31. ππππππ πππππππ
BAD GUY
Β©Arleadanial 2019
--Chapter 031--
*
*
*
"TUAN..."
Ada getaran dalam bait bicaranya. Seolah olah kala itu dirinya lagi menahan tangisan.
Sehinggakan dia tak mampu untuk mengangkat mata, menatap wajah milik lelaki itu yang duduk di hadapannya kala ini. Sebaliknya lelaki muda ini cuma merenung ke lantai. Dia lebih selesa dalam keadaan tertunduk merenung ke tanah.
Sesekali kelihatan lelaki muda itu mengetap bibirnya. Dia kunci rapat rapat mulutnya buat sejenak.
Barangkali jikalau dia melanjutkan bicaranya, air matanya pasti bakal tumpah ke cerun pipi. Tapi, ada sesuatu yang perlu dia sampaikan kepada Danial Haesar.
Dan, kerana itu dia menemuinya.
Lelaki yang duduk di hadapannya yang sedari tadi tertunduk sekadar tersenyum tipis. Dia barangkali sudah sedia maklum akan niat Rayne Arzhael menemuinya. Rayne mengeratkan kepalan buku limanya.
Kala itu, suaranya seolah olah tersekat di kerongkong sehingga dirinya tdiak mampu untuk melontarkan bicara. Sehinggalah dia mendengar derapan langkah milik lelaki itu. Ralit telinganya menangkap setiap langkah yang teratur sehingga kelibat Danial Haesar akhirnya muncul di hadapannya.
Tak semena sepasang mata milik Rayne Arzhael perlahan lahan membuntang sebaik dia rasakan rambutnya dielus oleh lelaki itu.
Tindakan lelaki itu mengelus rambutnya bikin hatinya diruntun sebak. Hatinya terasa direntap. Sehingga air matanya juga jatuh membasahi pipi dek tidak lagi tertahan olehnya.
"Maafkan saya sebab saya tiba tiba ambil keputusan ni, Tuan." Rayne tetap gagahkan diri untuk menyambut bait bicara yang sedari tadi tergendala. Rayne Arzhael angkat kelopak matanya sehinggalah mata redup milik pemuda itu menatap wajah Danial Haesar.
"Sebelum saya datang jumpa Tuan, saya dah fikir masak masak. Sampai lah saya rasa yakin dengan keputusan ni." Jemari Danial Haesar turun menepuk bahu anak muda itu. Rayne Arzhael kaget sehingga matanya juga membuntang.
Dek merasa pipinya basah, lelaki muda itu lekas menyekanya.
Sambil sambil matanya mengekori jejak langkah Danial Haesar sehingga langkahan lelaki itu mati di tengah ruangan. Lelaki itu kelihatannya lagi ralit menatap sebuah bingkai lukisan gergasi yang tergantung pada dinding.
Rayne ekori jejak langkah majikannya sehingga langkahnya mati di belakang lelaki itu.
"Apa apa pun keputusan kamu, saya tak mampu untuk halang. Lagipun, keputusan dan pilihan tu ada dekat tangan kamu sendiri. Tapi, kalau satu saat nanti kamu terfikir untuk pulang ke rumah ni, kamu pulang lah. Kamu kembali lah ke sini lagi."
Dari hujung alis mata, Danial Haesar mengerling lelaki muda itu yang kini terdiam tak berkutik. Sepasang mata anak muda itu berkaca kaca seolah dirinya masih belum mahu untuk mengucapkan pamit. Tapi, dia telah berfikir cukup lama sebelum dia ambil keputusan ini.
Lagipula, ini satu satunya peluang untuk dia bersama Sophia, ibunya. Pemergiannya dari rumah ini juga bukan bermaksud dia akan pergi untuk selama lamanya. Jikalau punya waktu terluang, dia boleh datang singgah untuk melawat lelaki ini suatu hari kelak.
Ralit sepasang mata milik Rayne mengamati sekujur tubuh lelaki yang ada di hadapan matanya itu. Sehingga pada matanya terbayang kelibat lelaki itu pada saat kali pertama mereka bertemu dahulu. Kala itu, dirinya masih kecil. Sehinggakan untuk menatap wajah Danial Haesar, kepalanya perlu mendongak ke atas.
Ribuan ucapan terima kasih sekali pun takkan mampu untuk membalas jasa dan budi baik lelaki itu terhadap dirinya. Pada pandangan matanya, Danial Haesar ialah figura seorang bapa yang selama ini dia impikan.
"Terima kasih, Tuan. Selamanya saya akan terhutang budi terhadap Tuan. Saya tak tahu entah bagaimana budi ni akan terbalas. Tapi, selagi saya masih bernyawa, Rayne Arzhael tetap akan terus balas budi Tuan."
*
*
*
SENYUMAN senang hati terlakar pada wajahnya usai daun pintu itu ditutup rapat. Dadanya rasa lapang usai menemui lelaki itu untuk menyatakan hasratnya.
Dari hujung alis mata, dia melihat dua orang figura lelaki muda sudah menunggunya.
Sekuntum senyuman masih tak lekang pada wajah Rayne sehingga bikin Louis dan Adam masing masing terdiam seribu bahasa. Seolah olah pada saat itu, mereka berdua baru pertama kali melihat susuk tubuh bernama Rayne Arzhael ini menguntum senyuman. Senyuman yang terlukis ternyata cukup manis, bukannya tampak menyinis.
Rayne hayun langkahnya sehinggalah pemuda itu akhirnya tampil di hadapan mata dua orang lelaki muda yang masih mematung. Sehinggalah Rayne tepuk bahu lelaki muda di kiri dan kanannya itu. Adam dan Louis masing masing kaget sedang masing masing lagi tekad membisukan diri.
Barangkali tidak tahu hendak melontarkan bicara apa kala itu.
"Terima kasih sebab jadi rakan terbaik aku."
"Mungkin masanya dah tiba untuk kita akhirnya berpisah."
Adam dan Louis yang sedari tadi mematung masing masing mengeratkan kepalan buku lima.
Mereka bukan lah kawan masa kecil atau persahabatan yang terjalin di bangku sekolah. Mereka dipertemukan juga atas dasar tugas oleh Danial Haesar.
Walhal pada awalnya masing masing tidak sekepala. Sehinggakan seorang ke hulu, seorang ke hilir, seorang lagi terkapai kapai tidak pasti.
Danial Haesar juga pernah bingung. Entah perlu melakukan apa untuk menyatukan tiga anak muda ini. Hari bertukar hari, waktu bertukar waktu. Danial Haesar juga lupa bila kali terakhir dia melihat tiga orang anak muda itu bertelagah kerana tidak sependapat. Aturan kehidupan, mereka akhirnya jadi sekawan.
Digelar trio 'Bad Guy' dek masing masing suka bawa imej kononnya ala ala gangster.
Pejam celik pejam celik, waktu untuk perpisahan itu akhirnya tiba. Mungkin masa itu sebenarnya sedang mencemburui mereka. Lagipula, perpisahan ini bukan saja saja. Setelah ini, mereka juga masih bergelar sahabat walaupun tiga sekawan ini tak lagi berkongsi haluan yang sama.
"Jaden Louis,... signed off." Louis angkat fist bump. Adam menguntum senyuman. Dia berbalas pandangan bersama Rayne. Beri isyarat untuk melakukan hal yang sama.
"Adam Dhuha signed off." Adam juga angkat fist bump sehingga buku limanya berlaga dengan buku lima Louis. Rayne sembunyi tawa.
Buat sejenak, lelaki muda itu menggosok matanya. Barangkali malu untuk melakukan hal yang sama. Louis yang melihat telingkah Rayne lekas menepuk lengan lelaki itu sambil dia mencemik. Rayne lekas mengangguk kepala. Takut pula sekiranya Louis sehingga naik angin. Cepat cepat dia angkat fist bump sehingga buku lima tiga sekawan itu menyatu.
"Rayne Arzhael officially signed off." Mendengar bicara itu terbit di bibir Rayne, tawa Louis pecah besar.
Adam juga ikut ketawa.
Sebelum masing masing mendakap Rayne. Tak semena Rayne Arzhael mematung seribu bahasa sebaik tubuhnya diraih oleh dua orang pemuda di kiri dan kanannya itu ke dalam pelukan. Gelak tawa Adam dan Louis masih berlarutan.
Entah apa yang begitu lucu sehingga mereka tak henti bergelak tawa. Rayne menghela nafas panjang. Dia sudah lali akan telingkah Adam dan Louis. Akhirnya, dakapan itu dia balas. Sambil dalam hati dia titip doa.
Semoga satu saat nanti,...
...tiga sekawan ini kembali berkongsi haluan yang sama.
--TBC--
BαΊ‘n Δang Δα»c truyα»n trΓͺn: AzTruyen.Top