mathematical expression, then it doesn't have to use double quotation, " tambahku lagi dengan panjang lebar.

Dia hanya merenung skrin komputer aku dengan mata kuyu. Mengantuklah tu. Ni yang aku malas ni. dah terang panjang-panjang, lepas tu mengantuk pula. Kalau ikutkan hati aku, nak je aku lempang muka dia ni.

" Woi, woi! Bangunlah!"

Dia terkejut bila aku jerit kuat sedikit ke arah dia. Kemudian, dia tersengih. Dia ni... nak dengar ke tak?

" Sorry, sorry. Aku tak cukup tidur semalam," balasnya dengan satu senyuman memujuk.

Okay, senyuman tu aku buang dalam tong sampah. Aku peduli apa kalau dia tak cukup tidur? I don't know a shit about her.

" Ok, let's move on the final line. Return 0; kalau aku nak terang maksud betul-betul ayat ni, memang peninglah. Jadi, biar aku keep it simple. Aku tak suka terang panjang-panjang. Nanti kau bukan faham pun."

" Basically, kan aku dah cakap, bila compiler dah compilekan coding ni, nanti perkataan Hello World tu keluar dekat command prompt. Jadi, senang cerita, ayat return 0; ni bermaksud kita menyuruh program yang keluar dekat command prompt ni stop running apabila code-code sebelum ayat return 0; ni telah diexecute oleh compiler. Tu je."

Dia mengangguk dengan mata mengantuk. Aih, tadi eager bebenor. Sekarang dah pusing 360 darjah pula. Ah, bantailah!

" Oleh itu, tamatlah sesi mengajar. Dah, aku nak balik," kataku selamba sambil menutup komputer aku.

" Eh, nanti kejap!"

Aku menghentikan pergerakan aku sambil memandang ke arah dia. Apa lagi?

" Aku tak komen lagi cara kau mengajar," katanya dengan nada yang selamba.

Aku mengeluh. I know she gonna say that I am not really good at teaching. So, there is no point in hearing it.

Tetapi, itulah dia. Aku kena tunggu juga. Masalah betul.

" honestly saying, kau punya penerangan ok untuk budak-budak yang ada ilmu basic mengenai coding. Tetapi, untuk orang yang completely zero, I don't think they will understand what are you really saying."

Aku dah agak. Ha... benci betul bila aku betul.

" Ouh, Ok. Aku nak balik."

Aku terus memasukkan barang ke dalam beg aku dan bangun, tetapi aku terasa hampir tersedak apabila aku tercekik akibat bajuku ditarik ke belakang.

Aduh, perempuan ni! suka-suka hati je tarik baju aku! Otak mana, otak?!

" Woi! Suka-suka hati je kau tarik baju aku!"

Mukanya selamba walaupun aku dah menjerit dekat dia.

" Nanti kejap. Aku tahu kau tak suka aku, so I will make it fast. Aku nak tanya kau...," beritahunya sambil menggaru-garu kepalanya.

Ha, apa?! Cepatlah! Aku pun banyak kerja nak buat. Nak cari team untuk pertandingan coding tu lagi. Lagipun, aku memang dah tahu yang aku akan kena reject sebab aku tak dapat buat coding tu. So, I don't want to waste my time with rediculous shit.

Atau, itulah yang aku fikirkan. Prediction aku agak off the mark. Assumption aku agak silap pada petang ni.

" Kau nak tak masuk team aku?"

Ouh, aku dah agak. Aku memang dah tahu yang aku akan kena re-.

" What?"

Dia memandangku dengan satu pandangan jengkel sedikit.

" Kau nak tak masuk team aku?"

Dia ni biar betul. Aku macam tak percaya je bila dia tanya aku.

" Kau ni biar betul... aku dah la tak tahu coding maths. Lagipun, aku tak dapat buat apa yang kau nak...."

" Yang penting sekarang ni kau nak masuk ke tak?" Tanyanya dengan selamba sekali lagi.

" Well, mestilah aku nak. Tapi, skill aku-"

" Ha, ok. Dengan kata lain, kau sebenarnya nak masuk pertandingan tu," dia mencelah tanpa aku menghabiskan ayat aku.

" Benda-benda mathematical library ni nanti-nanti pun aku boleh tolong ajar kau. Yang penting, kau jenis yang nak belajar."

" Lagipun, aku tengok kau ni macam desperate je nak cari member yang boleh satu team dengan kau. So, you should be thankful to me because I've already chose you."

What the-!

Wah, confident betul perempuan ni. Annoyed pun ada. Berlagak pun ada. Tapi, itulah. This might be my last chance to search a member for the competition. Ha...

Keadaan senyap seketika. Aduh, what should I do? Aku bukanlah tak nak terima dia, tetapi... dia ni boleh tahan bahaya juga. Terus-terang aku cakap, aku tak nak dipergunakan oleh dia ni. In fact, aku tak nak dipergunakan oleh sesiapa pun. So-!

" Tak apalah kalau kau tak boleh bagi jawapan dulu. I know, you're shocked because I've already said it before that I will not accept you if you cannot answer this questions. Tetapi, hati manusia sentiasa berubah-rubah. Jadi, yeah, tell me when you have made up your mind."

Aku masih lagi mendiamkan diri. dia sudah pun mengorak langkah menuju ke luar bilik perbincangan. Aku masih lagi berfikir sama ada aku patut atau tidak untuk menerima tawaran itu. Eh, nanti kejap. Aku terlupa sesuatu!.

Aku terus berlari mendapatkan dia.

" Wei, nanti kejap!" jeritku perlahan sambil menuju ke arah dia.

Dia berhenti melangkah. Kemudian, dia berpaling kepadaku.

" Wei, apa nama kau? Daripada semalam lagi aku tak tahu nama kau. So, if you want me to decide wether I should join you or not, at the very first beginning, you should let me know your name and your contact number."

Untuk seketika, dia seakan-akan blur bila aku kata macam tu. Kemudian, dia tersenyum.

" Nama aku...."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top