9 : 5

FINAL CHAPTER ✨

[ 🌼 ]

//hulur tisu buat readers//

---


Matanya dicelikkan , jari - jemarinya digerakkan perlahan menandakan dia sudah sedar daripada tidurnya yang lena .

" Jimin dah bangun ! " jerit Jungkook dengan nada teruja . Jelas terpancar sinar kegembiraan pada wajahnya .

Berpusu - pusu mereka berempat berdiri di sisi katil tempat Jimin baring . Masing - masing melepaskan keluhan lega apabila melihat ketua mereka sudah sedar setelah terlantar tidak sedarkan diri hampir seminggu .

" Jangan gerak lagi . Luka jahitan  pembedahan kau masih baru " ujar Yoongi perlahan . Hatinya masih dipaut rasa bersalah yang amat .

Jimin berdegil , dia tetap nak bangun juga . Namjoon dan Seokjin cepat - cepat membantu Jimin untuk duduk bersandar menggunakan bantal .

Jimin berdecit perlahan . Hoseok menghulurkan segelas air kepadanya . Dengan sekali teguk , habis air itu diminum .

" Terima kasih " ucap Jimin . Matanya memandang wajah mereka berlima satu - persatu . Mana Taehyung ?

Seakan - akan dapat membaca raut wajah Jimin yang berkerut itu , lantas Seokjin mengusap bahunya perlahan seraya berkata , " Taehyung pergi bilik abu mayat , baru je "

Jimin tersentak kecil . Terasa dirinya baru saja ditampar supaya kembali ke alam realiti .

Realiti bahawa betapa peritnya rasa kehilangan orang tersayang .

Tanpa dia sedar , air matanya jatuh mengalir di pipi .

" Jimin " tegur seseorang sebelum dia memeluk Jimin erat . Melihat Jimin sebegitu , June ikut sama menitiskan air matanya .

" Noona , apa Jimin dah buat ? Jimin dah bunuh appa . Jim-- Jimin tak sempat selamatkan ... Yuha " rintihnya sayu .

Suasana suram menerjah ruangan wad VVIP itu . Masing - masing diam membisu , hanya bunyi kipas saja kedengaran .

Meskipun pandangan menjadi kabur , matanya dapat melihat dengan jelas dua orang lelaki lengkap beruniform sedang berdiri di luar wad .

" Pi-pihak polis tahu ? "

◼◼◼

" Park Jimin tertuduh telah melakukan pembunuhan kejam ke atas adik - beradik Kim iaitu Kim Johyun dan Kim Yuha serta appa beliau sendiri , Park Joonsu menggunakan senjata api yang  terlarang . Mengikut bukti - bukti yang dikumpulkan , Park Jimin melepaskan tembakan terhadap Kim Johyun sebelum mayatnya dibiarkan terbakar di dalam gudang milik Kim Johyun manakala Kim Yuha dan Park Joonsu , kedua - duanya dibunuh menggunakan Walther P99 . Pembunuhannya dilakukan dengan begitu cepat kerana dia merupakan ketua mafia yang dikenali dengan sikap tiada belas kasihannya "

Semua yang berada di dalam mahkamah menjadi terkesima apabila mendengar segala kesalahan Jimin yang diberitahu oleh hakim .

" Mengikut akta kes pembunuhan , Park Jimin boleh disabitkan hukuman penjara sepanjang hayat atau digantung sampai mati atau kedua - duanya sekali . Segala harta , syarikat , kereta dan rumah milik beliau akan dirampas dan disita . Mana - mana syarikat yang bekerjasama dengan JM HOLDINGS automatik akan dihentikan . Dengan bukti yang ada , Park Jimin sememangnya bersalah dan dikenakan hukuman penjara sepanjang hayat serta gantung sampai mati . Sekian . "

Wajahnya memberikan pandangan kosong . Di saat orang memandang dirinya hina , dia masih lagi tenang tidak bersuara . Apabila dirinya dibawa oleh dua orang polis yang bertugas , eye contact antara dirinya dengan ahli BTS yang lain membuatkan hatinya sebak .

" Mianhae " perlahan saja mulutnya digerakkan sebelum dia tersenyum kecil . Hoseok dan Jungkook berusaha menahannya pergi , namun dia melepaskan genggaman tangan mereka berdua dengan gelengan kepala .

" Gwenchana " ujarnya yang sudah pasrah dengan ketentuan takdir hidupnya .

Seokjin meminta izin untuk mereka memeluk Jimin buat kali terakhir . Apabila dibenarkan , Yoongi terlebih dahulu menarik Jimin sebelum lelaki itu dipeluknya erat .

Jarang sungguh untuk melihat air mata Yoongi mengalir , hari ini dia biarkan semua orang melihatnya menangis .

" Maafkan aku hyung sebab buang kau dengan Hoseok hyung . Aku janji aku tak buat lagi lepas ini , itupun kalau aku bukan di dalam penjara ini " sempat lagi dia bercanda , gurauannya tidak menghiburkan sesiapa .

" Seokjin hyung , Namjoon hyung , maaf sebab aku korang kehilangan kerja . Tapi aku yakin korang boleh tubuhkan syarikat sendiri lepas ini kan ? Jangan biar polis tahu korang mafia " bisik Jimin perlahan sebelum dia tergelak kecil .

" Jungkook sshi , Hoseok hyung , aku tahu korang berdua sentiasa nakkan yang terbaik buat aku . Aku pun nakkan yang terbaik buat korang . Jaga diri tau ? " pesannya persis seorang ketua .

" Walau apapun jadi , kau tetap ketua kitorang Jimin " tatapan mata Hoseok yang berkaca itu membuatkan Jimin tersenyum tipis .

Layakkah aku jadi ketua korang ?

" Taehyung " panggil Jimin perlahan . Sedari tadi , lelaki itu langsung tidak membuka mulutnya . Apabila mata mereka bertaut , Taehyung terus memeluk Jimin erat .

Belakang Taehyung digosok oleh Jimin . " Aku paling banyak salah dengan kau Taehyung . Aku bebankan kau dengan masalah hidup aku . Aku minta maaf . Aku betul - betul minta maaf sebab buat kau merana walaupun aku tahu kau takkan maafkan aku "

Pelukan mereka terlerai apabila pihak polis ingin membawa Jimin pergi . Jimin menguntumkan senyuman buat rakan - rakannya yang setia dengannya itu sebelum dia keluar dari dalam mahkamah itu .

◼◼◼

Ruangan penjara yang kosong itu direnungnya tanpa tercalit sebarang perasaan . Langsung tiada benda menarik untuk dilihat , jadi dia memutuskan untuk tidur .

Dia akui sememangnya hidupnya jauh lebih membosankan dari dulu . Dia lebih gemar untuk menjadi seorang yang sibuk dengan kerja berbanding menjadi seseorang yang langsung tidak berbuat apa - apa .

Poket seluarnya diseluk , rantai loket itu dikeluarkan sebelum dia membukanya . Terpampang wajah Yuha dan dirinya sedang  bahagia berdua .

Hatinya ditebak dengan rasa sebak yang mendadak . Sungguh , dia dihantui rasa bersalah terhadap gadis itu .

Gadis itu menjadi mangsa perjanjiannya , janji tak guna yang diungkapkan tanpa memikirkan kesan jangka panjang .

Terima kasih buat Yuha , dia teringat kembali bahawa WJ 789 ialah nombor plat Mercedes Benz milik appanya .

Tuan Park yang melanggar dan membunuh Puan Park .

Janjinya sudah terlerai untuk membunuh sesiapa sahaja yang membunuh eommanya .

Namun apa gunanya ?

Dia kehilangan harta , kehilangan rakan - rakannya , kehilangan kehidupannya yang serba - mewah , kehilangan ahli keluarga dan juga gadis kesayangannya .

Segalanya sudah terlambat untuk dia mengubah nasibnya .

Dia berbaring di atas lantai simen itu sebelum matanya dipejamkan erat . Tangan kirinya menggenggam kemas rantai loket itu manakala tangan kanannya pula diletakkan pada dahinya .

Baru sahaja dia ingin melangkah ke alam mimpi , telinganya menangkap satu bisikan halus .

Bila dia membuka matanya , terkejut dia jadinya saat melihat ada seseorang turut berada di dalam ruangan penjara itu . Bagaimana ?

" K-kau siapa ? " soal Jimin sedikit menggeletar . Dia tergelak kecil sebelum menjawab ,

" I'm your little angel "



Tamat .

Sekian , wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh .

Maka dengan ini saya umumkan , tamatlah sudah fanfic HIS PROMISE yang dibintangi oleh PARK JIMIN dan KIM YUHA yang dibantu oleh KANG JIHYE , BOO SEUNGKWAN dan BTS .

Ada yang nak happy ending , ada yang nak sad ending so saya memilih untuk membuat ending tergantung MUAHAHAHA .

Fanfic ini dipublish pada hari yang sama lagu PROMISE by JIMIN BTS dilancarkan . Sungguh tidak menyangka fanfic ini tamat setelah setahun lamanya dengan 95 chapter .

Kenapa 95 ? Kerana Jimin lahir pada tahun 1995 . Taknak tahu ? Saja bagitau okbai .

Terima kasih buat semua readers yang banyak membantu menaikkan semangat saya untuk menghabiskan fanfic ini dengan sumbangan vote dan comment yang menghiburkan daripada chapter pertama sehinggalah chapter sembilan puluh lima .

Tanpa sokongan anda , kemungkinan fanfic ini tidak akan mampu dihabiskan seperti fanfic saya yang lain .

Maafkan saya atas segala carutan , scene - scene yang mungkin agak keterlaluan dan menyinggung mana - mana readers . Tiada langsung niat saya ingin memburukkan BTS di mata readers sekalian termasuk Seungkwan seventeen . Fanfic ini hanyalah rekaan semata - mata , jangan ingat bahawa BTS ialah mafia di dunia sebenar okay ?

Mereka bertujuh ialah jejaka - jejaka yang tidak pernah berhenti menyeksa jiwa raga ARMY dengan semua yang mereka ada hiks . Mereka juga sangat menyayangi ARMY sepertimana ARMY menyayangi mereka .

Selagi lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih buat readers sekalian kerana sudi datang singgah dan membaca fanfic penuh kehanatan ini sjsjsjsjs . Terima kasih untuk 16.8K dan 2.97K vote .

Jemputlah baca fanfic saya yang lain ;

+ ramadan with him ; pjm
+ syawal with him ; pjm
+ aidiladha with him ; pjm
+ ramadan with qeem & qeef ; pjm
+ seven days ; pjm
+ cold ; myg
+ brother ; kth
+ heart ; ksj
+ seven petals ; ksj

Fanfic Hoseok, Jungkook dan Namjoon juga bakal menyusul ehek .

Puas dah membebel , mari jumpa ke sesi Q & A selepas chapter ini !

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top