Bab 6
Tok! Tok!
Ketukan pintu kedengaran setelah seorang lelaki berpakian serba hitam masuk ke dalam ruangan pejabat. Topi yang dipakai dicabut lalu dia duduk di depan bosnya. Jemari mengetuk halus meja sambil kaki menyilang.
"Tuan. Ada berita baru."
Aryan menyemak dokumen di atas meja. Mata masih kekal di situ. Tidak pandang pun gerangan yang datang.
"Berita apa?" Soalnya pantas. Pen dicapai lalu sign beberapa dokumen yang telah disemak.
"Aryana dan Hayden ada berjumpa sejak akhir-akhir ni. Macam ada sesuatu je antara mereka."
Terjungkit kening tebal milik Aryan. Tak disangka Hayden berminat dengan Aryana. Sedangkan hati Hayden beku terhadap perempuan lain. Apa yang merasuk Hayden sebenarnya?
Fail ditutup. Dia mula fokus kepada pengintip upahannya. Beberapa gambar dikeluarkan dari sampul berwarna coklat. Semua aktiviti Aryana terpampang pada gambar.
"Ini kawan dia, Sarah... Aryana kerja dengan dia ni. Hayden kerap datang sini dalam dua tiga hari." Terang pengintipnya yang bernama Kirz, berbangsa cina. Berkulit putih dan wajahnya berparut. Lama juga lelaki itu bekerja dengannya. Dia suka cara kerja Kirz yang cekap.
"Yang lelaki ni siapa pulak?" Berkerut dahi Aryan menyoal. Jari telunjuk tertera pada satu gambar, kelihatan seorang lelaki menaiki motorsikal, sedang menunggu Aryana. Apa pula pertalian dengan gadis itu?
"Boyfriend. But, saya syak boyfriend dia ni ada something wrong."
"Oh really? I don't even care. Hapuskan dia segera!" Aryan mengoyakkan kepingan gambar itu lalu dicampak jauh. Bengang. Berani betul dia pasang ramai lelaki. Dasar perempuan murah!
"WEI, Ryana. Kau kerja jelah dengan Hayden tu. Gaji lumayan, kan? Manalah tahu aku boleh tumpang kekayaan kau nanti." Sarah menyenggul lengan Aryana. Muka rungsing kawannya ditatap. Kenapa nak gusar sangat sedangkan rezeki dah berada depan mata? Haish, susah betul nak faham kawannya yang satu ini.
"Mana boleh. Dia tu bawa masalah pada aku. Kyrel dah syak aku curang dengan dia tahu tak! Ish, sakitlah kepala aku. Kenapalah tengkuk tu cari aku sampai ke sini. Aku tak pernah beritahu pasal diri aku kat dia tahu tak. Dia intip aku ke?" Sakit kepala dia melayan kerenah Hayden yang terus-terusan memaksa. Siap ugut bagai. Kenapalah perangai orang kaya macam ni? Harap muka je handsome tetapi perangai hampeh! Siang malam pula tu kacau aku dengan panggilan telefon. Kesudahannya dia block saja. Tapi, rajin pula lelaki segak tu datang mengganggu kat kedai cake milik Sarah. Satu kerja nak melayan dia.
"Kyrel tu pi lantaklah. Biar dia jealous sekalipun. Yang penting kau dapat kerja sana. Sekurangnya kau takdelah susah lagi. Apa lagi kau fikir ni, Ryana? Kerja jelah dengan dia. Pasal aku jangan fikir. Aku boleh cari pekerja lain."
Aryana menggeleng lemah. Tak mahu. Gila kalau dia terima! Lainlah kalau dah terdesak sangat. Itu lain cerita. Dan, hati Kyrel perlu dijaga. Dia resah apabila Kyrel sudah tidak melayani dia seperti dulu. Panggilan jarang diangkat. Kadang langsung tak diangkat. Semua kerana Hayden tak guna tu! Hish, susahkan orang jelah!
"Masalahnya dia nak aku jadi kekasih upahan dia. Gila kan dia tu?"
Sarah terpempan. Dia pandang Aryana dengan tidak percaya. Tak dapat nak hadam. Takkanlah Aryana yang hauk ni hendak dijadikan kekasih upahan? Pelik bin ajaib. Mata Hayden tu ada bermasalah ke? Ya, dia tahu Aryana cantik jelita, tapi perangai cemerkap dia tak boleh dibawak bincang dan fesyen Aryana juga melingkup habis. Tak sesuai jika bergandingan dengan Hayden. Lainlah jika tukar penampilan.
"Biar betul? Hayden tu ada mental ke?"
"Itulah aku pelik. Apalah yang ada pada aku ni sampai dia nak jadikan aku kekasih upahan. Punyalah banyak perempuan kat luar sana tu. Aku jugak dia nak jadikan kekasih upahan dia. Ish, ada masalah mental betul!" Geram. Ditumbuk-tumbuk meja kerana geram yang tak berpenghujung. Terasa nak lari hujung dunia je biar Hayden tak ganggu dia lagi. Tapi nanti berpisah dengan Kyrel. Huwargh, kenapa malang sekali nasib aku?
"Takpelah. Terima je. Mesti dia nak dress up kau. Lepas ni kau meletup lah. Komfirm jadi macam ala-ala uqasha senrose. Jadi rebutan jejaka malaya. Cewah... Biar padan muka Kyrel tu bila kau cantik. Baru dia nak terhegeh balik kat kau."
Aryana diam saja. Dia tak berminat untuk dress up pun. Lantaklah dengan Hayden tu. Lambat laun lelaki berstatus tengku itu mesti hilang dari radar.
DARI jauh seorang lelaki memandang pegun seorang gadis yang sibuk melayan customer. Bosan kerana terlalu lama berdiri, dia bertindak mahu masuk ke dalam. Bunyi dentingan loceng menandakan seseorang memenuhi ruangan kedai itu.
Aryan melangkah masuk dan beratur dibelakang customer tersebut. Masih menunggu reaksi Aryana yang tidak perasan kehadiran dia.
"Hello baby..." Suara husky Aryan menyapa nakal gegendang telinga gadis yang sibuk menulis sesuatu pada sekeping kertas berwarna pink.
Perlahan Aryana angkat wajah. Lelaki di depannya diperhati sedikit lama. Siapa? Siapa lelaki gatal ni? Sesuka hati panggil dia baby? Buang tebiat ke?
"Do you remember me?" Aryan memeluk tubuh. Matanya rakus menikmati wajah gadis rupawan itu. Bulu mata lebat dan panjang melentik. Bibir mungil berwarna merah jambu. Berkulit putih mulus. Sungguh sempurna di matanya. Kenapa hari ni gadis itu kelihatan sangat cantik?
"No... Hm, encik nak order apa?" Aryana gementar. Dia ingat siapa lelaki tersebut. Tengku Aryan. Lelaki yang menengking dan memalukan dia dihadapan ramai orang. Dia baru teringat tatkala terperasankan tahi lalat di tepi mata lelaki itu. Dan juga sepasang mata cukup tajam. Boleh ditafsirkan sebagai pandangan menyinis. Dia tak suka lelaki itu. Ada aura jahat.
"Nevermind. By the way, aku nak order semua cup cakes dalam kedai ni termasuklah kau. How much?"
Gigi dikertap geram. Bengang. Lelaki itu hendak permainkan dia. Sengaja mempamerkan kekayaan yang dia ada. Macamlah dia seorang saja yang kaya di dunia ni?
"If encik nak main-main. Sila cari playground. Sini tempat saya cari rezeki. Tolong keluar." Tegas suara ditekan. Sesekali dia perlu ada pendirian untuk mempertahankan diri. Tengku Aryan yang tidak beradab itu perlu dihalau. Kalaulah ada security di sini kan bagus. Macam mana pula dia nak halau manusia tak betul ni?
Aryan melepaskan tawa. Geli hati kerana kena halau. Dengan beraninya dia menyentuh dagu Aryana. Laju saja gadis cantik itu tepis.
"I want play with you. Here. Can I?"
Terbeliak biji mata Aryana mendengarnya. Semerta bulu roma naik menegak. Ringan saja penampar hinggap ke pipi Aryan. Menggigil dia menarik semula tangannya. Terlanjur melepaskan kemarahan.
"Auch, what is this? Kau siapa nak tampar aku?" Berang kerana ditampar, Aryan memasuki ruangan dalam tempat Aryana berdiri. Dikepung badan kecil molek milik Aryana. Tidak dipeduli penolakan Aryana.
"Lepaskan saya, encik!" Sedaya upaya dia menolak wajah Aryan yang semakin mendekat. Sumpah, ini pertama kali dia sangat dekat dengan lelaki bukan mahram. Kyrel pun tidak pernah buat dia begini! Ya Allah, tolong hambaMu ini.
"Next time, don't touch my face with your dirty hand. Or else I will do something to you. Remember this." Bibirnya mendekati pipi Aryana. Sesaat ciuman dilepaskan membuatkan Aryana terpegun kaku. Aryan tersenyum megah kerana berjaya menyentuh gadis itu. Dia percaya dia yang pertama seberani ini. Dan, dia yakin Aryana akan mengingati peristiwa indah ini dan mahukannya lagi seperti wanita-wanita lain di luar sana.
...
Writer's comment : Villain dah sampai 😂
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top