01
'The new day'
.
.
.
.
.
chapter:01
Langit biru bersama awan putih ditatap sekilas. Hari ini merupakan hari pertamanya bekerja. Sungguh mendebarkan kerana dia bakal bekerja di sebuah syarikat yang agak besar.
Beg silang yang digalas dibetulkan sebelum dia menghela nafas gugup. Perasaan gugup ini sama seperti dimana dia mula menjejakkan kakinya di kota asing ini.
"Tenang hao. Kau boleh"
Segaris senyuman di ukir. Mindanya cuba untuk berfikiran positif. Dia mengatur langkahnya dengan cepat takut ketinggalan kereta api mungkin.
━─━────༺༻────━─━
"Hari ini kita ada kemasukkan pekerja baharu"
"Annyeonghaseyo. X-xu Minghao imnida. Sila beri tunjuk ajar"
Myungho menunduk semangat. Dipandang setiap wajah pekerja di situ. Matanya sedikit bergetar tatkala melihat reaksi dari semua pekerja itu. Tiada tepukan malah sedikit sambutan kecuali bunyi penghawa dingin yang memecah kesunyian di ruangan itu.
"Tempat kamu di hujung. Kamu boleh ikut cik Kim"
Lelaki lengkap bersut berwarna hitam itu mula beredar meninggalkan Myungho keseorangan yang sedang berdiri. Cermin mata yang hampir melorot dibetulkan sebelum tangannya disatukan merendah diri.
"Hoi budak baru, cepatlah"
Terkebil-kebil Myungho mengikuti langkah-langkah wanita itu.
"Aku dengar dia dari China"
"Mestilah. Tengok nama pun dah tahu orang luar"
"Pertama kali syarikat kita ambil orang luar dari China pulak tu"
Tabah. Itulah yang perlu dibuat apabila bekerja di tempat asing. Ibunya pernah berkata untuk terus bersabar selagi boleh. Namun mana mungkin dia boleh bekerja dalam keadaan begini? Baru sahaja masuk sudah dipandang rendah oleh pekerja lain.
"Ini tempat kau. Duduklah"
"T-terima kasih" Ucap Myungho bersama satu tundukkan kecil. Wanita itu memeluk tubuh sambil memandang pemuda itu.
"Aku tertanya macam mana kau boleh masuk ke syarikat ni? Tanpa pelatihan pulak tu. Kau pakai ilmu apa eh?"
"N-nae..?"
"Semoga berjaya. Aku harap kau takkan kekal lama" Wanita itu senyum selebar mungkin. Apa yang dilihat senyuman itu seperti ada maksud yang tersirat.
Myungho memandang wanita itu yang sudah berlalu pergi. Kedua-dua iris miliknya beralih memandang suasana di sekitar itu.
"Budak baru!"
Segera dia bangun dari kerusi. Ruangan di situ sungguh besar malah pekerja yang cukup ramai membuatkan ia sukar untuk mencari pemilik suara itu. Tambahan pula dia tidak kenal langsung pekerja di situ. Dia mencari empunya suara itu namun hampa ianya gagal. Kakinya melangkah dengan perlahan mencari pemilik suara tersebut.
"Yah! Kau pekak ke?"
"M-maafkan saya"
Myunho menunduk kepalanya tidak berani memandang wajah lelaki itu yang berpangkat ketua bahagian.
'ketua bahagian pemasaran-Shin Haejoon'
"Americano ais. Pergi beli"
Dia mengangkat wajahnya. Dipandang wajah lelaki berusia 30-an dengan lama lalu mengangguk kecil. Akur.
"Baik"
Lelaki itu kembali menatap skrin komputer di hadapannya. Kelihatan Myungho masih setia berdiri di sisi meja lelaki itu.
"Kenapa tercegat lagi tu?"
"D-duit?"
Dengan sopan dia berbicara. Satu ketawa kecil diberi oleh lelaki itu sebelum dia bangun dari kerusi. Lidah ditolak ke pipinya sambil kedua iris coklat merenung tajam ke arah Myungho.
"Berani kau meminta kan? Apa salahnya guna duit kau. Xu Minghao shi?"
"B-baik"
Haejoon sekadar memandang kelibat Myungho yang semakin menghilang. Entah mengapa dia berasa seronok tatkala melihat wajah budak itu.
━─━────༺༻────━─━
To Be Continued..
꒰💌꒱ jajjang's message: Click the beautiful star. Thank you so much♡
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top