열 다섯 ; 15

"Allahuakhbar Allahuakhbar Allahuakhbar... Lailahaillahuwallahuakhbar..."

Laungan takbir raya kedengaran kuat dari masjid terdekat. Pada masa yang sama, ahli-ahli Bangtan sudahpun siap membersihkan diri dan mengenakan baju Melayu di tubuh mereka

HANDSOME TERUKS, GAIS! TAK TIPU!

"Macam mana nak masukkan butang baju ni? Payah bebenor, ergh!" Keluh Jungkook. Dari tadi lagi dia asyik mengeluh kerana tidak dapat memasukan butang baju Melayunya dengan betul.

"Sini aku buatkan, aku kan pernah pakai..." Ujar Taehyung sambil mara ke arah Jungkook yang sudah menghentakkan kakinya kerana sudah fade up dengan butang baju Melayu itu.

Korang tahu kan, ada ARMY bagi baju Melayu dekat Taehyung. And, dia pakai masa perform lagu Fake Love?

Kalau tak tahu, pergi search sebelum aku tembak sorang-sorang. Jsjsjsj gurau!

"ANAK-ANAK SEOKJIN SEKALIAN, MEH KELUAR MAKAN MEH! LAMBAT, BYEBYE!!" Panggil Seokjin dengan suara lantangnya.

Apa lagi, ahli Bangtan yang lain terus keluar dari bilik seperti anak ayam keluar dari reban saya gayanya. Yang si Jungkook ni, samping entah jadi apa tak fikir apa dah. Yang dia tahu, dia nak makan. Samping ke songkok ke, ke tepikan dulu.

"Mana Makcik Kiah?" Soal Yoongi yang muka menyisingkan lengan baju Melayunya itu.

Yang lain sekadar mengangkat bahu.

"Hmm... Kejap, aku nak pergi check dekat bi—"

"Ehh korang senyap kejap! SHH SHHH!" Sampuk Jimin secara tiba-tiba.

"Apa benda—"

"SHHHH! DIAM!"

"Merecikss hawau air liur kau!! Puii!"

Suasana di situ mulai sunyi selepas disuruh Jimin. Mereka terdengar bunyi esakan yang datang dari bilik Makcik Kiah. Terus berkerut dahi mereka semua. Siapa pulak dah menangis ni?

"Psst, jom. Pergi tengok dekat bilik Makcik Kiah tu..." Ajak Hoseok yang sudah pun bangun dari duduknya.

Yang lain hanya mengekori walaupun hakikatnya Jungkook tidak mahu mengikuti mereka. Dia mahu makan. Masam mencuka habis wajahnya sekarang ini.

Kesemua ahli Bangtan menghendap disebalik pintu bilik Makcik Kiah yang terbuka sedikit. Kelihatan Makcik Kiah memegang satu bingkai gambar, sebelah tangannya lagi memegang tisu untuk mengelap air matanya.

Makcik Kiah menangis? Ya, tepat sekali!



Tok! Tok! Tok!



"Makcik Kiah..." Panggil Taehyung perlahan.

Cepat-cepat Makcik Kiah meletakkan bingkai gambar itu di atas katilnya. Air katanya segera dilap dan tersenyum manis ke arah mereka bertujuh yang sudah menolak pintu bilik Makcik Kiah seluas-luasnya.

"Ya, kenapa?" Soal Makcik Kiah.

Mereka masuk ke dalam bilik Makcik Kiah itu. Namjoon dan Seokjin duduk di birai katil manakala yang lain hanya berdiri memandang Makcik Kiah. Wajahnya memerah.

"Makcik rindu orang dalam gambar ni eh?" Bingkai gambar yang berada di atas katil itu, Namjoon capai. Dibeleknya manusia yang berada di dalam gambar itu.

"Uish, siapa tu? Kenapa dia macam gelap sikit dari Makcik Kiah?" Kalut Jungkook merampas bingkai gambar itu dari tangan Namjoon.

"Itu... Anak Makcik Kiah. Hiks... Dia tak balik raya, makcik rindu dia... Hiks..." Makcik Kiah kembali menangis apabila selesai menghabiskan ayatnya itu.

Seokjin dan Namjoon sudah gelabah. Cepat-cepat mereka cuba menenangkan Makcik Kiah yang emosional pada pagi ini.

"Mamat ni bukan artis ke?" Soal Yoongi.

"Artis? Serious la?!"

"Yup! Nama dia... Sya... Syafiq... Jap, apa eh? Hah! SYAFIQ KYLE KAN MAKCIK KIAH?!"

Makcik Kiah mengangguk. Semua ahli Bangtan memfokuskan pandangan ke arah Yoongi yang sudah tersenyum bangga.

"Sejak bila kau kenal artis Malaysia ni?"

"Yoongi kena sampuk lagi ni aku rasa."

"Ewahh, Mira Filzah dia kenal ke tak?"

"HOI, DAH DAH! Tak payah tahu mana aku tahu siapa Syafiq Kyle tu. By the way kan Makcik Kiah, janganlah sedih... Dia mungkin sibuk tu. Biasalah, artis. Macam kami jugak, nak jumpa parents kami pun susah sebab jadual padat. Makcik Kiah jangan sedih-sedih ya? Kami kan ada..." Pujuk Yoongi lembut.

YOONGI BERUBAH 360° LAGI GAIS!! BUNUH JE LA AUTHOR!

Makcik Kiah mengangguk. Diseka air matanya dengan tisu yang sudah basah dengan air matanya itu tadi.

"Haa dah! Stop berdrama, Kook nak pergi makan dulu. Bye!" Laju saja Jungkook berlari keluar dari bilik Makcik Kiah.

"Tak menyabar betul si arnab ni..." Kepala Seokjin tergeleng-geleng dengan perangai Jungkook itu.

Mereka semua pun keluar dari bilik Makcik Kiah dan menuju ke arah meja makan. Tetapi tidak bagi Makcik Kiah. Dia menuju ke ambang pintu apabila seseorang memberi salam. Yang lain hanya memerhati dan menunggu siapakah gerangan yang memberi salam itu. Kecuali Jungkook.

Jangan Maimunah yang datang sudahlah. Mau lari tak cukup tanah Taehyung dibuatnya HAHAHAHHAJSJSJS!

"Ya Allah! Balik pun budak bertuah ni eyy! Tak baik buat mak menangis!" Ujar Makcik Kiah. Terus dipeluk tubuh anak terunanya yang seorang itu.

"Hehehe... Orang nak buat surprise la, mak ni." Ujar Syafiq sambil tersenyum.

Terjerit kecil dia dibuatnya apabila Makcik Kiah mencubit-cubit pinggang nya. Berkerut dahi Makcik Kiah apabila terpandang je arah seseorang yang berbadan gempal sedang menghampiri Makcik Kiah dan Syafiq Kyle.

"Kawan Fiq ke?"

"Eh, tak. Ni—"

"BWO?!?! BANG PD?!?!" Jerit ketujuh-tujuh orang manusia yang berada di meja makan itu.

Bang PD hanya tersenyum.












- TBC -

NAK HABIS DAH OH YEAHHH!! 1 more chapter! 😍😍

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top