empat puluh enam

Putri Qhaisara dan yang lain duduk pada bahagian ruangan tamu untuk menunggu kedatangan suami masing-masing.

"Lama lagi ke? Dah lama dah kita tunggu dekat sini." rungut Hande malas. Dia berasa bosan.

"Tak tahulah. Mungkin tak lama lagi tu. Sabarlah," balas Merlyn kepada rakannya.

"Akak, akak tak tengok Ikmal dengan bini dia ke?" soal Atilia kepada kakak iparnya. Gadis tu menoleh ke arahnya.

"Akak tunggu yang lain dulu. Kita sama-sama tengok mereka berdua nanti," balas Putri Qhaisara. Kesemua gadis tersebut mengganguk faham.

Selepas beberapa minit, suami mereka sudah sampai di hadapan mereka. Tidak ketinggalan juga Putri Amelia yang sedang berada di sebelah ayahnya.

"Adik!"

Jerit Putri Qhaisara kepada anak perempuannya. Tubuh gadis tersebut terus dipeluk dengan erat. Dia sangat risaukan gadis itu. Kerana jika Amyra sudah menguasai dirinya, tidak mustahil akan terjadi sesuatu kepada dirinya.

"Ada sakit mana-mana tak? Ada luka?" risau Putri Qhaisara. Putri Amelia tergelak kecil lalu menggeleng.

"Takde, ibu. Okey je," balas Putri Amelia dengan senyuman. Ibunya menghembuskan nafas lega lalu turut mengukirkan senyuman.

"Abang. Abang tak apa-apa?" soalnya pula kepada sang suami. Irfan menggeleng. Rakannya yang lain sudah berada di samping isteri masing-masing.

"Abang okey sayang. Jangan risau," balasnya lalu mengucup dahi Putri Qhaisara.

"Ikmal macam mana?" soal Iskandar kepada mereka yang berada disitu.

"Kami belum tengok lagi sebab nak tunggu korang semua," balas Putri Qhaisara.

"Kalau macam tu, jom kita tengok Ikmal dan Walisah." kata Irfan dibalas anggukan dari mereka semua yang berada disitu.

Mereka semua terus menuju ke bilik rawatan dimana Ikmal dan Walisah diletakkan. Pintu bilik dibuka oleh Irfan. Mereka terkejut melihat pasangan tersebut.

"Ehem! Amboii..baru sedar dah buat scene sweet eh dekat sini?" sakat Irfan kepada anak dan menantunya.

Putri Amelia tersenyum gembira melihat abangnya yang sudah sedar. Dia gembira melihat lelaki tersebut bahagia bersama gadis yang bergelar isteri.

"Takdelah, ayah. Korang semua dari mana?" soal Ikmal. Walisah di sebelahnya hanya tersenyum kecil ke arah keluarga Ikmal.

"Ayah dengan yang lain dari bilik bawah tanah uruskan lalang yang buat masalah dekat sini," jawab Irfan. Mereka semua terus masuk ke dalam dan melabuhkan punggung mereka masing-masing.

"Ouh. Yelah," balas Ikmal yang tahu apa yang dimaksudkan oleh ayahnya. Dia tidak melepaskan tangan Walisah walau sekejap.

"Mummy Wal takde datang ke?" soal Walisah mencari kelibat kedua orang tuanya.

"Takde. Kalau diikutkan memang mereka nak datang sini tapi ayah halang sebab hari pun dah lewat," balas Irfan lalu dibalas anggukan dari Walisah.

"Adik. Meh sini dekat abang." kata Ikmal yang semenjak tadi melihat adiknya tersenyum sendiri melihat mereka berdua. Putri Amelia terus mendekati abangnya.

"Kenapa?"

"Adik kenapa asyik senyum je ni? Ada apa-apa ke?" soal Ikmal pelik. Putri Amelia tersengih kambing. Walisah pula tergelak kecil.

"Takde apalah. Adik gembira je sebab abang akhirnya bahagia dengan pasangan abang," balas Putri Amelia jujur. Ikmal mengganguk faham lalu mengusap kepala adiknya dengan lembut.

"Mestilah bahagia. Adik pun salah satu kebahagian abang juga. Adik kan semangat kehidupan abang sejak dulu lagi," balas Ikmal lalu mengucup dahi Putri Amelia. Walisah tersenyum melihat keakraban mereka berdua. Abang angkatnya tidak ada berada di Malaysia dan jarang pulang ke Malaysia. Kedua abang angkat sedang berada di luar negara yang sibuk melanjutkan pelajaran mereka masing-masing.

"Yelah, abang." kata Putri Amelia. Putri Qhaisara tersenyum melihat anak-anaknya. Dia berharap yang kehidupan mereka akan kekal bahagia hingga dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Bแบกn ฤ‘ang ฤ‘แปc truyแป‡n trรชn: AzTruyen.Top