13
'You are the rainbow
in my cloud'
.
.
.
.
.
chapter 13
Sejurus sahaja Myungho keluar dari tandas, dia mengatur langkah menuju ke singki. Cermin di hadapan dilihat sekilas.
"Kau dah tak ada kerja ke? Sampai ke tandas kau ikut aku" Ujar Myungho tatkala melihat wajah Shiwoo di permukaan cermin.
"Kau tuan aku jadi aku kenalah ikut kau kemana-mana"
Pili air ditutup rapat dan secara tiba-tiba satu suara mulai kedengaran di dalam tandas itu.
"Kau betul-betul masih hidup ya budak?"
Woong mendekati Myungho sambil menyoal sinis. Ditatap iris coklat milik Myungho dengan dalam.
Entah dendam apa yang disimpannya sampaikan dia sanggup berbuat demikian kepada Myungho kelmarin.
"K-kenapa sunbae tipu saya?"
"Jangan takut Hao, lawan je dia"
Walaupun Shiwoo bersamanya sekarang ini Myungho tetap berasa takut tambahan pula suasana di dalam tandas yang sunyi sepi itu bertambah gerun jadinya.
"Mana ada aku tipu kau. Kau yang bodoh sebab percayakan aku. Jadi nak salahkan siapa? Salahkan otak kau yang bodoh tu"
Pandangan pemuda berkaca mata itu jatuh memandang Shiwoo yang sudah menyerupai bayang hitam.
"Tunggu sekejap"
Woong bergerak menuju ke pintu. Ditutup lalu dikuncinya sebelum dia mejungkit sedikit hujung bibirnya memandang Myungho yang masih berdiri di hujung.
"Aku memang dah lama nak tampar muka kau. Bukan, rasa nak siat-siat kulit muka kau"
Dielus dengan lembut pipi Myungho. Sungguh dia begitu benci dengan lelaki di hadapannya ini.
"Seronok kena puji dengan Hoon? Hm? Kau ingat aku tak tahu Hoon hyung yang ambil kau bekerja tanpa sebarang pelatihan kononnya dia ingat kau ni bakal cerahkan masa depan syarikat ni"
Myungho mengerutkan dahinya. Hyung? Seo Woong, Seo Hoon. Jadi pengarah Seo itu betul-betul abangnya?
"Selama aku kerja, dia tak pernah puji pekerjanya apatah lagi senyum termasuk aku. Ini datangnya kau masuk ke sini terus berduyun-duyun pujian kau dapat eh"
"Maafkan saya. S-saya tak tahu"
Segera Myungho menunduk maaf. Patutlah ketua Shin tidak hiraukan langsung perangai Woong yang menjadi-jadi rupa-rupanya dia merupakan orang yang berpengaruh di syarikat itu.
"Aku dah muak dengan maaf kau. Kalau aku suruh melutut agak-agak kau nak lagi tak?"
"S-saya betul-betul minta maaf" Segera tubuh badannya dibongkok banyak kali.
Ddum!
Tiada angin tiada ribut bunyi guruh bersama dentuman kuat menyapa mereka sehingga membuatkan kedua orang pemuda itu terkejut.
"Woong.."
"Seo Woong.."
Sengaja Shiwoo memanggil nama Woong bersama nada seperti itu. Orang macam ni memang sekali jentik mesti dah masuk wad icu.
"Siapa..?"
"Seo Woong..jom main sorok-sorok nak?"
Ruangan di dalam tandas terus berubah menjadi gelap gelita. Tiada sebarang cahaya langsung namun Myungho masih berdiri dengan tenang. Dia tahu itu semua kerja Shiwoo.
"Mana Seo Woong ya? Gelap sangat sampai tak nampak Woong kita hehe"
Tanpa berlengah Woong bergerak ingin menuju ke pintu keluar.
Ddum!
Woong merengus geram. Dari tadi pintu itu masih tidak boleh dibuka. Siapa tahu di dalam kegelapan itu terlihat tubuh badannya terketar-ketar menahan ketakutan. Adakah dia seorang yang penakut?
"Biar saya betulkan"
Myungho terus mendekati Woong dengan langkah yang berhati-hati. Takut dia melanggar sesuatu nanti. Tombol pintu yang panjang itu ditarik berulang kali. Mungkin ada kerosakan di bahagian dalam.
Sementara Myungho membetulkan tombol pintu itu, secara tiba-tiba lampu kembali bernyala. Tombol yang seperti sudah rosak kini kembali berfungsi seperti biasa.
Dengan segera Woong beredar. Myungho sekadar memandang bayangan hitam di bawah tapak kasutnya.
"Dia memang patut diajar macam tu. Setakat aku usik macam tu pun dah gerun"
Myungho tergelak kecil saat mendengar ucapan Shiwoo.
"Terima kasih Shiwoo"
━─━────༺༻────━─━
To Be Continued..
💌 : Keep reading sayang ii saya hehe. Terima kasih banyak-banyak ! Jumpa lagi minggu depan ! ngueng
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top