♡71♡
Wonwoo menarik lengan Emilda masuk ke dalam satu lorong kecil yang gelap. Tercungap-cungap nafas mereka berdua tadi dek kerana lari tak cukup tanah akibat dikejar oleh seseorang.
" Hah ! Hah ! Erk Ha.. Sa-sape tu Woo?" Wonwoo menarik nafas dalam-dalam dan dihembuskan perlahan. Pegangan tangannya dan tangan Emilda dirungkaikan.
Dia menoleh ke sebelah kanan menghadap Emilda yang tersandar di dinding konkrit itu dengan nafas tercungap-cungap. Berombak kuat dada wanita itu kerana tak cukup nafas.
"Look Emil" Kedua tangannya memegang muka Emilda hingga wanita itu terdongak memandang wajahnya maklumlah dia kan tinggi hok hok. "Awak tahu kan awak ni buruan orang ?"
Emilda mengerutkan dahi. "Bu-buruan apa ?" Wonwoo mengeluh. Seketika dia tertoleh-toleh ke belakang ingin memastikan tiada siapa yang berada di belakang mereka atau menjumpai mereka di situ.
Wajah Emilda dipandang semula. Wajah wanita itu memerah kerana penat dan lelah serta keliru dengan apa yang terjadi. "Awak tahu kan awak dalam masalah besar ? Jadi jujur dengan saya Milda...awak sukakan Leon lagi?"
Emilda mengigit bibir bawahnya. Hatinya mengatakan Ye makanala akalnya mengatakan Tidak. Sungguh Emilda keliru. Wonwoo di hadapan dia atau Leon yang masih dalam proses untuk dia mengejar lelaki itu?
"Ss-suka tap -"
"Stop loving him,Milda. Can you?" Wonwoo merenung mata Emilda dengan penuh harapan. Harapan yang wanita di depan dia ini akan melupakan lelaki itu.
"Tta-tapi Woo I - " Wonwoo mengeluh. Rambut Emilda diusap penuh kasih. Wajahnya berubah sayu. "Awak tak boleh suka dia,Milda. Semua benda yang jadi ni ada kaitan dengan dia. Awak tahu? Kita kena kejar pun sebab dia,sayang" Pantas Emilda menepis tangan Wonwoo yang mengusap kepalanya.
Kepalanya pula digeleng laju tanda dia tak percaya. "TAK ! U TIPU ! I KENAL DIA MACAM MANA DAN I TAH -"
"Awak tahu dia tu mafia ? Hmm?"
Bibir Emilda bergetar hebat. Jantungnya berdegup laju. Anak matanya turut bergerak-gerak dan kedua tangannya terkulai layu di sisi. Wonwoo yang melihat perubahan Emilda mengeluh sekali lagi. Tak payah cakap dia dah tahu dah yang wanita depan dia ni tak tahu semua benda pasal lelaki yang sentiasa dikejarkan itu.
"Dia tu maf - ARK ! Ap-apa ni ?! Sst ARK ! MILDA !" Satu objek berupa seperti jarum suntikan itu ditarik keluar dari lehernya dan dicampak ke tepi. Tubuh Emilda yang terkulai layu di atas jalan tar didekati.
Menggigil-gigil tangannya mengusap wajah cantik itu yang dah tak sedarkan diri. Seketika matanya mulai kabur dan perlahan-lahan dia turut rebah di sisi Emilda.
Bluetooth Earphone di telinga ditekan. Matanya menyorot ke arah dua susuk tubuh yang terbaring tak sedarkan diri di bawah.
Lebih tepat dia sedang berada di atas bumbung satu bangunan yang sebelahnya terdapat satu lorong kecil yang menjadi tempat persembunyian dua manusia itu. Dia mencangkung dan bibirnya melorek senyuman puas. Puas dapat memengsankan dua manusia itu.
Pistol yang dijadikan alat untuk menembak ubat penenang itu diletakkan ke tepi. "Bro. Aku dah dapat. Suruh budak-budak ni bawak van berhenti dekat sebelah kedai Najib BarberShop and kutip dua sampah tu. Job aku dah settle. Tinggal turn kau je"
Pistol yang dicampak ke tepi diambil semula dan dimasukkan ke dalam beg khas berwarna hitam. Topi hitamnya kembali ditarik menutupi bahagian mata. Mask hitam yang sedari tadi berada di bawah dagu ditarik menutupi mulut dan hidung.
Dia melompat satu demi satu bangunan tanpa rasa gentar. Kerjanya sudah selesai buat masa ini dan hanya perlu menunggu arahan seterusnya dari bos dia sahaja.
Satu palang paip dipegang erat dan kakinya didaratkan ke dinding kedai yang dia sendiri tak tahu nama. Perlahan-lahan dia turun ke bawah dan membersihkan seluar serta bajunya dari debu-debu kotor.
"Do not mess with us or else you cannot breath for tomorrow"
♥♥♥ ♥♥♥
______________________________________
Klak !
Pintu dibuka oleh Syarwani dari luar. Kepala wanita itu dijegul ke dalam untuk mencari seseorang. Hazry yang sedang leka dengan headphone di kepala dan matanya tajam melihat skrin laptop menyapa pandangan matanya.
Tuk ! Tuk !
Kekura tangannya diketuk perlahan di permukaan pintu. Mana tahu lelaki itu dengar kan ? Kot kot lelaki tu tak kuatkan volume ke sape tahu ?
Hazry mengangkat wajahnya yang sedari tadi tertunduk-tunduk menekur keyboard. Matanya yang terpejam dicelikkan kembali. Baru nak feel dengar lagu Ku Bersuara dah ada orang kacau. Kepalanya ditolehkan ke kiri di mana Syarwani masih lagi tercegat di hadapan pintu biliknya. Berani pulak minah tu bukak pintu bilik aku?
Headphone ditanggalkan dan disangkut ke leher. Kening kiri diangkat. "Apa?"
Syarwani mengemam bibirnya. Tangannya sedari tadi meramas sisi baju blouse maroon yang dia pakai. "Err awak lupa ke ya-yyang awak nak teman saya ke errr mall ?" Seketika Hazry terdiam. Matanya digerakkan memandang ke siling bilik. Bila eh dia janji nak keluar sesama dengan perempuan tu ?
"Ooh ye ye sorry aku lupa. Kau dah siap ke?" Butang shutdown ditekan dan headphone ditanggalkan serta diletakkan di atas meja bersebelahan keyboard. Dia bangkit dari duduk dan kerusi gamer miliknya ditolak sedikit masuk ke dalam.
Syarwani berdehem. "D-dah err sa-saya keluar dulu lah" cepat-cepat Syarwani bergerak keluar dari bilik Hazry. Pintu ditutup perlahan dan rapat. Nak hempas kang ada putus kepala dia lelaki tu buat nanti.
Hazry mengigit tepi daging pipinya. Tangannya dicekak ke pinggang. "Nak kena bersiap ke? Leceh lah" rambutnya diserabaikan. Pakaian yang dia pakai ditilik atas dan bawah. Dah ok dah jadi tak payah lah kan dia bersiap ?
"Ala mall je pun bukan cari menantu tch" terus dia bergerak ke meja kerjanya bersebelahan dengan laci kecil di sebelah kanan katil. Kunci kereta Lamborghini diambil.
Kaki digerakkan ke arah pintu dan sempat dia menekan punat kecil untuk mengunci biliknya. Pantang tujuh keturunan dia kalau ada orang masuk bilik dia senyap senyap.
♥♥♥ ♥♥♥
______________________________________
Langkah kaki Fedrick terhenti. Matanya dikalihkan ke arah sofa di ruang tamu. Kelihatan Syarwani memakai baju yang agak err cantik ? Seakan-akan wanita itu ingin keluar begitu juga dengan si bayi yang dah siap berpakaian kemas dan segak biarpun umur bayi itu belum cecah sebulan.
"Ehem. Nak ke mana ?" Syarwani yang sibuk mengendong Zazril mendongak ke atas memandang Fedrick yang sedang berjalan ke arah ruang tamu.
"Err ke mall..." nadanya diturunkan apabila Fedrick betul-betul berhenti di hadapannya. Zazril dipeluk erat. Jantungnya berdegup laju. Kepala dia turunkan menekur carpet berbulu di bawah. "Oh. Dengan sape ?"
"Aku" ujar satu suara garau dari arah tangga. Fedrick tanpa menoleh terus aje mengangguk perlahan. Takpayah teka dia dah tahu sape.
"Hmm hati-hati. Ada masalah terus roger jangan urus sendiri" Tegas Fedrick tapi matanya masih tajam memandang wajah suci Zazril. Jari telunjuknya digerakkan perlahan ke pipi bayi itu.
"Kau pun. Ikut Hazry dan jangan nak kemana-mana tanpa dia. Faham?" mendatar dia memberi arahan kepada Syarwani. Wanita itu mengangguk patuh dan terus bergerak perlahan ke belakang apabila lengannya ditarik oleh Hazry untuk ke pintu rumah.
Mata Fedrick bergerak seiring dengan pergerakan dua susuk tubuh manusia itu hinggalah Hazry dan Syarwani hilang di balik pintu. Phone dikocek kiri dikeluarkan dan nombor seseroang didail. Kakinya dibawa ke sofa single dan dia melabuhkan duduk.
Jam tangan berjenama Rolex berwarna hitam itu ditilik. 3:35 petang? Lama lagi jadi dia ada masa untuk merehatkan diri seketika. Biarlah kereta Hazry keluar dari kawasan rumah barulah dia keluar.
"Settle dah kerja kau?" Matanya melirik ke arah jam di dinding pula. Jam tangan ada malas nak tengok untuk kali kedua hmm. "Aku on the way kejap lagi sampai. Ikat dulu dan jangan buat apa-apa lagi. Biar dorang tidur sepuas-puasnya"
Tap. Talian dimatikan oleh Fedrick. Dia bangkit dari duduk dan memasukkan phonenya di kocek kiri semula. Zip jaket kulit berwarna coklat gelap itu ditarik hingga ke atas dan menampakkan bentuk tubuh tegapnya.
"RAYYY !!"
Butler Ray yang sedang menyiram pokok bunga di halaman berlakang terkejut. Tercampak terus paip air yang dia guna. Berjera dia masuk ke rumah lepas terdengar jeritan nyaring milik Fedrick. Paip air dibiarkan terpasang. Alah kalau banjir pun takpe tuan rumah tu kan kaya hik hik.
"Ye Tuan Muda ? Ada apa-apa yang jadi ke ?!" Riak wajah cemas Ray membuatkan Fedrick tergelak besar. Merah padam mukanya kerana menggelakkan Ray. Butler Ray mengangkat kening. Tangan kanannya dinaikkan untuk mengelap dahinya yang berpeluh. Tubuh badan Fedrick dilihat atas dan bawah.
"Apa yang lawak Tuan Muda?" soal Ray tertanya-tanya. Tak masalahnya apa yang lawak senanya ? Dia pun blur sekarang ni ermm.
"Haha tak tak bukan HAHA muka kau tu...aduh apahal cemas sangat ?" Ray terangguk-angguk. Baru sekarang dia faham apa yang lawak sangat tu.
"Lahh saya ingat Tuan Muda kena raba ke kena rogol ke tu yang saya beria datang ke sini tu. Kot kot lah teruna Tuan Muda dah hilang kena curi dengan perompak ke an" seloroh Butler Ray dengan sengihan kecil apabila Fedrick sudah menjelingnya tajam.
"Banyak lah kau ! Dah aku nak keluar ni. Jaga rumah and kau...ada nampak Leon tak?" Butler Ray menggaru belakang kepalanya. Haah ek mana Leon ?
"Saya pun tak tahu lah Tuan Muda. Dah masuk harini 2 hari dia tak balik" Dahinya digaru. Fedrick mengemam bibir.
"Emm kalau macam tu takpelah. Apa-apa kau pergi cari Aryan. Dia tu tahu buat peta je tak habis-habis" Fedrick melangkah pergi ke pintu rumah. Butler Ray berdehem perlahan dan membongkokkan sedikit badannya tanda hormat walaupun dia tahu Fedrick sudah pun melangkah keluar dari rumah.
Butler Ray berpaling untuk ke belakang dan terus dia berlari pecut ke halaman belakang mini garden itu. Paip air diputar ke kiri dan dia menghembus nafas lega. Nasib tak banjir cuma berlopak tapi tulah terpaksa dia bersihkan emm.
"Haihhh makin bertambah kerja aku lahai"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top