BAB 29
Dengan rasa annoying yang entah kenapa sebabnya, aku kembali ke rumah aku, boleh consider as rumah aku jugalah, dengan tergesa-gesa. Aku mana solat asar lagi. Dah pukul enam lebih dah ni.
Aku membuka pintu rumah. Dia memandang aku. Ah... bertambah annoy la aku jadinya. Dia ni... the most idiot shit bastard person, Rizal. Dia memandang aku dengan riak muka tak puas hati.
Aku terus menuju ke bilik aku tanpa mengendahkan dirinya. Pergi matilah. I don't give a shit if you wanna pick a fight. Aku ada urusan yang lebih penting.
Di bilikku, Ace tengah melepak di atas katil sambil.. bergayut? Tak, bukan bergayut macam monyet. Bergayut yang low class daripada monyet, berborak dengan awek. Nanti kejap, sejak bila mamat ni ada awek? Ke aku tak tahu?
Ah, lantaklah.
Aku cepat-cepat mandi dan menunaikan solat asar. Kemudian, aku memang relax di atas katil sampai azan maghrib. Tahu jelah dah masuk waktu. Solatlah, apa lagi.
Setelah solat maghrib, aku menunggu pula Ace untuk menunaikan solatnya pula. Aku nak ajak dia pergi makan.
Usai solat, aku menyapanya, "wei, jom pergi makan!" dengan intonasi yang macam biasa, tinggi.
Dia memandangku sekilas, kemudian tersengih sambil melipat sejadah.
"Sorry bro, ada orang dah tempah aku la."
What? Tempah apa pula ni?
....
Jap, takkanlah? Ok, I am just joking, but best juga kalau aku buat riaksi acah-acah lembab. Honestly aku tahu ada girl ajak dia makan, tapi aku nak bergurau jap.
"Tempah apa ni? Kau pelacur murahan ke? Berapa lelaki tu bayar?"
Dia tersengih lagi.
"Hahaha, kepala hotak kau," katanya dengan ketawa sedikit.
"Ada orang yang special ajak aku makan. Perempuan, of course."
Ah, low standard date. Don't get me wrong, date sentiasa low standard.
"Ouh, macam tu. Harap nanti kau tercekik masa makan, ok?"
Dia ketawa lagi.
"Aku pun harap kau mati cepat, bro," katanya semasa aku ingin keluar dari bilik.
Aku memandang ke arahnya sambil tersenyum pudar.
"Aku pun tak nak hidup sebenarnya. Tapi, nak buat macam mana. Aku terpaksa."
Dengan pantas aku meninggalkan dia di bilik dan menuju ke dewan makan. Nampaknya aku seorang sahaja malam ni. No annoying girl, I hope. Ah, untuk lagi bijak, baik aku beli nasi bungkus terus.
Aku menuju ke gerai yang paling dekat dengan kolej lelaki. Malas nak pergi ke gerai yang paling dekat dengan kolej perempuan walaupun gerai itu ternyata makanannya lebih sedap.
Dan... what do you expected? Uni ni kecil nak mampus. Dia memandang aku. Aku memandang dia. Aku baru nak cedok nasi, dia pula mencedok lauk. Ah, fuck.
"Lepak dengan aku jom."
Aku tergamam. Berani betul dia bercakap dengan aku secara public.
"Tak naklah. Aku nak makan dekat bilik. Nak tengok cerita."
Dia mengangkat kening sambil mencedok lauk.
"Jangan bungkus. Letak dalam pinggan," arahnya kepada aku.
"If I refuse?"
"You will not. Kau ni, tak nak ke lepak dengan aku, your first close girl friend?"
AKu memandang jengkel. What the fuck?
"Eii, geli aku dengar. Nanti aku kena samak telinga aku."
Dia pula rolling her eyes.
Aku sighing.
"Fine," kataku sambil mencedok lauk pula.
Mungkin ada yang kata, kalau kau tak suka, kenapa masih nak ikut cakap dia? Kau boleh je buat pekak, blah blah, blah, ayam goreng, tahi kuda, bulu anjing, blah, blah, blah.
Entah, aku pun tak tahu.
Maybe, just maybe, aku harap ada sesuatu berlaku jika aku lepak dengan dia. Tapi, aku pun tak tahu apa yang aku sebenarnya harapkan.
Setelah membayar makanan aku, aku terus menuju ke tengah-tengah dewan untuk duduk. Macam aku cakap, depan dan belakang dewan memang ramai nak mampus. I mean it, nak mampus.
Jap, jap, jap. Is that...?
Aku merapati mereka berdua. Tiada makanan. Lebih baik mamat ni makan dengan aku je kalau macam ni. Dan this girl, the one who obviously anti-Zakwan. She just treated me as a virus.
"Hmm. Nice choice, Ace."
Dia memandangku apabila dia terdengar aku menyebut namanya. Dia tersengih sahaja. Perempuan tu? Ouh, so much hatred she got there.
Kemudian, aku terasa ada orang menolakku dari belakang.
"Wha-"
"Come on, Zakwan, don't disturb them. They are having fun."
"Jeez... I wanna joke around. Can't you just stop ordering me around like I am your dog?"
Dia berhenti menolak kau setelah kami berdua jauh daripada Ace dan buah hatinya.
"Can't do that, pal. They having fun. Jangan kacau dia orang."
Aku sighing sambil meletakkan makanan di atas meja. Kemudian aku terpandang seseorang yang lain. Orang itu juga memandang aku. Dia juga mempunyai pasangannya.
More sighing.
Tak boleh ke aku hidup aman? Aku nak bersendirian. So much terserempak malam ni. Aku memandang Nia. Mukanya yang ceria sebentar tadi berubah kecewa sedikit.
Sighing lagi.
"Jomlah lepak tempat lain," ajakku apabila terlihat situasi ini.
Dia mengangkat tapak tangannya sebagai signal tunggu sebentar bersama Kit Kat. Dia merapati lelaki itu. Lelaki itu pula memandang ke tempat lain. Pasangannya pula berbeza, dia menghormati Nia dengan satu senyuman manis.
Nia seperti bercakap mengenai sesuatu secara perlahan. Aku tak nak masuk campur, so aku biarkan jelah.
"You can fuck yourself!" jerkah abangnya.
Apabila ayat itu terlafaz dari mulutnya, agak sederhana kuat, dan aku rasa hanya aku yang terdengar ayat itu, aku jadi pissed off so much. Aku merapati Nia sambil mencuit bahunya.
Dia memandang aku. Dia agak... sedih. Shit.
"Jom."
Pada mulanya dia tidak berganjak. Tetapi, akhirnya dia mengikuti aku.
"That's right, follow your loyal dog. He gonna lick your ass."
Aku berhenti melangkah dan berpusing ke belakang. AKu rasa Nia dapat mengagak apa yang aku nak buat, lalu dia menepis aku.
Aku menepis tangannya dan menuju ke tempat si bangsat ni duduk.
"You got a problem with me, dickhead?"
Dia tersengih menghina.
"I always have a problem with a dog."
Fuck this guy, so much.
"Well, at least, I don't be dick shit on my own family, you piece of shit."
"Heh, I don't follow around people like a dog. Not like a person who is in front of me, right now. A person who can't stand on his own. Manusia yang paling lemah, lagi lemah daripada adik aku."
Dahi aku mula berkerut-kerut. This guy... aku menggenggam penumbuk aku.
"Enough!" jerkah Nia.
"Sudahlah, Rizal!" sergah Puteri pula.
Ah, kacaulah dua-dua mangkuk ni.
Tiba-tiba, aku dapat satu idea untuk humiliate dia.
"Kau cakap macam kau tu manusia bebas dan hebat. Fine."
"If you are that good, how about this? Esok ada pertandingan membuat sistem. Kalau kau bagus sangat, kau mesti boleh buatkan team kau menang. Aku cabar kau. Aku cabar team kau untuk lawan dengan team aku. Kita tengok team mana yang menang. Kita tengok siapa yang bagus!" kataku geram
Dia tersengih. Kemudian, dia tergelak besar, sehingga semua orang memandang dirinya.
"HAHAHA! Fine! Kita tengok siapa yang menang! Terus terang aku cakap, kau dah salah langkah bro!"
Aku memandang dengan penuh geram. Kalau ikutkan hati aku, memang nak je aku butakan mamat ni, lepas tu potong kemaluan dia dan bagi anjing makan.
But, since I am very lawful to certain law, aku rasa inilah satu-satunya cara untuk dia shut the fuck up.
Dengan marah, aku menarik Nia, untuk pergi mengambil makanan aku dan dia dan duduk jauh daripada mamat ni.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top