H-07

Sepanjang perjalanan menuju ke balai, banyak perkara yang menerpa masuk ke dalam mindanya. Mana mungkin wanita tua uzur boleh membunuh dirinya tanpa meninggalkan apa-apa jejak. Tetapi dia berasa was-was dengan kenyataannya sebentar tadi. Kalau dia dibunuh pun tiada apa-apa sebarang kecurigaan. Ia seolah-olah misteri.

"Apa yang kau fikirkan huh? Jauhnya termenung"

Terus dia tersedar dari lamunan kecil. Dipandang wajah Sungjin yang sedang fokus dalam pemanduannya.

"T-tak ada apa-apa"

Sungjin tergelak kecil. Dia cukup kenal dengan perangai rakan sekerjanya itu.

"Oh ya, aku baru dengar tentang kes tu. Benda apa yang buatkan kau rasa nak siasat tentang kes tu?"

Gahyeon sekadar memadang ke luar tingkap kereta. Tengah fikirkan jawapan yang dia ingin beri kepada Sungjin.

Sejujurnya dia pun tidak tahu kenapa dia berfikiran ingin buka semula kes lama itu. Firasat hatinya kuat mengatakan bahawa dia perlu siasat kes itu.

"Bila dah mulakan sesuatu, pernah terfikir tak rasa menyesal bila kita buat separuh jalan? Sebab itulah aku nak habiskan semua ni. Aku perlu cari siapa dia"

Sungjin mendiamkan dirinya sejenak. Betul-betul feeling anak Mo ni. Dia hanya fokus pada pemanduannya sehingga tiba ke destinasi.

"Gumawo" Ucap Gahyeon lalu dia keluar dari perut kereta.

Kakinya melangkah besar memasuki ke ruangan balai. Namun langkah-langkahnya terus terhenti tatkala ketua Lee muncul secara tiba-tiba di hadapannya bersama seorang lelaki yang agak muda darinya.

"Dia baru sahaja diterima masuk ke dalam unit jenayah berat. Maaflah sebab dah ganggu kamu sekarang"

"Annyeonghaseyo! Shim Doyun imnida! Sila beri tunjuk ajar!" Semangat dia berucap sambil tersenyum manis.

"Kamu bolehlah ikut dia"

"K-kenapa saya?" Soal Gahyeon tidak puas hati. Dia merenung dalam anak mata milik ketua Lee.

Ketua Lee sekadar tersenyum kecil sambil menepuk bahu si gadis itu.

"Noona?" Gahyeon kembali memandang lelaki itu. Direnung dari atas sehingga ke bawah.

Jawatan ahli termuda di dalam unit mereka bukan lagi dimiliki oleh Boo Seungkwan kini dimiliki oleh budak lelaki di hadapannya. Shim Doyun.

"Dah, kau ikut aku cepat" Terus gadis itu melangkah diikuti dengan Doyun.

"Kita nak ke mana noona?"

"Kita nak pergi soal siasat saksi kes pembunuhan dan.."

Langkah-langkahnya terus dihentikan. Dia mengalihkan tubuhnya menghadap lelaki muda itu yang kelihatan polos memandang wajah Gahyeon.

"Jangan panggil aku noona. Cukuplah budak Seungkwan yang panggil aku macam tu"

"Habis? Nak panggil apa? Hyung?"

Gahyeon mengeluh. Budak ni lebih teruk nak kawal dari si Seungkwan tu. Nasib anak orang kalau tak dah lama dia sumbat kasutnya ke dalam mulut jejaka itu. Sabar Gahyeon sabar. Senyuman palsu dilempar.

Dia terus menyambung langkahnya yang tergendala. Doyun hanya membontoti gadis di hadapannya. Apabila dilihat, seperti kanak-kanak kecil yang sedang mengikuti ibunya.

"Kenapalah orang-orang pelik yang asyik masuk dalam unit ni"

Gumam Gahyeon sendirian. Memang terdapat banyak orang yang menjengkelkannya di unit ini namun siapa sangka mereka mempunyai kebolehan tersendiri. Macam budak Seungkwan. Nampak sahaja dia macam sajat namun dia cekap buat kerja tau.

Bukan budak tu sahaja. Si Chuljin tu memang nampak normal namun siapa tahu bahawa hari pertama dia bekerja dia pakai selipar jepun. Alasan sebab kasutnya dicuri anjing. Alahai kesian.

"Nae? Noona cakap apa tadi?"

"Aku tak cakap dengan kaulah"

"Tapi saya dengar noona cakap tadi"

Budak ni betul-betul polos ni. Gahyeon hanya mendiamkan dirinya. Malas melayan.


· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·
To Be Continued..

💌 : Thank you so much for reading. See you tomorrow♥♥♥

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top