2 : 2

Taehyung POV

Aku melangkah menuju ke taman belakang sekolah . Nak tenangkan fikiran daripada semua masalah yang ada .

" Jimin satu masalah , Jungkook satu bala ha sesuai . Dua - dua menyusahkan aku " bebelku tak sudah . Batu - batu di jalanan aku sepak tanpa rasa bersalah .

Batu mati kot , lainlah kalau aku sepak kau . //nosepick//

Baru nak lepaskan tekanan , aku dengar satu bunyi yang bagi aku murung balik .

" Aduh , anak siapa pula nangis dekat sini ni ? Kalau ye pun nak berlakon opera , jangan dekat sini duh "

Aku tercari - cari kelibat orang yang nangis tu . Aku tanya diri sendiri , kenapa aku nak cari ?

Aku pun tak tahulah .

#Taehyungsukardifahami

Jadi gentle sikitlah . come on , aku pujuklah siapa nangis tu . Nampak juga betapa kelakiannya aku kan di fanfic ni ?

Asyik Jimin je , aku nak juga .

Dah puas mencari , akhirnya aku nampak kelibat seoarang pelajar tengah bertiarap atas rumput sambil nangis tak sudah - sudah .

Aku menepuk dahiku perlahan . Kena penyakit rabies ke apa budak ni ?

Bahunya aku cucuk sedikit guna jari telunjuk aku yang dua kali ganda besar daripada tangan Jimin HA HA aku bangga .

" Heyyy , kenapa ni ? " suara aku buat - buat lembut . Takkan suara garau pula ? Maunya aku ditendang oleh pelajar ni nanti diingatkan aku perogol ke apa .

Gadis itu tidak memberi sebarang reaksi malah semakin kuat pula esakan dia macam aku cucuk bahu dia guna besi panas . Alahai !

" Hey hey , janganlah macam ni . Awak ada masalah ke ? Saya sudi dengar ni " aku memujuk gadis itu dengan menggengam kedua - dua tangannya , cuba untuk membangunkannya daripada pembaringan .

Aku tau ayat aku keling ;-;

Bila dia bagi tengok wajah dia , terus aku mengucap . Sembab nak mati , hingus meleleh - leleh . Ni putus cinta teruk sangat ke apa ni ?

Aku terus ambil sapu tangan di poket seluarku . " Buruklah muka awak . Nanti takde orang suka tau ? "

Air paip aku buka sebelum aku basahkan sapu tangan dengan air . Kemudian , aku kembali mendapatkan gadis itu lalu membantu mengelap wajahnya .

Aku tak terkejut sangat bila aku sedar gadis itu adalah Yuha . Yang aku terkejut gila nak mati bila terbayang wajah awal - awal dia tadi tu .

Bolehnya aku tak perasan itu dia HAHAHAHA

Hodoh sangat

Tak sesuai dengan wajah dia yang fluffy tu . Yang setiap masa rasa nak cubit je , nasib Jimin punya .

Hm

Bila dah selesai , Yuha tak cakap apa - apa . Dia diam tak berkutik . Aku tersenyum kecil . Tahu sangat ini angkara Jimin .

" Kau ego Jimin " getus hatiku perlahan .

Melihat wajah Yuha yang sedih , patah hati , kecewa broken nak mati buatkan aku tergelak kecil . Comel .

Aku depakan tangan . Tanpa segan silu , dia terus memelukku erat dan sambung menangis lagi .

Ha RIP baju sendiri .

" Jimin .. Hiks .. Dia .. Jahat .. Hiks "
Kalau aku jenis tak ingat member , dah lama aku terkam Yuha ni .

Haih nasib kau Jimin punya .

Kepalanya aku usap perlahan . Aku dengar sahaja semua luahan isi hatinya tanpa membalas sepatah pun . Bila dia dah habis , baru aku masuk line .

" Jimin buat mesti bersebab kan ? " kataku lembut . Terus dia mencebik .

Tahan Taehyung tahan .

" Sebab apa lagi ?! Dah terang dia benci dekat saya ! Kenapa tak terus terang je ?! "

EI JIMIN COMELLAH AWEK KAU , BAGI AKU JELA SJSJSJSJSJSJJSJS

" awak benci saya juga ke ? " soalan mengejut daripada Yuha membuatkan aku terpana .

" Uh ? Apa awak cakap ? "

Yuha memandang wajahku . Matanya merenung tepat ke dalam mataku . uish , dia nak santau aku ke apa ni ?

" Saya tanya awak benci saya ke tak ? "

Baru je aku kata aku nak culik kau dari Jimin :)

" Kenapa pula nak benci ? "

" Manatau bersebab juga " perlinya sinis . Amboi , kalau marah tu marah dekat Jimin jela . Jangan libatkan aku .

" Tak Yuha . Saya takkan bencikan awak " jawabku sambil tersenyum tipis .

Aku Taehyung , bukan Jimin .

Kelihatan Yuha kembali tersenyum . " Kalau macam tu , saya dengan awak jela "

Aku terus jadi beku . Apa maksud dia ? Tangan sebelah kananku dipeluknya .

" Saya sayangkan awak Taehyung "

Hati aku berdetak kuat . Wuaw , darah aku lancar , takde kolestrol menyekat .

Tak Yuha , kita tak boleh .

" Maaf , saya tak benci awak tak bermaksud saya ada perasaan dekat awak "

Mata dia kelihatan berkaca . Aku tak boleh buat apa , Yuha . Jimin dah atur semuanya .

Kau milik Jimin , bukan aku .

DAY ♡
Maaf lambat balas komen T.T ❤ Terima kasih masih sudi membaca cerita penuh kekelingan dan cringy ini . Cubalah teka teori fanfic ni macam mana :p

Day buka ruang komen , dari chapter satu sampai chapter ni , apa yang menjadi tanda tanya korang ? Drop your comment juseyo

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top