BAB 16: KAWAN


Ha... jadi, seperti yang aku rancangkan, Ace datang ke bilik aku dan mengajar beberapa perkara yang aku boleh kata agak susah juga pada malam ahad lepas. Aku ni jenis malas nak terang benda susah-susah. Menyusahkan je rasanya.

Pada hari ahad pula, Auni menghantar aku mesej untuk bertanya bilakah masa yang free untuk aku belajar dengannya.

Aku sebenarnya malas nak cakap dengan Auni. Aku pun pasti dia meluat dengan aku. Macam aku cakap, kalau tak nak, tak payah la paksa diri.

Pun begitu, aku dan dia bersetuju untuk dia mula mengajar aku benda-benda yang aku boleh consider as intermediate skills.

Intermediate skills kira berat juga. Aku tak faham langsung apa yang Auni ajar. Banyak kali aku mengulangi soalan yang sama kerana aku blank. Ya, blank.

Ada masa dia seperti mahu give up dan rasa seperti sesuatu yang useless jika dia meneruskan. Aku pula diam kerana aku faham yang dia frustrated.

Aku belajar dengannya selama empat jam, kemudian, aku dah tak larat. Selalunya bila aku belajar coding, paling lama aku boleh tahan pun dua jam. Jadi, dia kena bersyukur kerana aku sanggup cuba mendengar kata-katanya walaupun aku sudah dikira penat.

Demi mencapai cita-cita aku, aku teruskan je walaupun aku dah sampai limits. Semuanya kerana dia. Ya, kerana dia.

Pada sebelah petang pula, aku mengambil keputusan untuk rehat. kepala aku akan overloaded dengan macam-macam information, which is kinda not good.

Pada waktu malam pula, tiada apa yang berlaku kerana inilah kehidupan sebagai pelajar di universiti. Ada masa kehidupan di universiti ni boleh jadi extremely fun, dan ada masa kehidupan di universiti ni boleh jadi extremely boring. Inilah dinamakan kehidupan.

Pada hari isnin pula, kelas berlangsung seperti biasa, tiada apa yang menarik. Kelas pukul lapan pagi dan juga pukul dua petang. Lecturer bahasa Jepun pula rupa-rupanya seorang yang baik. dia mengajar aku sekelas dengan cara paling berdedikasi, dan juga cepat balik.

Pada sebelah petang pula, macam biasa, lecturer perempuan sangat sempoi dan ada sahaja punchline yang dia berjaya buat.

Dengan kata lain, kehidupan aku membosankan.

Ya, membosankan.

Balik daripada kelas, aku terus membuka website yang menganjurkan ACM-ICPC programming practice, di mana website sebegini akan menyediakan set-set soalan yang bertujuan melatih participant menyiapkan soalan dalam masa-masa tertentu.

Ha, inilah kehidupan aku sekarang, melakukan online practice untuk programming competition tu. Kalau aku asyik slacking off, I won't go anywhere. I have to win this shit. Aku kena juga menang.

Tiba-tiba, phone aku berbunyi. Aku memngambil telefon itu dan membuka lock screen.

Ha, Nia.

" Wei, kau jadikan pergi mengajar hujung minggu ni?"

Aduh, tak faham bahasa ke dia ni? kan aku dah cakap aku pergi.

" Ya, mangkuk."

Aku menghantar mesej kembali kepadanya. Ya, aku balas mangkuk kepadanya.

Dalam beberapa saat, dia membalas.

" Ok. Kau tahu tak skop pengajaran dan pembelajaran?"

Ha? Skop?

" Tak."

Setelah beberapa minit, dia menghantar dokumen mengenai skop pengajaran dan pembelajaran kepada aku.

Aku membaca dengan teliti.

....

Ouh, senang je ni. Rupa-rupanya aku Cuma perlu mengajar asas programming C++ kepada mereka seperti data types, identifier, variable, mathematical operation, looping, dan array kalau sempat.

Jap, biar betul ni?! Apa hal aku kena ajar juga looping dengan array?! Dua-dua ni susah kot untuk budak-budak level yang paling bawah. Serius la ini membunuh namanya.

" Wei, apa hal aku kena ajar budak-budak ni looping dengan array?"

Setelah lima minit, dia membalas.

" Looping dengan array tu kau ajar basic concept je pun tak pe. Bootcamp ni ibarat crash course, kau bagi basic idea about programming."

Wah, dia kata bagi basic concept je. Biar betul dia ni. aduh, serius la untuk budak yang baru belajar programming, dua-dua ni memang pening.

" Wei benda ni susah la. Kau biar betul."

Dalam beberapa saat, dia reply.

" Tak apa. Aku tahu kau boleh buat."

What the heck, man. Aduh, orang yang buat skop ni memang tak rasional betul. Bangang la pembuat skop ni.

Sekarang memang bertambah-tambah la kerja aku. Haish, aku harap dapat jumpa dengan orang yang buat skop pengajaran ni.

Tanpa membuang masa untuk bertekak dengan minah ni, aku meneruskan kehidupan aku seperti biasa.

***

Selepas solat maghrib, aku rehat sebentar di atas kerusi. Ha, kejap lagi, nak belajar coding lagi. Sakit betul kepala aku.

Tiba-tiba, pintu bilikku diketuk.

Safwan membuka pintu.

" Yo, wan-wan semua," kata seorang lelaki berambut tempurung dengan satu senyuman pelik.

Ha dia ni. kalau dia datang, mesti partner dia datang juga.

Aku menggaru kepala.

" Wei jom pergi makan, jom!"

Partner rambut tempurung masuk ke bilik aku dan mengajak aku dan Safwan pergi makan.

Ha, dia orang ni kawan aku. Seorang kepala tempurung, seorang kaki merepek.

" La, korang datang rupanya. Mesti bilik ni bising gila," kataku selamba.

Mereka bertiga tersengih.

" Kau ni, kalau tak attack kita orang berdua memang tak sah, doh," kata mereka sambil tersengih.

Aku juga turut tersenyum. Jangan salah faham. Aku suka dia orang ni datang ke bilik aku. Dia orang ni baik.

Aku bangun dari tempat aku duduk dan bersiap-siap.

" Nanti kejap, aku nak panggil budak hitam ikut sekali," kata rambut tempurung.

Aku mengangguk setuju.

" Aki, suruh Mat cepat sikit," kata kaki merepek.

Safwan juga turut bersiap. Dia jenis tak banyak cakap.

" Kau nak makan apa doh," tanya kaki merepek kepada Safwan.

" Tengok dulu la Zul. Aku pun tak tahu nak beli apa."

Zul mengangguk.

Kemudian dia memandang aku.

" Zak, kau nak makan apa?"

Wah, gaya dia macam anak orang kaya yang nak belanja member makan.

" Asal, kau nak belanja ke?"

Dia tersengih lagi.

" Daripada aku belanja kau, baik akuu belanja diri sendiri."

Dah agak dah.

" Ya, aku tahu tu. kau pun miskin macam aku juga. Peminjam PTPTN juga," gurau kasar aku.

Safwan dan Zul ketawa terbahak-bahak. Ya, itulah gurauan aku. Gurau kasar. Kalau cepat butthurt, jangan datang ke bilik aku.

" Aduh, kau ni. lawak mesti berakhir dengan sesuatu yang kasar," kata Zul dengan ketawa kecil.

Ha, aku mungkin baru kenal dia orang bertiga, tetapi hubungan kami agak akrab. Begitu mudah untuk aku berkawan, dan begitu susah untuk aku percaya.

" Tengok la dulu. Kalau aku nak makan, aku beli la nasi. Kalau tak, aku tengok je la kebodohan manusia," tambahku lagi.

Lagi sekali mereka ketawa terbahak-bahak.

" Hahaha, wei, asal doh kau kata tengok kebodohan manusia?"

" Hahaha, mamat ni selalu fikir manusia sekeliling dia bodoh, der, hahahaha," jawab Safwan dengan ketawa tertahan-tahan.

Aku tersengih. Zul masih ketawa. Aki dan Mat datang masuk ke bilik.

" Wei, asal kau tergelak ni?"

Aki bertanya kepada Zul. Zul berhenti daripada gelak.

" Tak ada la bro, mamat ni ha, dia selalu fikir orang-orang dekat gerai makan tu bodoh," jawab Zul.

Aki dan Mat tersenyum. Aku pula dari tadi tak berhenti daripada tersenyum. Sungguh, dalam bilik aku ni, kau jangan la datang kalau kau tak suka aku kutuk-kutuk orang.

Bilik aku ni dari awal bulan lagi menerima kunjungan mereka bertiga. Kami berlima selalu melepak sampai ke tengah malam. Kalau dari segi kedudukan bilik aku, bilik aku memang sangat strategik, ibarat negeri Melaka pada zaman kegemilangan Kerajaan Melaka dulu.

Bilik aku ni dah jadi tempat pengumpulan maklumat, pusat pengagihan maklumat, dan juga tempat kaunseling oleh psychiatrist yang tak bertauliah.

Ya, dalam bilik ni ada banyak doktor tak bertauliah. Kaki google je semua ni. semua nak jadi doktor. Tu la, masa sekolah menengah dulu benci subjek sains tulen. Dah masuk universiti dalam bidang perkomputeran, tiba-tiba je jadi part-timer psychiatrist. Free pulak tu.

Tapi...

Aku suka begini. Ya, aku sangat suka. Mereka semua baik dengan aku, walaupun gurauan aku agak kasar. Tapi, dia orang tahu, aku main-main saja. Cerita dalam bilik ni akan habis juga dalam bilik ni.

Mereka selalu berkongsi pengalaman dan maklumat yang menarik. Daripada penglaman dan maklumat tu la aku boleh jadikan sebagai sandaran dan pengajaran. Dengan kata lain, aku seorang yang bijak. Hah!

Kami terus pergi membeli makanan. Ah, tempat ni sentiasa ramai orang, walaupun banyak gerai makan. Kami selalu membeli makanan bungkus dan terus pulang ke bilik aku.

Aku jenis tak tahan tempat-tempat yang ramai orang. Bukan apa, banyak kaki merepek dekat situ. Ramai kaki datinglah, kaki melepak la, kaki tayang aset la, apa la. Memang sakit kepala aku.

Paling aku tak tahan, kaki tayang aset. Kalau aku tegur kaki tayang aset ni, aku akan dicop sebagai lelaki pervert. Sebab tu la aku selalu buat poker face dekat tempat awam. Kalau la ada orang tahu apa yang aku fikir, apa yang aku nak cakap adalah kaum perempuan tutup la aurat tu elok-elok.

Maksud aku, apa fungsi kau tunjuk semua benda? Bila orang terpandang, kau terus cop orang tu adalah manusia yang gatal. Kalau ada perempuan cakap dengan aku macam ni, memang aku sepak je kepala dia tu.

Kalau ada orang dapat baca fikiran aku, apa yang aku nak katakan adalah lelaki kena jaga mata dan perempuan pula kena tutup aurat dengan sempurna. Benda ni dilakukan secara serentak. Ya, SERENTAK. SERENTAK. Aih, bangang la kalau tak faham bahasa. Mampuslah!

Itulah yang aku fikir setiap kali aku keluar membeli makanan. Kalau nak diikutkan, aku memang nak straightforward je. Tapi aku tahu, manusia ni bodoh. Lembab. Bengap. Sebab tu la aku diam sebab aku tahu aku tak akan menang melawan orang yang jahil.

Kalau ada orang dapat tahu apa aku fikir, aku sangat pasti ada yang menggeletik kepanasan. Macam kena curah air panas dekat muka.

Lepas tu, kalau tak puas hati, terus report pihak berkuasa. Sebab tu juga la aku tak bersuara sangat, sebab aku tahu orang jahil akan menang. Sampah akan menang.

Kenapa?

Sebab orang yang memerintah pun sampah juga. Kalau ada orang tak suka aku cakap macam ni, apa yang kau perlu buat adalah buktikan yang aku salah. Itu pun kalau aku salah.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top