BAB 12: SEBAB


Pada sebelah malam pula, aku terus pergi ke kafe yang berdekatan. Aku rasa untuk meyakinkan Auni supaya memaafkan Zakwan adalah benda yang paling susah sekali. I should prepare some countermeasure for her expected question.

Ketika aku menjejakkan kaki ke dalam kafe tersebut, aku mendapati bahawa dia sudah pun menunggu aku di meja yang agak jauh daripada orang ramai. Dia pula pada ketika itu berseorangan.

Daripada apa yang aku nampak, dia agak bijak. Sebabnya dia tidak membawa seorang kawan pun untuk menemani dirinya. Dengan kata lain, dia jenis manusia yang faham bahasa. Maksud aku, aku dah cakap nak discuss private matter and she really understand that. Private matters equal to no intervention from third person or party.

Dia perasan bahawa aku berada di depan pintu masuk. Lantas dia mengangkat tangan dan melambai-lambai ke arah aku. Tanpa berlengah, aku terus mendapatkan dia.

Ketika aku menghampiri dirinya, aku memberikan satu senyuman yang bagiku agak ikhlas. Dia membalas senyuman tersebut dengan satu senyuman simpul. I think I can be her friend. A good one.

" Dah makan ke Auni?"

Dia menggelengkan kepala.

" Belum lagi Nia. Nia dah makan dah?"

Aku tersenyum.

" Belum. Marilah kita makan dulu."

Dia mengangguk fahamm. Kami berdua terus membeli makanan mengikut selera masing-masing. Kemudiian, kami duduk semeja di tempat yang tiada orang.

" Sebelum kita mula discuss private matter, let's enjoy this dinner," katanya tersenyum.

Akuu mengisyaratkan bahawa aku setuju. Kami mula menjamah makanan masing-masing dalam suasana yang senyap.

Selesai makan, kami mula berehat sebentar sebelum kami memulakan diskusi.

Aku melepaskan keluhan kecil. Daripada mana aku patut mulakan diskusi ini? Hmmm....

" Jadi... Nia nak tanya pasal apa?"

Ouh, dia yang mulakan dulu perbualan. Kerja aku lebih mudah kalau begitu. Aku menyandarkan badanku ke kerusi.

" Sebenarnya aku ajak kau duduk semeja ni sebab aku nak bagi tahu kau yang Zakwan minta maaf pasal petang tadi."

Dia mengerutkan dahinya.

" Minta maaf??? Kalau betul dia minta maaf, kenapa kau pula yang kena cakapkan?"

Hmm... susah juga soalan ni.

" Macam ni, sebenarnya aku yang mula-mula kacau dia dulu. Jadi, kau boleh katakan yang salah faham antara korang berdua adalah disebabkan aku."

Dia menggaru kepalanya yang ditutupi dengan sehelai tudung.

" Ok, aku faham yang dia nak pukul kepala kau disebabkan oleh kau sendiri. tapi, cuba kau tanya balik diri kau. Patut ke dia balas balik perbuatan kau?"

Jap, jap. Kenapa dia cakap macam tu? bukan secara asalnya aku pun patut menerima pembalasan yang sama ke?

" Aku tak faham. Kenapa kau tanya aku dengan soalan macam tu?"

Dia melepaskan nafasnya dengan perlahan.

" Macam ni, secara asalnya memang la kau yang bersalah. Tapi, walaupun kau bersalah, dia tak patut pukul kau balik. Lagi pun, kau bergurau je kan? Kalau kau tanya aku, pada waktu tu dia macam bersungguh-sungguh dak pukul balik kepala kau. Itu yang bahaya."

" Kalau nak diikutkan, dia la yang sepatutnya bersabar. Ni tak... perangai dia langsung tak berubah. Sama je macam waktu diploma."

Wah... dia betul-betul pissed off dengan Zakwan.

" Waktu diploma dulu dia macam mana?"

Keadaan senyap seketika.

" Waktu diploma dulu perangai dia sama je. Suka maki-maki orang. Suka condemn orang. Sampai satu tahap budak-budak lelaki kelas aku tinggalkan dia dekat rumah sewa buruk sorang-sorang."

Tinggalkan dia sorang-sorang dekat rumah sewa buruk?

" Apa maksud kau yang dia kena tinggalkan tu?"

Dia melepaskan nafas lagi sekali.

" Waktu semester tiga, dia duduk rumah sewa buruk sorang-sorang dari awal sem tiga tu sampai la akhir sem tiga. Aku dengar yang dia bayar sewa rumah tu sorang-sorang. Rumah dia tak ada orang lain pun. Itu yang aku dengarlah. Kalau benda ni betul, itu bermakna benda ni disebabkan perangai dia tu sendiri."

Hmm....

I see... patutlah dia perangai macam tu, tidak suka sangat bergaul dengan orang lain. Dengan kata lain, dia cuba mengelakkan benda yang sama berulang. Ini juga bermakna dia mungkin tidak lagi percayakan sesiapa.

Disebabkan dia tidak percayakan oranglah dia mudah mempersoalkan apa yang orang lain cakap. Sebagai contoh, waktu dekat library pada sabtu hari tu. Dia tak percayakan aku langsung. Ya, aku tahu yang dia tak percayakan aku. Hmm, this is bigger then I expected.

Mungkin juga dia mengamuk petang tadi akibat daripada peristiwa itu. Aku tidaklah pasti sangat. Tapi, I could say that it might because of that. I mean, this tragedy might cause him to be like that as well.

" Anyway, kau ni banyak sangat tanya pasal dia. Kau ada apa-apa ke dengan dia?"

Aku memandang muka Auni dengan wajah selamba.

" Tak. Aku just curious why he become like that."

" Curious?"

" Yes."

Dia membuat riaksi muka yang tidak percaya.

" Tapi kenapa? Kalau kau minat dia, baik kau lupakan jelah. Dia tu baran. Silap-silap dia yang pukul pulak kau nanti."

Judgemental person.

" Bukan macam tu. Aku rasa Zakwan ni sebenarnya baik. Cuma pengalaman dia yang menyebabkan dia jadi biadap."

dia menyandarkan badannya ke kerusi.

" Pengalaman? Kau ni, sepatutnya tak kiralah pengalaman apa pun, semua orang kena cakap baik-baikkan? Perlu ke 24 jam marah?"

This girl is very sceptical.

" Betullah apa yang kau cakap tu, semua orang kena cakap baik-baik. dalam agama pun dianjurkan begitu. But in the end, one factors of diffrentiating us all is experience. Kita bukannya robot yang telah diprogramkan untuk sentiasa sama dengan orang lain. As a smart girl, you should know that."

Dia bersilang tangan. Keadaan mula senyap seketika. Hanya kendengaran kipas berpusing dan beberapa perempuan gelak berdekah di depan pintu masuk. Ya, pada malam itu, kafe ini tidaklah dikunjungi oleh ramai pelajar.

" Then, what's your suggestion?"

Dia memmandangku dengan perasaan kurang senang. Aku rasa aku faham kenapa dia memandang aku macam tu. Aku cuba memujuk dia untuk memaafkan Zakwan. Aku menghemus nafas dengan perlahan.

" Macam nilah, apa kata kau cuba berbaik dengan Zakwan?"

" Kenapa aku nak kena buat macam tu?"

" Sebab kau kawan dia sejak diploma. Honestly saying I don't really know about him. Tapi aku ada reason kenapa aku nak kau berbaik dengan dia."

Dia tersengih sinis.

" You don't know about him but you have a reason. Kau ni kenapa? Aku dah satu kelas dengan dia lama dah. Mamat tu memang biadap gila. I don't know a reason why he become like that but believe me, it's worthless."

Aku merenung matanya. Ah, aku teringat Lina pernah cakap dengan aku, Zakwan pernah juga menyakitkan hati orang ramai dalam masa yang serentak. Random. Tetapi, dua tiga hari lepas tu dia minta maaf dekat setiap orang yang dia kutuk tu.

If he is really that bad, why he even bother to ask forgiveness to all people? Moreover, to every each person? One by one? Paling-paling kurang pun dia boleh je minta maaf secara terbuka. But instead, dia minta maaf dekat setiap orang.

Even Lina sendiri mengaku yang Zakwan tu baik. Cuma ye la, siapa je yang suka orang lain cakap kasar-kasar? Lina tak suka kualiti diri Zakwan yang itu sahaja, cakap kasar. Yang lain dia ok saja. Itu apa yang Lina beritahu akulah.

" Biar aku beritahu kau satu cerita. Cerita tentang apa yang aku dah nampak. Mungkin ini akan mengubah pandangan kau, walaupun sedikit."

" Aku ada seorang abang dan juga seorang bf. You know what happened to them? They have a terrible obsession towards something. Disebabkan obsesi dia orang tu, dia orang menjadi manusia yang penuh kebencian dan dendam."

" Did you know what I have feel until now? Aku rasa aku ni orang yang paling tak guna sekali. Sebabnya mudah, aku tak dapat nak tolong dia orang walaupun aku dah cuba. Aku dah cuba macam-macam nak selamatkan dia orang. Tapi, dia orang masih lagi dengan kebencian dan dendam dia orang tu."

" But Zakwan is different. Aku dah belajar banyak perkara yang melibatkan psikologi manusia. Jadi, dalam masa yang singkat, aku dah boleh nampak sedikit tentang perangai sebenar Zakwan."

" Aku nak tanya kau, pernah tak Zakwan minta maaf dengan kau?"

Nampaknya dia fokus dengan apa yang aku cakap, which is good.

" Pernah."

" Berapa kali?"

" Banyak kali juga. Aku tak kira pun."

" Tapi kalau kau tanya aku, tak kiralah berapa banyak kali pun dia minta maaf, dia tetap akan buat lagi kesalahan. Kadang-kadang kesalahan tu adalah kesalahan yang sama, kau tau tak," tambahnya lagi.

I guess I get to know her a little bit. Aku menghembuskan nafasku menahan sabar.

" See? Itulah maksud aku. Dia akan minta maaf dengan kau walaupun dia selalu salah. Itulah kebaikan dia. Ya, dia memang akan sentiasa buat salah, but for me, its okay. Really, its okay."

" Reason dia buat salah tu pun sebab tiada orang yang dapat pantau dan audit dia dengan sebetul-betulnya."

Dia mendengus. Aku agak dia tidak setuju dengan alasan aku.

" Pantau? Audit? Dia tu apa, budak sekolah lagi ke?"

Ha, aku dah agak.

" That's what you guys always terlepas pandang. Bukan semua benda kita boleh buat seorang diri. Kau tak boleh expect yang semua orang mampu menyelesaikan masalah mereka seorang diri. Ada masa semua orang pasti akan memerlukan bantuan daripada orang lain. Same goes to Zakwan."

Aku dah letih dah. Aku bangun dari tempat dudukku kerana aku ingin balik ke bilik.

" Let me tell you what I gonna expect at the end of this degree. Aku pasti yang dia akan berubah. Dia akan berubah jadi orang yang baik. lagi baik daripada kau. That's my friend, is my promise. Sebab tu la aku nak kau maafkan je mamat tu. Even kalau aku tak minta maaf dengan kau pun, dia sendiri yang akan cari kau untuk mendapatkan kemaafan. That's is his finest quality."

Aku menolak kerusi ke dalam meja dan kembali memandang dia.

" Auni, kita berdua akan jadi kawan yang sangat baik. That is my hope. You are intelligent person, after all. Jadi aku nak nasihatkan kau sedikit. Kalau kau nak Zakwan jadi baik, then you gotta give some effort to make it happen. Hoping without effort is useless. Effort without hope is endless, which is kinda sad."

" lagi, kalau kau nak orang terima kau, then kau kena la terima orang lain. Be open minded in a good way. After you have accept them, then you can change them. That's how this world really work," speaking aku dengan satu senyuman yang gentle.

Aku terus berpaling dari dia. Aku harap nasihat aku tu dia dapat terima. She is really intelligent person after all. Setelah beberapa langkah aku berjalan, barulah aku teringat.

" Aku rasa esok atau pun lusa, mesti Zakwan akan cari kau untuk minta maaf. Jadi, macam yang aku cakap, kau maafkan je dia. Also, hujung minggu depan aku nak pergi event bootcamp dekat Pahang. Aku rasa Zakwan mesti akan ikut serta juga. How about you join me, and see how I change him sedikit demi sedikit? Aku sangat pasti yang kau akan ubah fikiran nanti," cadangku dengan tenang sambil tersenyum.

Ha, aku tahu aku seorang yang lemah. Aku tak mampu nak selamatkan abang aku dan si dia. So, you could say Zakwan is my savior. Kalau aku dapat menyelamatkan Zakwan, aku sangat yakin yang Zakwan akan selamatkan aku. He is my escapism. He is my hope, for me to break this guilty feeling. That is why I choose him.

That's how this world work. In the end, aku buat semua ni demi diri aku sendiri. Kita buat sesuatu perkara demi mendapat sedikit kebaikan daripada perbuatan kita itu. Mungkin juga ianya satu perbuatan yang salah. Tetapi, itu sahaja cara yang aku ada.

That is why I will save him, so that he can finally save me. That is my hope.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top