BAB 10: AMARAH
Dia tersenyum. Aku pula terpinga-pinga. Bootcamp apa pula ni?
" Aih, kau ni. Kan Dr. As dah cakap, hujung minggu ketiga, dia nak 10 orang pelajjar yang sanggup menjadi tutor kepada budak-budak diploma semester satu," terangnya selamba.
Oh, ha. Aku ingat. Benda alah tu. Hmm...
" Oh, benda tu. Senior ajar budak-budak junior. Ouh, aku ingat."
" Yep. Kau nak tak join aku?"
Aku dah tahu jawapan aku sendiri.
" Tak," jawabku ringkas.
Aku kembali berjalan menuruni tangga dengan cepat. Ah, aku malas nak pergi. Dia orang dah besar, kan? Pandai-pandai la belajar sendiri. Takkan la semua benda senior or pensyarah nak suap?
Maksud aku, waktu aku diploma dulu mana ada sesi-sesi bodoh macam ni. Kebanyakkan laguages dan coding aku belajar sendiri, kot. Boleh je budak-budak ni buka Youtube dan belajar kat sana. Banyak je video yang ajar step by step. Antara kau nak atau pun tak nak je.
Pap! Bahuku dipegang oleh seseorang. Aku berpusing ke belekang. Dia ni, betul-betul menyusahkan akulah! Aku memandang muka dia dengan wajah yang berkerut menahan marah.
" Nanti la dulu, hehe. Apa kata kau ikut aku? I believe it will make you more better than now."
Apa benda yang dia cakapkan ni?! Merepek je dari hari tu!
Aku menggenggam tangan sambil menjeggilkan mata ke arah dia. Aku dapat merasakan dahi aku berkerut-kerut. Dahiku juga agak sedikit basah. Mungkin berpeluh. Aku terus melafazkan ayat yang sangat biadap kepada dia tanpa berfikir panjang.
" Merepek apa kau ni?! I believe it will make you more better than now?! Aku normal je la, celaka! I am fucking okay, you shithead! Kau dah la tak kenal aku, babi!"
Ah, sememangnya itulah sifat aku. Aku mula menengking dan mencarut apabila seseorang mula assume aku ni tak normal, gila, bodoh dan jahat. I know, no one gonna understand why I am like this. Fuck this world!
Aku masih lagi mengerutkan muka aku walaupun aku sudah melepaskan semua kemarahan aku. Aku juga masih lagi memandang mukanya dengan satu perasaan marah. Seriously, kalau ikutkan hati aku, memang aku rembat je muka dia ni, tak kiralah dia ni perempuan ke tak!
Pada masa itu, aku berpendapat bahawa dia ni sebenarnya fikir yang aku ni bodoh dan tak normal! Kepala otak dia la! Kau ingat aku gila ke setan?!
Tetapi, itulah kesilapan aku. Seperti biasa, setelah aku melepaskan segala-galanya, barulah aku perasan. Aku sudah pun 'mencederakan' seseorang.
Dia terkejut. Riak wajahnya dari seorang ceria mula berubah menjadi terkesima dan juga sedih.
Ah! Salah dialah! Apa hal dia nak paksa-paksa aku join event bangsat tu?! "I believe it will make you more better than now". Kau ingat kau siapa nak cakap macam tu dekat aku?! Anjing betul!
Okay la, biar aku terus-terang je la. Memang aku tak puas hati dari tadi. Ye, betullah aku cepat reda kemarahan aku. Tapi, kalau orang asyik mendesak kau benda yang kau tak suka, kau rasa? Kau suka ke buat benda-benda yang kau tak suka?
Dia ingat dia siapa nak paksa aku buat benda-benda bodoh tu? Kalau aku kata tak nak, aku tak nak la! Daripada hari pertama aku jumpa dia lagi aku tak puas hati dengan si bebal ni. aku kena siapkan code-code dia bagi tu la, kena mengajar dia la, kena ketuk dengan buku dia la, dan yang paling celaka sekali nak paksa-paksa aku mengajar budak-budak bengap. Bodoh betul.
Aku mula berpusing kembali ke depan. Dengan marah, aku meninggalkan dia. Dalam pada masa yang sama, aku juga sempat menjeling ke belakang. Dia masih berdiri tegak. Orang ramai pula memandang aku dan Nia. Ah, pergi mampuslah!
Dengan hati yang masih lagi panas, aku tidak jadi membeli makanan. Aku terus balik ke bilik. Kepala aku masih lagi bercelaru. Safwan pada ketika itu masih lagi tidak pulang ke bilik. Aku hanya merebahkan badanku ke atas katil. Setelah lima minit aku melayan kemarahan aku yang masih lagi membuak-buak, aku tertidur.
***
Aku terjaga daripada tidur pada waktu enam petang. Perasaan marahku sudah pun reda sedikit. Aku memandang ke sekeliling bilik itu. Safwan pada ketika itu sedang duduk di atas katilnya sambil menyandarkan dirinya ke dinding.
Tanpa membuang masa, aku terus menuju ke bilik air untuk mengambil wudhuk. Kemudian, aku segera melaksanakan solat aku.
Ya, aku tahu. Mesti ada yang fikir, kau solat tapi perangai macam setan. Marah tak tentu pasal. Emo je lebih. Lepas tu berlagak, blah, blah, blah, blah. Ah, lagi sekali aku katakan, pergi mampus. Aku peduli apa kalau orang fikir macam tu dekat aku? It's none of your damn business.
Usai solat, Safwan berdehem. Aku memandang dia. Mesti dia nak marahkan aku la tu. Dia mula bersuara.
" Engkau apa hal emo tadi?"
Aku mendiamkan diri. aku menyimpan pakaian solatku di dalam almari. Kemudian, aku membuka laptop aku.
" Aku bengang dengan dia tu. Dia ingat aku bodoh la sial."
Suasana kembali senyap. Kemudian, dia mengeluh.
" Kau ni... dia mana ada anggap kau bodoh. Dia baik je la. Kau just assumme je ni."
Aku memandang ke arah dia.
" Mana kau tahu yang dia tak pandang rendah dekat aku?"
Dia menggelengkan kepala.
" Jawablah."
Kemudian, dia tersengih.
" Kalau macam tu, aku pun boleh cakap benda yang sama. Macam mana kau tahu yang dia pandang rendah dekat kau?"
Kini, aku pula yang terdiam. Celaka betul soalan ni. Tetapi, aku ada bukti yang dia pandang rendah dekat aku.
" Dia ada cakap ayat ni, I believe it will make you more better than now. Kalau dia cakap macam tu dekat aku, sah-sah la dia bermaksudkan bahawa aku ni bodoh, jahat dan setan. Kepala otak dia la!"
Safwan mengeluh kecil. Kemudian, dia menggaru kepalanya.
" Aku rasa kau dah salah faham ni. Serius. Aku tak rasa yang dia maksudkan macam tu."
Ah, mamat ni dah apa hal nak backup minah tu? Dia bercakap dengan Nia tu pun tak pernah!
" Ah, kepala kau! Aku dah hadap benda ni dari dulu la! Dari aku umur lima tahun lagi la! Dari aku kecik lagi!"
" Dari aku kecik lagi la semua orang anggap aku ni bodoh. Semua anggap yang aku ni boleh dipijak-pijak. Semua pernah anggap la aku ni otak lembab. Aku ada pengalaman la! Benda ni repeated again and again and again and again and again! Kau apa tahu?!"
Aku memandang Safwan dengan perasaan bengang. Pada waktu ini, aku masih lagi berdiri. Suasana kembali senyap. Dia melepaskan lagi keluahan.
" Terpulanglah dekat kau, Zakwan. Aku tak boleh cakap apa bila kau dah cakap macam tu. Tapi, satu je yang aku nak cakap. Aku yakin yang kau dah salah faham," katanya tenang.
Ah, pergi mampuslah Afwan. Malas aku nak layan kau. Aku tahulah apa yang perempuan tu fikir! Dari kecik lagi la aku dah hadap benda ni! Even there is certain time where my family things that I was a plain stupid. You just don't know how much I was suffered before. You just don't know it!
Hari itu terus berlalu begitu sahaja. Aku tidak bercakap langsung dengan Safwan selepas hal itu. Selepas solat isyak, aku terus tidur. Aku dah malas nak layan sesiapa. Hati aku yang telah reda dengan kemarahan mula mebuak kembali selepas berbual dengan Safwan pada petang tadi. Pergi matilah semua orang.
***
Aku terjaga pada pukul tiga pagi. Pada ketika itu, Safwan telah pun tidur. Lampu bilik juga telah pun dimatikan. Sekali lagi, kemarahan aku mula reda kembali. Pada ketika inilah aku mula berfikir dengan waras kembali. Aku memandang kedua-dua tapak tangan aku.
Aku merenung tapak tangan aku dengan dahi yang berkerut. Renungan itu membuatkan aku fikirkan kembali apa yang aku telah lakukan pada hari ni. Ha... aku mengambil naafas sedalam-dalamnya. Kemudian, aku meletakkan telapak tangan aku di atas dahi aku yang luas.
" Allah, apa yang aku dah buat???"
Hatiku bertanya kepada diriku sendiri. apa yang aku dah buat? Apa yang aku dah lakukan? Daripada dulu lagi aku masih mudah melepaskan kemarahan aku, walaupun aku sudah cuba sedaya-upaya menahan diri aku daripada meletup. Daripada dulu lagi, perangai aku tak berubah. Daripada dulu lagi, aku jenis yang tidak sabar.
Kalaulah aku tak mudah triggered. Kalaulah aku aku dapat menahan diri aku. Kalaulah aku dapat tersenyum ketika marah! Kalaulah aku-!
Ah, semuanya dah terlambat. Aku pasti dia akan bencikan aku. Aku pasti yang dia tak nak lagi berbuat baik kepadaku. Aku pasti dia akan tinggalkan misi dia tu. Misi untuk menyelamatkan aku.
Now, everything has happpened. Aku tak boleh nak buat apa dah. Now, I have to keep moving.
Ya, betul tu. Dia masih lagi baru mengenali aku. Lepas tu, dengan secara tiba-tiba, aku melepaskan kemarahan kepada dia. Ya, aku rasa aku memang seorang yang bodoh. Baru je kenal dah tengking-tengking orang. Now that I have made a bad move, I have to live like this with the tainted name. Dah tak boleh patah balik dah.
Apa-apa pun, aku cubalah minta maaf dengan dia esok. Dengan Auni sekali. Dengan Safwan sekali. They all gonna hate me a lot. I just have to live like that. There is no turning back anymore. Baru dua minggu aku dah jadi orang paling dibenci sekali di universiti ni. Nothing really change. Same as usual. Same like before. It is same like before. All that happened was because my own stupidity. I have to bear it.
Aku kembali baring. Ah, bodohnya aku. Aku ni seorang observer. Tapi, seorang yang sangat emotional dan sensitif. Ouh Lord, why I am so stupid?
Aku terus-menerus berfikir macam mana aku nak membetulkan keadaan pada esok pagi. Setelah lama sangat berfikir, aku kembali terlelap.
***
Aku terjaga tepat pukul enam pagi. Dengan fikiran yang masih lagi keliru dan menyesal, aku bangun dan terus pergi menyucikan diri. kemudian, aku terus melaksanakan semua perkara yang wajib sebagai seorang hamba kepada Maha Agung.
Usai solat, aku mengejutkan Safwan. Dia bangun dalam keadaan mamai. Setelah duduk beberapa minit, dia terus pergi ke bilik air untuk mengambil wudhuk. Aku pula kembali baring di atas tilam.
Selesai solat, Safwan terus duduk di atas katil sambil bermain telefon bimbit. Aku pula menjadi segan nak bercakap dengan dia. Tapi, kalau aku langsung tak minta maaf, memang susah la hidup aku.
" Safwan..."
Dia memandang aku dengan muka bersahaja.
" Hmm?"
Aku memandang ke sebelah kiri aku.
" Wei, sorry sebab aku marah kau semalam."
Dia senyap. Aku kembali memandang dia.
" Ha?"
Aduh dia ni. aku dah minta maaf, dia boleh pula dok ha, ha ha.
" Aku mintak maaf sebab tengking kau semalam," kataku ringkas tetapi kali ni aku memandang dia.
Dia tersengih. Siut! Aku tak buat lawaklah!
" Kau ni, lek-lek dah la. Kita members. Setakat tengking-tengking macam tu standard la bila orang tengah marah. Tak brotherhood la kalau cepat terasa," balasnya sambil tersengih denkat aku.
Aku membalas jawapannya dengan satu senyuman simpul.
" Tapi, kalau kau Zakwan, aku pasti kalau orang lain marah kau, kau mesti cepat gila terasa, kan? Hahahaha," soal dia dengan satu gelak tawa.
" Hahaha, kau memang cibai la wan," balasku ringkas.
Ah, betullah dia cakap. Aku jenis cepat terasa. Dan, itulah kualiti yang aku nak ubah dalam hidup aku. Ya, aku nak ubah sifat tu.
Sekurang-kurangnya, aku dah settlekan satu masalah. Sekarang tinggal Nia dan Auni je lagi. Aku pasti yang dia orang dua ni mesti benci gila dekat aku. Dan ya, aku kena terima benda tu. Aku juga kena berubah sedikit demi sedikit sifat baran yang aku ada ni. aku akan berubah, suatu hari nanti.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top