7 ; 5
Belum sempat Hoseok dan Namjoon menyelamatkan diri , kedua - duanya ditendang kuat oleh dua orang budak suruhan Johyun yang turut serta bersama Yoongi bagi menewaskan mereka berdua .
Satu senyuman sinis terukir di wajah Yoongi . Sniper rifle yang dipegangnya membuatkan Hoseok dan Namjoon meneguk air liur masing - masing .
Babe , dia Min Yoongi , headhunter paling kejam di dunia mafia . Sekali dia dapat musuh , habis berkecai kepala orang dia kerjakan .
" Kau tunggu apa lagi Yoongi ? Tembaklah diorang ! Takkan jarak dekat macam itu pun kau tak boleh nak buat ? "
Pandangan tajam dihadiahkan oleh Yoongi ke arah dua orang budak suruhan Johyun itu .
" Kau siapa aku nak dengar ? " perli Yoongi sinis .
" Aku dengar cakap ketua aku je . Kau ketua aku ke ? Tak layak " sambung Yoongi membuatkan orang suruhan Johyun itu terdiam .
Salah seorang daripada mereke merengus kecil . " Kalau kau taknak buat , biar aku yang buat ! " Dia cuba merampas sniper rifle itu daripada Yoongi namun Yoongi lebih pantas bertindak .
Pistol putih yang terletak elok selama ini di dalam poketnya dikeluarkan . Yoongi menghalakan pistol itu tepat di dahi orang suruhan Johyun itu .
" Kau tahu tak ? Aku paling benci orang kacau kerja aku "
" Kau diam jelah Mark . Bagi dia buat kerja dia " Orang suruhan Johyun yang dipanggil Mark itu berundur setapak ke belakang . Dia menahan sahaja amarahnya apabila berhadapan dengan Yoongi .
Mustahil dia tak kenal Yoongi .
Yoongi tersenyum sinis . Kini , dia memandang semula ke arah Hoseok dan Namjoon .
Baru sahaja Yoongi nak duduk mencangkung menghadap mereka berdua , tiba - tiba dia mendapat satu pukulan belakang menggunakan kayu .
Yoongi mengerang kecil . Pistol putih di tangannya digenggam erat sebelum dia berpusing menghadap belakang . Mark jadi kaku apabila mendapati Yoongi seakan tidak terkesan dengan pukulannya itu . Dino yang menjadi pemerhati sedari tadi juga cukup terkejut melihat apa yang telah terjadi .
Kayu tadi terlepas daripada tangan . Mark meneguk air liurnya sambil matanya memandang Yoongi yang sudah berdiri tegak sambil mengacukan pistol ke arahnya .
Bang !
Tepat seperti jangkaan , Mark jatuh terbaring di atas lantai selepas satu das tembakan dilepaskan .
" Jumpa di neraka , " pistol putih dicampak ke tepi . Tangan kirinya dimasukkan ke dalam poket seluar manakala tangan kanannya memeluk kemas sniper rifle miliknya itu .
" Ikut aku sebelum aku betul - betul tukar fikiran aku " nada suara dinginnya itu menggerunkan Hoseok dan Namjoon . Diorang faham maksud Yoongi itu ,
Ikut cakap dia atau ,
Headhunter mengganas kembali .
Bukan senang Yoongi nak bagi peluang kedua dekat orang , mungkin sebab Hoseok dan Namjoon pernah menjadi sebahagian daripada hidupnya dulu ?
" Kau pergi buang mayat dia ini . Semak " arah Yoongi ibarat ketua kepada Dino . Dino tak berdalih , dia terus mengheret mayat Mark itu keluar dari dalam bilik manakala Hoseok dan Namjoon mengikut Yoongi dari belakang .
Langkah demi langkah diatur , akhirnya dia sampai ke kawasan utama tumpuan markas itu .
Gelap . Semuanya gelap - gelita sebelum tiba - tiba puluhan lampu dihidupkan . Bagaikan menjadi artis pujaan ramai , kini dia menjadi tumpuan kumpulan mafia yang diketuai oleh Johyun itu .
" Jimin , Jimin . Akhirnya , kau datang juga eh ? " Johyun yang duduk di atas kerusi terus menyilangkan kakinya lagak jutawan apabila dapat melihat wajah Jimin dengan jelas meskipun hanya berbekalkan cahaya lampu .
Jimin sedikit terkejut apabila melihat semua pasukannya berada di tepi Johyun diikat dengan rantai besi . Wajah mereka lebam , bibir mereka pecah . Darah pekat yang mengalir sudah menjadi kering .
Hoseok , Namjoon , Taehyung , Seokjin . Semuanya tidak bermaya lagi .
Hoseok ditendang ganas hingga tercampak ke sisi .
Namjoon dipukul dengan beberapa hayunan batang besi .
Seokjin dipijak sehingga membuatkan dia kehilangan tenaga untuk bersuara .
Taehyung yang tidak sedarkan diri dipukul bagaikan punching bag .
Tidak cukup dengan itu , Yuha diheret keluar dengan rambutnya ditarik ganas oleh orang suruhan Johyun .
" Ji-Jimin sshi " ujarnya perlahan . Pipi gadis itu ditampar sebelum dia dihumban di hadapan Johyun .
" Yuha " hampir sahaja air mata lelakinya jatuh saat melihat gadis kesayangan itu diperlakukan seperti haiwan namun dia cuba menahannya daripada jatuh mengalir , tidak ingin dipandang rendah oleh orang tak guna seperti Johyun itu .
Melihat keadaan pasukan dan gadisnya itu pastinya membuatkan hati Jimin membara . Bibirnya diketap kuat .
Jimin menghalakan shotgun ke arah Johyun . Puluhan anak buah Johyun turut berbuat sedemikian termasuk Yoongi dan Jungkook . Semuanya dihalakan ke arah Jimin seorang .
Johyun tergelak sinis . Baginya , melihat wajah Jimin yang kecut itu sahaja cukup menggembirakan dirinya bagaikan kemenangan itu sudah pasti menjadi miliknya .
" Masih yakin nak lawan aku ke Park Jimin ? "
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top