♡68♡



Suasana di dalam ruang tamu rumah agam milik Tuan Alex sunyi sepi tanpa sebarang bunyi mahupun suara. Puan Lacy pula masih statik memeluk lengan kekar suaminya dan menangis teresak esak.


Tuan Alex mengurut dahinya. Matanya dilirik ke arah dua orang pegawai polis yang sedang tekun membuat catatan di dalam buku nota mereka mungkin ingin mencatat apa yang dia dah ceritakan tadi tentang kehilangan anak gadisnya itu.


"Saya harap kamu berdua dapat cari anak perempuan saya. Kalau boleh I want her to he here in my arms by tonight" Bebola mata Tuan Alex bergerak gerak ke kanan dan ke kiri melihat wajah dua orang pegawai polis itu secara bergilir.


"Saya dan kawan kawan saya akan usahakan pencarian Cik Muda Aira secepat mungkin. Saya harap Tuan Alex tak putus untuk doakan keselamatan Cik Muda Aira. Mungkin serba sedikit Tuhan akan mudahkan kerja kita semua" Jelas pegawai polis yang lengkap bertopi.


Tuan Alex melirik sekilas ke dada kiri lelaki itu. "Song Joongki ? Isn't it ?" pegawai polis yang bertopi itu mengangguk.

"Yes sir. That's my name" Tuan Alex mengangguk. Tangan kirinya diangkat dan kepala Puan Lacy yang masih melekap di lengan kanannya diusap. Ingin meredakan hati sang isteri yang risau akan keberadaan anak gadisnya.


"Park Bogum. Isn't it ?" pegawai polis di sebelah Song Joongki yang tidak bertopi itu mengangguk. Wajahnya serius memandang ke muka Tuan Alex.


"Yes sir" Tuan Alex menghela nafas. Matanya dipejam seketika dan dicelikkan kembali. "Tolong cari anak kami secepat yang mungkin...saya merayu"


Song Joongki dan Park Bogum memandang ke arah satu sama lain dan mengangguk kecil. Tidak percaya mungkin usahawan terkenal yang dikenali dengan sikap dingin serta beku itu merayu kepada mereka yang hanya pegawai polis berpangkat biasa.


"Ehem Tuan. Boleh saya tanya Tuan sesuatu ?" penuh cermat Joongki menyusun kata. Takut salah cakap kang melenting terus orang tua tu. "Sure,what is it?" Joongki berdehem. Buku nota kecilnya diselak ke helaian kosong yang seterusnya.


"Tuan ada musuh ? Atau mana mana orang yang tak puas hati dengan Tuan ?" Seketika Tuan Alex terdiam. Musuh ? Rasanya dalam dunia perniagaan memang dia banyak musuh tapi hanya musuh dalam penentangan syarikat siapa yang paling maju dan hebat tapi takkanlah sampai musuh dia nak menculik anaknya ?


Lagipun dia tak pernah kenalkan anaknya kepada siapa siapa di luar sana lainlah kalau -


"I don't but my son maybe have it" Terangkat kepala Bogum yang sedari tadi menunduk dan mencatat sesuatu. Joongki menjeling sekilas ke arah riak wajah kawannya. Nampak dengan jelas yang mulut kawannya terbuka seakan akan ingin mengatakan sesuatu tetapi tidak terluah.


"Shhhh sayang don't cry...abang yakin Aira akan balik nanti shhh babe hey" Ubun ubun kepala isterinya dikucup sayang. Langsung tidak segan atau malu dengan perilaku yang dia lakukan tadi.


Puan Lacy hanya diam dan mengalirkan air mata. Lengan suaminya makin dipeluk erat. Dia hanya berdiam diri dari tadi kerana sedari awal lagi Tuan Alex mengarahkan dia untuk menutup mulut. Biarlah suaminya itu yang menguruskannya dari A sampailah Z. Puan Lacy hanya mampu mendengar dan hadam sendirian di dalam hati.


Hatinya tidak penat berdoa untuk keselamatan anak gadisnya itu. Patutlah sewaktu dia nak kemas kemas ruang tamu satu frame gambar mereka sekeluarga terjatuh. Itu yang membuatkan hatinya yakin ada sesuatu yang tidak kena sedang berlaku. Lagipulak Aira tidak pulang ke rumah hingga lebih dari masa 24 jam.


Masuk kali ini ia sudah dikira hari kedua anak gadisnya menghilang tanpa bayang. Tanpa kesan mahupun jejak.


"Kenapa Tuan yakin anak Tuan ada musuh ?" Tuan Alex menghela nafas berat. Matanya dilarikan ke arah pintu rumah. Joongki dan Bogum setia menanti kata kata seterusnya dari orang kenamaan itu.

"Because I know him..." Tuan Alex mengalihkan pandangan ke arah dua orang pegawai polis muda itu. Pandangan yang penuh dengan penjelasan yang tersirat berbagai kisah di sebaliknya.


"very well" Tipulah kalau Tuan Alex kata dia tidak kenal anak lelakinya yang sorang itu sepenuhnya. Dia terlalu kenal bahkan dia sendiri tahu akan kerja kedua anaknya. Biarpun lelaki itu tidak pernah memberitahunya malah anak lelakinya itu tegar menyembunyikan darinya tapi dia lebih cekap dari anaknya itu.


Segala rahsia sulit lelaki itu berada di dalam genggaman tangannya. Setiap masa dan setiap waktu dia sentiasa memerhatikan gerak geri anaknya. Kalau Leon lebih pintar darinya maka dia berganda pintar dari anaknya itu.


Cuma satu je yang dia tak tahu iaitu kehilangan anak kembarnya yang seorang lagi adalah berpunca dari anaknya sendiri kerana rahsia itu sudah semestinya disimpan rapi oleh Leon. Rahsia gelap hidup lelaki muda itu.


"Ehem kalau takde apa apa lagi saya nak naik atas bawak isteri saya sekejap" Joongki dan Bogum mengangguk tanpa sebarang kata.


Joongki leka menulis sesuatu di dalam buku notanya dan Bogum senyap senyap memerhatikan langkah dua orang tua itu yang sedang naik ke tingkat atas.

"I smell something fishy here. Don't you bro ?"

Tangan kanan Joongki yang laju menulis catatan itu terhenti. Matanya tunak memandang meja kaca di hadapannya itu. Bogum berdiam diri. Masih menanti kata kata dari kawannya itu. "Yea...and the most weirdo things is..."

"Mana anak lelaki dia?" Serentak mereka berdua berkata. Masing masing menoleh memandang satu sama lain. Bogum menggaru keningnya.


"Dia pergi mana sedangkan adik dia tengah hilang ?" Joongki menggigit sisi pipinya. Matanya diliarkan ke serata ruang tamu mewah itu.


"Macam tak logik seorang abang takde waktu adik dia tengah hilang macam ni" Pen di tangan Joongki diputar putarkan lagak gaya seorang pro. Bogum mencampak buku notanya ke atas meja kaca dengan perlahan. Nak campak kuat kuat kang kena bayar ganti rugi pulak sebab pecah hurm.


"Apa yang penting kita kena cari dia lah. Aku rasa dia tahu apa yang jadi dekat adik dia" Terangguk angguk Joongki dibuatnya. Seketika dia terkaku.


"Kk-kkau berani ke ? Kau lupa dia tu siapa ?" Bergetar nada suaranya kerana baru sekarang dia ingat siapa sebenarnya seorang King Alexander Leon.


Bogum berdecit. Buku notanya yang terdampar di atas meja kaca kembali diambil dan dimasukkan ke dalam poket seluar uniform kerjanya.

"Ye aku tahu dia siapa. Dia manusia sama macam kita"




♥♥♥ ♥♥♥
_______________________________________




Taehyung berdecit malas. Rambutnya yang serabai dibetulkan. Selimut tebal yang membaluti tubuhnya diselak ke tepi dengan kasar.


Phone yang sedari tadi berdering diangkat dengan malas. Belum sempat dia nak cakap suara di dalam talian telah menerjah dahulu cuping telinganya.

"BRO AIRA HILANG !"


Tercelik luas bebola mata Taehyung. Terus dia bangkit dari baring dan tercegat di tepi katil.


"Kka-kau biar betul ? Tak lawak lah Jin masa masa macam ni!"


Seokjin di talian mendengus kasar. Dia tengah serius ni ada pulak dikatanya main main ? Kalau dia tetak kepala Taehyung boleh tak ? Mana tahu lelaki tu still nak kata dia main main ke. Main masak masak gitu.


"AKU SERIUS LAH TAETAN ! AIRA HILANG ! UNCLE ALEX BAGITAHU AKU TADI !"


Taehyung mengerutkan dahinya. Kenapa Tuan Alex tak call dia je terus ? Maklumkan yang Aira hilang ? Kenapa mesti Seokjin ? Kenapa bukan dia ? Dan kenapa aku rasa Taehyung macam rilek je bakal isteri dia hilang ni?


"Pahal Uncle tak call aku ? Dan bila Aira hilang ? Patut selama ni aku call dia tak berangkat !"

Tangan kirinya dicekakkan ke pinggang. Wajahnya jelas kelihatan kusut dan serabut. Dahlah dia kena uruskan masalah syarikat dan sekarang bakal bini dia pulak hilang. Rasa macam nak bunuh diri pun ada !


"Uncle dah call kau banyak kali lah bongok ! Uncle cakap dia call kau tapi kau tak angkat ! Aira hilang dari semalam so masuk harini dah dua hari dia hilang"


Taehyung berdehem. Tahu itu salahnya sebab tak cas phone semalam lho. Tuala di tempat penyidai diambil. Phone masih statik di pegangan dan dilekapkan di telinganya.


"Leon dah tahu? Dah buat report polis belum?"


"Pasal Leon tu aku tak tahu sebab bila aku tanya Uncle orang tua tu pun cakap Leon tak angkat call dia dan yang paling gila sekali budak tu tak balik rumah parents dia pun ! And about report yes dorang dah buat. Polis tengah buat penyiasatan sekarang ni"


Taehyung mengigit bibir bawahnya. Tuala yang berada di genggaman tangan kiri disangkutkan ke bahu kirinya.


Tangan kirinya mengurut dahi yang kian berasa sakit. Keluhan lemah dilepaskan. Matanya dipejam.


"Ak-aku risau hyung...aku dahlah dekat Jepun and Aira pulak dekat sana...masalah aku kat sini pun belum settle hyung ! Macam mana aku nak ke sana ?!"


Seokjin di talian terdiam. Dapat dia dengar dengan jelas suara Taehyung bergetar. Nampak sangat lelaki tu sedang kusut,serabut dan paling penting tengah tahan diri dari menangis.


Macam dia tak tahu yang Taehyung akan menangis kalau sampai bab bab Aira je ni ha. Maklumlah cinta mati hok hok.


"Takpe Tae..kau settlekan kerja kau dulu. Pasal Aira pass je kat aku. Aku kan ada and one more thing kau berdoa lah supaya Aira selamat. Kau kan selalu cakap dekat aku yang dia kan perempuan kuat? So aku yakin Aira mampu bertahan. Sabar ye bro?"


Taehyung mengeluh lagi dan lagi. Tangan kirinya meraup wajahnya yang masih lagi kelihatan tidak dapat menerima berita bahawa bakal isterinya telah hilang.


Sungguh terkejut ! Macam terlalu mengejut ! Yang buatkan dia masih dilanda kejutan yang melampau.


"Hmmm yelah gomawoyo hyung. Kirimkan salam dekat aunty dengan uncle. Cakap sekali aku mintak maaf tak dapat fly sana. Problem dekat sini makin lama makin bertambah"

"Ok bro. Kau tu jangan buat benda gila ! Kawal sikit mental kau tu jangan nak jadi sewel sangat"


Taehyung tergelak. Wajahnya berubah lembut sedikit demi sedikit dan tidak secemas tadi. Kakinya dibawa ke meja solek.


"Yelah hyung yelah oh by the way congrats ye untuk cafe baru kat afrika tu HAHAHAHA"

"Cut that shit Tae . Cut that shit"


Tap.

Talian dimatikan. Taehyung makin tergelak besar. Terhibur dia sebenarnya dengan keletah Seokjin. Nampak sangat Seokjin dah koyak awal HAHAHAHA. Kepalanya digeleng kecil. Phonenya dicampak begitu sahaja ke atas meja solek. Kakinya dibuka untuk ke bilik air bagi membersihkan diri.


Pili shower dibuka. Wajahnya diraup sekali dengan rambutnya yang basah kebelakang. Titisan titisan air menitik jatuh ke lantai menerusi jawline yang dia miliki dan membuatkan dia kelihatan seksi.


Taehyung meletakkan kedua dua tapak tangannya melekap ke dinding bilik air. Pancuran air dibiarkan terbuka untuk membasahi tubuhnya yang sedang naked.


Matanya dipejam dan mulutnya terbuka mengomel sesuatu yang mendatangkan rasa sebak bercampur marah serta serba salah menjadi satu.

Dia sebak kerana tidak mampu untuk menyelamatkan si kekasih hati.

Dia marah dengan dirinya kerana tiada di samping si kekasih hati tatkala wanita itu sedang memerlukan dirinya.


Dia serba salah kerana dia masih berada di Jepun yang jauhnya beribu batu dari Korea.


Andai dia dikurniakan sayap untuk terbang sudah lama dia sudi untuk menerbangkan diri meredah lautan awan serta lautan air yang luas hanya untuk berada di sisi gadis yang dicintainya.


Tapi sayangnya dia lemah. Dia buntu. Dia kaku. Dia bodoh. Kerana masih ada di negara asing itu hanya untuk menyelesaikan kerjanya yang takkan pernah habis.


Ppak !


Dinding bilik air dihentak dengan kedua tapak tangannya.Rahangnya diketap. Giginya bergesel hingga mengeluarkan bunyi. Matanya dicelikkan biarpun air masih lagi menitis nitis jatuh membasahi wajahnya. Tidak dipedulikan dengan matanya yang mulai memerah akibat dimasuki sisa air yang menitis.


"Aku harap kau kuat sayang...kuat demi aku. Jangan sesekali pernah nak putus asa dan aku berjanji lepas je kau dijumpai...aku akan jaga kau dengan sepenuh hati aku"

"Sayang..."




Wuhuiii kalau free tekan ler bintang tu
Saje nak tengok huhu tak nak pun takpe muach ♥







Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top