열셋 ; 13
Jimin menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Wajahnya seperti tidak rela sahaja apabila Maimunah tidak henti-henti mengajaknya karaoke bersama di pondok bawah pokok rambutan itu. Yang lain sudah ketawa berdekah-dekah melihat yang sudah panas punggung itu.
"Alaaa oppa ni. Jom la nyanyi lagu Promise ni, suara oppa kan sedap?" Ajak Maimunah sambil sudah siap sedia earphone yang disumbat pada telinga kanannya.
"Err... Kan dah dua lagu kita nyanyi tadi?"
"Alaaa, jom laa jom laa."
Jimin meraupkan wajahnya. Dia terpandang ke arah Taehyung yang sedang mentertawakannya. Terus saja ada mentol yang menyala di atas kepalanya.
"Kejap eh—"
Jimin memakai seliparnya lalu dia menuju ke arah Taehyung. "Tae, kau pernah cakap kau tak sabar nak try awek
Malaysia kan?"
Semua yang berada di situ terus memandang ke arah Taehyung.
Seokjin memetik jarinya. "Haah la. Kau jangan buat-buat lupa eh, Taehyung. Hyung pernah dengar kau kemain lagi tak sabar nak ngorat awek Malaysia masa dalam flight haritu."
"Ehh? Aku ada cakap eh?"
"Sudahlah kau, tak payah nak buat-buat lupa. Aku hempuk kau pakai selipar ni kang!" Ujar Jimin sambil menjeling ke arah Taehyung yang sengaja mengalihkan pandangannya ke arah lain.
"Pergilah tackle Maimunah tu. Kesian aku tengok Jimin tu." Ujar Jungkook yang ralit bermain dengan rambut Hoseok.
Jimin menarik-narik tangan Taehyung. Tubuh lelaki itu sengaja dikeraskan. Apa, tak cantik ke si Maimunah tu? Pfft—
"Jimin oppa... Kenapa lama sangat?"
Terkejut beruk Jimin dibuatnya apabila satu suara menyentakkannya. Ha sudah! Dia memang tidak mahu diganggu oleh Maimunah yang memang tergilakannya itu. Memang taklah! MUKA MACAM NAMJOON HYUNG, ADUMAK!
Yoongi tersenyum senget. Cepat-cepat dia mara ke arah Jimin dan Taehyung.
"Hai cik adik. Ni hah, Taehyung cakap dia nak tackle kau. Ambik je la dia eh?" Terus saja tubuh Taehyung ditolak Yoongi.
Taehyung pula sudah tayang wajah terkejut kalah babunnya itu.
"Serious?! Aahh, Jimin oppa tak dapat... TAEHYUNG OPPA PUN BOLEH LA! HEHE! Jom jom, kita duduk dekat pondok tu!" Teruja saja Maimunah sambil menarik-narik tangan Taehyung agak mengekori langkahnya.
"DUA KALI LIMA, LIMA KALI KHINZIR KORANG NI EYY!!" Sempat Taehyung menjerit sebelum diheret oleh Maimunah.
Yang lain apa lagi? Berdekah ketawakan mamat alien itu. Apalah nasib, haih.
.
.
🐒🐒🐒
.
.
"Jungkook! Cepatlah, ada tak?" Bisik Jimin perlahan. Taehyung yang berada di ambang pintu memandang ke kiri ke kanan macam nak lintas jalan. Line clear!
"Sabarlah! Dah, jom. Nasib baik Makcik Kiah ada banyak telekung." Jungkook menyerahkan telekunf kepada Jimin dan Taehyung.
Berdesup mereka bertiga keluar dari rumah. Hyung-hyung mereka pula sedang berehat di bilik. Makcik Kiah, hari ini dia berbuka di masjid. Jadi, ada saja yang ingin dibuat oleh tiga ekor tenuk ni.
Hari ini, idea nakal Jungkook punya pasal. Mereka bertiga akan menakutkan orang-orang kampung yang ingin pergi ke masjid. Jahat betul punya perangai nak takutkan orang. Sampai menceroboh bilik Makcik Kiah tadi semata-mata nak ambil telekung.
"Weyh, macam mana nak pakai ni?" Soal Taehyung apabila dia memusingkan telekung itu beberapa kali. Pelik dengan reka bentuknya.
"Haihh, itu la kau. Lain kali, tengok cerita hantu Melayu. Sini, aku tunjukkan." Jimin terus merampas telekung yang dipegang Taehyung itu sebentar tadi.
Setelah ketiga-tiga manusia itu memakai telekung dan mencalitkan bedak talkum pada wajah masing-masing, mereka mula mengambil tempat di laluan untuk ke masjid itu. Mestilah dekat pokok. Jungkook paling rare, sampai panjat pokok. Nanti dia nak terjun. Jangan risau, pokok redang je.
Tak patah kaki la kalau terjun dan mendarat dengan elok.
"BARGGHHH! HIHIHIHI—" Jimin berdiri di hadapan seorang pakcik yang kebetulan lalu di situ tepat pada waktunya.
Pakcik tersebut sudah melarikan diri sebaik saja dia perasan akan kewujudan Jimin di hadapannya. Hampir terjatuh sejadah yang dibawa pakcik itu semasa melarikan diri. Terbahak-bahak tiga ekor tenuk itu mentertawakan pakcik itu.
"Psst psst, get ready nak terjun Jungkook!" Bisik Jimin apabila dia ternampak makcik-makcik bawang bakal melalui lorong itu.
Jungkook mengangguk. Sebaik saja makcik-makcik bawang itu tiba, terus saja dia terjun dari atas pokok yang redang itu.
"CAKKK!! PEEKABOO!!"
"EH MAK KAU TERJUN!! HANTUUUU!!" Jerit seorang makcik bawang itu sambil termelatah.
Laju saja mereka berlari. Sampai selipar salah seorang dari mereka tercabut. Terus dipakaikan selipar itu di tangan lalu dia berlari seperti berlumba lari dengan kasut sport. Makin berdekah mereka bertiga ketawa
Jimin, Taehyung dan Jungkook pulang ke rumah apabila sudah penat mengenakan orang kampung yang mahu ke masjid itu. Tidak henti-henti mereka ketawa. Serupa orang gila dah.
"Aduh! Aku tak tahan gelak tengok selipar makcik tu putus tadi! HAHAHAHAHAH!!"
"Ye doh! Lepas tu, ada sorang ni sampai nak terlondeh kain pelekat dia HAHAHAHAHA!!"
"Serious, budak-budak yang lalu tadi pun ada yang sampai terkencing dalam seluar ADUH HAHAHAHA!"
Taehyung dan Jungkook berdiri membelakangi pintu rumah. Mereka menunggu Jimin melipat kain telekung Makcik Kiah itu. Jimin mengangkat wajahnya memandang ke arah pintu rumah Makcik Kiah yang terbuka dari dalam itu.
Tubuh Jimin keras kejung. Mulutnya seperti muncung tidak muncung saja ke arah Taehyung dan Jungkook.
"Kau pahal?"
"Entah. Tadi kemain gelak, ni dah kenapa muncung-muncung?"
"H-han... Hann dua..." Tergagap-gagap Jimin melontarkan ayat itu.
(Hantwo = hantu)
Berkerut dahi Taehyung dan Jungkook pada ketika ini. Terus saja mereka mengalihkan pandangan ke belakang. Terus ketar lutut masing-masing pada waktu ini. Telekung yang dipegang Jimin sudahpun terlepas dari tangannya sejak tadi.
"HANTUUU!!" Jerit Jungkook kuat.
Terus saja Jungkook dan Taehyung membuka seribu langkah dari situ. Sorang ke kiri, sorang ke kanan. Jimin? Dia sudah selamat pengsan di situ juga.
"Laa... Aku cantik sangat ke sampai lelaki pun boleh pengsan?"
Dan— keesokkan harinya. Ketiga-tiga ekor tenuk itu disahkan demam HAHAHAHSJSJSJSJ!
Okay, nanti gue sambung. Lagi 3 chap je haish fighting myself!! 🥺💜✨
Sesia edit semalam, baru jumpa gmbr ni hari ni ksksjs 🤣🤣
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top