세 ; 03
.
.
.
"Dah kenapa korang ni? Tak sedap ke masakan melayu ni?" Soal Makcik Kiah apabila melihat wajah ketujuh-tujuh orang manusia yang kelihatan murung saja.
"Eh? Tak adalah. Sedap je, pandai Makcik Kiah masak." Ujar Taehyung bersama senyuman paksanya.
"Dah tu, kenapa macam tak luak je makan? Muka pun monyok. Cuba cerita sikit, dah kenapa ni hah?" Soal Makcik Kiah.
Pemukul lalat itu diketuk di atas lantai dengan agak kuat. Hal itu membuatkan bahu mereka semua terenjut sedikit. Ayok, tanda-tanda nak kena marah la tu. Get ready korang semua, HAHAHAHAH!
"Err... M-macam ni... Kau la yang cakap Namjoon." Lengan Namjoon disenggol Seokjin.
"Aku jugak?"
"Habis tu? Kau kan yang buat, ish!"
"Fine! Erm... Macam ni Makcik Kiah. T-telefon Makcik Kiah tu... Err..."
"Wayar telefon tu dah putus! Namjoon buat!" Ujar Jimin dengan mulutnya penuh disumbat ikan goreng.
Mahu saja Seokjin dan Namjoon cepuk budak pendek ini. Namun, mereka hanya membatalkan niat mereka itu sekarang.
Ketujuh-tujuh orang itu menunggu jawapan dan reaksi dari Makcik Kiah. Ingatkan nak marah ke apa. Tapi, tak. Muka dia selamba gila. Aik?
"Makcik Kiah... Tak marah ke?" Soal Hoseok dengan berhati-hati.
Makcik Kiah menggelengkan kepalanyam "Nak marah buat apa? Lagipun telefon tu dah lama rosak. Malas nak beli yang baru."
Krik krik krik krik.
"Hmm, eloklah kalau rosak pun kan?" Ujar Yoongi.
"Dah, dah. Makan cepat, lepas tu kita borak-borak. Makcik pun nak kenal dengan kamu semua ni."
Setelah selesai menjamu selera dan mengemas apa yang patut, Makcik Kiah dan semua ahli Bangtan berkumpul di ruang tamu. Hujan di luar pula hanya renyai-renyai.
Kalau tidur, best ni. Sejuk je. Lagi-lagi Yoongi tu. Tidur mati lagi dia dibuatnya.
"Hah, cepat kenalkan diri korang." Ujar Makcik Kiah yang turut duduk bersila bersama mereka.
Dan macam nak adakan mesyuarat pula. Duduk dalam bulatan.
"Saya, Kim Namjoon. Leader group Bangtan ni."
"Saya pulak Kim Seokjin. Worldwide handsome tau!"
"I'm Min Yoongi. Swag is my style."
"Saya Jung Hoseok! I'm your sunshine holaa!"
"Saya Park Jimin. Member yang paling-"
"Pendek!" Potong Jungkook sambil ketawa.
Jimin menjeling tajam ke arah Jungkook. "Biadap betul budak ni, ey! Dah la tak nak kawan!"
"Nama saya Kim Taehyung. Tak tahulah kenapa ramai cop saya alien huhu."
"Saya Jeon Jungkook, Makcik Kiah! Golden maknae dalam Bangtan!"
"Maknae tu apa, nak?" Soal Makcik Kiah.
"Maknae tu ahli paling muda dalam group."
Makcik Kiah membuat mulut berbentuk O. Dia cuba mengingati nama ketujuh-tujuh manusia itu.
"Kim Namjoon, Kim Seokjin, Min Yoongi, Jung Hoseok, Park Jimin, Kim Taehyung, Jeon Jungkook, BTS!!" Ujar Makcik Kiah dengan terujanya.
Tidak berkelip mereka memandang ke arah Makcik Kiah. Aik? Kata tak kenal Bangtan. Ni dah kenapa pulak kemain jadi macam ARMY?
Adakah Makcik Kiah ni ARMY dalam diam?
"Eh? Kenapa Makcik Kiah sebut nama kami macam ARMY sebut?" Soal Seokjin.
"ARMY? Askar sebut nama korang macam tu ke?"
"Ehh bukan bukan! ARMY tu nama fans kami." Balas Namjoon.
"Ouhh... Okay la, makcik dah ingat nama korang. Haa, meh makcik tunjukkan bilik korang. Ada tiga bilik je, jadi share-share la ye." Ujar Makcik Kiah yang sudahpun bangun dari duduknya.
Yang lain turut bangun lalu mengekori langkah Makcik Kiah.
"Hah bilik ni untuk dua orang. Yang ni pun sama. Yang ni pulak, tiga orang muat ni. Pilih la mana korang nak, makcik nak pergi tidur dulu. Selamat malam..."
Sebaik saja figura Makcik Kiah hilang dari pandangan, mereka mula menentukan dengan siapa mereka tidur sebilik.
"AKU TAK NAK TIDUR SEBILIK DENGAN YOONGI!" Ujar Seokjin lalu memeluk tubuhnya.
Ni mesti sebab kes pagi tadi ni.
"Err... Okay, kau tidur dengan aku. Yoongi, kau dengan Hoseok. Budak tiga orang ni, korang sebilik. Faham?" Soal Namjoon.
Jimin, Taehyung dan Jungkook menganggukkan kepala.
"TAECHIKOOK BERSATU, CROSS!" Ujar mereka bertiga sambil menyilangkan tangan mereka. (Macam Kwangsoo dengan Sukjin buat tu hah)
"Entah apa-apa budak mentah tiga ekor ni. Dah, aku masuk tidur dulu. Bye." Ujar Yoongi yang sudahpun masuk ke dalam biliknya dan Hoseok.
Yang lain turut sama masuk ke dalam bilik masing-masing.
Kemerapuan melanda, gaisseu 🤧
Vote and comment ya anak² ✨
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top