29. ππππππ πππππππ
BAD GUY
Β©Arleadanial 2019
--Chapter 029--
*
*
*
SENYUMAN pada wajah Nadine Aira melebar dek senang rasa hatinya.
Sebaik sahaja dia diberitakan bahawa pembedahan itu berjalan lancar, rasa senang di hatinya bukan kepalang. Dia tidak lagi dihimpit rasa khawatir.
Rayne Arzhael yang akhirnya mampu melihat kuntuman senyum pada wajah gadis itu menghela nafas lega.
Barangkali hatinya rasa cukup senang sehingga lekuk kecil di pipinya juga kelihatan. Dan, kala itu adalah kali pertama Rayne melihatnya. Selama ini dia cuma melihat lesung pipit itu dalam kepingan gambar Nadine Aira.
Senyuman itu ialah senyuman tulus yang tersimpul pada wajahnya.
Bukan senyuman yang sengaja direka.
Benar lah selama ini Nadine Aira itu cukup menyayangi ayahnya.
Gadis itu cuma dibelenggu rasa kesal yang selama ini dia pendam.
Entah bagaimana mahu dilepaskan supaya beban yang membebani pundaknya itu akhirnya lepas. Barangkali dirinya juga dalam dilema sehingga tidak pasti mana yang benar, mana yang salah. Tapi, apa apa pun yang berlaku di masa lalunya, Danial Haesar tetap ayahnya.
Dan, dia tetap anak kepada lelaki itu. Kata benci meniti di bibirnya itu pula sekadar bicara yang sengaja dilontarkan. Padahal sedikit pun tak menjelaskan apa isi hatinya.
Sebaliknya gadis itu cuma tahu berpura pura dan menipu dirinya sendiri. Tapi, Rayne Arzhael dapat membaca telingkahnya itu.
Tempoh hari, setelah Aira mendapat berita akan kecelakaan itu, dia melihat gadis itu merasa khawatir sehingga dia tak senang duduk. Dia juga tidak lalu untuk makan.
Sehinggakan gadis itu juga menolak untuk pulang dek dirinya mahu tetap menunggu di situ. Padahal sudah acap kali dipujuk supaya pulang untuk berehat dahulu.
Ralit matanya memerhati telingkah gadis itu yang tak lekang dengan senyuman pada wajahnya sejak tadi.
Sehinggalah dia dikejutkan dengan panggilan telefon. Cepat cepat dia menyeluk saku seluar. Nama yang terpampang pada skrin telefon sedikit sebanyak membuatkan hatinya menyimpan harapan. Usai dia ambil nafas dan menghelanya, panggilan itu dia sambut seraya mengorak langkah beredar dari ruangan itu.
*
*
*
WANITA itu ambil tempat di samping Nadine Aira. Sesekali matanya ralit melirik gadis itu yang terlena.
Dia kemaskan kain yang menyelimuti tubuh gadis itu. Tak semena senyuman tersimpul pada wajahnya.
Buat pertama kali dia melihat Nadine Aira setenang ini. Barangkali tidurnya itu cukup lena sehingga berdengkur halus. Padahal gadis itu terlena dalam keadaan masih duduk di kerusi roda. Tiada sebarang alas tidur sehingga kadang kala kepala gadis itu hampir sahaja terlentok pada dinding.
Barangkali dia mampu untuk terlena setelah mendengar keberhasilan pembedahan ayahnya itu.
Maleena selitkan helaian rambut Aira yang melitupi wajahnya ke belakang cuping telinga. Dia elus kepala gadis itu penuh kasih. Sejujurnya dia cukup merindukan mendiang Maria Louisa.
Tapi, hanya dengan melihat raut wajah gadis ini, rindunya itu sedikit sebanyak mampu terubat. Lagipula raut wajah Nadine Aira saling tak tumpah seperti mendiang ibunya. Dia juga sehinggakan melihat Maria Louisa dalam gadis ini.
"Aira, tak pernah sekali terlintas dekat fikiran saya untuk melukai Maria."
"Apatah lagi terfikir untuk rampas kebahagiaan dia. Maria satu satunya kawan terbaik yang saya pernah ada. Maria, Tuan dan Leo. Mereka ialah kawan yang mustahil untuk saya jumpa lagi dalam kehidupan ni. Bila saya dapat tahu Maria meninggal, saya rasa kehilangan yang tiada ganti. Maria Louisa cuma seorang."
"Dan, sekarang dia dah tiada."
"Aira, seperti apa yang kamu rasakan, saya juga rasakan hal yang sama."
"Apa yang berlaku kepada Maria, saya anggap memang tak adil. Saya setuju, Tuan sebenarnya cuma cemburu buta dan menuduh Maria sembarangan. Sedangkan hubungan antara Leo dan Maria cuma sebatas kawan sejak dari zaman sekolah lagi. Saya tak boleh terima apa yang berlaku kepada Maria sampai saya marah diri sendiri. Kalau lah saya tak perkenalkan Maria kepada Tuan, semua ni takkan jadi."
"Dan, Maria pasti takkan melalui kehidupan seperti ini."
"Tapi, saya silap. Maria Louisa ialah untuk Danial Haesar."
"Selamanya untuk Danial Haesar."
Titis air mata yang tumpah ke cerun pipi diseka dengan jari.
Setiap kali berbicara tentang Maria Louisa, dia pasti akan menumpahkan air mata dek hati yang sarat menanggung rindu. Apatah lagi rindu itu adalah kepada orang yang sudah lama tiada. Rindu yang selamanya tiada penawar. Rindu yang barangkali tidak akan sembuh, sebaliknya semakin hari semakin melarat.
"Aira, saya ada di sini cuma untuk kamu dan Nick Aiden."
"Maria Louisa yang minta saya untuk jaga anak anak dia. Maria Louisa yang minta saya untuk beri anak anak dia kasih seorang ibu. Kononnya, dia tak pernah berkesempatan untuk beri anak anak dia kasih yang mencukupi. Aira, kamu jangan salah faham akan kehadiran saya di sisi kamu, ya?"
Sepasang mata redup wanita itu ralit menatap Nadine Aira. Lama dia menilik wajah anak gadis itu.
Sehinggalah sepasang mata Aira yang tadinya terkatup rapat perlahan lahan kembali tercelik. Gadis itu alih pandangan matanya, menatap wajah wanita di sampingnya itu. Tak semena Maleena tersentak. Dia kaget dek mendapati Nadine Aira mendengar apa yang dia bicarakan.
Padahal Nadine Aira sudah lama memasang telinga. Dia cuma tunggu waktu yang sesuai untuk mencelah.
"Terima kasih sebab beri penjelasan kepada saya. Walaupun saya dah tak perlukan sebarang penjelasan lagi. Saya dah terima hakikat yang semua ni berlaku kerana bersebab. Ibu juga dah maafkan setiap orang. Jadi, untuk apa saya perlu terus berdendam?"
*
*
*
βRAYNE...β
Sayup sayup kedengaran suaranya asyik memanggil nama itu.
Sambil sambil matanya ralit menatap sekeping gambar seorang anak kecil.
Lantaran sekeping gambar itu dibawa ke bibir, dikucup olehnya. Masakan dia tidak merindukan anak kecilnya itu. Anak itu lahir dari rahimnya. Dia menolak kelahiran anak itu sekali pun tidak akan mengubah hakikat yang anak itu anak kandungnya.
"Rayne, anak ibu. Terima kasih sebab teruskan hidup kamu."
"Jadi, betullah Puan ingat siapa saya?"
Tak semena wanita itu bangkit dari duduknya sebaik sahaja dia ditegur oleh suatu suara dari belakang.
Sepasang mata wanita itu terbeliak.
Dia cukup terperanjat melihat kehadiran pemuda itu di sini. Cepat cepat dia mahu lekas beredar dek tidak mahu menemui pemuda itu.
Perlahan lahan kepalanya digeleng. Dia mahu melarikan diri.
Namun, Rayne Arzhael cepat cepat berlari ke hadapan wanita itu. Jemari wanita itu diraih. "Jawab pertanyaan saya. Puan ingat siapa saya? Puan kenal saya, kan?"
Sepasang mata Rayne menatap lama wajah pucat wanita itu yang menolak untuk menyambut lirikan matanya. Wanita itu menggeleng kepala. Dia menafikan pertanyaan Rayne. Rayne menghembus nafas panjang lantas dia duduk berlutut di hadapan wanita itu. Dia tahu wanita itu cuba untuk menipu dirinya. Padahal wanita itu terang terang mengenali akan anaknya ini.
Tak semena wanita itu mematung di tempatnya berdiri tercegat.
Matanya berkaca kaca. Apatah lagi sebaik melihat pemuda itu sehingga berlutut di hadapannya. Pada mata pemuda itu, dia melihat ada takungan air jernih yang bila bila masa sahaja akan tumpah ke pipinya. Rayne Arzhael akhirnya menangis di situ.
Dia mahu mengatakan sesuatu. Dia mahu melanjutkan perbualan.
Namun, hatinya seakan akan direntap dan ditusuk bertalu talu. Kala itu, dadanya rasa cukup sakit. Sehingga dia tidak berdaya lagi untuk melontarkan sebarang bicara.
Sehinggalah wanita itu meraih tubuh pemuda itu ke dalam dakapan.
Rambut Rayne dielus lembut sambil bibirnya terkumat kamit memujuk pemuda itu supaya tidak menangis lagi. Namun, pujukan itu malahan semakin membuatkan tangisan Rayne bertambah lebat dek dirinya yang cukup merindukan belaian kasih daripada wanita ini.
Wanita itu kemudiannya berlutut di hadapan anaknya. Jemarinya menyeka air mata Rayne yang tak putus putus tumpah ke cerun pipinya.
"Saya bukan ibu yang terbaik untuk kamu. Kan lebih baik kalau kamu anggap saya macam tu? Kamu juga tak perlu mengenali saya. Kamu juga boleh anggap yang saya tidak pernah wujud dalam hidup kamu. Tapi, kamu datang juga untuk berjumpa dengan saya. Kenapa, Rayne? Bukan ke orang ni yang hancurkan hidup kamu?"
"Bukan ke orang ni yang dera kamu? Orang ni juga lah yang sanggup buat apa saja pada kamu asal dia rasa puas." Jari telunjuknya mencucuk dadanya sendiri. Wanita itu marah sehingga nada suaranya kedengaran bergetar.
Rayne Arzhael menggeleng kepalanya.
Dia menafikan setiap bicara yang meniti di bibir Sophia, ibunya itu. Dia mahu menyangkal bicara itu sepuas puasnya. Lagipula hal itu sudah lama berlalu. Dan, dia tidak mahu untuk mengenang akan hal itu kembali. Apa yang sudah berlalu, biar lah berlalu.
"Puan tetap ibu saya. Walauapapun yang terjadi, saya tetap anak Puan."
"Jadi, saya mohon. Jangan minta saya untuk bencikan Puan. Jangan minta saya berpura pura untuk tak mengenali Puan. Sebab saya cukup merindukan Puan. Saya cukup rindu kepada ibu saya. Tolong, jangan usir saya lagi.β
βKali ni, biar saya tetap ada di sisi Puan. Selamanya, boleh?"
--TBC--
BαΊ‘n Δang Δα»c truyα»n trΓͺn: AzTruyen.Top