tiga
Walisah tidak berhenti membebel kerana belum puas hati dengan lelaki yang melanggarnya sebentar tadi. Muka dah kacak tapi perangai macam apa je.
Pintu kereta dibuka lalu masuk ke dalam dalam. Dia memikirkan tentang lelaki tersebut sebelum enjin dihidupkan.
"Siapa ek nama dia? Nampak gaya macam orang kaya." katanya sendiri. Kedua bahu diangkat. Malas nak mengambil tahu. Lantaklah apapun nama dia. Bukan calon suami aku.
Semasa dalam perjalanan pulang, keretanya tiba-tiba mati sahaja. Matanya melihat kearah bar minyak. Minyak keretanya sudah habis. Kepala dihantukkan pada cermin kereta.
"Aduh..asal waktu macam ni kau nak buat hal. Aku nak cepat tapi kau pula boleh buat hal. Ini semua salah mamat tu!" marahnya menyalahkan lelaki yang melanggarnya di mall.
Telefon bimbit diambil lalu nama Harish dicari dan dihubungi. Panggilan tersebut tidak dijawab. Walisah cuba berkali-kali tetap sama sahaja tidak dijawab.
"Erghh!!! Jawablah! Bencilah." katanya. Nama Aniq pula dicari lalu dihubungi. Setelah dia mencuba berkali-kali akhirnya lelaki tersebut menjawab panggilan darinya.
"Hello."
"Waalaikumsalam,"
"Perghh!!! Ustazah dari mana ni? Sesat ke? Assalamualaikum."
"Walaikumsalam, setan. Woii, kau pergi tempat aku sekarang. Minyak kereta aku habis ah. Cepat! Nanti aku send location. Okey, bye!" tanpa menunggu jawapan dari Aniq, dia terus mematikan panggilan tersebut. Mesej location dihantar kepada Aniq.
Jam dijeling sekilas. Tidak lama lagi mummy dan daddynya pulang ke rumah. Bibirnya mengeluh kecil sebelum dia menyandarkan tubuhnya ke belakang.
Telefon bimbit dihidupkan lalu aplikasi YouTube dibuka dan mencari drama kegemarannya sementara menunggu Aniq sampai.
10 minit selepas itu, ada sebuah kereta mewah berhenti tepat di hadapan keretanya. Walisah mematikan telefonnya dan memandang kereta tersebut.
Seorang lelaki keluar dari kereta tersebut. Walisah mengecilkan matanya sebelum dia turut keluar dari keretanya juga.
"Kenapa dengan kereta kau?" soal lelaki tersebut kepada Walisah. Walisah diam beberapa saat sebelum dia menjawab.
"Kehabisan minyak," jawab Walisah sepatah. Lelaki tersebut memandang wajah Walisah sekilas dengan senyuman sinis.
"Kau rupanya."
"Memang aku pun mamat setan," balas Walisah kasar.
"Aku ada nama, girl" kata orang itu kepada Walisah. Gadis itu membuat muka menyampah. Fikir dia kisah sangat ke dengan nama tu?
"Suka hati akulah nak panggil kau apa. Ada masalah dengan kau ke?" ujar Walisah malas. Lelaki itu tergelak sinis.
Gadis dihadapan itu sangat kasar dan berani. Muka dah lawa tapi perangai macam lelaki. Kepala digelengkan.
"Crazy girl." kutuk Ikmal kepada Walisah. Membulat mata Walisah mendengar lelaki itu mengutuk dirinya. Dia memandang Ikmal dari atas hingga bawah.
'Tinggi betul mamat ni. Dah macam tiang elektrik aku tengok.' katanya dalam hati.
"Kau tengok apa? Aku tahu aku kacak." puji Ikmal sendiri. Walisah membuat muka loya mendengarnya.
"Eww! Ada ke aku cakap kau kacak? Muka dah macam berok. Tak kacak langsung!" kutuk Walisah kepada Ikmal.
Lelaki itu hanya mengendahkan sahaja kutukan dari Walisah. Bercakap dengan perempuan memang takkan menang.
Ikmal mengeluarkan telefon bimbitnya dan menaip sesuatu lalu dihantarkan kepada anak buahnya. Selesai sahaja dia hantar mesej, telefonnya dimasukkan semula ke dalam poket seluarnya.
"Apa tengok-tengok? Kau nak aku korek biji mata kau ke? Tak pernah nampak anak dara orang?" ujar Walisah menyampah. Ikmal memandangnya dingin.
"Kau berani ke?" soal Ikmal ingin menguji gadis tersebut. Walisah terdiam seketika.
"Berani," jawab Walisah yakin. Ikmal mengukirkan senyuman sinis untuk Walisah.
"Stupid." kata Ikmal perlahan tapi dapat didengari oleh Walisah. Gadis itu terus memberikan tumbukan padu pada bahagian perut Ikmal tapi Ikmal dapat mengelak dengan pantas.
"Woah! Main kasar nampak?" kata Ikmal tersenyum mengejek. Walisah merengus geram kerana serangannya dapat dielak dengan pantas oleh lelaki itu.
"Geram betul ah! Ee! Dah, kau pergi balik sekarang! Buat aku sakit hati je." geram Walisah. Ikmal hanya buat tidak tahu. Sebentar lagi pasti anak buahnya sampai di tempat tersebut.
"Tak payah nak halau aku. Aku boleh pergi sendiri tapi selepas kawan aku hantarkan minyak kereta untuk kau," balas Ikmal dingin. Walisah terus mendiamkan dirinya. Mulut dia memang kasar dan tidak berlesen.
Selepas menunggu 5 minit, anak buah Ikmal sudah sampai. Minyak kereta dikeluarkan lalu diisi ke dalam kereta Walisah.
Selesai saja, anak buah Ikmal terus meninggalkan mereka berdua disitu. Walisah memandang wajah Ikmal dan dingin sahaja.
"Tercegat dekat situ buat apa? Pergilah hidupkan enjin kereta kau. Takkan kau nak aku hidupkan untuk kau pula?" dingin Ikmal berkata. Walisah menjeling tajam sebelum dia masuk ke dalam keretanya. Enjin dihidupkan secara berkali-kali. Akhirnya, keretanya sudah hidup dan belum sempat Walisah ingin mengucapkan terima kasih, Ikmal terlebih dahulu sudah pergi.
"Aik? Hilang macam tu? Memang kalau mamat sialan." kutuknya. Haih, sudah ditolong tapi sempat pula dia mengutuk lelaki itu. Sabar je.
Walisah tidak menunggu lama, dia terus meninggalkan kawasan tersebut dan pulang ke rumahnya.
Putri Amelia memandang wajah ayah dan ibunya silih berganti. Bibirnya yang pucat mengukirkan senyuman kepada mereka berdua.
"Adik nak apa-apa ke? Ibu boleh belikan." ujar Putri kepada anak perempuannya. Irfan pula sibuk dengan telefon bimbitnya. Bukan sibuk cari isteri baru, tapi sibuk dengan berbincang dengan anak buahnya. Kalau cari isteri baru memang habis dia kena lunyai oleh Putri.
"Adik taknak apa-apa, bu. Abang mana?" soalnya kepada Putri. Dia rindukan abangnya dalam pada masa yang sama juga dia rindukan ayah dan ibunya.
"Kejap lagi abang sampai," jawab Putri kepadanya. Dia menggangukkan kepala. Selepas beberapa minit, Ikmal datang bersama dengan plastik yang dipenuhi dengan makanan kegemaran adiknya.
"Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam," jawab mereka bertiga serentak. Ikmal tersenyum melihat mereka. Tubuh adiknya dihampiri lalu dahi gadis tersebut dikucup.
"Alhamdulillah, adik dah sedar." kata Ikmal. Putri berdiri lalu pergi menuju ke tempat suaminya. Ikmal pula duduk bersama adiknya.
"Abang bawa apa?"
"Abang ada belikan makanan kegemaran adik," balas Ikmal kepadanya. Gadis itu tersenyum suka. Abangnya memang sangat menyayangi dirinya sejak kecil lagi.
"Wah..terima kasih, abang."
"Sama-sama, sayang," balas Ikmal. Putri memeluk tubuh abangnya dengan senyuman di bibir. Ikmal membalas pelukan tersebut dengan senyuman.
Ibunya gembira melihat hubungan kedua anaknya yang sangat rapat. Tidak pernah sekali pun mereka bergaduh.
"Abang?" Putri menyeru nama suaminya tapi Irfan sibuk dengan telefon bimbitnya. Putri merengus geram.
"Abang!"
"Ye, sayang. Abang dengar. Cakap je." kata Irfan tapi pandangannya tidak diahlikan daripada telefon bimbit. Putri sudah diselubungi perasaan geram.
Tanpa berkata apa-apa, telefon bimbit milik Irfan diambil lalu dihentakkan pada lantai sehingga pecah. Mereka bertiga terkejut apalagi Irfan.
"S-sayang. Telefon abang!" kata Irfan terkejut. Telefon kesayangannya sudah hancur. Putri hanya buat tidak tahu sahaja. Siapa suruh pentingkan telefon bimbit daripada isteri sendiri.
"Ada nampak muka sayang kisah ke?"
"Dan, sayang ada nampak muka abang macam tak kisah ke? Abang kisah tau sayang. Apa masalah sayang? Sayang tahu tak abang sayang telefon tu." kata Irfan lalu meraup wajahnya. Ikmal dan adiknya hanya mampu menggeleng sahaja.
"Sayang takde tanya pun." kata Putri. Irfan hanya mampu pasrah sahaja. Nasib baik isteri kalau tak dah lama dia bunuh biar mampus.
"Abang nak sayang ganti!"
"Eh? Abang banyak duit. Abang belilah baru," balas Putri. Irfan mencebikkan mulutnya.
"Sayang ni. Memang tak sayang abang ke?" soalnya kepada Putri. Putri mengerutkan dahinya. Apa kena mengena pula dengan sayang ni?
"Kau kenapa bangang? Apa kena mengena pula dengan sayang? Aku sepak kang," geram Putri. Irfan tersengih sahaja.
"Takdelah. Gurau je babi."
"Apa? Abang panggil sayang babi?"
"Eh, typo sayang. Maksud abang, abang gurau je baby," balas Irfan cemas. Putri memandangnya seketika sebelum dia mengangguk.
'Alahai, bini aku ni. Garang sungguh. Ni yang makin sayang ni.' desis hati Irfan.
Bแบกn ฤang ฤแปc truyแปn trรชn: AzTruyen.Top