23. ππππππ πππππππ
BAD GUY
Β©Arleadanial 2019
--Chapter 023--
*
*
*
PPANG!
Tubuhnya nyaris tersungkur ke lantai sebaik telapak tangan lelaki itu hinggap ke pipinya. Tak semena mata Nick Aiden membeliak.
Dia cukup kaget. Apatah lagi setelah dia rasakan cecair hangat mengalir dari bibirnya yang pecah. Darahnya tumpah dari belahan mulut, membasahi dagunya. Dia memang menjangkakan tamparan itu. Tapi, dia tidak pernah tahu pula tamparan dari seorang ayah itu sesakit ini.
Nick Aiden mengesat darah di bibir dengan jarinya. Matanya yang menakung air jernih menatap wajah lelaki itu yang terlihat bengis. Buku limanya dikepal. Dia tebak, genggaman itu cukup erat sehingga timbul urat di lengan kekar lelaki itu.
Lelaki itu masih menahan amarah. Amarahnya belum lagi terlampias sepenuhnya dek ragu.
"Kenapa Tuan tahan amarah tu?"
"Kalau Tuan betul marahkan saya, Tuan pukul lah saya."
Tempiknya sambil menampar pipi yang merah berulang kali. Matanya masih mencerlung tajam menatap Danial Haesar. Dia tahu lelaki itu cukup berang akan dirinya. Jadi, mengapa perlu menyimpan amarah itu? Mengapa tidak dilampiaskan sahaja kepada Nick Aiden yang sudah ada di hadapan matanya kala ini?
"Kalau Tuan nak tahu, saya bencikan Tuan. Sebab Tuan, ibu saya sendiri bencikan saya. Dia jijik untuk tatap wajah anak dia sendiri sebab Tuan. Sebab tuduhan melulu tanpa bukti Tuan terhadap ibu. Tuan rampas ibu saya. Tuan ambil dia daripada saya. Kenapa? I don't understand you, sir. Probably, I'll never understand you."
"Kalau betul Tuan bencikan saya ni, Tuan tak perlu pisahkan saya daripada ibu." Nick Aiden menuding dirinya sendiri. Jari telunjuknya mencucuk cucuk dadanya sendiri. Buat sejenak dia ambil nafas. Bait bicaranya terjeda sebentar.
"Sekarang, semuanya dah terlambat. Ibu saya dah tiada."
"Tuan anggap anak yang dia kandung bukan anak Tuan atau Tuan tuduh dia bermain kayu tiga sekali pun takkan mengubah hakikat yang Maria Louisa telah melahirkan saya.β
βDia ialah ibu saya. Dia tetap akan menjadi ibu saya. Dan, selamanya, Tuan tak boleh ubah hakikat yang Maria Louisa, isteri Tuan tu ialah ibu saya."Air mata yang sedari tadi bertakung akhirnya tumpah ke pipi.
Tak semena dia mengetap bibir dek rasa ngilu pada wajahnya.
Danial Haesar kekal mendiamkan diri. Buku limanya masih dikepal.
Nafasnya menderu berat. Dihela panjang melepaskan apa yang membebani dadanya kala itu. Lantas kelibatnya terlihat beredar.
Nick Aiden akhirnya ditinggalkan bersendirian di ruangan itu. Tak semena Nick mendengus. Sikap Danial Haesar yang membisu bikin hatinya rasa cukup sakit.
Kebenaran di sebalik rasa sangsi itu sudah lama dia ketahui.
Kebenaran itu juga sudah dia akui.
Sekarang, giliran Danial Haesar untuk mencari kata putus. Jikalau benar lelaki itu masih tertanya tanya, pasti dia cuba merungkai untuk dapat tahu hal yang sebenarnya. Bukannya masih menuding jari dengan tuduhan yang tidak berasas dan tanpa bukti.
*
*
*
RAYNE Arzhael duduk memerhati di bangku. Sedari tadi, pemuda itu kelihatan seperti tidak senang duduk.
Sesekali dia bangkit dari duduknya.
Sesekali dia duduk sambil menggigit kukunya pula dek khawatir. Pemuda ini takut sekiranya Nadine Aira yang mulai belajar berjalan semula dengan bergantung hanya kepada palang besi itu sehingga jatuh atau hilang keseimbangan. Matanya juga kerap memerhati pegawai terapi yang sekadar mengawasi di tepi.
Sedikit pun tidak terlihat seolah olah sedang berjaga jaga. Sebaliknya pegawai itu sibuk mencatat sesuatu.
Sehinggakan matanya kurang fokus akan pasien di hadapan mata. Tak semena Rayne Arzhael merengus. Dia tidak puas hati.
Asyik pemuda ini memerhati sesi itu sehinggalah dia rasakan kakinya didakap oleh seorang wanita. Pemuda itu tersentak.
Tak semena tubuhnya menggeletar dek terperanjat. Matanya membuntang, apatah lagi sebaik dia menatap wajah wanita itu. Wanita itu menangis merintih di kakinya.
Rayne sedikit panik sehingga lidahnya jadi kelu. Dia tidak mampu bersuara.
Sehinggalah seorang pegawai wanita mendatangi dirinya lantas mengucapkan maaf atas perbuatan wanita yang merangkap pasien itu.
Rayne Arzhael sekadar mengangguk. Matanya kemudian menghantar pemergian pegawai itu membawa wanita itu pergi meninggalkan dia dia tempat menunggu. Rayne terduduk.
Nafasnya mengah. Dia tarik hembus nafas bagi menstabilkan pernafasan.
Raut wajah wanita itu masih jelas terlakar di mindanya.
Walhal acap kali dia mencuba untuk melenyapkan raut wajah itu.
Rayne menekup telinga. Bunyi bising menampar nampar telinganya. Dia cuba untuk menepis bunyi itu namun dia tidak berdaya. Matanya berpinar. Kepalanya pusing. Dia cuba untuk tetap tenang namun tubuhnya terlihat rebah ke lantai sebaik sahaja penglihatannya berubah gelap.
Pemuda itu pitam. Dia pengsan.
*
*
*
DAUN pintu ditolak luas lantaran dia lekas menerobos masuk.
Langkahannya dibuntuti oleh Adam.
Buat sejenak, pemuda itu mengambil nafas dalam keadaan membongkok sambil mencengkam kedua dua belah lututnya. Dia mahu menstabilkan nafas yang terhela termengah mengah. Kala itu, hendak berbicara juga nafasnya putus putus.
"Rayne..." Dalam nafas berat, Louis memanggil sepotong nama itu.
Dia menerpa ke arah katil. Besi katil dicengkam sambil tangan dicekak pada pinggang.
"Sejak dua menjak ni, kau asyik buat aku tak cukup nafas. Luruh jantung aku ni kau tahu tak bila dengar kau masuk hospital sebab tiba tiba pitam. Kalau terus macam ni, silap hari bulan aku ke dalam enam kaki." Dia kesat peluh yang menitik di dahi.
Adam yang berdiri di sampingnya sekadar memasang telinga.
Rayne Arzhael mengeluh panjang. Dia sudah lali dengan sikap Louis.
Muka sahaja ditayang tampak ganas dengan berbaju kemeja lengan pendek yang memperlihatkan tatu di lengannya. Tapi, sebenarnya berhati bapa bapa. Suka berleter seolah olah dia sedang memarahi si anak yang keras kepala. Adam menggaru kepala yang tidak gatal. Dia henyak punggung di kerusi, di sebelah katil.
"Kau tak apa apa? Doktor kata apa?"
"Aku okey. Sebab penat kut."
Jelasnya pendek. Adam menyambut dengan anggukan faham. Louis pula sebaliknya. Pemuda itu ralit melirik wajah Rayne. Dia seolah olah dapat menghidu yang Rayne sebenarnya sedang menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan mereka. Hal itu pasti bersangkutan dengan kejadian dia pitam di tempat rehab Nadine Aira siang tadi.
"Kau ada sembunyikan apa apa?"
Tak semena Rayne tersentak. Louis yang melihat reaksi yang terpamer pada wajah Rayne tersenyum menang. Itu tandanya tekaannya tidak meleset. Rayne Arzhael benar benar menyembunyikan sesuatu daripada dia dan Adam.
"Aku tahu ada yang tak kena." Louis menyilang lengannya di dada. Lantaran dia sandar tubuhnya pada dinding. Rayne Arzhael diam sejenak. Pemuda itu masih mahu berfikir dua kali. Dia tidak pasti sama ada dia mahu berkongsi tentang itu ataupun tidak. Tapi, mereka mengenali satu sama lain sudah cukup lama.
Masing masing percaya antara satu sama lain. Jadi, tidak mengapa bukan sekiranya dia tekad menyuarakan hal ini? Sekurang kurangnya masalah yang membebani pundaknya setelah sekian lama mampu dilepaskan.
Lama pemuda itu membisu sebelum dia tekad membuka bicara.
"Aku jumpa ibu aku dekat pusat rehab tu."
"Aku mungkin juga silap sebab lama tak melihat wajah ibu. Boleh jadi aku tersilap orang. Tapi, sebagai anak, aku tak mungkin lupa wajah ibu aku sendiri. Sebab tu aku yakin yang aku jumpa dia dekat sana." Adam dan Louis berbalas pandangan sebelum kembali menatap wajah Rayne.
"Kau jumpa dia dekat pusat rehab tu? Dia ingat kau? Maksud aku, dia kenal kau siapa?" Louis bertanya.
"Aku tak pasti." Perlahan lahan Rayne menggeleng kepala. Dia juga tidak tahu tentang itu. Entah wanita itu masih mengingati dirinya atau tidak. Boleh jadi wanita itu sudah melupakan bahawa dirinya pernah mempunyai seorang anak.
Rayne berkeluh, kedengaran berat.
Puluhan tahun sudah berlalu.
Wanita itu mungkin sudah melupai anak ini. Bahkan sebelum anak ini lahir lagi, wanita itu sudah tidak menerima anak dalam kandungannya. Dia tidak mahu anak itu lahir dari rahimnya. Sehinggakan dia mencuba untuk membunuh anak dalam kandungannya itu kerana rasa benci wanita itu terhadap anaknya.
Jikalau sebelum lahir lagi dia sudah dibenci oleh ibu kandung sendiri, apatah lagi sekarang? Lagipula si ibu tekad menjual dirinya dan mengatakan dengan jelas bahawa dia bukan lagi urusan wanita itu. Apa apa pun yang berlaku kepada anak ini, dia anggap wanita itu tidak lagi peduli.
--TBC--
BαΊ‘n Δang Δα»c truyα»n trΓͺn: AzTruyen.Top