BAB 20: LEPAK
Ini permulaan Arc 2. lagi sekali, aku menegaskan bahawa cerita ni sangat la panjang. sangat-sangat panjang. But, if you keep reading my story, I truly be happy!
Awesome in your way?
Mengarut.
Kami telah pun sampai di pagar utama kampus Raub. Ha... to ever think that I coming here again....
Ni mesti budak-budak diploma AKA kawan-kawan aku tahu yang budak degree dari Shah Alam nak datang.
In the first place, kenapa Raub? Ouh God....
Kami semua masuk ke dalam kampus ini. Ada yang excited. Ada yang biasa-biasa sahaja. Ada yang muram, iaitu aku.
Kampus Raub ni sebenarnya kecil je. Senang cakap, kalau kelas start pada pukul 8.15 pagi, kau boleh pergi pada pukul 8.12 pagi sebab kelas sangat dekat dengan kolej. Ya, sangat dekat.
Kalau nak tahu, kolej kampus ni adalah seperti apartment setinggi 10 tingkat. Lelaki ada satu bangunan sahaja manakala perempuan ada dua bangunan. Ya, tak lain tak bukan perempuan banyak sikit. Dia orang ni diberanakkan macam telur katak agaknya.
Lagi satu, diantara apartment ni sebenarnya terdapat satu dewan makan yang sangat besar. Jadi... tahu-tahu je la bila dewan besar ni dikongsi dengan berlainan jantina. Menyemak.
Kami budak lelaki ditempatkan di dalam satu rumah kosong di tingkat empat. Ya, dekat sini orang panggil rumah, bukannya bilik. Dalam rumah ni ada empat bilik. Dalam bilik ni ada dua katil sahaja.
Nanti mesti ada yang ingat aku tipu. Tapi sebenarnya aku tak tipu. Inilah kampus Raub, selesa yang amat. Sangat selesa.
Dalam rumah ni disediakan meja makan yang dirapatkan ke dinding. Kemudian, terdapat dua singki dan empat bilik air. Satu bilik mandi, tiga tempat untuk membuang. Ya, apa yang aku cakapkan ni betul. Tempat ni gila selesa. Tapi previous student je bodoh. Tak reti jaga kemudahan.
Well, aku duduk sini tiga hari je pun. Jadi, aku tak ada la complain, blah, blah, blah. Aku kembali kepada kampus lama! Kampus yang aku suka!
Cuma aku tak suka pergi dengan dua mangkuk tu. jadi, ya, dia orang dua tu buatkan mood aku down.
Pada malam ni, aku ada perjumpaan dengan pengurus event blah, blah, blah, lebih baik aku rehat dulu. Aku duduk sebilik dengan Ace. Mamat ni pun buat aku selesa betul dengan diri dia sendiri. In fact, aku susah nak selesa dengan orang.
Jadi... kami semua bersiap-siap menunaikan amanah Tuhan untuk asar dan juga maghrib. Ya, itu yang penting.
***
Pada malam itu selepas isyak, kami berkumpul di bangunan Cendana. Bangunan ni ada tujuh tingkat, di mana tingkat satu sampai lima adalah untuk kelas dan juga makmal komputer, manakala tingkat enam dan tujuh adalah untuk bilik pensyarah. Tingkat enam dan tujuh semestinya tingkat yang paling menyeramkan pada waktu malam.
Bangunan Cendana ada kembarnya, yang mempunyai ciri-ciri yang sama juga. Bangunan ini dinamakan sebagai bangunan Saujana. Tempat ni sangat dekat dengan kolej pelajar. Dekat sangat.
Jadi... kami semua berjumpa di dalam bilik mesyuarat di bawah bangunan Cendana. Aku ni datang je la, berjumpa dengan ketua FSKM selepas batch aku. Kemudian, aku dengar je la apa yang dia orang nak cakapkan. Ah, letih betul dengar dia orang ni bercakap. Bila nak tutup mulut agaknya.
Orang lain pula dengar dengan kusyuk apa yang dia orang nak cakapkan. Aku dah dua tiga kali menguap jugalah, sebab basically dia ulang balik apa yang perempuan pendek tu cakap di dalam bas tadi.
Setelah habis bercakap, blah, blah, blah, aku terus pergi ke koperasi yang berada di bangunan Saujana. Ironinya terdapat dua koperasi je dalam universiti ni. tapi, walaupun begitu, ianya lebih daripada cukup.
Sebaik sahaja aku melangkah, ada akak cantik yang selalu jaga kaunter dekat situ tegur aku, "eh, lama tak nampak?"
Aku memang bersahaja bila dia menegur aku. Tak sangka ada yang masih ingat aku.
" Ya, dah lama tak datang sini, kak oi."
" Lah... kamu masih belajar dekat sini ke Zakwan?"
Akak ni, sekejap pakai cincin, sekejap tak.
" Saya belajar dekat Shah Alam sekarang ni kak. Hari ni sampai ahad ni saya ada dekat sini sebab nak ajar budak-budak diploma semester satu."
" Ouh, belajar apa?"
" Pasal programming, kak. Maklumlah, dia orang ni slow sikit."
" Kamu ni, tak pernah berubah, hahaha," ketawa kecil akak tu.
Aku hanya mengangguk sahaja. Now, I wanna grab a snick-
PAP!
Aduh!
Aku mengusap kepala aku. Ah, jahanam la minah ni!
" HOI! Kau apa hal?!"
Dia mengeluh.
" Kau ni, suka-suka hati je panggil orang lembab."
Aku masih mengusap kepala aku. Tanpa mempedulikan dia, aku mengambil Snickers. Nasib Snickers kat sini murah.
" Dah dia orang tu slow, nak buat macam mana?"
Dia berjalan ke depan sedikit dan mengambil meggi.
" Even so, please don't say that. Kau tu senior dia orang. So act as one!"
Ah, membebel pula minah ni.
" Ha, dengar tu," tambah akak yang jaga kaunter tu pula.
Aku memandang jengkel ke arah akak tu. Ah, sibuk je akak ni.
" I can say whatever I want," kataku kepada perempuan yang pegang meggi ni.
Aku terus bergerak meninggalkan perempuan ni selepas membuat pembayaran. Aku tak nak terlibat dengan dia. Menyemak, menyusahkan aku.
Semasa aku menuju ke kolej, secara tiba-tiba, baju aku ditarik. Perbuatan ini menyebabkan aku ke belakang dan membuatkan aku tercekik.
Aku memandang ke arah perempuan yang menarik baju aku.
" NIA!!!"
Dia memandang muka aku dengan selamba.
" JANGAN TARIK BAJU AKU LAH!"
Aku menengking.
Dia pada mulanya buat tak tahu mula mengeluh.
" Kalau aku panggil kau, kau berhenti ke?"
Dia mula berjalan ke depan. Muka dia memang selamba je, seolah-olah tengkingan aku tu ibarat bayi kecil yang ketawa riang. Teruk betul.
" Kau nak apa?"
Langkahnya terhenti. Dia berpusing ke belakang.
" Jom lepak," katanya tersenyum.
" Tak nak," balasku pantas.
"Wew, lajunya balas."
" Tak nak."
Aku terus berjalan meninggalkan dia.
ARGH!
Sekali lagi, aku kebelakang dan hampir-hampir sahaja tercekik.
Aku memandang Nia dengan perasaan jengkel.
" Jom lepak," katanya dengan tersenyum seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Aku kembali berdiri dengan betul.
" Nia," panggilku dengan perlahan.
" Hmm?"
" Kau ni creepy betul."
Dia hanya tersenyum.
" Nak lepak mana?"
Dia menunjuk ke dewan makan besar.
Ah, kenapa tempat yang tak best? Dia ni slow la.
Aku terus berjalan ke dewan itu tanpa bercakap apa-apa dengan dia. Aku simply malas nak bercakap dengan dia. Lagipun aku tak ada topik.
Sampai di sana, terdapat pelbagai gerai yang berada di hadapan sekali. Aku pergi ke kedai hujung yang berdekatan dengan kolej perempuan kerana makanan di situ lebih sedap. Nia hanya mengekori aku.
Aku membeli nasi dan seketul ayam sementara Nia hanya membeli air minuman. Kami duduk di tengah-tengah.
Aku, seperti biasa tiada topik. Aku bukanlah reti bercakap sangat. Nia pula hanya melihat televisyen. Dia duduk mengadap aku, sementara aku pula melihat sepasang kekasih, tak, tiga pasang kekasih sedang seronok berborak dengan pasangan masing-masing. Dia orang ni menggelikan aku betul.
" Kali ni apa yang kau nak cakapkan, Nia?"
Dia mengalihkan pandangannya daripada televisyen kepada aku.
" Aku nak tahu sejarah kehidupan kau," katanya selamba.
" Ha?"
Merepek apa mangkuk ni.
" Untuk apa?"
Dia mengacau minumannya dengan straw.
" Sebab kita kawan," katanya sambil tersenyum.
Ha, rasanya dia dah salah faham ni.
" Listen, Nia. We are not friends."
" Apa yang kau cakapkan ni? kita kawankan? Kita dah satu course, satu kumpulan lagi. Tang mananya kita bukan kawan?"
Aduh. Aku dah agak.
" Tak, kita bukan kawan. Kita ni satu team je. Nothing more than that."
Dia terdiam.
" Wow, this is first time that I have made a wrong conclusion," katanya dengan selamba.
" Never mind about that. Aku nak tahu pasal sejarah kau. Aku nak tahu supaya kita can be a friends," tambahnya lagi dengan satu senyuman manis.
Aku dah cakap sebelum ni,tetapi aku akan cakap sekali lagi. seumur hidup aku tak ada seorang pun yang selalu senyum dekat aku macam dia. Sebab tu aku rasa dia ni creepy as fu-
" What... you're being creepy, you know? Kalau kau nak berkapel dengan akku ni, lebih baik kau lupakan je la. Geli, doh!"
Dia memandangku jengkel.
" Aku kata kawan la tolol."
Ha, dia dah marah.
" Ye la tu. Seumur hidup ku mana ada perempuan yang macam kau ni. Creepy, you know? Creepy."
Dia mengeluh.
" I get it. You are an idiot," katanya sambil menggeleng kepala.
" Oi," balasku pula.
" Kalau kau tak tolol, mesti kau faham apa yang aku cakapkan."
This girl...
Arghhh!!! Aku cukup tak suka perempuan ni sebab dia genius. Dia boleh kawal keadaan. Dia boleh dapat apa yang dia nak. Dan paling laknat sekali, dia suka kawal aku, seolah-olah aku ni puppet dia.
" Kau ingat aku ni puppet kau ke, Nia?"
Dia pada mulanya meneguk minuman terus berhenti daripada berbuat begitu.
" Kau ni, orang nak berkawan, kau kata jadi puppet pula. Kau ingat aku ni puppet master ke? Ah, tak apalah. Aku rasa aku faham kenapa kau fikir macam tu."
Faham? Apa yang dia faham?
" Sebelum kau tanya aku apa yang aku faham, biar aku bagi tahu kau apa yang aku faham. Aku rasa kau jadi macam ni disebabkan pengalaman kau yang melalui perkara yang sangat teruk. Itu secara basicnya la."
" Sebab tu aku nak tahu latar belakang kau. Your history. Bukan nak menjadikan kau sebagai hamba abdi aku. Tetapi untuk aku tolong kau," katanya dengan riak muka yang cuba meyakinkan aku.
Tolong? Tolong apa? Dah la, aku malas nak dengar. Aku bangun dan kemudian membasuh tangan aku. Aku pada mulanya ingin blah terus dari situ.
Tetapi... even though she is genius, she still a human, nothing more. Sigh... aku benci betul bila perasaan kesian aku datang.
Aku pergi kembali kepadanya. Sigh....
" Yelah, yelah."
Aku kembali duduk dihadapannya.
" Apa yang kau nak tahu?"
Dia tersenyum. Ha, suka betul.
" aku nak tahu kehidupan kau mas-"
TAP!
Lampu dipadamkan.
" Dah, dah, dah! Pergi balik semua! Dah lewat ni!"
Satu suara tua menengking pelajar-pelajar dekat belakang. Ah, orang tua ni. tak mati lagi ke? Dah, la. Aku malas nak berdepan dengan orang tua ni. dia ni sangat leceh for me to be deal with.
" Sorry, Nia. Nampaknya nanti-nantilah. Tu, orang tua tu. Dia orang yang paling leceh untuk aku deal with," kataku sambil bangun dari tempat duduk.
Dia mengeluh.
" Ye lah. Nanti ada masa kau cerita dekat aku, ok?"
" Hmm."
Kami berjalan melawan arah. Aku kembali ke kolej lelaki, sementara dia kembali ke kolej perempuan. Ah!!! Esok adalah hari yang paling membosankan!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top