BAB 2: DARI 0%

" Apa?" tanya aku ringkas.

Aku sebenarnya malas nak layan. Tapi, ah, masalah.

" Kau masuk course ni juga ke?" tanya perempuan itu pula.

Mestilah. Kalau aku course lain, buat apa aku datang ke perjumpaan course Artificial Intelligence? Benda senang macam ni pun tak boleh fikir ke? Apalah, macam mana dia ni boleh masuk universiti?

" Ha, ah" balasku ringkas.

Dia tersenyum sinis. Perempuan ni...

" Don't spread your negativity here, okay?" tambahnya lagi dengan nada memperli.

Dia ni... aku nak je lempang perempuan ni. Tapi itulah, dia anak orang. Dan perempuan. Ah, lantaklah. Pergi mati.

Aku melepaskan nafas kuat tanda tidak senang dengan apa yang diperkatakan oleh si kurang cerdik ni. Perempuan itu kembali memandang ke sekeliling. Kemudian, dia mengeluh. Aku Cuma memerhatikan gelagatnya.

Dia mengambil tempat duduk di depan aku. Ha, pergilah tempat lain. Seriously, why infront me?

" Wei, asal duduk depan aku?" aku bertanya kepadanya.

Dia menjeling ke arah aku.

" Suka hatilah," balasnya dengan nada berlagak.

Argh! Aku nak pijak-pijak minah ni. Sucks! Aku pula mengeluh. Safwan mencuit lengan aku. Aku memandangnya malas. Aku hanya mengangkat kening sahaja apabila memandang Safwan.

" Siapa dia ni?" Tanya Safwan dengan nada perlahan.

" Oh dia ni? Antara perempuan yang tak cerdik," balasku dengan nada kuat sambil menghalakan jari telunjukku ke arah perempuan tersebut.

Safwan hanya tersengih tidak percaya dengan sikapku yang agak kurang ajar. Perempuan itu menghembus nafas dengan kuat. Dia kemudian memandang aku dengan senyuman yang terpaksa.

" Senang-senang je kau kata aku tak cerdik, ya, Zakwan?"

" Ha, kau terasa ke?" tanyaku kepada perempuan tersebut.

" Who the hell wasn't?" balas perempuan tersebut.

Aku hanya tersenyum sinis. Ha! Selalu dia juga yang suka kutuk orang lain. Bila kena dekat batang hidung sendiri baru dia tahu, hahaha.

" Well, I might meant someone else. Who knows?" balasku pula.

" Zack, kau definitely tunjuk dekat dia," sampuk Safwan.

Aku memandang Safwan. Ceh, what a spoil.

" Oh, yeke? Sorry Auni,hahahaha," aku hanya gelak jahat.

Auni membuat muka tanda tidak percaya dengan cara aku. Dia menggelengkan kepala sambil memandang ke depan kembali.

Aku menyandarkan badanku ke kerusi empuk. Ha, its always fun to burn someone. Nanti adalah manusia yang fikir aku sangat jahat, blah, blah, blah. Padahal, perempuan ni dulu yang cari fasal.

Sebenarnya, Bilik Kuliah 2 ini bentuknya sama seperti kerusi di panggung wayang. Jadi, setelah lima minit aku tidak berkata apa-apa, pintu di bawah terbuka. Seorang perempuan yang berusia dalam lingkungan 40-an masuk ke dalam bilik ini. Dia menutup pintu itu dan meletakkan barang-barangnya di atas meja pensyarah.

Suasana yang riuh-rendah sebentar tadi mula senyap. Masing-masing menumpukan perhatian mereka ke arah perempuan tersebut. Dia memandang kami dengan senyuman yang apa orang panggil, menawan? Cantik? Menawan mungkin lebih tepat, walaupun dia dah tua.

" Assalammualaikum semua," dia memberi salam dengan jelas dan kuat.

Masing-masing menjawab salamnya. Dia masih lagi tersenyum. Dia memerhatikan setiap orang yang berada dalam bilik itu.

" jadi...inilah, pewaris bangsa," katanya dengan nada tenang.

Dia mendepakan tangannya.

" Selamat datang ke kursus Kejuruteraan Sistem Pintar," katanya sambil tersenyum.

Ahh.....aku harap dia berhenti senyum. Its creep me out.

" Nama saya Dr. Asmah Zafran. Panggil saya Dr. As," tambahnya lagi.

" Jadi, saya hari ini akan memberi kamu semua taklimat mengenai kursus ini dan juga cara mengisi borang Pengecualian Kredit. Oleh sebab masa kita pada hari ini hanya sekejap sahaja, tanpa berlengah lagi mari kita mulakan dengan mengisi borang PC ( Pengecualian Kredit) terlebih dahulu," terang Dr. As panjang lebar.

Dia memberikan borang PC kepada seorang pelajar lelaki yang bagi aku tak adalah cerdik mana. Kenapa aku rasa macam tu? Sebab aku rasa macam tu. Suka hatilah. Kemudian, dia mengedarkan pula borang itu kepada pelajar-pelajar yang lain, sehinggalah sampai ke tangan Auni.

Auni mengambil borang PC dari orang depannya. Kemudian, dia ingin memberikan borang itu kepada aku. Tetapi, pada saat jariku mencapai kertas tersebut, dia merentap borang itu dan serahkan pula kepada Safwan. What the-

Aku memandang Safwan. Safwan pula memandang aku dengan mengangkat bahu. Aku hanya mengeluh. Haish, perempuan ni....

Setelah semua pelajar mendapat borang PC, tanpa membuang masa, Dr. As terus mengajar kami mengisi maklumat di atas borang tersebut. Sebenarnya, benda inilah yang paling membosankan.

Setelah mengisi borang tersebut, semua orang kembalikan borang itu kepada Dr. As. Jadi, setelah mengisi borang tersebut, aku memberikan borang itu kepada Auni untuk dihantar ke depan. Akan tetapi, Auni hanya menjeling aku. Sigh.

" Kau ni.... pass lah ke depan," kataku dengan nada tidak berpuas hati.

Dia merentap kertas aku sehingga kertas aku menjadi berkedut. Kemudian, dia memberikan kertas aku ke orang depan. Dia ni...

Aku hanya mendiamkan diri sahaja kerana bagi aku, kalau aku bercakap lagi sekali pasti akan menimbulkan pergaduhan. Honestly saying, I dislike unnecessary fighting. Jadi, aku hanya biarkan je lah.

" Allah, kenapa borang ni berkedut macam ni??? Siapa Zakwan Alif?" tanya Dr. As setelah menyemak semula borang itu dengan muka yang berkerut.

Ha......ni yang aku malas ni. Awal-awal lagi dah jadi center of the attention. Hmm.... Auni, Auni. Menyusahkan aku betul.

" Siapa Zakwan Alif???" tanya Dr. As sekali lagi sambil memerhatikan ke sekeliling.

Ha.....malasnya. Shit. Aku mengangkat tangan. Dr. As yang dari tadi memandang ke sekeliling memandang aku. Semua orang juga memandang aku.

" Kamu ke Zakwan? Kenapa kertas ni berkedut macam ni?" tambahnya lagi.

Hmm...alasan apa aku nak bagi? Kalau ikutkan hati aku, aku nak je hentam Auni, tetapi rekod aku pula jadi buruk nanti. Lagipun, aku dah berjanji dengan si dia.....

" Tak sengaja, madam. Saya tertarik kertas tu kuat sangat bila dia ni agihkan kertas ni tadi," kataku biasa sambil menuding jari ke arah Auni.

Dr. As berkerut tidak percaya.

" Tertarik kuat sangat? Macam tak logik je," dia mempersoalkan jawapan aku.

Ha'ah, memang tak logik pun. Tapi terima je lah. Aku malas la bila semua pandang aku. Terima je la jawapan tu.

" Hmm....okay, okay..apa-apa je lah," kata Dr. As sambil menyimpan borang-borang tersebut ke dalam failnya.

Aku menghembuskan nafas yang kuat. Kau kena bersyukur, Auni, sebab aku tak menghina kau. Tapi lantaklah.

" Ok, mari kita teruskan. Baiklah," kata Dr. As.

" Pertama sekali, saya nak beritahu kamu semua tentang event-event yang akan dianjurkan oleh fakulti dan kursus kita,"

" Untuk event course kita, kita akan mengadakan Dinner sempena meraikan pelajar-pelajar semester akhir untuk course A.I ni. Kemudian, kita akan mengadakan A.I Family Day, AIFAD pada minggu kedua bulan tiga ni. Saya harap kamu semua datang kerana semua makanan-makanan yang disediakan dan hadiah-hadiah yang ada ni semuanya berasal dari duit kamu. Jadi kamu agak rugilah jika kamu tidak datang,"

" Untuk pengetahuan kamu, kita akan adakan bengkel Arduino. Arduino ni sesuatu yang agak menarik sebenarnya. Masa kamu belajar Arduino ni lah waktu yang sesuai untuk kamu gabungkan software yang kamu cipta dengan hardware yang kamu buat sendiri. Dan kalau kamu nak tahu, Arduino ni langsung tidak diajar dalam mana-mana kelas, ya" tambah Dr. As lagi.

Keadaan senyap seketika, Dr. As mengambil air mineral dan minum sedikit.

" Ok, pada hari Jumaat minggu depan, kita akan mengadakan sesi berkenalan dengan senior-senior kamu. Saya rasa mereka semua tak sabar-sabar nak jumpa kamu sebenarnya. Pada hari Sabtu minggu ketiga pula, kita akan adakan sesi mengajar dan belajar antara part 3 dan pelajar part 1. Memandangkan hampir semua pelajar di sini adalah pelajar penerapan diploma, maka kamu telah merasai experience coding tu pada masa diploma dulu. Jadi, tugas part 3 pada hari Sabtu itu adalah untuk mengajar part 1 tentang basic coding,"

Sesi berkenalan dengan senior? Sampahnya. Kenapa kita nak kena berkenalan dengan senior-senior? Aku rasa dia orang ni semua sebenarnya pandang rendah kepada junior-junior ni semua. Sampah.

Lagi, apa maksud dia kena mengajar budak-budak part 1? Masa aku diploma dulu bukan main struggle seorang diri. budak-budak sekarang manja betul. Bodoh betul.

" saya mengharapkan ada 10 orang pelajar yang secara sukarela akan menjadi tutor untuk part 1 nanti. Sila maklumkan kepada saya jika kamu berminat,"

" Dan sekarang, kita cerita pula tentang aktiviti fakulti kita. Pertama sekali, kita akan mengadakan Intercourse Sport's Day. Setiap course yang ada dalam fakulti ni akan menghantar wakil course masing-masing untuk bertanding dalam sukan-sukan besar. Saya harap course kita akan menjadi wakil fakulti pula nanti untuk semester depan,"

Aku tak berminat bersukan. Aku langsung tidak minat. Mungkin kerana aku tak ada sebarang bakat. Nanti kejap, jangan merepek dengan aku tentang usaha keras. Aku tak suka argue benda-benda macam ni.

" Sekarang...kita bercakap tentang Programming Competitions, ProComp. Honestly saying, saya nak fakulti kita menang kali ni. Untuk makluman kamu, kita langsung tidak dapat mewakili universiti kita selama dua tahun. Jadi, saya harap kita akan menang pertandingan kali ni dan seterusnya mewakili terus universiti kita,"

" Kamu jangan salah faham, ya? Senior kamu semua hebat-hebat belaka. Tetapi, budak-budak course lain pun hebat juga. Jadi, nak mudahkan cerita, saingan dalam competition ni is just that too strong. So, I do hope your batch will bring our university to the national competition. Pertandingan ini akan diadakan pada hujung minggu terakhir bulan ni. So, I hope those who wants to enter this challenging competition should be prepared lah,"

Programming competition.....certainly very interesting events. Ya, event ni tak besar mana pun. Tetapi, pertandingan ini bertujuan untuk para peserta mencuba sehabis baik fikiran mereka dalam menggunakan logical thinking in certain set of time. Juga, pertandingan inilah yang akan menguji sejauh mana ilmu yang telah kau pelajari dalam membuat programs. Its not that easy task.

Aku rasa, pertandingan ni berjaya menarik perhatian aku. Ya, aku berminat. Ya, aku tahu aku malas, tetapi ya, aku berminat. Aku rasa, inilah satu-satunya pertandingan yang dah lama aku tunggu-tunggu untuk tahun ni, sejak aku kena reject dengan si dia.

Kenapa? Sebabnya mudah. Programming la satu-satunya skills yang aku ada. Ya, itu sajalah yang aku ada. Jadi, dia pernah berkata kepada aku supaya aku berusaha bersungguh-sungguh dalam apa yang aku minat.

Jadi...ya, aku minat programming. Sangat minat. Dan aku rasa, programminglah satu-satunya kebolehan yang boleh membawa aku menjadi orang yang paling teratas, yang paling tinggi. 

Ya, aku akan jadi orang yang paling hebat dalam programming supaya satu hari nanti......dia akan pandang aku......dan terima aku seadanya, manusia yang langsung tiada apa-apa kebolehan. Manusia yang.....bermula dari 0%.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top