BAB 5: BAHASA

Aku terdiam seribu bahasa. Terkejut. Dia ni... main belasah je tegur aku. At least, selepas " err...hai" tu cakaplah nama kau tu. Ni tak, terus sebat tanya aku nak masuk pertandingan tu ke tidak.

Tapi... sekurang-kurangnya ada juga yang show interest. Aku terus berdiri tegak sambil berpaling ke arahnya.

" Nama kau apa?" tanyaku dengan satu senyuman pahit.

Dia mendiamkan diri. aku jadi tertanya-tanya. Kemudian, dia mengalihkan pandangan ke kiri. Woi, pandang akulah woi!

" Err...nama kau apa?" aku mengulangi soalan itu.

Dia kembali memandang aku.

Dari sudut pandangan aku, pakaiannya sangat santai. Dia bertudung seperti orang lama, tiada sebarang cara tudung yang pelik-pelik. dia mengenakan beg sandang, baju berlengan panjang dan berseluar jean.

" Semua tu tak penting. Yang penting sekarang ni adalah skill kau," katanya dengan nada serius.

Nanti kejap, apa hal serius sangat ni? Aduh, situasi ni serius sangat dah ni. Berat untuk aku handle ni.

" Kau boleh pakai language apa?" tanya dia secara berterus-terang.

Aku diam sebentar. Kenapa dia yang mengawal situasi ni? Kenapa dia ni serius sangat ni? Nanti kejap, dia nak uji aku ke ni?

" Err... scripting language atau programming language ni?" tanyaku meminta kepastian.

Dia merenung aku dengan dahi berkerut. Seriously, dia ni kenapa?

" Kau ni... dalam pertandingan ni mana ada pakai scripting language. Dalam pertandingan kali ni pakai programmiing language je," terangnya kepadaku.

" Macam mana kau tahu?"

" Aku tanya sendiri cik Ariani semalam," jawabnya ringkas.

Patutlah. Hmm...

" Jadi, kau pakai programming language apa?" tambahnya lagi.

Hmm... terus terang aku cakap yang aku tak banyak tahu bahasa programming sebab ianya terlampau banyak. Malah, bahasa yang aku tahu ni pun tak habis teroka lagi.

" Aku tahu C++ dan Java sahaja," balasku ringkas.

Dia mengerutkan dahi.

" Itu je?" dia bertanya lagi.

Aku hanya mengangguk. Dia menggaru kepalanya yang bertudung. Kemudian, dia menghembuskan nafas.

" C? C#? Objective-C? ASP.Net? Visual Basic.Net? SQL? Prolog?" tanyanya lagi.

Aduh, banyak pula. Hmm.. memang tidak la aku nak tahu semua. Boleh sakit kepala aku kalau macam ni.

" Aku tahu C, SQL dan Prolog je. Itu pun sikit-sikit, macam introduction gitu," balasku lagi.

Dia mengeluh sambil tunduk. Dia membuka beg sandangnya dan mengeluarkan kertas tebal. Ah, sudah. Apa pula ni?

" Nah, ambil set ni. Esok petang jumpa aku dekat library. Aku nak kau siapkan paling minimum lima program based on this paper. Kalau tak mampu, kau tak dapatlah masuk kumpulan aku. Kau kena cari ahli yang lain kalau kau nak," terang perempuan yang tak ada nama ni panjang lebar.

AAAHHH, DAH MULA DAH!!! AKU DAH AGAK DAH!!! DIA MESTI NAK MENGUJI AKU!!!!

Ah, ni yang aku malas ni. Gila ke apa? Lima program tu bukannya sikit. Aduh, masak. Tak tidur malam la kalau macam ni!

Aku menyambut set kertas itu dengan perasaan yang aku sendiri tak pasti. Aduh, banyak betul. Boleh ke aku buat ni?

Dia terus berlalu pergi meninggalkan aku.

" Esok jangan lupa. Jumpa dekat library," katanya bersahaja sambil menuruni anak tangga.

Aku merenung kertas itu. Kemudian, aku menyelak kertas tersebut dengan sepintas lalu. Soalan ni semua agak mencabar. Dengan satu keluhan berat, aku kembali ke kolej.

***

Selesai solat Jumaat, aku terus kembali ke kolej untuk menyemak soalan yang diberikan. Ha... jahanam. Aku tak faham soalan ni. Macam mana ni?

" Jadi... perempuan nni bagi kau soalan ni untuk buat dulu? Lepas tu tunjuk dekat dia?" tanya Safwan dengan kening yang terangkat.

Dia mengambil soalan itu daripada tanganku.

" Fuhhh..." dia mengeluh.

" Ha'ah, dia suruh aku buat dulu. Tapi terus terang aku cakap, aku tak tahu. Soalan ni mencabar minda betul. Pakai math's library,"

Dia berkerut-kerut sambil menyelak soalan itu.

" Sorry, bro. Aku pun tak tahu nak jawab soalan ni," balasnya sambil meneliti kertas soalan tersebut.

Ah, sudah. Dia pun tak tahu. Siapa yang aku nak harapkan sekarang ni? Kalau aku tak dapat buat, macam mana aku nak satu team dengan perempuan ni?

Bukanlah bermaksud yang aku terdesak nak satu team dengan dia. In fact, aku tak kenal pun dia ni. tapi, dengan siapa lagi yang aku boleh harapkan? Aku sangat pasti kawan aku yang sama-sama daftar dengan aku tu pun tak tahu jawab. Jadi, siapa yang aku boleh harapkan?

Lagipun, aku rasa soalan yang begini mesti keluar pada hari pertandingan tu. Sebab tu dia bagi soalan yang macam ni. Mungkin perempuan ini memang berpengalaman dalam pertandingan yang macam ni kot. Sebab tulah aku rasa rugi kalau tak satu team dengan dia.

Aku terlampau banyak berfikir sehingga aku tertidur di atas katil. Apabila aku terbangun dari tidur, jam telah menunjukkan pukul 6.30 petang. Aduh! Aku dah buang masa!

Aku segera menunaikan apa yang wajib dan kembali menghadap komputer. Dengan malas, aku mula melakukan research. Aku hanya berhenti apabila aku perlu melakukan sesuatu yang wajib.

Ahh... pening. Aku tak boleh nak faham apa yang aku baca, nak-nak lagi bila aku buka forum discussion di website Stack Overflow. Di forum ini, ramai programmers yang pandai berbincang bersama, tetapi bahasa yang digunakan agak tinggi bagi aku. Lagipun, ilmu mereka agak tinggi.

Dari lepas maghrib hinggalah ke lewat malam, aku terlalu fokus terhadap soalan ni. Ya, aku pandai membuat program, tetapi aku masih lagi tidak menguasai keseluruhan bahasa ni. Ah, dah la ada sesetengah soalan tu aku memang tak tahu langsung bahasa yang digunakan. Ahhhh.......good game.

Aduh, masalah betul kalau macam ni. nampaknya perjalanan aku masih jauh. Mungkin aku tidak ditakdirkan untuk bertanding pada masa sekarang. Mungkin semester depan. Mungkin tahun depan.

Aku menyandarkan seluruh badanku ke kerusi empuk. Ah, memang habis la macam ni. memang tak la dia nak masuk dalam kumpulan aku. Aduh, hasrat aku tertangguh buat masa ni. kalau macam ni, susah la aku nak buktikan kepada dia yang aku ni hebat. Jauhnya perjalanan aku...

Mataku mula berpinar akibat terlampau fokus. Aku menjadi pening. Dengan lemah semangat, aku baring di atas katil aku dengan harapan supaya peningku ini hilang. Ah, beratnya mataku. Beratnya hatiku, bila aku tahu bahawa aku akan gagal meyakinkan dia untuk menyertai kumpulan aku. Jahanam. Kepalaku agak pening dan aku mula menutup mata.

***

KRING!!! KRING!!! KRING!!!

KRING!!! KRING!!! KRING!!!

Ah, mengganggu betul bunyi loceng ni. kepala aku masih lagi sakit sedikit ketika aku terjaga dari tidur. Jap, terjaga dari tidur?!

Aku mengambil telefon bimbit yang berada di sebelah kepalaku. Kemudian, aku mematikan jam loceng yang agak bising itu dan mula melihat waktu sekarang. Aduh! Pukul 6.30 pagi! Ah!

Aku segara bangun dan menyelesaikan ibadahku. Kemudian, aku kembali mengkaji soalan yang diberi oleh perempuan tersebut untuk kali kelima. Ah! Aku tak ada sebarang idea! Macam mana ni?!

Aku mula membuka telefonku dan mula mencari-cari nama yang aku kenal dan tahu mengenai programming's problem solving. Selalunya aku meminta bantuan dari rakanku yang pandai ketika aku diploma dahulu tetapi sekarang dia tidak lagi belajar di sini. Aku dengar bahawa dia ingin menyambung pelajarannya di luar negaea. Aku ingin meminta bantuannya tetapi dia langsung todak membalas mesej dan mengangkat panggilanku.

Ouh, memang susah la macam ni. Aku ada juga meminta bantuan dari group kelas tetapi hanya dua sehingga tiga sahaja yang membalas. Itu pun mereka hanya membalas "tak tahu" terhadap aku. Ah, jahanam!

Masa terus berlalu. Ramai orang tidak membalas soalan aku di Whatsapp, jam telah menunjukkan pukul 10.00 pagi. Ahhh, tiada progress langsung! Perut aku pun dah lapar. Jadi, aku membuat keputusan untuk makan.

Setelah mengunci pintu bilik, aku terus berlalu pergi ke kedai makan yang memang terletak jauh walaupun di dalam kampusku sendiri. Dengan kata lain, semua benda jauh dekat sini.

Tak bagus apabila ianya mengambil masa yang lama untuk pergi sesuatu tempat. Yang bagusnya gemuk boleh jadi kurus. Tetapi... dekat sini ramai je badan yang berlemak. Tak faham aku.

Apa-apa pun, aku terus membeli makanan berbungkus dengan cepat dan kemudian terus beredar dari situ. Tetapi, sebelum sempat aku beredar, aku terserempak dengan seorang lelaki yang bagiku agak pendek sedikit dan memakai cermin mata petak.

Ah! Aku kenal mamat ni! dia ni pun agak pandai dalam programming! Nasib baiklah perut aku dah berkeroncong tadi. Kalau tak, susah aku. Aku terus mendapatkan dia.

" Assalammualaikum bro!" tegurku dari belakang.

Dia tersentak apabila tanganku menyentuh bahunya.

" Waalaikummussalam," menjawabnya biasa apabila dia memandang aku.

" Wei kau busy tak hari ni?" tanyaku selamba.

" Busy. Kenapa?" jawabnya ringkas.

Aku menelan air liur. Aduh, payah la macam ni.

" Bukan apa, aku baru nak minta tolong kau ajar aku language Java," aku berterus-terang.

Dia mengerutkan dahinya.

" Aih, bukan ke kau pandai juga dalam Java? Kau pernah buat project seorang je kan?"

Aku mengeluh kecil.

" Ye, Aku tahu Java tapi itu kalau nak program biasa. Ni melibatkan math's library. Aku memang blur bila melibatkan math. In fact, aku tak tahu apa-apa pun untuk math,"

Dia tersengih sinis.

" Sorry bro, aku memang tak boleh tolong kau hari ni. kau search je dalam internet," jawabnya mudah.

Aku mula rasa jengkel. Disebabkan aku dah check dekat internet la aku sekarang ni cari pula orang, tahu tak? Sebabnya mudah. Aku tak faham apa pun yang ditunjuk dekat dalam internet.

" Tak apalah bro. Aku gerak dulu," balasku ringkas.

" Alright. See you later," balasnya pula.

Ahhh!!! Itu jelah kawan aku yang aku rasa boleh diharapkan. Kalau macam ni, memang aku pergi dengan tangan kosong la. Aduh, melepas aku nak masuk pertandingan ni.

Masa telah pun berlalu. Aku sudah pun usai solat zohor. Ah, janji tetap janji. Aku kena pergi juga jumpa minah ni. tanpa berlengah, aku terus mengemas peralatan komputer ribaku dan terus bergerak ke perpustakaan.

Untuk masuk ke perpustakaan, aku harus memakai pakaian mengikut sahsiah rupa diri. kalau tak, sia-sia je kena tendang dengan pustakawan yang ada dekat situ. Aku tergesa-gesa sedikit apabila menuju ke sana. Ini kerana hari nak hujan dan aku pula dah agak lambat. Aduh, berdasarkan gaya dia tu, dia mesti garang. Ni yang aku malas ni.

Hujan turun dengan lebat setelah aku betul-betul berada di depan perpustakaan itu. Fuh! Nasib baik! aku terus masuk ke dalam. Setelah aku berjalan sementara dalam perpustakaan itu, barulah aku teringat bahawa aku langsung tak tahu nombor telefon dia! Macam mana ni?!

Ahhh!!! Masalah lagi! dia pun satu, nampak macam cerdik tapi dia tak cerdik juga rupanya. Suruh aku datang ke perpustakaan tapi tak bagi nombor supaya aku boleh confirmkan balik dengan dia. Aduh, menyusahkan.

Aku terus-menerus mencari di dalam perpustakaan itu. Ish! Dia tak ada. Macam mana ni?! Nak balik pun dah hujan! Aduh.

Aku terus menuju ke pintu masuk perpustakaan itu dengan satu perasaan kecewa sambil menundukkan kepala. Buat penat je aku datang. Dah la jauh. Teruk betul. Isnin ni memang aku basuh la kepala otak dia tu.

Sampai di pintu depan, aku mengangkat kepala aku. Pada ketika itu, perempuan yang semalam tu berada betul-betul di depan aku. Dia mengibas payungnya yang basah akibat terkena hujan. Dia terpandang aku. Aku mula rasa jengkel dengan perempuan ni.


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top