1. ππππππ πππππππ
BAD GUY
Β© Arleadanial 2019
--Chapter 01--
*
*
*
SAYUP kedengaran suara esak tangis seorang gadis muda di pusara.
Walhal acap kali dia dipujuk untuk pulang, gadis kecil itu tetap berdegil tidak mahu.
Sebaliknya, dia berkeras untuk tinggal di situ sebentar. Titis hujan yang semakin lama semakin lebat membasahi dirinya kala itu juga sedikit pun tak diambil peduli. Tak semena orang di sekitarnya yang memujuk sedari tadi kini jelak.
Akhirnya, gadis itu ditinggalkan di situ bersendirian sebaik seorang demi seorang mulai beredar.
Sehinggalah dia mendengar bunyi derap langkah yang perlahan lahan mendekati. Dia angkat mata yang sembap. Matanya kini jatuh melirik seorang lelaki dewasa di hadapan mata, dipayungi supaya tiada setitis hujan pun membasahi dirinya itu.
Melihat raut wajah lelaki itu, hatinya merasa cukup kesal. Seolah olah ada sesuatu yang sedang meniup bara dalam hatinya yang bikin amarahnya perlahan meluap. Cepat cepat gadis itu bangkit lantas sepasang jemarinya menerkam leher lelaki itu. Tindakan gadis itu yang mencuba untuk mencekik leher lelaki ini mendapat reaksi balas pengawal yang tadinya sekadar berdiri memayungi si Tuan.
Tubuhnya ditarik supaya menjauhi lelaki itu. Dek kudratnya yang melemah kerana lelah menangis, dia tidak mampu melawan. Cengkaman eratnya pada leher lelaki itu akhirnya terlepas. Dia kembali tersungkur, terduduk tak berdaya di atas tanah.
βKalau Tuan datang ke sini semata mata nak menjenguk pusara ibu, lupakan saja niat tu. Tuan tak perlu nak berpura pura ambil berat pasal ibu. Sedangkan masa ibu sakit pun, Tuan tiada di sisi dia. Sekali pun, Tuan tak pernah ada untuk ibu!β
Bait bicaranya tenggelam timbul dalam esak tangisannya yang lebat. Matanya cuma melirik tanah dalam lebatnya hujan. Sekali pun dia tidak menatap wajah lelaki itu dek hatinya yang dibelenggu rasa benci.
βDia berhenti menangis, bawa dia balik. Aku pergi dulu.β
Suara lelaki itu menampar telinganya. Dari ekor mata, dia melihat lelaki itu mengatur langkah beredar pergi.
βSaya tak nak balik ke rumah tu lagi!β Nada suaranya naik seoktaf.
Namun, sedikit pun bicara itu tidak diambil endah oleh lelaki yang barusan pergi. Berpaling walhal sekilas juga tidak. Barangkali dia tidak memerlukan sebarang respons. Apa yang meniti di bibirnya satu arahan, bukan lah satu pertanyaan.
Tak semena gadis itu mendengus. Dia kepal buku limanya lantas dihayun ke tanah bertalu talu melampiaskan amarah yang menyesakkan dadanya. Puas dia berbuat sedemikian, gadis itu menangis lagi. Air matanya tumpah lagi untuk kesekian kalinya.
*
*
*
DAUN pintu dikuak seluas luasnya sehingga terhempas mengena dinding. Dari bukaan pintu, ruangan kamar itu terlihat cukup berantakan.
Bantal yang dicarik carik bertaburan isinya di atas lantai dengan gumpalan kertas yang dikeronyokkan. Pada setiap dinding kamar, ada contengan yang tak mampu ditafsir.
Gadis itu duduk berpeluk tubuh di pepenjuru bilik. Sedikit pun dia tak ambil peduli dengan kehadiran dua orang pemuda yang barusan menerpa masuk ke ruangan kamarnya. Apatah lagi mengangkat kepala untuk mengenal pasti siapa yang tiba tiba menjenguk dirinya dalam ruangan itu.
Sehinggalah dia rasakan lengannya disambar, tubuhnya kemudian diheret keluar dari bilik itu. Tak semena gadis itu meronta ronta mahu melepaskan diri. Namun, kudratnya tak setanding untuk melawan kudrat dua orang pemuda bertubuh tegap di kiri dan kanannya.
βLepaskan aku!β Walhal dia berkeras meminta dilepaskan sekali pun, tapi permintaan itu sedikit pun tak diendahkan.
Atau, dua orang pemuda ini masing masing tuli dan bisu sehingga bicaranya itu dibiarkan sahaja bak angin lalu. Dari ekor mata, dia melihat sekujur tubuh lelaki itu yang berdiri tercegat di muka pintu seolah olah menghantar pemergiannya.
Selang kemudian, kelibat lelaki itu tak lagi terlihat oleh matanya.
Terkumat kamit bibir gadis itu menyumpah seranah memarahi lelaki itu. Bapa seperti apa lelaki itu sehingga tergamak memperlakukan dirinya seperti ini? Untuk apa lagi kali ini? Atau, lelaki itu mahu mengusirnya keluar dari rumah dek matanya itu rasa sakit melihat anaknya seperti ini?
Begitu?
Sehinggalah dia dibawa ke hadapan sebuah kereta yang terparkir di perkarangan rumah. Seorang pemuda di kanannya lekas membuka pintu lantaran dia dipaksa masuk.
Mahu ataupun tidak, dia terpaksa menurut. Jikalau benar lelaki itu telah mengusir dirinya, untuk apa lagi dia mahu tetap berada di kediaman ini, bukan? Mungkin, setelah ini dia ada peluang untuk melarikan diri.
Sebaik kelibatnya masuk ke dalam perut kereta, pintu itu lekas dikunci. Dia mendengus. Barangkali orang orang ini sudah dapat membaca niat yang barusan sahaja terlintas di fikirannya.
Sedang dia asyik melayan fikiran yang memberat minda, bauan menthol menjamu hidungnya. Tak semena dia lekas melarikan pandangan mata sehingga lirikan matanya itu jatuh ke wajah milik seorang lelaki muda yang sedari tadi duduk di sampingnya.
Perlahan lahan matanya membuntang sebaik dia rasa yakin akan tebakannya terhadap gerangan lelaki muda di hadapan matanya itu. Jikalau tidak silap, lelaki muda ini...
βI guess you did remember me. Thatβs good then. Tak perlu lah aku nak bazir masa untuk perkenalkan diri, kan?β
βSo, Young Miss, for your information, from now on, youβll live with me and I was told to keep you safe. And all you need to do is stay where you are quietly without even bother to run away. Because unfortunately you canβt and Iβm sorry in advance. Oh, and one more thing, I obviously canβt provide you a good live.β
βSo, as long as our Young Miss is breathing well,..."
"I think thatβs enough for both of us.β
--TBC--
BαΊ‘n Δang Δα»c truyα»n trΓͺn: AzTruyen.Top