19. ππ€πƒπˆππ„ 𝐀𝐑𝐙𝐇𝐀𝐄𝐋

BAD GUY
Β©Arleadanial 2019

--Chapter 19--

*
*
*


DARI kejauhan, matanya sedari tadi asyik memerhati ke luar ruangan.

Ralit matanya merenung susuk tubuh seorang pemuda yang duduk di luar menunggu akan dirinya. Kelihatan pemuda itu asyik melihat kelibat orang di sekitarnya. Matanya juga kerap mengekori manusia yang lalu lalang melewati dirinya di situ.

Tak semena gadis ini menggeleng kepala dek sudah lali.

Kepalanya jadi pusing. Dia lekas memicit pelipis kepalanya itu. Perwatakan baharu Rayne Arzhael itu memang tidak kena pada matanya. Lagipula dia tidak pernah melihat pemuda itu bertelingkah seperti anak kecil yang belum matang usianya. Jadi, melihat Rayne dengan personaliti seperti ini, dia tak biasa.

Apatah lagi setelah pemuda itu tekad untuk tidak berenggang dengannya.
Kononnya dia perlu mengawasi gadis ini dan perlu berada di sampingnya.
Ah, mengapa perwatakan seperti itu yang perlu ada pada Rayne?

Bagi dirinya, imej seperti itu pada diri seorang Rayne Arzhael sungguh tidak kena!

Jikalau boleh, Nadine Aira lebih suka bermasam muka dengan Rayne.

Perang dingin antara mereka bahkan sudah wujud sejak dahulu lagi. Andai Rayne Arzhael tiba tiba bertelingkah seperti ini, sumpah dia merasa janggal. Rayne Arzhael juga sehingga ada perasaan hormat terhadapnya. Pemuda itu bertelingkah seolah olah gadis ini persis majikannya. Padahal dahulu perasaan hormat Rayne itu cuma untuk Tuan, Danial Haesar.

Benarkah pemuda itu Rayne Arzhael?

Jikalau ya, pemuda itu sebenarnya mahu memperbodohkan dirinya kah?

*
*
*

LOUIS menyiku Adam yang sejak tadi sekadar duduk memerhati.

Adam menjongketkan kening tanda dia ingin tahu maksud di sebalik tindakan Louis sebentar tadi. Louis tidak juga membuka bicara. Dia sebaliknya mengambil tempat kosong di sebelah Adam.

Buat sejenak dia membuang pandang ke tengah ruangan sambil kepalanya disendeng pada kayu snuker. Ralit matanya itu melirik pemuda yang barusan sahaja mengganti giliran untuk memukul bebola warna warni di atas meja.

Dalam satu pukulan, bola biru yang menjadi sasaran masuk ke dalam lubang di pepenjuru meja snuker. Dia kemudiannya terlihat mencari bola kedua sebagai sasaran seterusnya.
Louis mengerutkan dahi. Belenggu kehairanan makin menekan dirinya.
Adam yang seperti dapat membaca apa yang tersirat di sebalik raut wajah itu sekadar menggeleng kepala.

Dia tahu apa yang menjadi kerisauan Louis kala ini. Bahkan, dia juga risau akan hal yang sama.

Tapi, tidak pula disuarakan olehnya tentang itu. Dia lebih suka untuk memendam. Lain pula bagi Louis. Jikalau dirinya itu tidak diberi sebarang penjelasan, mustahil untuk dia duduk tenang.

β€œRayne...” Setelah lama Louis membisukan diri di samping Adam, pemuda itu bingkas bangkit. Dia menerpa ke arah Rayne yang berdiri di hadapan meja snuker.

Adam cuma menjadi pemerhati. Andai Louis sehingga bertingkah gila, baru lah dia akan masuk campur. Rayne tidak memberi perhatian, tapi dia pasang telinga untuk mendengar.

β€œBetul kau ingat siapa aku dan Adam? Betul kau ingat yang kau ni...”

β€œ...Rayne Arzhael?” Adam berkeluh panjang. Dia tampar dahi sendiri dengan kepalan tangan.

Bukan dalam jangkaannya Louis akan bertanya sedemikian kepada Rayne.

β€œAku...”

β€œTapi, kenapa kau tak macam Rayne yang aku kenal?”

Bicara Rayne dicantas. Louis menerpa ke arah Rayne. Wajah pemuda di hadapannya itu dibelek belek sambil jemarinya mencuit pipi Rayne Arzhael.

Dia sekadar mahu kepastian bahawa pemuda di hadapannya ini ialah benar benar Rayne Arzhael. Rayne sekadar mematung, dia tidak berniat untuk melawan seolah olah dia memang sengaja berlengah.
Kala itu, cuma matanya sahaja yang ligat berkerdip dek hairan.

Adam yang melihat tindakan Louis itu lekas menarik tubuh sahabatnya supaya menjauh. Louis sendiri telah mendengar pesanan Dr Caylus.

Mereka tidak boleh memaksa Rayne untuk pulih serta merta. Keadaan yang dialami Rayne sekarang adalah impak dari kecederaan serius itu.
Untuk pulih, Rayne perlukan masa.

β€œLouis, dia ialah Rayne Arzhael.”

β€œSebelum atau selepas kecederaan tu, dia tetap Rayne Arzhael.”

*
*
*


β€œAPA maksud Tuan?!"

"Saya tak setuju."

Sayup sayup kedengaran suara Nick Aiden membantah.

Kemahuan si ayah yang mahu Rayne memperisterikan adiknya itu suatu cadangan yang tidak masuk akal.
Barangkali Danial Haesar ini sudah lupa apa yang telah dilakukan oleh Rayne terhadap Nadine Aira. Entah lelaki ini benar benar lupa atau dia sengaja menjadi buta dan tuli dan menganggap kejadian itu sebagai hal yang boleh dipandang remeh.

Jikalau tidak berlaku hal sebegitu pun Nick Aiden tetap membantah.

Dia tidak dapat menerima keputusan Danial Haesar yang sewenang wenangnya mahu mengatur kehidupan anak gadisnya. Lelaki itu belum lagi lali berbuat sedemikian. Posisinya sebagai ayah masih lelaki ini pergunakan untuk mengongkong hidup Nadine Aira.

Tambahan pula, dia memang tidak sukakan pemuda itu. Jikalau hendak dibandingkan dengan Rayne Arzhael, lebih ramai lagi pemuda yang lebih layak untuk Nadine Aira.

Nadine Aira sedari tadi sekadar jadi pemerhati. Dia cuma memasang telinga di meja perbincangan antara Danial Haesar dan Nick Aiden. Tiada sebarang peluang dan ruang untuk dia mencelah atau berbagi pendapat. Perbincangan itu cuma dimonopoli oleh Nick Aiden dan Danial Haesar yang sedari tadi asyik bertelagah.

β€œSaya juga tak setuju, Tuan.”

Sehinggalah suara itu kedengaran dari bukaan pintu. Seorang pemuda menerpa masuk. Barangkali perbincangan ini sudah sampai ke telinganya. Sehinggakan dia akhirnya mengambil kata putus untuk tekad mencelah perbincangan itu.

Nadine Aira makin naik pusing. Gadis itu picit pelipis dahi yang berdenyut. Dengan kehadiran pemuda itu di sini, maknanya perbincangan ini bakal berlanjutan entah sampai bila.

β€œTuan, saya yang tembak anak Tuan sampai dia lumpuh.”

β€œTuan tak mungkin nak lihat orang macam saya ni bernikah dengan anak Tuan.” Rayne Arzhael lekas menyuarakan isi hatinya. Danial Haesar membisu. Dia mendiamkan diri sebaik sahaja bicara itu terjeda. Nick Aiden menghentak kasar telapak tangannya ke atas meja. Jari telunjuknya menuding ke arah Rayne yang menunduk.

β€œBagus, sebab kau sendiri yang mengaku.”

β€œBiar Tuan Danial Haesar ingat balik apa yang dia lupa tentang kau.”

β€œKalau Tuan betul sayang anak dia, takkan dia nak tengok anak dia hidup merana dengan orang yang pernah hancurkan hidup anak dia. Sampai anak dia ni rasa putus asa sebab dia anggap hidup dia dah tak bermakna. Sebab orang macam kau ni lah!”
Tempik Nick Aiden. Amarah yang dia tahan selama ini terhambur di situ.

β€œTuan, Abang Nick...”

Nadine Aira akhirnya bersuara. Dia mahu meredakan keadaan. Nick kembali menghenyak punggung ke kerusi. Tubuhnya disandarkan. Dia mahu amarahnya mereda. Atau, buku limanya akan melayang ke wajah pemuda itu yang kononnya suci. Tapi, dia simpan dahulu amarah itu. Dia tidak mahu membazir tenaga.

Nadine Aira ambil nafas panjang. Dia hela nafasnya selang kemudian.
β€œSaya belum pernah berfikir untuk berkahwin. Tapi, kalau Tuan berfikir yang saya dah cukup dewasa untuk berkahwin, saya ikut pandangan Tuan.”

β€œTapi, dengan keadaan saya yang sekarang, tiada sesiapa yang sudi untuk terima saya sebagai isteri. Saya cacat, Tuan.” Aira meramas jemarinya. Dia tunduk.

Nick Aiden yang mendengar bait kata adiknya itu nyaris naik suara.

β€œCacat? Kau cuma cedera, Aira. Dan, kau akan sembuh seperti sedia kala.”

β€œUntuk pilihan Tuan memang aku tak setuju. Tapi, kalau Tuan memang nak anak dia berkahwin, aku boleh cari orang yang sesuai. Sesiapa pun boleh!”

β€œAsalkan bukan Rayne Arzhael.”


--TBC--

BαΊ‘n Δ‘ang đọc truyện trΓͺn: AzTruyen.Top