03
'your begin'
.
.
.
.
chapter 03
17 september 2017
Bip!
Tombol pintu di pulas kecil. Satu senyuman diberi tatkala melihat wajah isteri tercinta yang sedang menunggu kepulangannya.
Walaupun ianya hal kecil, namun ia bagaikan satu hal yang begitu besar bagi Wonwoo.
Memikirkan tentang orang yang sedang menunggunya pulang seakan-akan penat lelah berkurangan. Beban di bahu juga seakan hilang dengan ajaibnya.
"Sejuk kan di luar. Nak minum tak?"
Soal Yikyung sambil mencapai huluran kot panjang milik suaminya. Mereka berdua melangkah menuju ke bilik.
Wonwoo menggeleng kecil menjawab persoalan Yikyung.
"Mana Jiwol? Dah tidur?"
Jam di dinding dikerling sekilas. Sudah lewat malam mungkin si kecil itu sudah tidur. Yikyung sekadar mengangguk kecil sebelum dia melabuh punggungnya di bangku.
"Macam mana keadaan syarikat? Masih sama?"
"Jangan risau, semuanya takkan apa-apa. Masih ada masa lagi tiga bulan"
Lelaki itu cuba mengukirkan senyumannya walau ia sebenarnya agak susah.
Segala kepahitan dan kemanisan yang berlaku di dalam pejabat itu dikongsi oleh sang suami.
Dengan melalui itulah Yikyung dapat tahu serba sedikit tentang hal di tempat suaminya bekerja.
"Oh ya, hujung bulan ni jom pergi ke taman tema nak? Sempena hari ulang tahun Jiwol"
Sekali lagi Yikyung sekadar mengangguk kecil setuju akan cadangan yang diberi Wonwoo itu.
"Kelmarin Jiwol cakap mahu perlihara anjing, tapi dia pula alah pada bulu. Saya fikir-fikir mungkin kita boleh beli anjing yang tiada bulu. Boleh kan?"
Dahinya itu dikerut. Betul-betul nekad mahu membela haiwan si kecil itu. Sebelum ini pun pernah diminta untuk membeli seekor anak anjing tapi tak lepas.
"Tak apa ke? Saya risau kulit dia mungkin akan timbul merah-merah lagi"
"Itulah saya pun risaukan dia juga tapi dia memang betul-betul mahukan haiwan perliharaan"
Suasana kelihatan agak hening buat seketika. Tampaknya lelaki itu sedang memikir sedalam-dalamnya. Soal ini tidak seharusnya dibuat main.
"Maaf, tetap tak boleh. Saya akan cuba cakap dengan dia. Dia mesti akan faham"
Itulah pendirian lelaki bernama Jeon Wonwoo. Walau kelihatan lembut namun dirinya terselit juga dengan sifat tegas.
"Dah lewat ni, tidurlah. Saya nak pergi mandi sekejap"
━─━────༺༻────━─━
Setitik demi setitik keringat mulai membasahi di permukaan kulit. Tubuhnya pula sudah memerah seperti baru habisnya bersukan.
"Jiwol.."
Perlahan nama itu disebut.
Ingin sahaja lelaki itu membuka kelopak matanya namun entah mengapa ia terasa sukar mahu membukanya. Seolah-olah telah digam kuat.
"Tolonglah jangan apa-apakan Jiwol.."
"Sayang? Kenapa ni?"
Sedari akan kelakuan suaminya itu, dengan segera Yikyung bangun dari pembaringannya.
Dia mencuba menyentuh lembut lengan milik Wonwoo. Dalam masa yang sama, lelaki itu terus membuka matanya secara mengejut.
Setiap hembusan dihela kuat.
"Awak tak apa-apa?"
Jelas kedengaran suara itu menyoal dengan penuh kerisauan. Lelaki itu mungkin alami mimpi buruk.
Wonwoo mendiamkan diri. Dirinya masih lagi tenggelam dengan mimpi yang baru dia lihat sebentar tadi.
Mimpi itu betul-betul menggerunkan. Sampaikan dirinya tidak mampu untuk mengungkapkan kata-kata.
"Wonwoo?"
Sekali lagi Yikyung cuba menyoal sang suami. Sedar akan namanya meniti di bibir milik isterinya lantas dia mengangguk kecil.
"Saya tak apa-apa, tidurlah"
━─━────༺༻────━─━
To Be Continued..
💌 : Hai? Kembali lagi saya bersama anda. Ingatlah, saya sentiasa sayang anda
❤️❤️❤️❤️
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top