01
'It's beautiful'
.
.
.
.
chapter 01
╭────╮
‣only
Lee Hi
╰────╯
03 September 2017
Malam sudah berganti pagi. Malah bulan pun berganti mentari.
Tombol pintu dibuka perlahan oleh seorang budak lelaki yang berumur lingkungan lima tahun.
Dengan langkah kecil dia mendekati bapanya yang masih lagi dalam buaian mimpi.
Lenanya mulai terganggu akibat loncatan kecil dari Jiwol.
"Papa! Bangunlah! Mama suruh bangun!"
Kelopak mata dibuka perlahan. Senyuman kecil dikeluarkan lalu dengan pantas dia menangkap tubuh kecil anaknya.
"Awal-awal pagi ni siapa suruh lompat katil hm anak papa?"
Dicuit kecil hidung milik Jiwol manakala si kecil itu sudah terkekeh ketawa.
Mereka berdua mulai keluar dari bilik. Kelihatan wajah cantik si isteri yang sedang menyiapkan sarapan pagi.
"Eh, kenapa bento sayang tak ada macam bento Jiwol tu?"
Ujar Wonwoo. Hujung bibirnya sudah memuncung ke hadapan. Tak adil sebab Jiwol dapat keju bentuk hati tapi dalam bento miliknya hanya keju berbentuk empat segi.
Yikyung hanya tergelak kecil. Comel melihat wajah Wonwoo persis kekanakan itu. Kalah Jiwol alahai.
"Maaf, esok saya buatkan bentuk hati"
Yikyung cuba memujuk suaminya yang dari tadi menarik muka sepanjang lima inci itu.
━─━────༺༻────━─━
"Penulis Jeon, boleh kamu pergi temu bual Louis Kim?
Wajah yang dari tadi menunduk itu terus diangkat sebaik sahaja namanya meniti.
"S-saya?"
Wanita separuh abad itu tersenyum sejurus itu dia mengangguk kecil. Hanya Wonwoo sahaja harapan untuk menemu bual Louis Kim itu.
"Nasib syarikat kini berada di tangan kamu. Tolonglah ya? Demi syarikat"
Setiap wajah pekerja di situ di pandang dengan satu persatu.
Kedudukan syarikat mereka kini sudah merosot tidak lagi seperti dahulu yang selalu menjadi nombor satu di mata masyarakat.
Mungkin disebabkan adanya pendatang baru yang dapat menandingi syarikat mereka yang sudah wujud sejak 10 tahun lalu.
"Saya tak pasti sama ada Louis Kim akan terima ataupun tak. Ianya mustahil untuk temu bual dia"
"Ianya tak mustahil jikalau kita cuba. Cuba dan cuba. Kita perlu dapatkan dia untuk naikkan balik ranking yang kita capai dulu. Syarikat mungkin akan di tutup jikalau kita tak dapatkannya"
Sekali lagi Wonwoo menatap setiap wajah rakan sekerjanya. Mereka hanya diam tidak terkutik dan menunggu jawapan yang akan dikeluarkan oleh lelaki itu.
Louis Kim. Siapa sahaja yang tidak kenal pereka fesyen yang terkemuka itu. Setiap hasil rekaannya pasti akan menang anugerah terbaik.
"Baiklah, saya akan cuba"
━─━────༺༻────━─━
To Be Continued..
💌 : Hai sayang-sayang saya ! Kita bertemu lagi ya ! hehe Terima kasih kerana support yini fanfic hiks. Aku terhibur tau baca komen ii korang. Stay tuned ya. Here, get your love
❤️❤️❤️❤️❤️
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top