BAB 24
Masing-masing tiada soalan. Aku tak tahu sama ada dia orang ni faham ataupun tidak. Tapi, aku juga sedang mengejar masa. Time is precious. Tanpa berlengah, aku menggunakan strategi yang aku dah rancang sebentar tadi, iaitu group yang aku dah ajar ni mengajar group yang lain pula.
Dengan ni, time consumption aku lagi jimat dua kalii ganda. Lagipun, dia oorang boleh one-on-one, sebab satu group ada tiga orang. Itu pun kalau dia orang ni pakai otak la. I mean, dia orang pakai ke?
"Okay, disebabkan korang tak ada sebarang soalan, then, aku nak korang ajar group yang ada dekat belakang korang ni. boleh?"
Masing-masing mengeluh. ah, sudah. Tadi kata faham. Baru bagi tugasan sikit dah mengeluh. eh, kejap. Dia orang ni tak cakap faham pun. Ha... masalah-masalah.
"Korang faham ke tak apa yang aku ajar?"
Masing-masing senyap.
Aku mengangkat bahu menandakan aku memerlukan jawapan. Sekarang.
"Aku faham je. Cuma, nak terang dekat orang lain tu aku rasa macam kurangg yakin sikit," balas Yusuf.
Ha, of course. Yakin. We all need that. But, bukan senang nak ada keyakinan tu. yang penting, kau cuba. Ya, permulaan kepada keyakinan adalah mencuba. You gotta try first, then that keyakinan tu baru la datang.
"Tak apa. Keyakinan tu akan datang. Yang penting kau cuba dulu. Ok? Aku nak korang ajar one-on-one. Baru boleh dia orang faham nanti. Ok?"
Mereka mengangguk berat.
Tanpa melengahkan masa, mereka bertiga pergi mengaajr kumpulan yang ada dekat belakang mereka. Semetara itu, aku pergi mengajar kumpulan yang duduk di sebelah mereka sebentar tadi.
Pengajaran aku dengan kumpulan baru ni lebih mudah. Mungkin kerana mereka mencuri-curi dengar. Bagus juga kalau mencuri dengar untuk ilmu. Ada masa, kumpulan Yusuf tadi meminta pendaapt aku tentang identifier dan variable, kemudian, dia kembali ke kumpulan tadi untuk menerangkan apa yang aku beritahu.
Nampak gayanya seperti faham dengan apa yang dia ajar. Bagus, itulah matlamat aku. Selain menjimatkan masa, tujuan aku menyuruh dia pergi mengajar budak-budak tu adalah untuk menambah kefahamannya sendiri.
Setelah mengajar kumpulan baru ni, seperti sebentar tadi, aku menyuruh dia orang bertiga ni mengajar kumpulan terakhir. Lepas tu, aku pergi mengambil minuman untuk melegakan tekak aku. Kau ingat tak penat ke kalau cakap banyak?
Setelah melegakan tekak, kumpulan Yusuf telah pun tamat mengajar. Good. Now, aku boleh start new topic. Up until now, believe it or not, everything works according to my plan. Macam tak percaya je kan?
Aku melihat kumpulan yang baru aku ajar tadi masih mengajar kumpulan yang terakhir. Really, everything is just according to my plan. Sigh, I am really powerful right now, you know? Hahaha.
Aku merapati kumpulan Yusuf lagi sekali.
"Alright, guys. Ready for the next topic?"
Mira menggelengkan kepalanya. Melihat reaksi itu menyebabkan aku mengangkat kening.
"Nak pergi tandas dulu," katanya dengan nada yang hampir nnak tergelak.
Aku mengangguk faham. Aku memandang Shah dan Yusuf.
"So... wanna grab some food?"
"Yeah, that's better," jawab Shah.
Lagi sekali, aku anggukan kepala.
Aku merapati pula kumpulan yang diajar oleh kumpulan Yusuf sebentar tadi dan bertanyakan sama ada mereka ada masalah ataupun tidak. Mereka mula meminta pengesahan aku. Aku menerangkan kembali secara ringkas kerana apa yang diajarkan oelh kumpulan Yusuf adalah betul. Mostly la.
Setelah itu, aku menyuruh mereka berehat dan aku pula menunggu kumpulan Yusuf kembali.
Setelah mereka kembali, aku duduk merapati mereka bertiga.
"Ouh, yeah guys. Korang bertiga akan berlajar benda baru, iaitu looping. Lepas tu kita akan rehat. Kita akan sambung balik lepas zohor, ok?"
Mereka hanya mengangguk. Alright, this is one of the hardest part. Looping mana yang patut aku ajar? It's gonna take a lot of time here.
"First of all, bear in mind that we have three main loop."
Mereka mendengar. Good. Belum part yang pening lagi.
"Looping ni ada tiga method. First, While Loop. Second, DO-While Loop. Third, For Loop."
Ok, I need to explain the concept first.
"Korang kena ingat, yang setiap looping method ni concept dia berbeza. Dan, terus-terang aku cakap, penggunaannya juga berbeza. Each of this method have their own advantage and disadvantage."
Mira mencatat. Bagus. I don't really like girls right now but yeah, their nature sometimes make my life easy. Sometimes.
"Okay, we start first with While Loop. Take it easy, guys. WL ni usually started with condition."
Shah memandang aku dengan dahi yang berkerut.
"Condition?" tanya dia.
"Yes. Let's have a look on the program."
#include <iostream>
using namespace std;
int main () {
// Local variable declaration:
int a = 10;
// while loop execution
while( a < 20 ) {
cout << "value of a: " << a << endl;
a++;
}
return 0;
}
"Kalau korang tengok the code, first of all, kita declare a=10. Ini bermaksud value a adalah equal to 10. Then kita tengok pula while(a<20). Ini la kita panggil sebagai looping condition. Kalau kita terjemahkan kepada ayat yang senang nak baca, while(a<20) ni bermaksud while a is smaller than 20, code yang ada dalam loop itu akan executed."
"Dalam code ni, code cout itu akan executed selagi value a tak menjadi 20. Lepas dia executed cout tu, ada satu code a++;. a++ ini bermaksud a= a+1. Maksudnya lagi, kalau a tu value dia 10, then after code cout tu executed, then value a tu akan jadi 11. Lepas tu, loop ni akan executed lagi, which is value a tu akan berubah jadi 12."
"Dengan kata lain, selepas code tu executed, value a akan bertambah satu lagi dan lagi, sehinggalah value a tu akan jadi 20. Lepas je cecah 20, code looping itu akan berhenti, kerana condition looping tu sendiri dah kata yang looping tu akan executed selagi value a di bawah 20."
Aku memandang mereka. Mereka seperti... ya, pening.
Ish.
"Kau orang bertiga faham tak ni?"
Shah dan Mira menggaru kepala mereka. Kemudian, mereka tersengih. Ah, ni yang payah ni.
"Kalau kau tak kisah bang, boleh tak kau terangkan sekali lagi?" pinta Yusuf.
Aku memandang Yusuf dengan perasaan jengkel. Tadi dia tak garu kepala pun. Tapi, dia yang tanya balik.
"Aku ingat kau faham, Yusuf," beritahuku dengan malas
Dia tersenyum sambil memandang rakan-rakannya.
Aku mengeluh kecil.
"Fine."
Dengan itu, aku kembali menerangkan looping biasa itu untuk kali kedua. Aku menerangkan lagi dengan lebih jelas. Setelah penerangan kedua, mereka kelihatan lebih jelas. Aku menunjukkan banyak contoh looping biasa yang lain bagi memberi kefahaman itu.
Setelah mereka seperti mendapat the basic idea, aku menerangkan pula kepada mereka mengenai basic structure of Do-While looping. Disebabkan kedua-dua While loop dan Do-While loop adalah lebih kurang sama, penjelasan aku lebih menjimatkan masa.
Mereka juga seperti dapat memahami dengan mudah mengenai Do-While loop ini kerana ianya lebih kurang saja dengan loop pertama. Setelah yakin mereka dapat memahami apa yang aku sampaikan, sambil mereka memberi contoh masing-masing dengan menggunakan otak mereka sendiri, aku terus mengajarkan mereka mengenai For loop.
Sebenarnya, For loop adalah lebih mudah. Ya, mudah. Kenapa? Alasannya mudah. Condition untuk looping itu sangat specific. Kita tahu di mana ianya akan bermula, dan kita tahu bila masa ianya akan berhenti.
Tujuan aku mengajar For loop pada pengajaran looping terakhir juga adalah atas alasan yang sama, iaitu ianya mudah. Aku suka membuat penutup kepada topik yang susah dengan sesuatu yang senang. Tapi aku tahu, cara yang aku gunakan ini agak jarang, kerana kebanyakan topik dalam programming pula agak susah pada pengakhirannya.
Setelah memberi kefahaman yang kukuh mengenai For loop, aku terus menyuruh mereka mengajar kumpulan yang aku ajar selepas mereka sebentar tadi dan aku pula mengajar kumpulan yang diajarkan oleh mereka sebentar tadi.
Keadaan ini terus berulang sehinggalah capai waktu puncak pada hari tersebut. Masing-masing jelas kelihatan seperti agak tepu kerana pembelajaran yang padat.
Ya, aku agak faham perasaan mereka, dan aku juga nak tendang kepala orang yang merancang bootcamp yang menyeksa pelajar ni.
Ya, aku nak tendang sampai mati.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top